Tuesday, March 31, 2015

BERITA TERKINI PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Oleh sebab kesempatan masa maka FY cuma dapat update beberapa perkara sahaja di sini ;

  • GST bermula hari ini 1 April 2015. Brokerage dan Clearing Fees dalam transaksi saham juga akan dikenakan GST mulai hari ini.
  • IPO Qualitas ditangguhkan penyenaraiannya hingga diberitahu kelak. Kepada pelabur yang sudah mendapatkannya di MITI dan membuat pembayaran maka pihak Bank Penasihat akan memulangkan kembali duit anda. 
  • IPO Bio Alpha yang berharga 20 sen telah dibuka permohonannya. Pelabur boleh memohonnya dengan menggunakan kaedah Online Banking, ATM mahupun dengan mengisi borang tetapi FY menyarankan penggunaan kaedah Online Banking kerana ia lebih baik dan berkesan. Kenanga Research memberikan Harga Sasaran sebanyak 24 sen untuk kaunter ini. Permohonannya akan ditutup pada jam 5 petang 2 April 2015. Mohonlah. InsyaAllah ada keuntungan dari pelaburan Bio Alpha ini memandangkan banyak juga sahamnya dipegang oleh pihak Kementerian Kewangan. Ia akan disenaraikan pada 14 April 2015.
  • MCT Berhad yang dalam usaha pengambilalihan GWPlastic telah menetapkan harga new placement shares pada harga RM1.28 dangan sasaran menjana modal sebanyak RM384 million.
  • Malakoff dijangka disenaraikan Mei nanti. Permohonan di MITI telah ditutup dan keputusannya dijangka keluar tak lama lagi. Hubungi FY sekiranya anda berminat untuk membeli saham ini dengan blok minima RM250K.
  • Kursus Analisa Teknikal akan diadakan pada hari Sabtu 4 April 2015 ini di Shah Alam. Hubungi Zuhri Zain 012 6290407 untuk tujuan pendaftaran.

  • Seminar Super Investor FY akan diadakan pada hari Sabtu 25 April 2015 di Bangunan Lembaga Getah Asli, Kuala Lumpur. Layari www.seminarsaham.com.my untuk tujuan pendaftaran. Pihak kami juga dalam usaha untuk mengadakan seminar Super Investor ini di Kota Kinabalu, Sabah Jun nanti. InsyaAllah.

  • Seminar saham PERCUMA anjuran SIDC anak syarikat Suruhanjaya Sekuriti dimana FY menjadi speakernya akan diadakan pada hari Sabtu 11 April di Tower Regency Hotel, Ipoh, Perak. Hubungi Mohamed Farith 03 62048471 atau Zulkarnain Zulkifli 03 62048575 untuk keterangan lanjut. Anda juga boleh memuat turun modul seminar FY itu di laman web www.investsmartsc.com.my
  • Personal Coaching Saham bersama FY diadakan setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis di pejabat FY di Petaling Jaya. Kepada yang masih mengalami kerugian melabur jemputlah datang. Yurannya ialah RM900 untuk sesi sehari. Buat temujanji anda dengan Dealer FY, En Ramzi di talian 0173730513.
  • Website terbaru FY http://faizalyusup.my sudahpun siap. Anda boleh melayarinya untuk mendapatkan input saham dengan cara yang lebih tersusun dan santai. Ebook saham percuma juga boleh anda muat turun dari laman tersebut.

Sekian dulu buat kali ini dalam kesempatan yang pendek ini.


FY
016 6667430

Wednesday, March 25, 2015

STOCK MARKET INVESTING FOR THE FIRST TIME INVESTOR

24 March 2015


Dear Sir/Madam

INVITATION TO PARTICIPATE IN THE INVESTSMART ROADSHOW SERIES: STOCK MARKET AND UNIT TRUST SEMINAR FOR RETAIL INVESTORS

The Securities Industry Development Corporation (SIDC) is the training and development arm of the Securities Commission Malaysia (SC) and the leading capital markets education, training and information resource provider in ASEAN.

For your information, the SC recently launched the InvestSmart initiative on June 19, 2014. It is an initiative to empower investors and make them capable of making intelligent and informed investment decisions. For retail investors, the “InvestSmart Roadshow Series" is one of the programmes under this initiative. This seminar aims to develop interest and increase investor sophistication in stock market and unit trust investing.

The details of the seminar(s) are as follows:

Title
:
STOCK MARKET INVESTING FOR THE FIRST TIME INVESTOR
Category
:
Stock Market Seminar
Level
:
Beginner/ Refresher
Speaker
:
Faizal Yusup
Date
:
11 April 2015 (Saturday)
Location
:
Tower Regency Hotel, Ipoh Perak 
Time
:
9.00 am to 1.00 pm




By the end of this seminar, participants will be able to identify the fundamentals of investing such as:

·         identify the Capital Market products available in Malaysia;
·         define the key principles of investing in Bursa Malaysia;
·         apply fundamental skills to invest in new IPO’s in the primary market;
·         apply various investment strategies in the secondary market;
·         explain about various investment products in Bursa Malaysia; and
·         build their own equity investment portfolio.

