Wednesday, March 23, 2011

Remiser dan masalahnya

FY Menjawab Kajiselidik

Apakah di antara masalah besar anda dalam perniagaan sebagai remisier atau perjawatan sebagai paid dealer?

1. Masalah untuk keluar membuat pemasaran kepada pelanggan kerana kita tak boleh meninggalkan pejabat.
2. Masalah untuk memasukkan transaksi bila kita keluar atau bercuti kerana ketiadaan dealer yang membantu. Kedua-dua masalah ini boleh diselesaikan dengan pengenalan sistem mobiliti remisier.
3. Masalah syarikat yang tidak membantu menyampaikan maklumat terkini kepada pelanggan via email dan sebagainya.
4. Masalah tidak dibenarkan menjalankan transaksi Institusi kerana kekurangan deposit.
5. Masalah kekurangan deposit yang menghadkan perniagaan.
6. Masalah transaksi internet dan persaingan dari broker lain yang menawarkan kadar komisyen yang lebih rendah

Di antara masalah besar di Bursa Malaysia ialah "liquidity of the small capitalized companies". Ada cadangan mengatasinya?

1. Syarikat atau pihak Bursa atau SC perlu buat roadshow untuk meyakinkan pelabur akan syarikat-syarikat kecil yang berpotensi besar.
2. Broker's Research mesti menyenaraikan syarikat sebegini dalam report mereka tidak hanya menumpukan kepada syarikat berjajaran besar.
3. Peranan Media Massa untuk mengetengahkan kisah kejayaan syarikat-syarikat ini.

Apakah cadangan anda bagi meningkatkan keupayaan remisier bumiputera di era liberalisasi sepenuhnya pasaran modal Negara?

1. Membenarkan mobiliti remisier supaya para remisier dapat bertemu pelanggan.
2. Pendidikan yang berterusan.
3. Menjadikan remisier bumiputera bergerak secara berkumpulan.
4. Membenarkan kumpulan-kumpulan remisier ini menjalankan urusniaga institusi.
5. Satu avenue untuk berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan perlu diadakan secara formal.

Lain-lain Komen

SC, pihak syarikat mahupun media massa perlu menjalankan pendidikan / training kepada pelabur bermula dari pendidikan yang termudah. Ini kerana terdapat kelompongan dalam pendidikan pelaburan sejak sedekad lalu disebabkan kekurangan Remisier baru di pasaran. Average umur remisier adalah 47 tahun dan ini tidak membantu untuk menarik pelabur yang lebih muda.

Dalam hal ini ramai pelanggan yang berpotensi untuk melabur tidak tahu apa-apa mengenai pelaburan saham. Keadaan Bursa yang tidak vibrant juga merupakan salah satu faktor.

Bagaimana kita ingin mengajar peringkat tertinggi dalam pelaburan bila kebanyakan pelanggan yang saya temui tidak tahu perkara asas dalam pelaburan.

Malaysia dan pasaran saham berada di tahap pengetahuan yang tinggi dan cuba mengikut kemajuan negara barat sedangkan masyarakat umumnya ketinggalan jauh lantas menjauhkan diri dari pelaburan saham kerana tak tahu apa-apa mengenainya.

Antara sebab kenaikan saham di tahun 1993 ialah kerana penglibatan pelabur runcit disebabkan pelbagai faktor antaranya ;

- T+7 atau lebih yang membolehkan pelabur bermain saham kontra
- Tiada masalah limit menggunakan sistem SCORE
- Penyenaraian yang lebih menawarkan saham kepada public
- Sindiket di pasaran
- Ramainya remisier
- Banyaknya mass media coverage
- dll lagi.

Bila Bursa semakin matang maka lebih banyak control measures diletakkan hingga ia menjadi begitu stringent dan ini sebenarnya menjauhkan pelabur runcit memasuki pasaran.

