Thursday, December 10, 2015

PERIHAL RED SENA

Assalamulaikum...

Semasa FY menulis artikel ini, harga Red Sena ialah pada RM0.38.

Mereka mempunyai polisi untuk membayar balik 92% daripada IPO ditambah dengan faedah jika ia tidak memperoleh F & B yang berjenama dalam jangkamasa 3 tahun.

Harga IPO ialah RM0.50.
Oleh itu, 92% adalah RM0.46
Andaian faedah : 3% setahun

Contoh:

Senario terburuk (tiada pengambilalihan dalam 3 tahun)
Membeli 10000 unit saham Red Sena pada harga RM0.38, kos kasar ialah RM3800.00
Menerima RM0.46 tambah 3% kepentingan pengkompaunan, ~ 0,5027: RM5026.50
Anggaran ROI adalah 30.10%, purata 10.03% setahun.

Kes begini banyak berlaku di Amerika Syarikat dimana ianya menguntungkan bilamana SPAC tersebut tidak berjaya dalam pengambilanalihan dan wang pelabur dipulangkan kembali.

Ia pastinya menguntungkan lagipun pengambilalihan syarikat F&B adalah jauh lebih mudah dari pengambilalihan syarikat Oil n Gas. Sekiranya pengambilalihan pula berjaya pastinya harga saham Red Sena ini akan meningkat naik!

Untuk pengetahuan anda SPAC F&B yang paling berjaya ialah SPAC Burger King! Walaupun Red Sena tidak merancang untuk mengambil alih Rangkaian Restoran tetapi rancangan pengambilalihan syarikat F&B di rantau yang punya lebih 650 juta penduduk ini, dengan status halal dan sebagainya pastinya membawa kepada potensi yang besar. Berita pengambialihan mahupun berita status halal pastinya akan membawa sentimen positif kepada pelabur dan dengan itu akan membawa institusi seperti Tabung Haji dan Institusi yang mementingkan status syariah untuk melabur dalam syarikat ini nanti.

Selain itu juga, management team syarikat ini merupakan mereka-mereka yang berpengalaman luas dalam bidang F&B. Kebanyakan mereka merupakan pengarah dalam syarikat F&N juga Khong Guan. Kemudian Ian Yoong Kah Yin Pengarah Business Development, orang yang tak asing lagi dalam bidang pembrokeran dan kewangan dengan 29 tahun pengalaman dan terakhir sebagai Senior Vice President di CIMB.

Cornerstone Investor mereka juga hebat-hebat belaka dan yang terpenting ialah Creador yang diterajui oleh Brahmal Vasudevan seorang pelabur profilik yang hebat bila beliau berjaya meningkatkan pelaburan sebanyak RM60 juta kepada RM2 Billion dan pelaburan-pelaburan dalam syarikat seperti GHLSYS, BONIA, OLDTOWN, IFCAMSC mahupun pelaburan-pelaburan di India.

Semua ini bila digabungkan menunjukkan satu perkara. Red Sena adalah satu syarikat yang punya potensi yang besar.

Oleh itu, FY sarankan pembelian saham Red Sena pada harga diskaun sekarang asalkan ia kurang dari RM0.46 sen.

Sekian dulu buat kali ini.
Jadilah pelabur yang bijak dan pedagang yang berhemah!

FY
016 6667430

Thursday, November 26, 2015

TEAM FY AKAN BERPINDAH KE THE CURVE

PENGUMUMAN :

Setelah 14 tahun beroperasi di Kenanga Investment Bank Berhad, Petaling Jaya Branch, Team FY akan berpindah ke pejabat baru di the Curve, Mutiara Damansara mulai Isnin ini.

Untuk makluman anda, operasi di Branch Petaling Jaya akan berakhir petang ini dan operasi di The Curve akan bermula pada pukul 8:30 pagi hari Isnin 30 November 2015.

Segala surat menyurat sila hantar ke alamat kami yang baru seperti berikut ;

Kenanga Investment Bank Berhad,
Lot 240, Second Floor, The Curve
No. 6, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
47800 Petaling Jaya,
Selangor.

