Thursday, December 27, 2012

E-BOOK SUPER INVESTOR - IPO MITI KARYA FY


Assalamualaikum.

Mulai tahun 2013 FY akan mula menerbitkan buku-buku EBook pelaburan saham dan EBook Super Investor - Saham IPO di MITI ini merupakan buku yang pertama yang telah siap sepenuhnya. Selain itu FY akan menulis pelbagai lagi buku Ebook panduan lengkap pelaburan saham. Semua Ebooks ini akan mula dipasarkan pada tahun 2013 melalui kaedah Affiliate.

Kepada pelabur yang biasa membeldan memohon saham IPO Awam @ Public IPO baik melalui borang, ATM mahupun online banking yang mana untuk mendapatkan saham-saham tersebut yang mana ia bergantung kepada nasib anda, tahukah anda yang anda juga boleh mendapatkan saham-saham yang sama di MITI?

Sebenarnya sebelum ia diperuntukkan kepada orang awam, ia diperuntukkan terlebih dahulu di MITI yang mana orang awam (Bumiputera) boleh memohonnya dengan minima 1000 unit saham sahaja. Sebenarnya ia lebih mudah untuk mendapatkan saham-saham ini cuma kaedahnya sahaja yang agak rumit. Namun demikian ebook IPO MITI yang FY tulis ini cukup lengkap dengan semua penjelasannya yang begitu teliti. FY yakin setelah membacanya anda boleh terus memohon saham-saham di MITI ini bilamana ia ditawarkan nanti.

Ramai pelanggan FY yang telah mendapat keuntungan dari pelaburan ini dengan pembelian saham-saham seperti MSM, IHH, Benalec, Pchem, Bumi Armada, Gas Malaysia dan banyak lagi.

Jadi apa tunggu lagi? Dapatkan naskah anda sekarang! 

EBook Super Investor - Saham IPO di MITI ini membongkar rahsia menjana keuntungan daripada pelaburan melalui saham peruntukan khas Bumiputera di MITI. Ia merupakan panduan lengkap bagaimana untuk mendapatkan saham-saham tersebut.

Antara isi kandungannya ;


Selain itu penghuraikan mengenai pelaburan saham secara khusus, struktur IPO dan banyak lagi dimuatkan dalam Ebook Super Investor ini. Disamping itu juga diselitkan FAQ atau soalan-soalan lazim yang sering ditanya para pelabur bagi tujuan kefahaman yang lebih mendalam.

Penulisan dan susunannya juga begitu teliti dengan olahan bahasa penyampaian yang santai dan mudah difahami. Ilustrasi, carta, grafik dan hyperlink juga tidak ketinggalan untuk kemudahan anda.

   

Terus terang Ebook Super Investor IPO MITI ini adalah merupakan Ebook pertama seumpamanya di negara ini dan ditulis dengan penuh kharisma. FY yakin anda akan berpuas hati dengan pengisiannya sepertimana yang anda biasa lihat dalam penulisan FY di blog ini. FY telah cuba menulisnya selengkap mungkin untuk memudahkan anda semua memulakan pelaburan saham IPO di MITI.

Berikut adalah testimoni dari mereka-mereka yang telah membeli ebook ini ;

TESTIMONI 1

Daeng Hatef Darerssalam ;
 
Tahniah En Faizal Yusup di atas penerbitan ebook IPO ini.
Tak banyak buku seperti ini diterbitkan dipasaran. Kalau ada pun bersifat perbincangan di thread/forum/group.Untuk pelabur beginner, buku ini sesuai untuk dijadikan rujukkan/panduan.
Manakala pelabur otai, buku ini sesuai untuk dijadikan pedoman dalam memberi penerangan kepada mentee/pelabur baru yang ingin berjinak-jinak dalam saham. Penerangan mudah disertakan contoh yang mudah difahami.


Usp Besi 
Terbaek nyer Ebook dr brade FY....mmg best utk yg baru nak menapak dlm bidang IPO dan ekuiti...at least takde la tertanyer2 sendiri itu ini dek kerana tak paham aper y org sembangkan pasal ipo...saper2 yg nak mahir IPO,tp malu2 nak tanyer org,atau dah tanyer/pm somebody tapy tak direply, baca la ebook nih,direkemen...
jgn luper,thn ni 2013 thn yg sangat menarik dgn listing2 IPO baru akan meletop....jgn smpai ketinggalan dah la...

