Saturday, August 30, 2014

KENALI PERBEZAAN TRADER DAN INVESTOR

KENALI DIRI ANDA. ADAKAH ANDA TRADER ATAU INVESTOR?

Dewasa ini dengan begitu banyak seminar, kursus dan woksyop saham yang dijalankan lantas secara tak langsung membawa kepada ramai pelabur runcit memasuki pasaran. Malangnya dari pemerhatian FY ramai yang masuk melabur ini tak punya modal yang banyak, tapi mahu menjadi kaya dengan cepat lantas ramailah yang menjadi trader. Trader bidan terjun.

Ini kerana ramai yang diberi harapan dan kata-kata manis yang keuntungan boleh dibuat dengan banyaknya dalam masa yang singkat. Namun demikian hakikatnya bukan begitu. Bila mereka memasuki pasaran KERUGIANlah yang menanti mereka. Nanti FY terangkan kenapa ini berlaku.

Apapun dalam artikel kali ini walaupun anda semua pelabur tetapi apakah kategori anda. Oleh sebab ramai yang baru, mereka tak kenal diri mereka sendiri samaada mereka Investor atau Trader.

Analogi bagi menerangkan perkara ini mudah. Kita ambil Runner atau pelari sebagai contoh. Runner juga ada kategori yang berlainan iaitu ada Sprinter atau pelari pecut dan ada Marathoner atau pelari jarak jauh. Sprinter perlu cepat tetapi punya stamina yang yang hanya bertahan sekejap sahaja. Marathoner pula boleh menyimpan tenaga untuk satu jangkamasa yang panjang.

Trader sebenarnya umpama sprinter, mereka ini perlu bergerak sepantas kilat untuk menjana keuntungan di pasaran kalau anda lembab maka pasaran akan mengalahkan anda. Atas sebab itulah seorang trader mesti memerhatikan pasaran saham setiap masa, setiap hari. Memerhatikan pergerakan harga saham yang dibeli pada setiap masa dan ketika. Ini kerana saham-saham yang mereka beli itu berdasarkan analisa teknikal dan kebanyakannya ialah saham-saham cap ayam yang mana turun naiknya begitu laju.

Investor pula adalah umpama Marathoner atau pelari jarak jauh. Mereka membeli saham dan sanggup menunggu untuk satu jangkamasa yang lama. Mereka tak perlu memerhati pergerakan harga saham-saham yang dibeli itu setiap hari. Saham-saham yang dibeli ialah saham saham-saham yang punya Fundamental yang kukuh. InsyaAllah keuntungan akan menjadi milik mereka di masa-masa mendatang nanti.

Jadi kenalilah siapa diri anda dalam pasaran saham ini…

Adakah anda seorang pelari pecut, pelari jarak sederhana atau adakah anda seorang marathoner?


Disamping itu juga dalam jangkamasa terdekat ini FY akan menjalankan ; 
  • Seminar Super Investor bersama FY pula akan diadakan pada 13 September ini. Layari www.seminarsaham.com.my untuk keterangan lanjut.
Selain itu FY sedang menyiapkan buku-buku Ebook Pelaburan Saham untuk kemudahan anda semua tak berapa lama lagi. InsyaAllah.

Sekian dahulu buat kali ini.

Wasalam...

FY
016 6667430
greng70@yahoo.com
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

www.seminarsaham.com.my

HUBUNGI TEAM FY ;

Persoalan mengenai memulakan portfolio saham dan membuka akaun CDS ;
Hubungi : En. Yasin Yunus - 019 3346570
Emel : yasinyunus2714@gmail.com

Persoalan mengenai seminar saham ;
Hubungi : Puan Azila Ismail - 012 2511755
Emel : azilasmile@yahoo.com

Persoalan mengenai online trading dan menjadi seorang trader ;
Hubungi : Sifu Zuhri Zain MSTA - 012 6290407
Emel : muhammadzuhri@gmail.com

Persoalan asas pelaburan saham ;
Hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

PERKHIDMATAN KAMI ;
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.