Tel : 03 7725 9095
D/L : 03 7727 0804
Fax : 03 77259079

No HP Team FY masih sama sepertimana berikut ;

FY - 016 6667430
Zuhri Zain - 012 629 0407
Yasin - 019 334 6570
Ramzie - 017 373 0513

Segala kesulitan amat dikesali. Kami harap penghijrahan ini akan membawa keberkatan dari Allah Taala.

Sekian dulu, Harap maklum.

FY

P.S. -  FY akan menjalankan seminar INVESTSMART anjuran SIDC (Suruhanjaya Sekuriti) di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru pada hari Sabtu 28 November pada jam 9:00 pagi hingga 1 petang. Masuk PERCUMA! Buat Warga Johor datanglah beramai-beramai kerana banyak yang akan FY kongsikan disamping terdapat cenderahati dan jamuan makan yang disediakan oleh pihak penganjur.

    

Wednesday, November 18, 2015

IPO AWAM RED SENA BERHAD SEDIA UNTUK DIPOHON!



Assalamualaikum...

Semalam FY dijemput ke majlis pelancaran prospektus Red Sena Berhad yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre.

Red Sena adalah SPAC (Special Purposes Acquisition Company) kelima yang akan disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia selepas HIBISCUS, SONA, CLIQ DAN REACH ENERGY. Bezanya inilah SPAC F&B yang pertama memandangkan yang sebelum ini semuanya adalah SPAC dalam industri berkaitan Oil & Gas. 

Melihatkan kepada barisan Top Management syarikat Red Sena ini yang terdiri daripada mereka-mereka yang berpengalaman dan arif dalam bidang F&B ini juga protfolio pemegang sahamnya yang bagus-bagus belaka maka FY percaya ia merupakan satu syarikat yang berpotensi untuk maju andai ia berjaya mendapat mengambil alih QA (Qualifying Asset) yang bagus. Ini kerana sektor makanan halal di rantau ini amat besar pasarannya dan pastinya ini merupakan satu faktor kejayaannya. 

Apapun 92% daripada modal yang diterima dari proses IPO ini akan disimpan dalam trust sehingga ia berjaya mendapat QA tersebut. Sekiranya dalam masa 3 tahun ia tidak berjaya berbuat demikian maka wang para pelabur itu akan dikembalikan semula.

Dalam hal status Syariah, buat masa ini menurut kata Top Management Red Sena, mereka belum memohonnya meskipun memang dalam agenda mereka untu berbuat demikian di masa mendatang setelah mendapatkan QA tersebut. InsyaAllah status syariah selepas QA pastinya akan membawa masuk pelabur-pelabur Institusi seperti Tabung Haji dan sebagainya yang mana akan meningkatkan lagi kebagusan syarikat ini.

Oleh sebab melalui peruntukkan Private Placement yang memenuhi kriteria jumlah pelaburan bagi segmen Bumiputera maka saham ini tidak diperuntukkan di MITI. Ia hanya boleh dibeli melalui peruntukkan Private Placement dan selebihnya peruntukkan kepada pelabur Awam.



Untuk pengetahuan anda Burger King sebenarnya bermula dari SPAC. Ia merupakan salah satu SPAC yang paling berjaya di dunia ini. Begitupun harus diingat banyak juga yang gagal dan wang para pelabur dikembalikan namun demikian kalau dibuat kajian kepada para pelabur yang mendapat saham ini diperingkat IPO maka keuntungan akan menjadi milik mereka kerana dalam kebanyakan SPAC ia menguntungkan pada hari penyenaraiannya.


Oleh yang demikian, pohonlah saham Red Sena ini yang dibuka permohonannya sekarang sehingga 27 November ini. InsyaAllah keuntungan bakal menjadi milik anda!  



Berikut adalah maklumat permohonannya ;

Jumlah Peruntukkan : 80 juta saham
Harga Tawaran : RM0.50 sesaham 
Tarikh permohonan dibuka : 18 November 2015 
Tarikh tutup : 27 November 2015
Tarikh disenaraikan : 10 Disember 2015

Setiap pembelian saham IPO ini anda akan mendapat saham warrant Red Sena ini secara percuma. Keuntungan pelaburan ini dikira dengan mencampurkan kedua-duanya sekali tatkala dijual nanti.

Beli! Jangan tak beli!

Seperti biasa FY sarankan para pelabur untuk memohonnya dengan kaedah permohonan melalui Online Banking di Maybank2U contohnya. Garispanduan dan prosesnya pernah FY tulis dalam blog ini sebelum ini.