TESTIMONI 3

Assalammualaikum, ebook ipo di miti ni adalah satu2 nya ebook yang pernah ada stakat ini dengan penerangan yang detail serta mudah di fahami.Dalam erti kata lain tinggal nak buat ke tak itu sahaja.bagi yang baru nak mulakan dalam dunia pasaran saham awam ni boleh mendapatkan ebook ni dan jadikan 2013 ni salah satu portfolio kewangan yang perlu kita grab. In Shaa Allah dengan adanya ebook seperti ini makin ramai orang melayu kita yang akan berkecimpung dalam dunia saham awam. In Shaa Allah.

Buat masa ini sebelum ia dijual dengan kaedah Affiliate dengan harga yang lebih mahal FY membuka tempahan secara terus dari FY hanya kepada 100 pembeli terawal dengan harga promosi RM50.00 sahaja. 

Untuk mendapatkannya anda cuma perlu :
  • Memasukkan RM50.00 ke dalam akaun MBB Advance Forward Training and Consultants - 5051 0340 5396  
  • Tunjukkan bukti pembayaran samaada kepada emel greng70@yahoo.com atau no HP 012 654 0130
  • Beri alamat emel, 
  • Kami akan hantarkan Ebook tersebut terus kepada pihak tuan. 


Di sini FY sertakan penyata akaun Advance Forwards Training and Consultants setakat 2 Disember yang jelas menunjukkan betapa pelabur yang tahu akan manfaat yang bakal dibawa Ebook ini pasti akan membelinya.

Terima kasih atas sokongan semua! Semoga ia memberi manfaat kepada anda.

Perhatian : Ebook ini dihentikan penjualannya buat sementara waktu kerana banyak perubahan telah berlaku di MITI jadi ia perlu dikemaskini sebelum dibuka semua untuk penjualan. Harap Maklum.

Kemaskini 12 Jan 2014

Sekian dulu.

FY
greng70@yahoo.com
016 6667 430

FY mengadakan Seminar Saham Super Investor dari masa ke semasa bagi berkongsi ilmu pelaburan saham ini. Untuk keterangan lanjut layari www.seminarsaham.com.my. Kita jumpa di sana nanti ye!




Monday, December 17, 2012

Anda Mencari Mentor, Tutor, Personal Coaching, Kursus atau Seminar Saham, Ekuiti, Derivatif, Futures, Komoditi, FCPO, Forex, Analisa Teknikal dan Fundamental?

Anda Mencari Mentor, Tutor, Personal Coaching, Kursus atau Seminar Saham, Ekuiti, Derivatif, Futures, Komoditi, FCPO, Forex, Analisa Teknikal dan Fundamental?

Anda berada di tempat yang betul.

Advance Forward Training and Consultants yang mana FY merupakan Associate Consultantnya ada menyediakan semua produk ini.

Berikut ini adalah perkhidmatan yang pihak kami sediakan;

·         Seminar Saham Super Investor
·         Seminar Saham Supertech Investor
·         Seminar Saham Fundamental Investor
·         Seminar Saham Super FCPO Investor
·         Sistem Pelaburan Saham Super Investor
·         Sistem Pelaburan Saham Super FCPO Investor
·         Personal Coaching Saham
·         Personal Coaching FCPO

1.   Seminar Saham Super Investor
Dikendalikan oleh FY sendiri dan telah mendapatkan sambutan yang amat menggalakkan. Ia merupakan seminar pintu masuk pelaburan saham. Layari www.seminarsaham.com.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

2.   Seminar Saham Supertech Investor
Dikendalikan oleh samaada Shamsul Bahari MSTA, Sharifah Fazliza MSTA, Ridzuan Ibrahim MSTA atau Zuhri Zain MSTA. Seminar untuk penganalisa teknikal dan chartist untuk apa juga bidang pasaran.

3.   Seminar Saham Advance Fundamental Investor
Dikendalikan oleh Shamsuddin Yahaya CFA bagi mereka yang inginkan ilmu analisa kewangan yang lebih mendalam.

4.   Seminar Saham Super FCPO Investor
Dikendalikan oleh Ridzuan Ibrahim MSTA. Seorang expert trader dalam FCPO dengan lebih 20 tahun pengalaman.

5.   Sistem Pelaburan Saham Super Investor
Produk untuk pelabur yang sibuk dan tak punya masa untuk menatap komputer. Signal buy dan sell call untuk pelaburan saham diberikan dengan cara yang mudah. Sistem yang mengambil masa 6 tahun untuk dibangunkan ini amat berkesan bagi menganalisa saham yang baik dan akan naik harganya. Yuran bulanan yang berpatutan dikenakan untuk menggunakan sistem ini.