For your information, this seminar is FREE and refreshments will be provided. This seminar will be conducted in English and is targeted at potential and existing unit trust/ PRS/ stock market investors. The participants will also receive a certificate of participation and a souvenir.

Therefore, we seek your kind cooperation in registering and/ or nominating participants for this seminar. The seminar is limited to the first 100 participants only. To confirm your participation, please complete and submit the registration form attached and email it tofarithM@sidc.com.my. You may also register via our online application form at www.investsmartsc.my. Please take note that the closing date for registration is Friday, 3 April 2015.

For further information, please contact Mohamed Farith Mohamed Jamal at 03-6204 8471 or Zulkarnain Zulkifli at 03-6204 8575.


Thank you and best regards.


MOHAMED FARITH MOHAMED JAMAL
Senior Executive, Investor Education Department
Securities Industry Development Corporation (SIDC)
No. 3, Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia
__________________

Thursday, March 12, 2015

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN REMISIER BUMIPUTERA MALAYSIA KALI KE-20

Assalamualaikum, 

Kepada,

Semua ahli-ahli yang dihormati sekalian,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN REMISIER BUMIPUTERA MALAYSIA KALI KE-20

Dengan segala hormatnya , kami ingin menjemput anda ke Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia ke-20  yang akan diadakan seperti berikut :-



Tarikh     :      21 Mac 2015 (Sabtu)
Masa       :      2.45 petang –5 petang
Tempat   :      Bronx Hall,
                        Tingkat 14, Berjaya Times Square Hotel,
                        Jalan Imbi Kuala Lumpur

Pengesahan kehadiran boleh dibuat secara online di


Sekian. Harap maklum.                        

FY
b/p Setiausaha Kehormat
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI)
Tel pejabat: 03-92815195 Faks : 03-92815087
EMAIL; pribumi95@gmail.com



KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP PERSATUAN REMISIER BUMIPUTERA MALAYSIA 2015



Perhatian kepada semua Remisier dan Dealer's Representative yang berlesen,

Anda dijemput untuk menyertai Kejohanan Bowling Tertutup Persatuan Remisier Bumiputera sempena AGM dan ulangtahun ke 20 penubuhan PRIBUMI. Maklumat kejohanan adalah sepertimana di bawah ini.

TEMPAT DAN TARIKH PERTANDINGAN

Tempat, tarikh dan masa pertandingan adalah seperti di bawah :

i)          Tarikh                           :           Sabtu, 21hb. Mac 2015
ii)          Masa                            :           9.00 pagi  – 12.30 tengahari
iii)         Tempat                         :           Ampang Superbowl
Level 5, Berjaya Time Square
                                                            55100 Kuala Lumpur.
iv)         Yuran Penyertaan          :           RM100.00 setiap pasukan.

PASUKAN
Setiap pasukan terdiri dari 4 orang Remisier atau Dealer’s Representative yang berlesen atau individu yang diizinkan oleh pihak Urusetia.  Jika terdapat pemain perempuan di dalam pasukan, maka handicapped pin akan diberikan.  Terhad kepada 20 pasukan sahaja. Sila rujuk peraturan pertandingan untuk butiran lanjut.

HADIAH-HADIAH
Hadiah-hadiah bagi para pemenang adalah seperti berikut :

i)          Johan                           :           Piala Pusingan serta Hadiah Iringan
ii)          Naib Johan                   :           Hadiah Iringan
iii)         Ketiga                           :           Hadiah Iringan
iv)         Keempat                       :           Hadiah Saguhati
v)         Kelima                          :           Hadiah Saguhati
vi)         Men High Game            :           Hadiah Saguhati
vii)        Ladies High Game         :           Hadiah Saguhati
ix)         Men High Series            :           Hadiah Saguhati
x)         Ladies High Series        :           Hadiah Saguhati

BORANG PENYERTAAN DAN TARIKH TUTUP
Borang penyertaan boleh didapati di :

i)              Faizal Yusup – greng70@yahoo.com @ 016 6667430

Yuran penyertaan pasukan perlulah dibayar melalui RHB BANK BERHAD No Akaun - 2641 2400 0088 15 atas nama PERSATUAN REMISIER BUMIPUTERA MALAYSIA dan bukti pembayaran yang asli hendaklah dibawa pada hari kejohanan bagi tujuan pengesahan pasukan.

Borang penyertaan yang telah lengkap berserta bukti pembayaran yuran penyertaan perlulah difaxkan ke:

i)              No. Fax                        :           03 - 9281 5087
(UP : Pn. Joharah)
                       
PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi :

            i)          En. Faizal Yusup           -           016 6667 430

            ii)          En. Zuhri Zain                -           012 629 0407

INVITATION TO PARTICIPATE IN THE INVESTSMART STOCK MARKET SEMINAR FOR RETAIL INVESTORS (28.3.2015)


Dear Sir/Madam

INVITATION TO PARTICIPATE IN THE INVESTSMART ROADSHOW SERIES: STOCK MARKET AND UNIT TRUST SEMINAR FOR RETAIL INVESTORS

The Securities Industry Development Corporation (SIDC) is the training and development arm of the Securities Commission Malaysia (SC) and the leading capital markets education, training and information resource provider in ASEAN.

