Saturday, August 30, 2014

APA YANG TRADER BARU PERLU TAHU?

BAHAYA YANG MENANTI TRADER NEWBIE…

Kalau sebelum ini FY menulis mengenai perbezaan antara Trader dan Investor, kali ini seperti yang FY janjikan FY akan menulis mengenai bahaya yang menanti Trader Newbie.

Dewasa ini kalau dilihat dari Volume dan fokus pasaran kita akan dapat lihat yang kebanyakan volume itu berada pada saham-saham berjajaran kecil atau penny stocks. Minggu lepas kita menyaksikan volume tertinggi pasaran bilamana ia melepasi 7 Billion namun demikian Bursa Malaysia kelihatan overheated dan tak dapat menampung volume yang begitu banyak jadi minggu ini nampaknya ia berehat dan turun. Keadaan ini membawa kepada kerugian kepada para pelabur yang membeli saham-saham secara kontra minggu lepas.

Volume yang tinggi kepada saham-saham berjajaran kecil ini seperti SUMATEC, PDZ, MARCO, IRIS, GPA, GLOTEC, LUSTER, SANICHI, IFCAMC dan lain-lain lagi menunjukkan minat ramai trader berada di situ.

Anda ingin tahu siapa dan apakah golongan trader yang “bermain” dengan saham-saham kecil ini?

Di sini FY ingin letakkan level 1 hingga 10 akan kepakaran golongan-golongan ini.

Level 1-2 untuk golongan beginner atau newbie,
Level 3-5 untuk golongan amatur
Level 6-8 untuk golongan novice
Level 9-10 untuk golongan expert

Untuk pengetahuan anda BAHAYA yang menanti golongan trader zero knowledge, golongan trader newbie, golongan trader beginner yang berada di level 1 dan 2 memandangkan pengalaman mereka yang begitu mentah dalam pasaran ialah ;

Level 3-5 – Golongan Trader Amatur bermain Kontra, Day Trader dan lain-lain. Punya sedikit modal, pengalaman dan pengetahuan dan lebih banyak kalah dari menang.

Level 6-8 - Golongan Trader Expert yang berpengalaman. Punya ilmu pengetahuan teknikal analisis yang tinggi, punya pelbagai sijil dan diploma Analisa Teknikal. Golonga ini lebih banyak menang dari kalah.

Level 8-9 – Golongan Propreitry Day Trader yang Novice mahupun Expert. Mereka ini tidak dikenakan sebarang brokerage, boleh membeli dahulu menjual (long) kemudian malah menjual dahulu membeli kemudian (short) berdasarkan pergerakan pasaran saham asalkan tiada saham yang dipegang bila pasaran ditutup. Mereka punya modal dan punya jaringan tenaga kerja. Golongan ini selalu menang.

Dan yang paling bahaya sekali ialah golongan yang berikut ini.

Level 9-10 – Golongan Trader Sindiket yang expert, penuh pengalaman, punya modal, sudah corner saham-saham yang tertentu, punya masa dan punya jaringan atau network dengan banyak broker memanipulasi harga saham-saham Penny stocks ini. Mereka boleh mencipta carta pergerakan harga saham dan golongan ini selalu sahaja menang.

Jadi anda dimana?

Trader Newbie? Level 0? Level 1? Level 2? Pastinya modal pelaburan anda akan diambil dan dicuri oleh trader-trader yang jauh lebih berpengetahuan dan berpegalaman kalau dibandingkan dengan anda. Sedarilah tanpa semua ini KERUGIAN bakal menjadi milik anda. BAHAYA bukan?

Saranan FY – Belajarlah dan terus belajar dari mereka-mereka yang berpengalaman atau elakkan sahaja bermain dengan kaunter-kaunter berjajaran kecil atau Penny Stocks ini. Carilah saham-saham yang baik, kukuh dan menguntungkan untuk dibuat pelaburan dan bukannya saham-saham cap ayam sebegini.

Duit susah cari jadi janganlah buang begitu sahaja.



Disamping itu juga dalam jangkamasa terdekat ini FY akan menjalankan ; 
  • Seminar Super Investor bersama FY pula akan diadakan pada 13 September ini. Layari www.seminarsaham.com.my untuk keterangan lanjut.
Selain itu FY sedang menyiapkan buku-buku Ebook Pelaburan Saham untuk kemudahan anda semua tak berapa lama lagi. InsyaAllah.

Sekian dahulu buat kali ini.

Wasalam...

FY
016 6667430
greng70@yahoo.com
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

www.seminarsaham.com.my

HUBUNGI TEAM FY ;

Persoalan mengenai memulakan portfolio saham dan membuka akaun CDS ;
Hubungi : En. Yasin Yunus - 019 3346570
Emel : yasinyunus2714@gmail.com

Persoalan mengenai seminar saham ;
Hubungi : Puan Azila Ismail - 012 2511755
Emel : azilasmile@yahoo.com

Persoalan mengenai online trading dan menjadi seorang trader ;
Hubungi : Sifu Zuhri Zain MSTA - 012 6290407
Emel : muhammadzuhri@gmail.com

Persoalan asas pelaburan saham ;
Hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

PERKHIDMATAN KAMI ;
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.