Wednesday, February 27, 2013

Tarikh Tutup Permohonan IPO Malakoff di MITI dilanjutkan...

Tarikh Tutup Permohonan IPO Malakoff di MITI dilanjutkan...
: Penghantaran Borang Permohonan
Saham bagi Individu, Syarikat,
Koperasi & Yayasan bersama dengan
dokumen-dokumen berkaitan pada 01
Mac 2013 (Jumaat) telah dilanjutkan
sehingga 15 Mac 2013 (Jumaat) jam
5.00 petang.


FY

Tuesday, February 26, 2013

KURSUS CPE PERCUMA “INTRODUCTORY TO TECHNICAL ANALYSIS ANJURAN PRIBUMI DI PULAU PINANG.


Assalamualaikum…

Para sahabat yang dikasihi,

Kursus CPE “Introductory to Technical Analysis” anjuran PRIBUMI secara percuma akan diadakan ;

Pada hari Sabtu dan Ahad 09/03/2013 - 10/03/2013.
Jam 9 pagi hingga 5 petang.
Di Sunway Hotel, Seberang Prai, Penang.
Kursus ini dibiayai sepenuhnya oleh BDREF (Tabung Pendidikan Peniaga Saham Bumiputra)

Terbuka kepada semua : SEMUA REMISIER DAN DEALER BUMIPUTERA YANG BERLESEN.

Tempat terhad kepada 25 orang sahaja.

Kursus ini dijalankan selama 2 hari berturut-turut dan peserta wajib menghadiri kedua-dua hari tersebut.
Bayaran penuh sebanyak RM500 akan di kenakan sekiranya peserta gagal menghadiri atau menghadiri satu hari sahaja
Penerangan mengenai IPO MITI, Private placement dan IPO-IPO untuk 2013 akan diadakan pada Ahad, 10 Mac.

Tuan-puan dan semua yang berminat sila hubungi no HP 019-3899556 atau emel kepada pribumi95@gmail.com bagi mendapatkan borang penyertaan.

Sekretariat PRIBUMI akan menghubungi tuan-puan untuk pengesahan.

Mohon sebarkan maklumat ini kepada semua kawan-kawan kita.

Terima kasih

FAIZAL YUSUP
Remisier
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI)
012 654 0130


Bagi pihak PERSATUAN REMISIER BUMIPUTERA MALAYSIA (PRIBUMI)
Tel : 03-92815195 Fax : 03-92815087

Sunday, February 24, 2013

Blok IPO Malakoff untuk dijual


Assalamualaikum...

Kepada tuan puan pelabur high networth yang ingin membeli blok saham Malakoff Corporation Berhad yang bakal disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia tak lama lagi bolehleh menghubungi FY di no hp 012 654 0130. Setiap blok saham ini berjumlah 1 juta unit saham setiap satu. Setakat ini ada 5 blok @ 5 juta saham sedia untuk dijual.

Aktiviti syarikat ini ;

Malakoff is an independent power producer with operations in Malaysia. It is also engaged in the independent water production and power generation business in the Middle East and North Africa region through consortium and joint ventures. In addition, Malakoff is engaged in the operations and maintenance business, electricity and chilled water distribution business and provides project management services.
 
Berminat? Hubungi FY. Inn Shaa Allah FY akan menguruskannya.

FY

Thursday, February 21, 2013

IPO MITI - MALAKOFF CORPORATION BERHAD TELAH KELUAR!

Assalamualaikum...

Akhirnya satu lagi IPO 2013 yang ditunggu telah tiba selepas China Automobile, Tune Insurance, Ranhill Energy dan Leon Fuat. Tahun ini terdapat lebih kurang 20 syarikat lagi yang bakal disenaraikan dengan jumlah pasaran melebihi RM35 Billion. Jadi terdapat banyak peluang untuk menjana keuntungan dari IPO-IPO ini cuma kita perlu memilih saham-saham yang baik dan punya potensi.

Apapun berikut adalah maklumat saham Malakoff ini ;

MALAKOFF CORPORATION BERHAD

Jumlah Saham Khas : 275,000,000 unit

Harga Par : RM 0.20 seunit

Harga Tawaran : Akan dimaklumkan kemudian

Aktiviti Utama Syarikat : Malakoff is an independent power producer with operations in Malaysia. It is also engaged in the independent water production and power generation business in the Middle East and North Africa region through consortium and joint ventures. In addition, Malakoff is engaged in the operations and maintenance business, electricity and chilled water distribution business and provides project management services.

Penyenaraian Saham : Disenaraikan di Pasaran Utama

Bank Penasihat :
- CIMB Investment Bank Berhad
- Maybank Investment Bank Berhad
- RHB Investment Bank Berhad

Tarikh Tutup Permohonan :
Penghantaran Borang Permohonan Saham bagi Individu, Syarikat, Koperasi & Yayasan bersama dengan dokumen-dokumen berkaitan adalah selewat-lewatnya pada 01 Mac 2013 (Jumaat) jam 5.00 petang.

FY rekomen saham ini kalau kena pada harga tawarannya.

-      Kepada yang tak tahu bagaimana untuk apply anda boleh membeli buku Ebook IPO MITI yang FY tulis.

-      Kepada yang belum ada akaun saham CDS boleh hubungi FY untuk membukanya.