For your information, the SC recently launched the InvestSmart initiative on June 19, 2014. It is an initiative to empower investors and make them capable of making intelligent and informed investment decisions. For retail investors, the “InvestSmart Roadshow Series" is one of the programmes under this initiative. This seminar aims to develop interest and increase investor sophistication in stock market and unit trust investing.

The details of the seminar(s) are as follows:

Title
:
STOCK MARKET INVESTING FOR THE FIRST TIME INVESTOR
Category
:
Stock Market Seminar
Level
:
Beginner/ Refresher
Speaker
:
Faizal Yusup
Date
:
28 March 2015 (Saturday)
Location
:
Mutiara Hotel, Johor Bahru 
Time
:
9.00 am to 1.00 pm




By the end of this seminar, participants will be able to identify the fundamentals of investing such as:

· identify the Capital Market products available in Malaysia;
· define the key principles of investing in Bursa Malaysia;
· apply fundamental skills to invest in new IPO’s in the primary market;
· apply various investment strategies in the secondary market;
· explain about various investment products in Bursa Malaysia; and
· build their own equity investment portfolio.

For your information, this seminar is FREE and refreshments will be provided. This seminar will be conducted in English and is targeted at potential and existing unit trust/ PRS/ stock market investors. The participants will also receive a certificate of participation and a souvenir.

Therefore, we seek your kind cooperation in registering and/ or nominating participants for this seminar. The seminar is limited to the first 100 participants only. To confirm your participation, please complete and submit the registration form attached and email it to farithM@sidc.com.my. You may also register via our online application form at www.investsmartsc.my. Please take note that the closing date for registration is Friday, 20 March 2015.

For further information, please contact Mohamed Farith Mohamed Jamal at 03-6204 8471 or Zulkarnain Zulkifli at 03-6204 8575.


Thank you and best regards.


MOHAMED FARITH MOHAMED JAMAL
Senior Executive, Investor Education Department
Securities Industry Development Corporation (SIDC)
No. 3, Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia
_______________________________________________________________________________________
DL : (6).03.6204.8471 |  F : (6).03.6204.8298  |M : (6).014.653.2578 l E : farithM@sidc.com.my

For tips on smart money management and investment in Malaysia, please visit Malaysian Investors website at: www.min.com.my

Tuesday, March 10, 2015

PERGI SEMINAR SAHAM TAPI MASIH TAK FAHAM

Assalamualaikum...

Dewasa ini ramai pelabur yang datang bertemu FY samaada di pejabat, dalam Seminar Super Investor mahupun dalam Sesi Personal Coaching yang FY jalankan meluahkan perasaan mereka terhadap beberapa perkara antaranya ;

·         Mereka telah pergi seminar saham yang bernilai beribu ringgit tetapi masih blur.
·         Kemudian menyambung pula dengan bayaran ke seminar yang lebih advance dengan bayaran yang lebih tinggi tetapi tiada juga perubahan. Masih blur jugak.
·         Pergi seminar dengan bayaran beribu ringgit tapi sekali belajar beratus peserta. Macamana nak belajar dan bertanya soalan.
·         Pergi seminar dan aplikasikan apa yang diajar tapi kerugian.
·         Buka akaun saham tetapi tak tahu pakai platform.
·         Buka akaun saham tapi remisier langsung tidak membantu.
·         Dan macam-macam hal lagi.

Kasihan... kasihan...

Inilah sebahagian dari kisah herd mentality yang ada dalam diri orang kita. Kalau ramai pergi maknanya bagus, kalau mahal harganya maknanya bagus dan berkualiti. Adakah anda salah seorang dari pelabur yang FY nyatakan ini?

Tapi kenapa bila balik dari seminar masih blur? Kalau bayar mahal pastilah ilmunya juga mahal ye tak?

Tak? Oh Ya kena pergi seminar yang lagi advance dan lagi mahal kot? Barulah tak blur? Macam-macam hal.

Beginilah. Izinkan FY bantu anda. Saranan FY datanglah ke pejabat FY, InsyaAllah nanti FY akan terangkan apa yang masih blur itu untuk menjadikan pelaburan saham ini lebih jelas dan menguntungkan!

Sesuatu yang harus anda ingat,

·         FY adalah seorang remisier yang punya 18 tahun pengalaman.
·         Blog FY adalah blog saham yang paling ramai pelabur datang.
·         FY dah lama buat seminar saham dan personal Coaching Saham.
·         FY adalah Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera
·         FY juga dilantik speaker untuk Suruhanjaya Sekuriti.

Mungkin ada satu dua perkara yang boleh FY bantu kot?

Fikir dalam-dalam dan buatlah penilaian berdasarkan akal fikiran yang rasional. InsyaAllah ia akan membuak hijab dan membantu anda memahami.

Sekian dulu.