Mungkin banyak yang saya katakan tadi perlu namun pada saya penyenaraian syarikat perlu kembali menawarkan lebih banyak saham kepada pelabur runcit kalau dibandingkan kepada Institusi. Ini membolehkan mereka mendapatkan hands on practical dalam pelaburan saham dan dengan ini membolehkan mereka belajar dan memahami akan sistem pelaburan secara keseluruhannya.

Monday, March 21, 2011

IPO MITI - Saham terbitan Awam di MITI

FY sedang memberi ucapan

Pada Ahad 20 Mac 2011 yang baru lalu FY bersama Persatuan Remisier Bumiputera (PRIBUMI) dijemput untuk menjayakan program outreach yang dijalankan di Kota Bharu, Kelantan bertujuan untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam Pasaran Modal. Ia dijalankan di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu dan menarik lebih 170 penyertaan. Ia dimulakan pada jam 830 pagi dan berakhir pada jam 1 petang serta dirasmikan oleh Dato' Seri Mustapa Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Selain PRIBUMI, Pihak MITI juga menjemput Maybank Investment Bank bagi menerangkan mengenai Pembiayaan Saham yang disampaikan oleh En Azmi, Bursa Malaysia bagi menjelaskan mengenai Pasaran Modal Islam yang disampaikan oleh En Faiz. Pihak PRIBUMI menghantar 4 orang wakilnya iaitu FY dari Kenanga IBB, Tuan Haji Zainal dari Interpac Sec, En. Md Hazrin dari PM Sec dan Puan Hani Raihan dari RHB IB.

Secara umumnya seminar ini menjelaskan bagaimana Peelabur boleh mendapatkan peruntukan Khas saham terbitan awam yang akan disenaraikan melalui MITI. Antara Saham yang telah diperuntukkan adalah Benalec, MHB, Petronas Chemical dan banyak lagi. Kebelakangan ini saham-saham yang disenaraikan ini dibuka dengabn kadar premium yang menguntungkan para pelabur Bumiputera. Buat masa ini ada dua lagi selepas Biolermech Berhad iaitu Prestariang dan UOA Development Berhad yang boleh dipohon oleh pelabur Bumiputera samaada melalui PRIBUMI mahupun terus kepada pihak MITI.

Seterusnya roadshow ini akan menuju ke Kedah dan seluruh Malaysia bagi tujuan yang sama. Ia adalah satu usaha yang baik dengan harapan ia akan dapat meningkatkan penglibatan bumiputera dalam pegangan ekuiti di Pasaran Modal hingga ia mencapai 30% malahan lebih dari itu.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Saham Peruntukan Khas Bumiputera ini hubungi FY, InsyaAllah FY sedia membantu.

Sekian.

Borak Saham


Ekuiti adalah saham-saham yang diterbitkan oleh syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan juga saham-saham yang tidak tersenarai di Bursa Malaysia.

Apabila kita membeli stok atau saham biasa, kita sebenarnya MEMILIKI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARIKAT tersebut dan berhak mengundi dalam mesyuarat agung. Setiap saham adalah pegangan kecil hak milik sesebuah syarikat dan kita boleh membeli sejumlah kecil atau sejumlah besar lot saham bergantung kepada wang yang kita miliki. Sebagai pemegang saham, kita akan menerima faedah daripada keuntungan yang diperolehi syarikat dalam bentuk dividen yang dibayar dan juga daripada kenaikan harganya di pasaran saham.

Syarikat menerbitkan saham untuk memperoleh dana bagi meneruskan operasi dan mengembangkan perniagaan tanpa perlu membuat pinjaman daripada lain-lain sumber seperti pinjaman daripada bank perdagangan (pinjaman ini boleh meningkatkan risiko kewangan syarikat).