6.   Sistem Pelaburan Saham Super FCPO Investor
Satu lagi produk untuk pelabur FCPO yang sibuk dan tak punya masa untuk menatap komputer. Signal long dan short call untuk pelaburan FCPO diberikan dengan cara yang mudah. Yuran bulanan yang berpatutan juga dikenakan untuk menggunakan sistem ini.

7.   Personal Coaching Saham
Disampaikan oleh sifu-sifu saham di seluruh Malaysia. Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuantan, Kuching, Ipoh, Pulau Pinang dan Kota Bahru. Temujanji diperlukan. Penyertaan adalah terhad.

8.   Personal Coaching FCPO
Disampaikan oleh Sifu Ridzuan Ibrahim MSTA. Berkongsi sistem berkesan untuk menjana keuntungan melabur dalam FCPO. Temujanji diperlukan. Penyertaan adalah terhad.

Semua perkhidmatan ini dijalankan oleh para Consultant yang berpengalaman dan punya kelayakan. Ia merupakan satu-satunya seminar awam yang mana semua consultantnya punya pengalaman, kemahiran dan kelayakan yang bersesuaian.

Tujuan kami tidak lain ialah untuk membantu dalam pembangunan ekonomi ummah secara keseluruhannya dengan membantu berkongsi ilmu pengetahuan yang betul dalam pasaran. Tanpa ilmu pelaburan ini, kebarangkalian untuk anda mengalami kerugian amatlah tinggi.

Jadi hubungi kami untuk keterangan lanjut  ;

Azila Ismail – 012 251 1755
Zuhri Zain – 012 629 0407
FY – 012 654 0130

Kami sedia membantu anda.

*Pelaburan yang terbaik ialah pelaburan kepada diri sendiri terlebih dahulu.
  
Sekian untuk makluman anda.

FY

Seminar Supertech Investor bersama Sifu Sharifah Fazliza MSTA

Seminar Super FCPO Investor bersama Sifu Ridzuan Ibrahim MSTA

Seminar Supertech Investor bersama Dr Nazri Khan

Seminar Advance Fundamental Investor bersama Sifu Shamsuddin Yahaya CFA

Personal Coaching bersama FY

Seminar Super Investor bersama FY


Sunday, December 16, 2012

Saham Terbitan Awam 2013


Assalamulaikum dan salam sejahtera buat semua yang bertamu di blog Faizal Yusup ini.

Harapan FY semoga anda semua berada dalam keadaan sihat disamping orang-orang yang tersayang. Kalau anda rasakan tak ada sesiapa yang sayang pada anda tak mengapa. FY sayangkan anda dan lebih penting lagi Allah Taala sayangkan anda. Itulah sebabnya dia masih memberi pelbagai nikmat nyawa dan udara untuk kita terus menjalani kehidupan di muka bumi ini.

Sebenarnya banyak perkara yang berlaku dan ingin FY kongsikan kepada anda semua baik pelabur ataupun pembaca setia blog FY ini. Apapun Inn Shaa Allah akan FY kongsikannya satu persatu andai keadaan mengizinkan untuk FY berbuat demikian.

Baiklah kepada mereka yang bertanya apakah antara IPO atau saham awam terbitan baru yang akan diterbitkan dalam tahun 2013, maka inilah jawapannya.

1.   AIR ASIA X
2.   TUNE AIR
3.   KLCC REITS
4.   PETRONAS L&G
5.   MALAKOFF
6.   WESPORT

Jadi sediakanlah wang pelaburan anda untuk mendapatkan saham-saham ini baik melalui permohonan di MITI mahupun melalui permohonan IPO Awam.

Untuk tahun 2012, biarpun Astro dan Gabungan AQRS kurang memberansangkan tatkala disenaraikan namun demikian kebanyakan iaitu majoriti yang lain membawa keuntungan contohnya FGV, IHH, Gas Malaysia dan lain-lain lagi.

Dalam perniagaan untung dan rugi adalah satu lumrah, ia tak berbeza dengan pelaburan. Apa yang penting ialah secara keseluruhannya ia membawa keuntungan. 1 rugi 5 untung dan penghujungnya anda untung, itu yang penting.

Kepada anda yang belum pernah melabur dan tak tahu bagaimana untuk mendapatkan peruntukan saham-saham ini baik di MITI mahupun IPO Awam melalui Bank.

Anda boleh menyertai Seminar Super Investor bersama FY dari masa ke semasa atau menghubungi FY secara terus di talian 012 654 0130 untuk bertanya mahupun untuk membuka akaun saham.