FY
www.faizalyusup.net

016 6667430

INVEST SMART ROADSHOW WITH FAIZAL YUSUP

Assalamualaikum...

Hi there...

For your information FY is invited as one of the speaker for SC's Invest Smart Roadshow all through out Malaysia this coming weeks covering the stock investments topics for Beginners and Refreshers.



Among the topics that FY will covered are How to Start your Investment Portfolio, Trick and Trades in Investing in Primary and Secondary Market and Winning Investment Strategies among others.

FY will be in these places ;

MUTIARA HOTEL, JOHOR BAHRU
9:00 am - 1:00 pm
Saturday 28 March 2015

TOWER REGENCY HOTEL, IPOH
9:00 am - 1:00 pm
Saturday 11 April 2015


Johorean and Perakean Investors, you are cordially invited! Come and meet FY in person there!

Be a smart investor and do trade wisely!

For further inquiries, visit ;



FY
www.faizalyusup.net

016 6667430

Tuesday, March 3, 2015

FAQ PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

SOAL JAWAB SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Saya  zero knowledge dalam pelaburan saham ini. Apakah langkah-langkah yang perlu saya lakukan?

Dalam hal ini perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah untuk mencari ilmu pelaburan saham terlebih dahulu. Ini boleh dilakukan dengan membaca blog dan website, suratkhabar, majalah dan Ebook, mendengar radio BFM dan Bernama, menonton dokumentari pelaburan di TV dan youtube, belajar dari mentor, menghadiri Personal Coaching, Kursus dan seminar dan sebagainya.

Anda juga boleh melayari blog FY di www.faizalyusup.net atau mendapatkan Ebook Investlah – Tip Pelaburan Saham FY bernilai RM100.00 karya FY secara percuma dengan memberikan alamat emel kepada eizmar11@yahoo.com


 Setelah mendapat ilmu yang memadai langkah seterusnya ialah untuk membuka akaun CDS dan Trading di Broker Saham.

Sediakan modal lebih kurang RM5000.00 dan mulakanlah pembelian saham anda.

Apakah seminar dan kursus yang boleh saya sertai bagi menajamkan ilmu pelaburan saham ini?

Dalam hal ini FY bagi pihak Advance Forward Training & Consultancy ada menganjurkan kursus untuk trader dan investor ekuiti di Bursa Malaysia.

Berikut ini adalah antara seminar dan kursus saham yang dianjurkan oleh Advance Forward Training and Consultants ;

1.   SEMINAR SUPER INVESTOR
BASIC INVESTOR / TRADER
Seminar ini khas untuk pelabur newbie dan beginner. Ia menyampaikan overview pasaran saham serta kaedah-kaedah menjana keuntungan dalam pasaran Bursa Malaysia. Yuran penyertaan hanya RM490.00.

2.   WOKSYOP ANALISA TEKNIKAL
INTERMEDIATE INVESTOR / TRADER
Untuk Investor dan Trader intermediate dengan menggunakan kaedah analisa teknikal iaitu dengan menganalisa carta bagi menjalankan urusniaga dalam pasaran. Yuran penyertaan hanya RM700.00.

3.   PERSONAL COACHING TRAIN THE SUPERTRADER
ADVANCE INVESTOR / TRADER
Untuk Trader Advance level dengan menggunakan Platform Kentrade bagi memilih saham yang baik dan mendapatkan signal beli dan jual jangkamasa pendek mahupun panjang. Yuran penyertaan hanya RM900.00.

Investment saham ni macam mana?

Ekuiti adalah saham-saham yang diterbitkan oleh syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan juga saham-saham yang tidak tersenarai di Bursa Malaysia.

Apabila kita membeli stok atau saham biasa, kita sebenarnya MEMILIKI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARIKAT tersebut dan berhak mengundi dalam mesyuarat agung. Setiap saham adalah pegangan kecil hak milik sesebuah syarikat dan kita boleh membeli sejumlah kecil atau sejumlah besar lot saham bergantung kepada wang yang kita miliki. Sebagai pemegang saham, kita akan menerima faedah daripada keuntungan yang diperolehi syarikat dalam bentuk dividen yang dibayar dan juga keuntungan daripada kenaikan harganya di pasaran saham.

Sama seperti perniagaan, pelaburan dalam mana-mana instumen kewangan terdapat risiko yang perlu kita titikberatkan. Harus diingat bukan semua perniagaan menguntungkan. Dalam hal ini mendalami ilmu pelaburan saham ini amatlah penting bagi membolehkan anda berjaya sebagai pelabur di Bursa Malaysia.

Apakah strategi pelaburan saham yang terbaik bagi menjana keuntungan?

Sebenarnya terdapat begitu banyak strategi yang boleh digunakan bilamana anda melabur di Bursa Malaysia ini. Ia bergantung kepada jumlah modal anda, risiko pelaburan anda,  jangkamasa pelaburan anda, objektif pelaburan anda dan sebagainya.