Oh Ya, jangan lupa FY akan berada di Johor Bahru pada hari Sabtu 28 November ini untuk menjalankan seminar SmartInvest anjuran Suruhanjaya Sekuriti. Kepada warga Johor yang ingin memulakan pelaburan saham, jemputlah hadir ya!


Sekian dulu buat kali ini,


FY
0166667430

Sunday, November 15, 2015

FY DI JOHOR BAHRU 28 NOVEMBER INI

Assalamualaikum...

Nampaknya dewasa ini pasaran saham Bursa Malaysia kelihatan agak lemah selari dengan kejatuhan harga komoditi dan pasaran saham. Oleh sebab kita hanya boleh buat duit sehala dalam pasaran saham iaitu dengan kaedah membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi maka keadaan pasaran yang begini pastilah tidak memberansangkan buat para pelabur mahupun pedagang.

Apapun kepada yang ingin memulakan pelaburan di Bursa Malaysia FY akan berada di Johor Bahru pada 28 November ini atas tiket SmartInvest anjuran pihak Suruhanjaya Sekuriti. Berikut adalah maklumatnya ;

Tajuk : STOCK MARKET INVESTING FOR THE FIRST TIME INVESTORS
Tarikh : Sabtu, 28 November 2015
Masa : 9 pagi - 12 Tengahari
Tempat : Puteri Pacific Hotel, Johor Bahru
Yuran : PERCUMA!


Jamuan makan dan cenderahati disediakan buat semua peserta.

Berminat? Anda boleh mendaftar di laman web ini; 

Warga Johor jom! Kita jumpa di sana!

FY
0166667430

Sunday, November 1, 2015

HADIAH BUAT BONDA...

Assalamualaikum...

Hari ni dalam blog ini FY nak cerita sikit tentang kisah FY. Kisah seorang anak pengawal keselamatan yang menjadi seorang remisier dan baru-baru ini dengan ini Allah Taala menghadiahkan sebuah kereta Honda City buat ibunya. Kenapa bukan kepada bapanya? Sebabnya bapa FY telah meninggal dunia tanggal 9 Mei 2001 semasa umurnya 53 tahun.

Well, kalau nak cerita perjalanan hidup FY ini panjang ceritanya. Tinggal di rumah setinggan di Pantai Dalam semasa kecil, tak cukup makan minum, keperluan dan pakaian itu semua perkara biasa. Perkara kecil. Alah bisa dek biasa. Bagi mencukupkan keperluan kami adik beradik maka ibu FY bekerja di kedai dobi dan di malam hari dia mengambil upah menjahit pakaian.

Gedek! gedek! Gedek! gedek! Bunyi mesin jahitnya berbunyi hingga adakalanya jam 4 pagi menyiapkan baju kurung yang orang tempah. Rumah kami tak pernah berkemas kerana kain perca berada di sana sini kecuali pagi hari raya. Masa itulah sahaja ia elok tersusun.

Apapun dalam rumah kami, pelajaran diutamakan. Kata ibu FY, "Kita tak ada harta,  bapa kamu tak kaya, kita tak punya apa-apa, jadi pelajaranlah yang akan menjadi modal kita". Kata-kata inilah yang FY pegang selama ini.

Jadi, walau dalam kesusahan dan kesempitan modal FY berjaya menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah di Amerika Syarikat di bawah tajaan MARA dalam bidang kewangan.

Segulung Ijazah sebenarnya tak menjanjikan apa-apa. Hakikatnya ia tidak menjanjikan kejayaan dan kekayaan. Yang pening ialah untuk berusaha dengan gigih, punya sifat dan sikap yang betul serta bersandar kepada Allah Taala atas segalanya.

18 tahun dalam pasaran saham dalam misi mencari rahsianya bukanlah mudah. Pahit getir kerugian yang mencecah ratusan ribu ringgit amat sukar untuk diatasi. FY percaya kalau kita tak cukup kuat kita akan mengalah dan meninggalkan pasaran saham. Ramai yang sudah kalah dan mengalah tapi FY ni jenis bebal agaknya dan mungkin juga FY bukan jenis yang berputus asa. Ujian kematian bapa, FY masuk ICU kerana sakit jantung, 2 orang anak FY yang menghidap penyakit jantung berlubang, ujian bebanan kewangan, kemalangan, patah tangan dan sebagainya menyulami perjalanan kehidupan.

