Assalamualaikum...
Nampaknya agak lama juga FY tidak menulis dalam blog ini. Bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidil Fitri juga telah berlalu. Bulan Ramadhan ialah bulan yang mulia dan di dalamnya terdapat banyak kebaikan dan ganjaran. Jadi investment ke arah akhirat itu pastinya lebih baik FY rasa dari kita sibuk memikirkan tentang pelaburan dunia. Apapun ia telah berlalu, semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang, InsyaAllah.
Memandangkan FY punya anak seramai 6 orang, Isteri seorang je yer... hehe... Jadi FY mengambil masa membuat persiapan berhari raya, kemudian FY mengambil cuti seminggu untuk berhari raya dan hari ini FY telah kembali ke tempat kerja menyambung cerita. Kepada para pelabur yang menantikan artikel FY harap maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk menulis dalam blog yang danh mula berhabuk ini. Jangan risau FY tak lupa dan akan selalu menulis dari masa ke semasa bila mana masa mengizinkan.
Dalam kesempatan ini FY ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan dari anda semua sekiranya sepanjang penulisan mahupun perkenalan FY ada melakukan sebarang kesilapan tuturkata, olahan bahasa yang menyinggung dan sebagainya baik di alam maya mahupun di alam nyata. Terus terang FY tak pernah berniat untuk berbuat demikian.
Baiklah kita sambung catatan pelaburan saham kita.
Nampaknya dewasa ini sentimen peperangan di Gaza mahupun kisah tragedi yang menimpa MH17 yang ditembak jatuh masih tidak mengejutkan pasaran Bursa Malaysia malah pasaran terus bertahan sehingga ke hari ini dengan kecairan dan volume yang memberansangkan. Ia jelas menunjukkan yang Bursa Malaysia masih kukuh. Malah kejatuhan Dow Jones setelah kenyataan Alan Greenspan disertakan dengan boikot produk Amerika dan Israel juga tidak menjejaskan prestasi Bursa Malaysia.
Ini jelas menunjukkan yang Bursa Malaysia masih kukuh dan “resiliant”.
Pelaburan dalam saham terbitan baru IPO seperti Boustead Plantation, Econpile, Icon Offshore, Heng Huat, Tanah Makmur, Sasbadi masih membuahkan hasil dan keuntungan pada hari ia disenaraikan dalam ertikata lain kalau saham tersebut dijual pada hari penyenaraian maka ia pasti akan membawa keuntungan. Sekali lagi ini adalah petanda kecairan yang banyak dalam pasaran. Malah ada IPO ini yang naik melebihi harga sasarannya seperti saham Tanah Makmur dan Econpile.
FY percaya pelaburan ke dalam saham SPAC Oil and Gas keempat selepas Hibiscus, Cliq dan Sona iaitu IPO Reach Energy yang ditutup permohonan IPO Awamnya semalam bakal membuahkan hasil yang sama iaitu keuntungan pada hari penyenaraiannya. Permintaan terhadap saham-saham IPO dewasa ini begitu tinggi melebihi penawarannya. Jadi usaha untuk mendapatkannya semakin sukar.
Apapun ini semua petanda kemeriahan pasaran Bursa Malaysia dan ia secara tak langsung membawa keuntungan kepada ramai pelabur runcit. ( Kepada yang masih rugi jumpa FY yer... Mungkin pertukaran strategi pelaburan mahupun portfolio pelaburan perlu dijalankan. )
Siang tadi kenaikan saham SUMATEC dengan rumors yang ia akan keluar dari status PN17 tak lama lagi membawa keuntungan kepada ramai juga pelanggan FY. Keuntungan sebanyak lebih 65% dalam jangkamasa kurang 3 bulan adalah satu pelaburan yang berbaloi dan menguntungkan.
Mungkin ada yang berkata FY tunjuk keuntungan tapi tak tunjukpun kerugian. Jawapan FY mudah sahaja. Kita takkan rugi dalam pelaburan saham kalau kita punya kekuatan untuk bertahan dan menyimpan saham yang kita beli itu. Apa yang penting ialah kita kenalah beli saham yang baik, kukuh kedudukan kewangannya dan pada masa timing masuk yang betul.
Dalam contoh yang FY ambil di sini anda boleh lihat yang ZELAN yang FY beli ini pada harga 34 sen pada 29 Mei 2013 jatuh sehingga 18.5 sen dan kerugian hanya akan berlaku andai FY menjualnya namun demikian selepas lebih setahun memegangnya ia ditutup pada harga 36 sen siang tadi lantas ia membawa keuntungan.
Persoalannya adakah kita sanggup menunggu dan punya kekuatan untuk menyimpannya sebegitu lama?
Atau adakah kita punya kekuatan untuk cut loss dan menggantikannya dengan saham yang lain?
Dua-dua persoalan ini juga dalah persoalan yang sukar dijawab oleh ramai pelabur. Ramai yang menyimpan saham yang salah lantas saham-saham tersebut semakin menurun hingga ia dinyahsenaraikan. Long Term Investment namanya. Sebenarnya ada sesetengah saham yang boleh disimpan dan ada sesetangah saham lain yang perlu kita tukar. Tukar kuda yang lemah kepada kuda yang kuat.
Nanti FY akan tunjukkan satu portfolio yang pelanggan FY dan FY buktikan yang pelaburan saham memang boleh membawa keuntungan andai kita tahu rahsianya. Nantikan artikel tersebut okay!
Dalam jangkamasa terdekat ini FY akan menjalankan ;
- · Woksyop BTX Online Trader dengan harga promosi RM50.00 sahaja dalam seminggu dua ini di ThotBox, Damansara Intan.
- · Seminar SuperTrader pada 23 Ogos 2014 di Grand Blue Wave Hotel Johor Bahru.
- · Seminar Super Investor pula September nanti.
Disamping itu juga FY sedang menyiapkan buku-buku Ebook Pelaburan Saham untuk kemudahan anda semua tak berapa lama lagi. InsyaAllah.
Sekian dahulu buat kali ini.
Wasalam...
FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Perkhidmatan kami ;
- Woksyop BTX - Online Trader
- Personal Coaching
- Seminar Super Investor
- Seminar SuperTech Investor
- Seminar SuperTrader
- Membuka akaun CDS
- Memulakan portfolio pelaburan saham
- Membaik pulih portfolio saham
- Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
LIKE Page FB FY – www.facebook.com/SeminarSuperInvestor
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.