Kita perlu menyedari bahawa pembelian saham mempunyai risiko tertentu, Contohnya, apabila prestasi syarikat merosot, harga saham syarikat mungkin akan jatuh dan kita mungkin tidak akan menerima sebarang dividen. Terdapat juga fakto-faktor lain yang mungkin mempengaruhi harga saham kita, umpamanya prestasi pasaran saham secara keseluhuan dan keadaan ekonomi Negara. Ada juga kemungkinan kita kehilangan semua wang pelaburan jika syarikat menutup perniagaannya. Selain daripada itu, terdapat juga saham yang sukar dijual kerana kekurangan permintaan. Oleh itu, amat penting bagi pelabur untuk membuat pilihan yang bijak dan tepat ketika hendak membuat pelaburan.

Penasihat kewangan biasanya mengesyorkan saham sebagai sebahagian daripada portfolio pelaburan. Tujuan utama berurus niaga saham sudah tentulah untuk mendapatkan keuntungan dengan membeli pada harga rendah dan menjual pada harga yang tinggi. Bagi para pelabur jangka panjang, memilih saham berdasarkan faktor-faktor asas syarikat adalah amat penting, yakni mereka harus mengetahui latar belakang syarikat yang bakal dilaburkan. Oleh itu, amat penting kita membaca dan memahami prospecktus, laporan kewangan dan pengumuman korporat yang diedarkan oleh syarikat-syarikat tersenarai kepada pemegang saham dan orang awam.

Ketika membuat pilihan untuk membeli saham, kita seharusnya meneliti beberapa faktor seperti latar belakang syarikat dan pengurusannya, kekuatan kewangan syarikat, nisbah harga perolehan dan hasil dividen, prospek pertumbuhan perolehan dan kebolehan syarikat untuk bersaing. Pelabur yang bijak akan meneliti faktor-faktor tersebut sebelum melaburkan wang kerana ia boleh mempengaruhi harga saham.


UOA DEVELOPMENT BERHAD / PRESTARIANG BERHAD

Buat masa ini ada dua lagi syarikat yang akan disenaraikan yang mana para pelabur boleh membelinya melalui Skim Peruntukan Bumiputera daripada MITI.

UOA DEVELOPMENT BERHAD 
Jumlah Tawaran Saham : 119,586,000 unit
Harga Tawaran: RM3.00 (Indikatif)
Tarikh Tutup MITI : 7hb April 2011
 
Penyenaraian : Papan Utama
Aktiviti Syarikat : Pelaburan dan pembangunan Hartanah serta pembinaan.

PRESTARIANG BERHAD
Jumah Tawaran Saham : 22,000,000 unit
Harga tawaran : RM0.90
Tarikh Tutup MITI : 25 Mac 2011
Penyenaraian : Papan Utama 
Aktiviti Syarikat : ICT Service Provider focusing on professional ICT Training and Certification.

Untuk keterangan lanjut hubungi FY.
012 654 0130

Melabur / Menyimpan RM1000

 Duit RM1000 ni dah tak laku!
Kalau kita ada RM1000.00 maka kalau kita membeli telefon bimbit maka akan berlaku susutnilai dimana dalam masa setahun nilainya mungkin akan berkurangan kepada RM500.00. Dalam erti lain kita kerugian sebanyak RM500.00 atau 50% daripada pembelian kita itu.

Kalau kita gunakan RM1000.00 untuk disimpan di bawah bantal pula ia akan tetap RM1,000.00 atau mungkin ia akan hilang kerana dicuri atau rumah kita terbakar macam cerita P Ramlee tu.

Kalau kita gunakan RM1000.00 untuk disimpan dalam nbank maka dengan kadaar faedah sebanyak 3% maka duit anda akan menjadi 1030.00 hujung tahun nanti.

Kalau kita gunakan RM1000.00 itu untuk dilaburkan dalam ASB maka dengan dividen sebanyak 8% maka duit kita akab menjadi RM1080.00 hujung tahun nanti.

Dan kalau kita gunakan RM1000.00 itu untuk melabur saham di Bursa Malaysia maka kalau anda memilih saham yang baik dan kukuh maka anda boleh mendapat keuntungan jauh melebihi 8% dalam ertikata lain anda boleh mengukuhkan kewangan anda dengan jauh lebih cepat dengan melabur di Bursa Malaysia.