Sekiranya anda seorang pedagang atau trader, maka strategi jangkamasa pendek dengan menggunakan kekuatan analisa teknikal akan digunapakai. Dewasa ini banyak juga software sistem analisa teknikal yang diperkenalkan di negara ini yang boleh anda langgani. Sekiranya anda seorang pelabur atau trader pula, anda berkemungkinan besar akan menggunakan strategi berlandaskan Fundamental dan Financial Ananlysis. Strategi pelaburan dalam Saham pertumbuhan dan Pendapatan adalah antara strategi mudah yang sering digunapakai.

Strategi gabungan juga boleh digunakan bagi memberi kekuatan terhadap analisa pelaburan anda.

Strategi Nilai Dollar Cost Averaging dan Diversification pula contohnya adalah strategi asset allocation bagi tujuan spreading the risk.

Bagi tujuan pemilihan saham yang baik pula anda boleh menggunakan kaedah Value Investing yang digunakan oleh Warren Buffett mahupun kaedah CAN SLIM yang dipelopori oleh William O’Neal, Kaedah PEGGY method juga boleh digunakan.

Bagi adaptasi di Bursa Malaysia FY menggunakan kaedah yang FY cipta sendiri yang FY namakan kaedah IMANTAP. Anda boleh mempelajarinya dengan menghadiri Personal Coaching yang FY jalankan. Kaedah ini amat berkesan untuk menjana keuntungan dalam pasaran saham di Bursa Malaysia ini.

Bagi mendalami aspek ini dapatkan Ebook Strategi-Strategi Pelaburan di Bursa Malaysia karya FY di pasaran.

SOALAN BERKENAAN CDS

Apa Itu Akaun CDS?

Sekiranya anda ingin memulakan pembelian saham mahupun mendapat peruntukan saham baik melalui Blue Form, Pink Form, ESOS, IPO atau anda ingin memohon peruntukan saham bumiputera di MITI maka anda WAJIB ada akaun CDS. Kalau tidak saham tersebut tidak berharga kerana ia tak boleh dijual.

Akaun CDS atau nama panjangnya Central Depository System adalah tempat dimana saham-saham tersebut bakal disimpan. Untuk pengetahuan semua, CDS ini sebenarnya telah bertukar nama kepada Bursa Malaysia Depository.

Untuk menjalankan urusniaga saham tersebut di Bursa Malaysia pula anda perlu membuka akaun Trading saham yang dikendalikan oleh seorang wakil peniaga yang dikenali sebagai Dealer’s Representative atau Remisier yang berlesen. Mereka pula merupakan agen kepada sebuah syarikat broker yang berlesen dengan Bursa Malaysia. Ketika ini terdapat 33 Syarikat Broker di negara ini, antaranya ;

·         Kenanga Investment Bank
·         CIMB Investment Bank
·         RHBOSK Investment Bank
·         Maybank Investment Bank
·         Affin Hwang Investment Bank
·         Aminvestment Bank
·         Public Investment Bank
·         TA Securities
·         Hong Leong Investment Bank
·         Malacca Securities
·         PM Securities
·         Credit Suisse Securities
·         UBS Securities
·         JPMORGAN Securities
·         CLSA Securities
·         Macquarie Capital Securities

Saya dibawah umur 18 tahun. Bolehkah saya membuka akaun CDS?

Tidak boleh. Anda mesti berumur 18 tahun dan ke atas untuk membuka akun CDS.

Saya bukan warga negara Malaysia. Bolehkan saya membuka akaun CDS?

Boleh. Dengan syarat anda melebihi umur 18 tahun, punya passport yang sah dan penyata akaun mana-mana Bank di negara ini.

Bagaimana caranya untuk membuka akaun CDS?

·         Kita perlukan salinan kad pengenalan (Muka depan dan belakang.)
·         Kita perlukan RM10.00 untuk membuka akaun CDS ( Central Depository System ) dengan Bursa Malaysia.
·         Buka akaun trading dengan syarikat broker / remisier yang terlibat.
·         Salinan muka depan buku akaun atau penyata bank.

Atau berikan nama penuh, alamat dan no HP kepada En Yasin di talian 019 334 6570. Pihak kami akan hantarkan dokumennya melalui courier atau datang sendiri ke pejabat FY di Petaling Jaya.

Boleh tak saya buka lebih dari satu akaun CDS?

Membuka akaun CDS lebih kurang macam membuka buku akaun bank. Anda boleh membuka sebanyak mana yang anda mahu dari broker-broker yang berlainan.

Akaun CDS saya berstatus tidak aktif. Bagaimana untuk mengaktifkannya?

Anda cuma perlu mengisi dan menandatangani satu borang pengaktifan di Syarikat Broker anda.

Akaun CDS saya berstatus Dormant. Bagaimana untuk mengaktifkannya?

Bagi akaun CDS yang kosong selama lebih 2 tahun ia akan menjadi Dormant. Dalam hal ini anda cuma perlu mengisi dan menandatangani satu borang pengaktifan di Syarikat Broker anda. Yuran sebanyak RM5.00 dikenakan.

Saya membeli saham X di Maybank Securities, boleh tak saya menjualnya melalui Kenanga Investment Bank Berhad?