Kepada anda yang tak tahu bagaimana untuk mendapatkan peruntukan saham di MITI anda boleh membeli buku Ebook Super Investor panduan lengkap Memohon IPO di MITI dengan harga promosi RM50 sahaja. Emel FY di greng70@yahoo.com untuk mendapatkannya. 

Kepada High Networth Clients yang inginkan peruntukan saham IPO Air Asia X dengan blok RM250,000.00 satu blok saham, anda boleh menghubungi FY di talian 012 654 0130. In Shaa Allah FY boleh dapatkan peruntukan tersebut buat pihak anda.

Harap input ini membantu anda membuat perancangan awal untuk pelaburan IPO tahun hadapan.

Sekian dulu.

FY

Technical Analysis THHEAVY

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgOZpOXUPrgp3J_wDJSsSW1BMiw8ZH_9Z3FBisuYqMemMZWvjlLUiha6peWg6KXXHoKmPclgq4NqU6YfD_ozRerhP8MVR-cTi77ypd7jtNydVEzGllbPxefxSnyzdHp68B4TGXx6wBg_Sqs/s1600/THHEAVY+Daily.png



Breakout with volume above M5. This is a good buy with a breakout and fast stochastic above slow stochastic. It will target resistance at RM0.615 and RM0.710. Cut loss at RM0.500.

This stock moves very fast therefore it is advisable to ride on momentum. Trend may reverse to an uptrend because of 2 things:-

1. Making a double bottom
2. After making a double bottom it made a higher low

My recommendation is buy if tomorrow price is above 0.535 and ride until we see a bearish divergence.

Artikel ini dipetik dari blog www.technicalway.blogspot.com, blog baru seorang kawan FY yang mempunyai kelayakan MSTA(UK) dengan kebenarannya. InsyaAllah FY akan memperkenalkan siapakah gerangan blogger saham yang terbaru ini dalam artikel-artikel yang mendatang. Tungguuu...

FY


Faizal Yusup dan Dr Nazri Khan

FY dan Dr Nazri Khan bersantai makan nasi Arab
di Wadi Hadramawt, Jalan Ampang.

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, kita bertemu lagi. Artikel yang akan FY sampaikan kali ini sebenarnya amat penting dan amat bermakna. Ini kerana buat pertama kalinya FY dan Dr Nazri Khan MSTA, CFTe akan bekerjasama bagi memantapkan ilmu pengetahuan para pelabur di luar sana. Beliau telah bersetuju membenarkan FY mengambil mana-mana artikel beliau yang bermanfaat untuk dimuatkan dalam blog FY. Dengan itu ia akan secara tak langsung memantapkan blog FY serta pada masa yang sama membawa manfaat yang lebih baik kepada para pelabur di luar sana. Selain itu sekali sekala beliau akan menjadi penulis jemputan dalam blog-blog FY ini serta penceramah jemputan dalam seminar-seminar yang bakal FY jalankan.

Pada masa yang sama beliau juga merupakan penasihat atau advisor kepada Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia atau PRIBUMI dimana FY merupakan Naib Presidennya.

Dr Nazri Khan sebenarnya tidak asing dan dikenali di kalangan pelabur dalam negara ini malah di luar negara. Namun demikian bagi mereka yang tidak mengenali beliau, Izinkan FY perkenalkan serba sedikit latar belakang beliau.

 
Dr Mohd Nazri Khan bin Adam.

Beliau memiliki kelulusan Ijazah Sarjana dari University of Manchester dan telah menjalanlan lebih 500 kursus dan seminar saham di Malaysia, Singapura, Indonesia, Sudan dan Egypt. Merupakan penulis tetap ruang perniagaan di Utusan Malaysia dan Berita Harian juga merupakan komentar jemputan di Astro Awani, Bloomberg, TV3, The Edge dan Bernama. Beliau juga memiliki PhD dari Multimedia University dan merupakan Certified Financial Technician dengan International Federation of Technical Analysis.

Pada FY beliau merupakan salah seorang malay mallenium profesional yang terbaik di negara ini dan penggabungan ini In Shaa Allah akan membawa kepada kebaikan yang banyak kepada kita semua.

Sekian dulu, nantikan artikel-artikel beliau dalam blog-blog kelolaan FY.

FY mengundur dulu dengan rasa riang gembira.

FY

Monday, December 10, 2012

Seminar TA dan FA Percuma untuk Dealer dan Remisier Bumiputera

Assalamualaikum...