Katalah kita mendapat 15% setahun maka dalam tak sampai 10 tahun kita akan dapat menggandakan wang kita itu. Pelaburan saham adalah cara bagaimana semua orang kaya di dunia ini menggumpul dan mengukuhkan kewangan mereka.

Kalau anda berminat untuk menggandakan wang anda dengan melabur saham di Bursa Malaysia tetapi tak tahu bagaimana untuk melakukannya. Tak tahu bagaimana untuk memilih saham mana yang terbaik, Hubungi FY. FY sedia membantu anda.

Selamat melabur! Jadilah pelabur yang bijak.

Sekian dulu.



FY
012 654 0130

Friday, March 11, 2011

Usaha Meningkatkan Penglibatan Bumiputera Dalam Pelaburan Saham


Siang tadi FY bersama Pn Huda Ikhwan Presiden Persatuan Remisier Bumiputera (Pribumi), En Hazrin dan Puan Saloma yang juga AJK persatuan tersebut telah bertemu dengan Encik Abdul Mushir Che Cik salah seorang orang kuat TERAJU. TERAJU adalah sebuah agensi yang ditubuhkan kerajaan baru-baru ini yang bertujuan meneraju agenda Bumiputera bagi mengukuhkan ekonomi Bumiputera agar standing dengan bangsa lain dan agensi ini berhubung secara langsung dengan PM.

Sektor yang dikenal pasti adalah minyak sawit, pertanian, minyak dan gas, pendidikan, pemborongan dan peruncitan, perlancongan, Greater Kuala Lumpur, kandungan komunikasi dan media serta perkhidmatan perniagaan.

Jadi pihak kami datang sebagai sebuah NGO untuk berbincang dan memberi cadangan serta membentangkan kertas kerja mengenai bagaimana untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang pelaburan saham / ekuiti.

Untuk pengetahuan anda dewasa ini nisbah pelaburan harian di Bursa Malaysia kebelakangan ini ialah seperti berikut lebih kurang ;

50% - Intitusi Tempatan
30% - Institusi Asing
20% - Peruncit

Di sini kita akan dapat lihat yang penglibatan pelabur perseorangan hanyalah sekitar 20% dan sekiranya transaksi ini ditolak dengan transaksi sindiket saham dan pelabur bukan bumiputera maka jumlah pelabur bumiputera mungkin boleh dikira dengan jari.

Dalam hal ini mungkin daripada kajian terdapat peningkatan dalam pegangan saham keseluruhan oleh Bumiputera dari 19% satu ketika dahulu kepada 22% namun kebanyakannya dipegang oleh institusi pelaburan bumiputera seperti Permodalan Nasional, Tabung Haji dan sebagainya. Oleh itu ia jelas yang penglibatan pelabur perseorangan Bumiputera amatlah rendah. Keadaan ini secara tak langsung juga menjejaskan para remisier Bumiputera yang berada dalam industri, hidup segan mati tak mahu.

Jadi persoalannya kenapa keadaan ini berlaku?

Pada pandangan saya pertamanya kebanyakan Bumiputera tidak terdedah kepada aspek pelaburan ekuiti melainkan pelaburan dalam saham amanah. Kurangnya pendedahan ini antaranya disebabkan oleh jumlah remisier yang kecil di pasaran kalau dibandingkan dengan nisbah penduduk negara ini. Dalam hal ini terdapat lebih daripada 20,000 agen saham amanah, kad kredit dan juga insuran namun demikian terdapat kurang daripada 4000 remisier yang aktif di pasaran.

Keduanya keadaan pasaran yang kurang memberansangkan yang tidak dapat menarik minat mereka untuk memasuki pasaran saham. Kalau kita lihat dahulu pada tahun 1993 boleh dikatakan semua orang bercerita pasal saham disebabkan kenaikannya yang begitu tinggi ditambah pula dengan kecairan pasaran.