Tak boleh, sebab saham itu tiada di Kenanga Investment Bank Berhad. Saham yang dibeli di Broker A mesti juga dijual di Broker A juga melainkan ia telah dipindahkan.

Bagaimana nak transfer / pindahkan saham yang didagangkan di Bursa Malaysia?

Saya mempunyai saham di Maybank Securities, saya telah berpindah, bagaimana saya hendak memindahkan saham tersebut ke Kenanga Investment Bank Berhad yang letaknya berdekatan dengan rumah saya?

·         Dalam hal ini anda perlu membuka akaun CDS yang baru dengan Kenanga Investment Bank Berhad.
·         Dapatkan nombor akaun CDS yang baru di Kenanga.
·         Kemudian pergi ke broker asal dan isikan borang pindahan (berwarna biru)
·         Masukkan maklumat pindahan dari no akaun CDS Maybank ke no akaun CDS Kenanga.
·         Yuran RM10.00 akan dikenakan bagi setiap kaunter saham yang dipindahkan.

Nota* Saham tak boleh dipindahkan sekiranya ada kerugian tertunggak yang masih belum dijelaskan.

SOALAN BERKENAAN PELABURAN SAHAM

Adakah sebarang modal minimum ditetapkan untuk pelaburan saham?

Tiada. Kita boleh membeli saham walaupun dengan modal sebanyak RM100.00 sahaja. Tapi saham kecil sebegini lebih tinggi risikonya. Ini kerana sekarang 1 lot dikira berdasarkan 100 unit saham. Tetapi RM100.00 ini tidak optimum. Pada FY jumlah pelaburan minima yang optimum ialah RM5000.00.

Bagaimana nak buat FA untuk IPO ?

Itu agak sukar memandangkan prospektus hanya akan keluar bila permohonan peruntukan kepada pelabur awam dikeluarkan.

Apakah Langkah-Langkah bagi mendapatkan saham IPO?

Dapatkan Ebook Lengkap Merungkai Rahsia Pelaburan IPO karya FY yang ada di pasaran. 

Persoalan Mengenai Memulakan Portfolio Saham Dan Membuka Akaun CDS ;Persoalan Mengenai Seminar Saham ;Persoalan Mengenai Online Trading Dan Menjadi Seorang Trader ;Persoalan Asas Pelaburan Saham Serta Tempahan Personal Coaching ;

Apakah langkah-langkah permohonan peruntukan saham khas bumiputera di MITI?

Dapatkan Ebook Lengkap Merungkai Rahsia Pelaburan IPO MITI yang berharga RM50 karya FY yang terdapat di pasaran. SMS atau WhatsApp Puan Azila Ismail di talian 012 2511 755 akan cara untuk mendapatkannya.



Apakah risiko melabur dalam tempoh krisis ekonomi sekarang? Daripada pembacaan di akhbar-akhbar dan pemahaman saya yang cetek, pada masa ini krisis ekonomi yang melanda U.S dan Eropah boleh mempengaruhi pelaburan dan mendatangkan risiko yang sangat tinggi.

Itu betul. Bursa Malaysia sudahpun berada pada tahap yang tinggi dan agak jittery kebelakangan ini disebabkan oleh perkembangan di USA dan Eropah namun demikian masih ada saham yang undervalue dan boleh dipertimbangkan.

Bagaimana untuk mengetahui status syariah sesuatu saham itu?

Syarikat tersenarai di Bursa Malaysia diklasifikasikan sebagai sekuriti yang tidak patuh Syariah sekiranya syarikat tersebut menjalankan aktiviti teras yang tidak selaras dengan Syariah sepertimana kriteria  yang berikut :

(a) Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah);
(b) Perjudian dan pertaruhan;
(c) Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau barangan yang berkaitan;
(d) Insurans konvensional;
(e) Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan Syariah;
(f) Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau barangan yang berkaitan
(g) Pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuh Syariah; dan
(h) Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan Syariah

Di dalam Bursa Malaysia lebih dari 70% saham-saham yang tersenarai adalahberstatus syariah.

Siapa yang menentukan sama ada sesebuah sekuriti itu patuh Syariah atau tidak?

Sekuriti patuh Syariah ditentukan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia. Ahli MPS terdiri daripada golongan pakar Syariah, pakar perundangan dan kewangan dan juga ahli akademik.

Dalam menentukan status patuh Syariah sesebuah syarikat, fokus diberikan kepada aktiviti teras syarikat tersebut berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan. Aktiviti teras sesebuah syarikat adalah aktiviti yang menjana pendapatan dan seterusnya diagihkan kepada pemegang saham dalam bentuk keuntungan dan dividen.

Bagaimana sekiranya sesebuah syarikat itu terlibat dengan kedua-dua aktiviti iaitu patuh Syariah dan tidak patuh Syariah?