Perhatian hanya kepada para Dealer dan Remisier Bumiputera yang berlesen sahaja,

Kursus Analisa Teknikal dan Analisa Fundamental anjuran Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) secara percuma akan diadakan selama 2 hari, pada hari Sabtu 15/12/2012 dan Ahad 16/12/2012. Bertempat di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
 
Untuk tujuan pendaftaran sila email nama dan no tel kepada zarif25@gmail.com bagi mendapatkan borang penyertaan.

Sila sebarkan kepada kawan-kawan yang lain. Terima kasih.

Sekian. Wassalam.

FY
Naib Presiden PRIBUMI
  

Photo-Photo Sekitar Seminar Supertech Investor

Assalamualaikum... 

Semoga dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Alhamdulillah kita berjumpa lagi dalam artikel kali ini. Di sini FY cuma ingin memaparkan beberapa gambar penting semasa Seminar SuperTech Investor yang diadakan pada hari Sabtu 8 Disember yang lalu di Conference Hall, Bangunan Getah Asli Kuala Lumpur. Maaf FY tak dapat paparkan semuanya kalau ada peserta yang ingin melihatnya. Apapun jangan risau kerana semua gambar-gambar tersebut telahpun FY uploadkan dalam page Advance Forward di Facebook. Anda boleh melihatnya di sana.

Berikut adalah kronologi bergambar pada hari seminar tersebut.
 
Kakitangan Advance Forward sedia menanti kehadiran peserta untuk tujuan pendaftaran.
Pendaftaran masuk peserta bermula jam 8:30 pagi.
Sifu Sharifah Fazliza MSTA sedang menyampaikan pengisian Teori Analisa Teknikal dalam sesi pagi. Beliau mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam pasaran saham juga merupakan seorang remisier di RHB Investment Bank Jalan Tun Razak.
 
Aksi Puan Sharifah Fazliza yang penuh bersemangat.
Puan Zabidah Mohamed Remisier Hwang DBS Johor Bahru juga sudi datang.
Segmen Kepentingan Berzakat oleh En Khalid Mohamed wakil PPZ WP.
Program petang diambil alih oleh Sifu Ridzuan Ibrahim MSTA yang menerangkan kaedah dan teknik Analisa Teknikal dalam pelaburan sebenar. Beliau mempunyai pengalaman dan kemahiran yang begitu mendalam memandangkan beliau juga merupakan seorang Trader.
Kejutan sambutan harilahir Sifu Ridzuan Ibrahim MSTA
IR Jamaluddin Samsi salah seorang peserta yang begitu asyik mendengar ceramah.
Para Peserta yang sedang memberikan perhatian penuh.
Sifu Zuhri Zain MSTA merangkap Pengarah Operasi Advance Forward
FY tak ketinggalan menimba ilmu pengetahuan dari para penceramah.
Penyampaian Cerderamata serta saguhati buat Sifu Sharifah Fazliza MSTA


FY membuat ulasan penutup sesi ceramah.
Zuhri Zain menyampaikan cenderamata kepada Sifu Ridzuan Ibrahim MSTA
Hadiah Cabutan Bertuah tajaan PPZ WP, Pribumi dan Advance Forward.
Tuan Haji Zainal Arifin sudi menyampaikan hadiah Cabutan Bertuah Bagi Pihak Persatuan Remisier Bumiputera.
Seterusnya acara penyampaian sijil kepada peserta yang hadir
En. Ahiruddin memenangi hadiah Cabutan Bertuam Utama daripada En Khalid Mohamed wakil PPZ WP.
Sesi gambar kenangan bersama semua peserta Seminar.
 

Alhamdulillah kami bersykur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya segala yang dirancang menjadi kenyataan.
 
Kepada para peserta FY harap ilmu pengetahuan yang diterima dapat dimanfaatkan dengan baik, semoga ia dapat membantu anda semua menjana keuntungan dalam pasaran.
 
Untuk pengetahuan semua Seminar Supertech ini adalah satu-satunya seminar yang dijalankan dimana para penceramahnya mempunyai kelayakan dan berlesen dengan pihak Suruhanjaya Sekuriti. 
 
InsyaAllah banyak lagi seminar yang sedang kami rancang demi berkongsi ilmu pengetahuan dan memantapkan para pelabur di luar sana agar memasuki pasaran dengan langkah yang betul dengan itu dapat meningkatkan ekonomi ummah secara keseluruhannya.
 
Semoga kita berjumpa lagi. Jutaan terima kasih atas sokongan dan bantuan semua yang terlibat.
 
Sekian. Wassalam.
 
FY
 
Untuk keterangan lanjut mengenai seminar-seminar ini, layari