Tapi Allah Taala Maha Kaya, Maha Mengetahui. Pencarian FY akhirnya mula membuahkan hasil. Menjelang umur 40 tahun, segalanya berubah. Yang susah jadi senang, yang tak faham jadi faham, yang tersorok kini terbuka terbentang luas di depan mata. Alhamdulillah. Kesenangan mengambil alih kesusahan. Apapun FY tahu ujian kesusahan lebih senang dari ujian kesenangan jadi dalam ujian kesenangan ini FY perlu berhati-hati agar tidak melakukan perkara-perkara yang melanggar perintah Allah Taala.

Dan atas sebab itulah menyedari yang ibu FY amat memerlukan kereta baru bagi menggantikan kereta lamanya yang semakin usang, FY mengambil keputusan untuk membeli kereta tersebut buatnya. Lagipun FY tahu yang inilah saranan Islam, untuk berbakti kepada kedua ibubapa dan ganjaran yang dijanjikan Allah Taala amat banyak kepada anak yang mengembirakan orang tuanya. 


FY harap kisah ini bakal membawa iktibar kepada kawan-kawan di luar sana atau sesiapa sahaja yang dijodohkan dengan kisah ini untuk terus-terusan berusaha tanpa putus asa, untuk berbakti kepada kedua ibubapa, untuk bersabar dengan dugaan atau apa-apa juga iktibar yang boleh diambil dari cerita FY ini.

Dan kalau anda ingin belajar melabur saham dan mendapatkan rahsia bagaimana FY boleh menjana pendapatan dari pelaburan saham, jemputlah datang ke Seminar Super Investor yang FY jalankan pada hari Sabtu 7 November ini. Di sini langkah untuk anda juga berjaya dalam pelaburan saham bermula. Di sini FY akan kongsikan rahsia-rahsianya. FY bukan Along! FY cuma nak tolong!

Untuk keterangan lanjut mengenai seminar ini layari; 


Sekian dulu.

Ikhlas dari,

FY
0166667430



Wednesday, October 28, 2015

IPO KIM TECK CHEONG BERHAD

IPO KIM TECK CHEONG BERHAD.
 
Disenaraikan di ACE Market
Harga Tawaran : RM0.15
 
Permohonan IPO dibuka hari ini.
Tarikh Tutup : 12 November 2015
Tarikh Listing : 28 November 2015
 
 
Boleh beli?
Boleh untung?
Macamana nak beli?
Berapa unit nak beli?
Bila patut jual?
Apa risikonya?
 
Semua soalan ini akan terjawab dalam Seminar Saham Super Investor yang akan diadakan di Bangunan Lembaga Getah Asli Kuala Lumpur pada hari Sabtu 7 November 2015 nanti.
 
Layari www.seminarsaham.com.my untuk mendaftar. Cepat kerana tempat duduk hampir habis!
 
FY
 
 

 
 
 
 
 
 
 

Sunday, October 18, 2015

SEMINAR SAHAM SUPER INVESTOR TERAKHIR BAGI TAHUN 2015


  • Ramai yang kerugian melabur saham kerana dua perkara, kesilapan memilih kaunter yang betul dan kesilapan memilih masa membeli dan menjual yang betul.
  • Ramai juga yang terbenam modal pelaburan saham IPO kerana tersangkut dengan saham IPO yang jatuh harganya. Ini menyebabkan kita terlepas peluang untuk membeli saham IPO yang berikutnya.
  • Jom belajar melabur saham dan menjana keuntungan dalam pasaran saham dengan cara yang betul dalam Seminar Saham Super Investors pada hari Sabtu 7 November di Bangunan Lembaga Getah Asli, Kuala Lumpur.
  • 3 speaker berpengalaman dan berkelayakan digabungan dalam seminar ini iaitu FY, Speaker SmartInvest Suruhanjaya Sekuriti, Nabil Fikri MSTA Technical Analyst CIMB Investment Bank dan Zuhri Zain MSTA Trader berpengalaman dengan yuran yang murah dan berpatutan.