Bagi syarikat yang menjalankan aktiviti bercampur di antara aktiviti patuh dan tidak patuh Syariah, MPS mempertimbangkan dua ciri tambahan iaitu :

(a) Padangan masyarakat umum tentang imej syarikat berkenaan mestilah baik; dan

(b) Aktiviti teras syarikat mempunyai kepentingan dan maslahah (kebaikan secara umum) kepada umat Islam dan negara manakala unsur yang tidak selaras dengan Syariah adalah amat kecil dan melibatkan perkara ‘umum balwa’ (perkara terlarang yang sukar dielakkan), ‘uruf’ (amalan kebiasaan) dan hak-hak masyarakat bukan Islam yang diperakui oleh Islam.

Apa yang boleh dilakukan dengan portfolio saham yang rugi?

Bila kita membeli saham kita mestilah mengawasinya. Apapun kalau anda masih ada saham yang lama yang masih aktif tetapi syarikat tersebut tidak lagi membuat keuntungan maka FY sarankan agar kaunter saham itu digantikan dengan kaunter saham yang lain. Lakukan Switch atau Swap.

Analoginya seumpama menukarkan kuda tua dengan kuda yang baru. Saham lama itu bermungkinan besar tak akan bergerak lagi jadi gantikanlah ianya dengan saham baru yang belum pernah naik ke tahap yang tertingginya.

Saham yang lama itu kalau ia bergerakpun pastinya akan ada begitu banyak pelabur-pelabur lain seperti anda yang ingin menjualnya dan ini menyebabkan kenaikan saham itu penuh dengan pelbagai halangan.

Saham lama yang baik pastinya boleh disimpan kerana ia akan tetap memberikan pulangan dalam bentuk dividen serta ganjaran-ganjaran yang lainnya dan sekiranya asas perniagaannya kukuh maka kemungkinan harganya akan naik semula tetap ada.

SOALAN BERKENAAN REMISIER

Apa itu Remisier?

Remisier adalah perkataan Perancis yang membawa maksud “orang tengah” dan untuk pengetahuan anda remisier hanya wujud di Bursa Peranchis, Malaysia dan Singapura.

Seorang remisier juga dikenali sebagai Commissioned Dealer's Representative atau Wakil Peniaga adalah seorang agen kepada prinsipalnya iaitu sebuah syarikat Broker Saham. Berbeza dengan Paid Dealer’s Representative mereka mendapat komisyen bagi setiap transaksi saham yang dijalankan oleh pelanggannya. Paid Dealer pula adalah merupakan wakil peniaga berlesen yang bergaji dengan syarikat Broker Saham.

Seorang remisier merupakan seorang peniaga yang bertugas melaksanakan transaksi saham yang dijalankan oleh pelanggan-pelanggannya. Seorang remisier yang baik akan dapat memberikan pandangan serta khidmat nasihat akan saham-saham yang ingin dilaburkan oleh para pelanggannya bagi mengelakkan risiko kerugian. Dalam hal ini mereka mestilah mempunyai kelayakan, ilmu serta pengalaman dalam bidang ini.

Beliau membantu dalam kecairan pasaran saham dengan melakukan transaksi harian / day trade malah mereka juga merupakan agen yang penting bagi menerangkan dan mendidik pelabur runcit serta orang awam amnya mengenai saham dan kaedah melabur yang berhemah.

Apa kelebihan FY sebagai Remisier?

·         Membantu membuka akaun CDS, Trading, Margin, Online mahupun Global.
·         Membantu dalam peruntukan saham ESOS.
·         Membantu dalam peruntukan saham Blue Form dan Pink Form.
·         Membantu dalam permohonan peruntukan khas saham bumiputera di MITI.
·         Membantu mendapatkan saham-saham Private Placement untuk High Networth Clients
·         Membantu mendapatkan pinjaman saham-saham dimana perlu.
·         Membantu anda memahami produk-produk dalam pasaran saham di Bursa Malaysia.
·         Membantu memahami selok belok pasaran saham di Bursa Malaysia.
·         Memberikan khidmat nasihat pengendalian portfolio saham.
·         Menyertai Kelab Pelaburan FY di FB dan WhatsApp.
·         Memberikan tutorial mengenai pasaran saham baik dengan kaedah Fundamental, Financial, Technical serta kaedah-kaedah terkini yang lain.
·         Membaikpulih portfolio pelaburan yang rugi dan
·         Banyak perkhidmatan yang lain lagi.

Untuk mendapatkan semua perkhidmatan di atas maka anda disarankan membuka akaun CDS dan untuk membukanya anda boleh menghubungi FY di nombor talian 016 666 7430 atau datang sendiri ke pejabat FY di Kenanga Investment Bank berhad, 1 st Floor, Quattro West, Lorong Persiaran Barat, 46200 Petaling Jaya. Selangor.

Bagaimana nak tukar Remisier dalam Syarikat Broker yang sama?

1.   Kita kena tulis satu surat iringan (cover letter) dengan mengatakan hasrat kita untuk tukar remisier tu. Bagi sesetengah broker surat ini ada disediakan. Pelabur hanya perlu mengisi dan menandatanganinya.

2. Isi borang untuk membuka Akaun Trading yang baru. Satu salinan kad pengenalan diperlukan.

Bagaimana nak tukar Remisier dalam Syarikat Broker yang berbeza?
Tak perlu. Buka sahaja akaun CDS dan Trading yang baru di syarikat Broker dimana remisier yang baru itu berada.

