Friday, August 29, 2014

3 TIP RAHSIA MENJANA KEUNTUNGAN DI BURSA MALAYSIA

RAHSIA MENJANA KEUNTUNGAN DI BURSA MALAYSIA

Ada 3 langkah utama ;

1.   MENGELAKKAN KERUGIAN

Bagi yang sudah memulakan pelaburan di Bursa Malaysia tetapi mengalami kerugian. Jadi janganlah risau dan putus asa. Cuba analisa kenapa dan bagaimana kerugian itu boleh terjadi. Apakah strategi yang anda gunapakai. Adakah anda hanya mendengar tip remisier, kawan, saudara malah pemandu Dato’. Apakah asas pembelian anda. Berapa besar modal anda dan berapa lamakah jangkamasa pelaburan anda?

Acapkali kerugian terjadi kerana :-

  • Tiada ilmu pelaburan. Beli saham main ikut rasa sahaja.Para pelabur silap memilih saham. Memilih saham cap ayam yang tidak berharga.
  • Memilih saham Warrant yang akan tamat tempoh dll.Membeli saham pada masa yang salah. Membeli pada masa orang lain menjual. Membeli saham yang trend harganya sedang menurun. Membeli ketika Bursa sedang “bearish.”
  • Membeli secara kontra dan tidak punya modal untuk membayar dan menyimpan saham yang dibeli itu dengan harapan boleh mendapatkan keuntungan atas angin misalannya.
  • Dan pelbagai sebab lagi.


Dalam hal ini sekiranya anda dapat mengatasi faktor pertama ini maka InsyaAllah anda boleh bergerak ke hadapan…

2.MEMELIHARA MODAL


Faktor kedua dalam usaha untuk menjana keuntungan dalam pasaran saham ialah untuk memelihara modal. Katalah kita meletakkan modal untuk memulakan kedai runcit tetapi kita tidak menjaga kedai runcit tersebut maka pastinya lambat laun kedai itu akan bungkus dan anda akan kerugian. Begitu juga dalam pasaran saham. Kalau kita membeli saham, maka kita perlulah memerhatikan pergerakan harga saham tersebut. Janganlah membeli saham dan kemudian membiarkannya begitu sahaja lebih-lebih lagi anda seorang Trader saham jangkamasa pendek. Keputusan yang cepat dan pantas untuk mengambil untung dan cut loss adalah penting bagi tujuan pemeliharaan modal.

Bagi Investor pula beberapa strategi seperti strategi “dollar cost averaging” juga strategi “not putting all eggs in one basket” iaitu dengan membeli saham-saham dari industri yang berlainan bagi tujuan “spreading the risk” mahupun strategi-strategi lain yang boleh mengurangkan risiko. Kaedah lain ialah dengan melakukan hedging iaitu dengan melabur dalam intrumen pelaburan yang lain seperti Futures dan Derivatif dengan mengambil strategi pelaburan yang berlawanan.

3.   MENJANA KEUNTUNGAN

Setelah mengambil langkah mengelakkan kerugian dan memelihara modal maka tak ada apa lagi yang perlu anda risaukan. Ini kerana over time (dengan factor masa) modal yang anda laburkan itu akan menjana keuntungan. Mana taknya pelaburan anda akan berkembang kerana anda telah berjaya mengelakkan kerugian dan memelihara modal. Betul tak? Ini kerana pasaran modal akan terus-terus berkembang, syarikat yang tersenarai semakin lama semakin membesar dan ekonomi semakin lama semakin pesat maka pastinya keuntungan bakal menjadi milik anda.

Cuba lihat harga rumah. Dulu rumah teres dua tingkat di tahun 80an ia cuma berharga RM30,000.00, 90an ia menjadi RM60,000.00, 2000an ia menjadi RM200,000.00 sekarang ia telah meningkat hingga ke RM500,000.00 malah lebih lagi. Jadi samalah seperti pasaran saham, andai anda membeli saham yang betul dan bagus pastinya keuntungan bakal menjadi milik anda. Kuasa modal, masa serta pilihan saham yang betul akan memungkinkan semua ini. Sekiranya anda membeli 1000 unit saham Public Bank pada tahun 1967 dan sekiranya anda masih belum menjualnya hingga kini maka anda akan menjadi seorang jutawan.  



Disamping itu juga dalam jangkamasa terdekat ini FY akan menjalankan ; 
  • Woksyop BTX Online Trader dengan harga promosi RM50.00 sahaja akan dijalankan pada hari Sabtu 30 Ogos bertempat di ThotBox, Damansara Intan. Hubungi Zuhri Zain 012 6290407 untuk tujuan pendaftaran.
  • Seminar Super Investor bersamaFY pula akan diadakan pada 13 September ini. Layari www.seminarsaham.com.my untuk keterangan lanjut.
Selain itu FY sedang menyiapkan buku-buku Ebook Pelaburan Saham untuk kemudahan anda semua tak berapa lama lagi. InsyaAllah.

Sekian dahulu buat kali ini.

Wasalam...

FY
016 6667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.