=================================================

Cara menyertainya ;


atau

2. Deposit RM490.00 dalam akaun Maybank Advance Forward Training and Consultants 5051 0340 5396 dan hantarkan slip pengenasahan, nama penuh dan alamat e-mel kepada Puan Azila Ismail di talian 016 664 1755.

Itu sahaja.

Seminar murah, penuh intipati pengisian pelabura saham, speaker-speaker yang pakar, hebat dan berkelayakan, ia seminar yang pasti berbaloi!

Jangan tunggu lagi! Daftar sekarang kerana tempat duduk terhad!



Wednesday, October 7, 2015

InvestSmart Fest 2015


FY in InvestSmart Fest 2015

The Securities Commission Malaysia (SC) will be holding the InvestSmart Fest 2015 from 9 – 11 October at Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. 
The event is targeted at various segments of the public (potential investors) and existing investors with various levels of sophistication.The event is open to the public and brings together capital market institutions, associations, industry players and relevant Government agencies, under one platform. 
This is the right time to make your money work for you by investing in capital market products like shares, unit trusts, warrants, bonds, derivatives and private retirement schemes (PRS). More than 40 brokers, fund managers, PRS providers and equity crowdfunding operators will offer you a variety of products to expand your portfolio. Plus, learn from our guest speakers about long term goals, opportunities and the benefits of starting young when it comes to making the most out of your money.
If you've just graduated, you can even find out about careers in the capital market through the GRP1000 programme. 
Visitors can look forward to various exhibitions, seminars, entertainment as well as interactive games, exciting challenges and exclusive prizes to be won!

Read more about it at ;

PS - Session with FY will be on Friday 11.00 am. Be there and learn about investing in the stock market!

FY

Sunday, September 27, 2015

BELAJAR TECHNICAL ANALYSIS

Assalamualaikum...

Ingin belajar analisa teknikal dalam membuat keputusan pelaburan saham?
Ingin belajar bagaimana untuk menganalisa carta pergerakan harga saham?
Ingin memahami indikator-indikator dalam analisa teknikal?

Jemputlah ke Woksyop Teknikal Analisis bersama Sifu Nabil Fikri MSTA broker analyst yang akan diadakan pada hari Sabtu ini 3 Oktober 2015. Kepada rakan-rakan yang berminat untuk menyertainya boleh hubungi Zuhri Zain 0126290407. TQ.


Tuesday, September 22, 2015

INVESTMENT FEST OKTOBER 2015

Assalamualaikum...


Investsmart adalah satu inisiatif pihak Suruhanjaya Sekuriti dengan objektif untuk meningkatkan penglibatan pelabur runcit ke dalam pasaran saham Bursa Malaysia.  Bagi mencapai matlamat ini maka seminar, kursus, kempen dan pelbagai program diatur untuk mendidik pelabur dan memberikan kesedaran tentang kepentingan pelaburan ekuiti dalam pasaran modal.

Jadi, pada 9 hingga 11 Oktober 2015 ini satu lagi program dirancang dan progam yang dinamakan sebagai INVESTMENT FEST akan diadakan bertempat di Convention Centre Mid Valley. Di sini ramai speaker-speaker besar akan berkumpul dan menyampaikan pelbagai pengisian pentadbiran kewangan baik dalam pelaburan saham secara terus, pelaburan dalam saham amanah, pengurusan kewangan, persediaan persaraan, memulakan protfolio saham, strategi pelaburan dan banyak lagi.



Speaker-speaker itu pula terdiri dari mereka-mereka yang pakar dalam industri, CEO, Director, Analyst, President dalam agensi masing-masing dan ini termasuklah dari Investment Bank, Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan sebagainya.

Dan terselit di situ di kalangan pakar-pakar industri seorang remisier yang anda kenali. Namanya Faizal Yusup atau FY. Di sini sebenarnya ada sesuatu yang perlu difikirkan. Dari lebih kurang 6500 Remisier dan Dealer yang berlesen di negara ini hanya FY sahaja remisier yang dipilih untuk membantu menjayakan program tersebut. Kenapa ye?

Apapun InsyaAllah FY akan menyampaikan pengisian pelaburan yang terbaik untuk semua tetamu yang hadir. Program ini terbuka kepada semua dan ia akan dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Kepada sesiapa yang punya kelapangan jemputlah hadir. Banyak ilmu pengetahuan pelaburan yang boleh anda timba dari program selama 3 hari ini. 