Ketiganya control measures yang lebih ketat yang dilaksanakan, contohnya pengenalan Broker Front End menggantikan SCORE. Dalam hal ini kawalan kredit dewasa ini menjadi lebih ketat. Kemudian pemendekan jangkamasa kontrak dari 7 hari kepada 5 hari dan sekarang 3 hari telah menjejaskan pelabur runcit.

Kelimanya agihan unit terbitan awam yang mendahulukan institusi secara tak langsung menyebabkan kurangnya penglibatan pelabur baru di pasaran.

Keempatnya kenaikan purata household debts yang melebihi 70% daripada pendapatan isi rumah menunjukkan kebanyakan orang tak punya lebihan bagi tujuan pelaburan memandangkan wang tersebut dibelanjakan lebih kepada tujuan barang keperluan. Menurut kajian 50% daripada hutang isirumah itu adalah bagi membayar pembiayaan rumah yang dibeli. Seperkara lagi dewasa ini generasi baru lebih suka membeli pelbagai produk yang ada di pasaran daripada melaburkan wang tersebut.

Dan pelbagai sebab yang lain lagi.

Keadaan ini sebenarnya akan menjadi lebih teruk di masa akan datang kerana semakin lama ia semakin menurun akhirnya merugikan bumiputera itu sendiri kerana pengagihan kekayaan yang tak seimbang yang berlaku sedangkan pasaran saham adalah merupakan avenue utama bagi meningkatkan ekonomi diri serta keluarga.

Bila ditanya 95 peratus daripada responden mengatakan jawapan tak reti atau risiko tinggi dan hanya 5 peratus yang berani mencuba tapi tak tahu dimana hendak mencari pendedahan mengenainya. Ini menunjukkan pendedahan tentang pasaran saham secara individual dan caranya masih belum dijalankan secara efektif di negara ini. Pendedahan perlu dilakukan bermula dari peringkat sekolah secara meluas. Untuk pengetahuan anda, 50% rakyat Amerika Syarikat memegang saham secara individu.

Selain itu pada saya struktur saham terbitan awam mesti dipinda dengan melebihkannya kepada pelabur individu sepertimana yang dijalankan sebelum tahun 1997 dimana banyak individu yang terlibat dengan saham secara langsung atau tak langsung kerana kad pengenalan mereka dipinjam bagi tujuan membeli saham terbitan awam yang ditawarkan. Dewasa ini kebanyakan keuntungan terbitan saham baru ini pergi kepada institusi dan mengkayakan orang yang sudah kaya. Keadaan inilah yang menyebabkan pengagihan yang tidak seimbang itu sedangkan ia tak sampai kepada rakyat kebanyakan.

Struktur sebelum 1997
70 % - Pelabur Individu
20 % - Pelabur Institusi
10 % - Kakitangan syarikat yang bakal disenaraikan.

Struktur selepas 1997
70 % - Pelabur Institusi
20 % - Pelabur Individu
10 % - Kakitangan syarikat yang bakal disenaraikan.

Keadaan ini berlaku kerana kemerosotan harga saham yang menyebabkan saham-saham terbitan awam ini tidak diambil oleh pelabur individu jadi ia terpaksa diambil oleh underwriter saham tersebut. Namun demikian keadaan sudah berubah kerana pasaran saham telah kembali aktif dan control measures yang saya perkatakan tadi telah mengurangkan risiko kejatuhannya.

Mungkin strukturnya perlu dipinda sebegini;
50 % - Pelabur Institusi
40 % - Pelabur Individu
10 % - Kakitangan syarikat yang bakal disenaraikan.

dan seterusnya dipertingkatkan hingga kembali ke tahap seperti sebelum 1997 dahulu kerana keadaan ini akan meningkatkan pelabur individu disamping memberi pendedahan langsung dalam aspek pelaburan saham ini.

Perubahan struktur ini akan menyebabkan lebih ramai individu yang bakal terlibat. Bila tangan tercelup lambat laun mereka akan menyeluknya lebih dalam.

Setakat ini dahulu buat kali ini.

Faizal Yusup mengundur diri.