Thursday, August 7, 2014

CARA MENGGUNAKAN PLATFORM ONLINE BTX KENTRADE

Assalamualaikum...

Bagi pelabur online sebenarnya terdapat banyak platform yang digunakan oleh broker antaranya Broker Front End atau BFE, Platform BTX yang digunakan oleh Kenanga dan Hong Leong dan lain-lain lagi.


Lama dahulu keadaannya tidaklah seperti sekarang yang mana perubahan masa telah menyebabkan semakin lama ia semakin canggih dengan features dan aplikasi yang pelbagai. Dahulunya Bursa Malaysia hanya menggunakan Sistem SCORE yang dibeli second hand dari Taiwan. Sistem yang mana leverage pelaburannya sangat tinggi. Kalau anda punya modal sebanyak RM5,000.00 anda boleh membeli sehingga 10 kali ganda iaitu RM50,000.00. Bubble inilah yang bakal menjadi antara penyebab kejatuhan mendadak pasaran saham pada tahun 1997 dahulu. Namun demikian sekarang tidak lagi kerana Bursa Malaysia telah menjadi jauh lebih ketat.


FY suka menggunakan BTX kerana featuresnya yang pelbagai yang pastinya ia akan dapat membantu dalam melakukan analisa dan membuat keputusan pelaburan yang baik dan dan menguntungkan.


Namu demikian kalau kita punya kapal terbang yang canggih sekalipun tapi kalau kita tak tahu menggunakannya pasti kapal terbang itu takkan dapat terbang tinggi dan jauh.


Jadi di sini FY perkenalkan serba sedikit features yang ada dalam BTX tersebut ;

Kentrade BTX punya aplikasi carta yang komprehensif dan pelbagai infomasi dan indikatir boleh digunakan bagi kita menjalankan Analisa Teknikal.
Dengan menekan right click pada sesuatu saham maka anda akan dapat banyak features seperti General Info, Trade Detail, Announcement, Research dan pelbagai lagi yang ada kena mengena dengan saham terebut. Lagi banyak yang kita tahu mengenai sesuatu saham lagi baik peluang kita untuk menjana keuntungan darinya.
Pilihan Share Insight membolehkan kita menganalisis serba sedikit saham tersebut dengan secara overview.


Pilihan Equities Tracker membawa anda ke window yang sangat berguna ini. Di dalamnya banyak informasi dan fakta yang penting bagi kita mengetahui kedudukan syarikat yang bakal kita laburkan itu. 
Pilihan Quarterlies pula contohnya membolehkan kita melihat kedudukan profit and loss syarikat tersebut dari satu suku ke satu suku yang lain bagi melihat perkembangan syarikat yang bakal kita labur itu. Dalam contoh di atas saham MAS mengalami kerugian yang berterusan. Jadi membeli saham sebegini lebih baik dielakkan kerana banyak lagi saham yang syarikatnya menguntungkan di dalam Bursa Malaysia.
Jadi bagi menyesuaikan diri anda sebagai trader yang menggunakan platform BTX ini, Woksyop BTX Online Trader dengan harga promosi RM50.00 sahaja akan dijalankan pada hari Sabtu 30 Ogos bertempat di ThotBox, Damansara Intan. Ini kerana sebenarnya terdapat bantak rahsia yang dalam BTX tersebut yang mana pemilihan informasi dan fakta yang tepat darinya pasti akan dapat membabtu anda membuat keputusan pelaburan yang baik dan menguntungkan. 

Hubungi Zuhri Zain 012 6290407 untuk tujuan pendaftaran.

Disamping itu juga dalam jangkamasa terdekat ini FY akan menjalankan ;
  • ·   Kursus SuperTech akan dijalankan pada hari Sabtu 16 Ogos bertempat di Shah Alam. Hubungi Zuhri Zain 012 6290407 untuk tujuan pendaftaran.
  • ·  Seminar SuperTrader pada 23 Ogos 2014 di Grand Blue Wave Hotel Johor Bahru. Hubungi Mustapha Kamal 019 7775527 untuk mendaftar.
  • ·  Seminar Super Investor bersama FY September nanti tapi kalau tak sabar boleh buat temujanji personal coaching di pejabat FY. Terhad kepada 5 orang sahaja setiap sessi. Hubungi FY 016 6667430 untuk mendaftar.
Disamping itu juga FY sedang menyiapkan buku-buku Ebook Pelaburan Saham untuk kemudahan anda semua tak berapa lama lagi. InsyaAllah.

Sekian dahulu buat kali ini.

Wasalam...

FY
016 6667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Link perkhidmatan kami ;
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.