 Apakah peranan remisier dalam pelaburan? Adakah pelabur akan mendapatkan khidmat nasihat sahaja atau pelabur boleh menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada remisier?

Peranan remisier sebenarnya hanyalah memasukkan transaksi pembelian dan penjualan saham. Namun demikian, bagi seorang remisier yang proaktif dia selalunya dapat memberikan khidmat nasihatnya mengenai satu-satu saham yang ingin dibeli. Sebenarnya hanya mereka yang mempunyai kelayakan CFA atau Chartered Financial Analyst yang boleh memberikan saranan saham namun demikian secara tak formal ada juga remisier yang boleh membantu menjaga portfolio saham pelabur. Ia terpulang kepada pelabur tersebut.

Kadangkala ada pelabur yang tak mahu menggunakan khidmat remisier dan lebih suka menjalankan urusniaga melalui online, tapi salah satu masalahnya ialah kesilapan memasukkan transaksi dan risiko kerugian adalah lebih tinggi kerana selalunya pelabur baru tidak berpengalaman dan menjalankan pelaburan tanpa ilmu.

Seandainya saya ingin melabur menggunakan khidmat remisier, apakah caj-caj atau bayaran yang dikenakan?

Hanya brokerage yang dikenakan dan  ia standard dalam industri tak kira anda membuka akaun saham di broker yang mana sekalipun. ( Ia tak sampai 1% daripada nilai transaksi. )

Bagaimanakah pembahagian keuntungan di antara pelabur dan remisier?

Tiada. Remisier hanya mengenakan komisyen tatkala transaksi pembelian mahupun penjualan dibuat.

Adakah sebarang tempoh minimum atau maksimum bagi saya melaburkan duit? Contohnya, duit pelaburan saya hanya boleh dipulangkan semula selepas setahun melabur.

Tiada. Kita boleh membeli saham dan menjualnya pada bila-bila masa yang kita mahu. Tapi konsep melabur ialah untuk memegang saham itu untuk satu jangkamasa yang tertentu bergantung kepada objektif pelaburan pelabur tersebut.

FY
016 6667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Seminar Super Investor akan diadakan pada hari Sabtu 7 Mac ini di Bangunan Lembaga Getah Asli. Layari www.seminarsaham.com.my untuk tujuan pendaftaran.


Sesi Personal Coaching Train The SuperTrader bersama FY diadakan pada ;



SETIAP HARI ISNIN HINGGA KHAMIS
Jam 9:30 pagi hingga 5:30 petang

Bertempat di Kenanga Investment Bank Berhad 
Petaling Jaya Branch 
Tingkat 1 
Bangunan Quattro West
Lorong Persiaran Barat
46200 Petaling Jaya
Bersebelahan PJ Hilton

Untuk Semua Investor dan Trader di Bursa Malaysia Newbie mahupun yang 
berpengaman.

Lunch disediakan.

Yuran RM900.00 seorang untuk sesi sehari.

Untuk membuat tempahan hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

Jemputlah datang! Ia pasti berbaloi dan bakal menjadikan anda seorang pelabur yang 
bijak dan berhemah.

HUBUNGI TEAM FY ;

Hubungi : En. Yasin Yunus - 019 3346570
Emel : yasinyunus2714@gmail.com

Hubungi : Puan Azila Ismail - 012 2511755
Emel : azilasmile@yahoo.com

Hubungi : Sifu Zuhri Zain MSTA - 012 6290407
Emel : muhammadzuhri@gmail.com

Hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

LINK PERKHIDMATAN KAMI ;

Biodata Sifu Faizal Yusup
Apa Itu Saham?
Pelaburan Saham Di Bursa Malaysia
Saya Nak Melabur Saham Tapi…
Pakar Rujuk Pelaburan Saham
Kaedah Momohon Pink Form, IPO Awam, IPO MITI dan Private Placement
Perbezaan IPO Awam Dan IPO MITI
Ebook Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Cover Letter Permohonan Saham IPO di MITI
Soalan Lazim Mengenai Permohonan IPO di MITI
Apa Itu Akaun CDS
Membuka Akaun CDS
Perkhidmatan Membuka Akaun CDS
Panduan Membuka Akaun Online
Panduan Mencari Mentor Saham
Modal Permulaan Melabur Saham
Pulangan Keuntungan Melabur Saham
Memulakan portfolio pelaburan saham
Onlne VS Khidmat Remisier
Trader VS Investor
Menentukan Status Syariah Saham 
Strategi Pelaburan Saham
Bermain Saham Secara Kontra
Menjana Keuntungan Konsisten Dalam Bursa Malaysia
Panduan Pemilihan Saham 
Panduan Membeli Saham Penny Stocks
Kejatuhan Mendadak Harga Saham
Membaikpulih Portfolio saham
Mencari Ilmu Pelaburan Saham
Woksyop BTX - Online Trader
Personal Coaching
Seminar Saham Super Investor
Testimoni Peserta Seminar Super Investor
Seminar SuperTech Investor
Seminar SuperTrader