Sekian dulu.

FY
0166667430


Wednesday, September 16, 2015

INTIPATI EBOOK RAHSIA BUAT DUIT DENGAN SAHAM IPO DAN PRIVATE PLACEMENTS


Assalamualaikum...

Kepada yang bertanya apakah kandungan Ebook Rahsia Buat Duit dengan Saham IPO maka di sini FY sertakan kandungannya ;

KANDUNGAN EBOOK RAHSIA BUAT DUIT DENGAN SAHAM IPO DAN PRIVATE PLACEMENTS

BAB 1
PENGENALAN

·         Profil Penulis
·         Mukaddimah
·         Apa Itu Saham?
·         Kenapa Sesebuah Syarikat Mahu Disenaraikan?
·         Apakah Itu Saham IPO?
·         Apakah Harga Par Dan Harga Tawaran?
·         Struktur IPO Atau Saham Terbitan Awam
·         Persoalan Lazim Mengenai IPO Atau Saham Terbitan Awam
·         Bagaimana Untuk Mengetahui Status Syariah Sesuatu Saham Itu?
·         Soalan Lazim Mengenai Akaun CDS

BAB 2
PERUNTUKAN SAHAM IPO

·         Pelaburan Initial Public Offer Atau IPO
·         IPO Dan Kepentingannya Dalam Merancakkan Pasaran Saham
·         Memohon Saham Terbitan Awam Baru (IPO)
·         Kaedah Memohon Saham Terbitan Awam Yang Baru (IPO)
·         Kaedah Pertama – Permohonan Menggunakan Borang
·         Kaedah Kedua – Permohonan Melalui Atm
·         Kaedah Ketiga – Permohonan Melalui Online Banking
·         Perihal IPO
·         Perbezaan IPO MITI Dan IPO Awam
·         Masa Yang Sesuai Untuk Memohon
·         Proses Balloting
·         Bagaimana Untuk Mengetahui Status Permohonan Secara Online?
·         Sekiranya Berjaya?
·         Poket Kebanyakan Pelabur Bumiputera Belum Cukup Dalam
·         Keuntungan Dari Melabur IPO
·         Strategi Pelaburan IPO
·         Analisa Prestasi Pelaburan Saham IPO 2013 hingga kini
·         Garispanduan Permohonan Saham IPO
·         Q N A
·         Mengetahui Harga Sasaran Atau Fair Value Sesuatu IPO
·         Rezeki Yang Berbeza
·         IPO 2015-2016

BAB 3
PELABURAN PRIVATE PLACEMENT

BAB 4
PENUTUP

·         Perkhidmatan Membuka Akaun CDS
·         Perkhidmatan FY Remisier Saham Di Bursa Malaysia
·         Soalan-Soalan Lazim Mengenai Perkhidmatan Remisier
·         Seminar, Personal Coaching Dan Trading Software
·         Perkhidmatan Membaikpulih Portfolio Saham Yang Rugi
·         Seminar Saham Super Investor
·         Woksyop Analisa Teknikal
·         Personal Coaching Train The Supertrader
·         Ebook Saham Percuma Investlah – Tip Melabur Saham FY
·         Ebook Buat Duit Dengan IPO Di MITI
·         Ebook Buat Duit Dengan IPO Dan Private Placements
·         FY Super Investors Club Di Facebook
·         FY Investment Club Di Whatsapp
·         Hubungi Team FY
·         Hubungi FY

Kaedah membelinya adalah seperti berikut ;
  • Deposit RM60.00 ke akaun MAYBANK Advance Forward Training and Consultants 5051 0340 5396 dan
  • Hantarkan bukti pembayaran beserta alamat emel melalui
  • SMS, WhatsApp atau Emel kepada azilasmile@yahoo.com atau hubungi puan Puan Azila Ismail​ di talian 016 664 1755.
  • Ebook tersebut akan dihantarkan kepada pihak tuan seberapa segera dan paling lewat 7 hari bekerja!.
Dengan membeli ebook ini anda juga akan mendapat EBOOK di bawah ini secara percuma!


Apa tunggu lagi? Mulakan langkah pelaburan IPO anda dengan membeli Ebook tersebut!

Sekian dulu.

FY
016 6667430