-      Memandangkan permohonan menggunakan kaedah manual, emel FY bagi mendapatkan contoh cover letter beserta borang-borangnya.

Sekian dulu

FY
012 654 0130
greng70@yahoo.com

Wednesday, February 20, 2013

Kursus FA buat Dealer dan Remisier anjuran PRIBUMI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hujung minggu yang lalu pada 16 dan 17 Feb 2013, FY bersama Exco Pribumi telah menjalankan seminar Financial Analysis bersama En Shamsuddin Yahaya CFA di Hotel Grand Blue Wave, Johor Bahru. Seminar ini dianjurkan oleh pihak Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia dikhaskan untuk Remisier dan Dealer yang berlesen. Ia percuma kerana dibiayai oleh Bumiputera Dealers Rep Education Fund.

Seminar sebegini sebenarnya penting bagi melengkap dan memantapkan ilmu pengetahuan para remisier dan dealer kerana mereka merupakan front liners kepada pelabur-pelabur pelanggan mereka secara amnya. Saranan pasaran yang baik pastinya akan mengembangkan ekonomi para pelabur di dalam jagaan mereka dan seterusnya meningkatkan ekonomi ummah.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan di sini FY sertakan gambar-gambar suasana sepanjang seminar itu dijalankan.







Amanat daripada Presiden PRIBUMI - Md Hasrin Md Hassim
En Ahmad Yusoff dari SIDC memberi penerangan mengenai BDREF.
Timbalan Presiden En Azman Katib menyampaikan sepatah dua kata.
Dr Nazri Khan dalam sesi Penerangan IPO Watch 2013 di sebelah petang. 
FY merangkap Naib Presiden juga Photographer pada hari tersebut.
Antara mereka yang hadir dalam sesi penerangan IPO Watch petang itu.
Sam Presiden PERSAMA juga turut hadir memberi sokongan...
Tuan Haji Zainal Ariffin Mantan Timbalan Presiden juga Pengerusi Majlis sepanjang program berlangsung 
 



Penerangan dari orang kuat PERSAMA.
Sekian dulu...

FY

Monday, February 18, 2013

KURSUS CPE PERCUMA “INTRODUCTORY TO TECHNICAL ANALYSIS ANJURAN PRIBUMI

KURSUS CPE PERCUMA “INTRODUCTORY TO TECHNICAL ANALYSIS ANJURAN PRIBUMI

Salam para sahabat yang di kasihi,

Kursus CPE “introductory to Technical Analysis” anjuran PRIBUMI secara percuma akan di adakan selama 2 hari, pada hari Sabtu dan Ahad 23/02/2013 - 24/02/2013.
 
Bertempat di Corus Hotel, Jln Ampang Kuala Lumpur.
 
Kursus ini dibiayai sepenuhnya oleh BDREF (Tabung pendidikan peniaga Saham Bumiputera)
 
Syarat kelayakan: SEMUA REMISIER DAN DEALER BUMIPUTERA YANG BERLESEN.
Tempat adalah terhad kepada 25 orang sahaja.
 
Kursus ini di jalankan selama 2 hari berturut-turut dan peserta wajib menghadiri kedua-dua hari tersebut.
 
Bayaran penuh sebanyak RM500 akan dikenakan sekiranya peserta gagal menghadiri atau menghadiri satu hari sahaja
 
Penerangan mengenai IPO MITI, Private placement dan IPO-IPO untuk 2013 akan diadakan pada hari Ahad 24/2/2013

Tuan-puan dan semua yang berminat sila hubungi FY di no hp 012 654 0130 atau emel greng70@yahoo.com.

Sekretariat PRIBUMI akan menghubungi tuan-puan untuk pengesahan.

Mohon disebarkan maklumat ini kepada semua kawan-kawan kita.

Please fill up the registration form and email back to pribumi95@gmail.com

Thank you.

FY
012 654 0130

Wednesday, February 13, 2013

MAKLUMAN KEPADA PARA REMISIER DAN DEALER BUMIPUTERA



PERHATIAN KEPADA PARA REMISIER DAN DEALER BUMIPUTERA –

1.
SEMINAR PELABURAN FA PERCUMA ANJURAN PRIBUMI BERSAMA SHAMSUDDIN YAHAYA CFA AKAN DIADAKAN PADA HARI SABTU 16HB DAN AHAD 17HB FEB 2013 JAM 9:00 PAGI HINGGA 5:00 PETANG DI HOTEL BLUE WAVE, JOHOR BAHRU. KEPADA YANG MASIH BELUM MENDAFTAR HUBUNGI FY DI EMEL greng70@yahoo.com SEBERAPA SEGERA.

SEMINAR 2 HARI INI MEMBAWA 10 CPE POINTS BERSAMANYA.

2.
ROADSHOW SESI PENERANGAN BLOCK IPO BERSAMA DR NAZRI KHAN AKAN DIADAKAN PADA HARI SABTU 16 FEB 2013 DI BLUE WAVE HOTEL, JOHOR BAHRU, JAM 5:00-7:00 PETANG. JEMPUT HADIR BERSAMA PARA PELABUR HIGH NETWORTH ANDA.

3.
PADA MASA YANG SAMA SESI RAMAH MESRA BERSAMA AJK PRIBUMI JUGA AKAN DIADAKAN. SEMUA DEALER DAN REMISIER BUMIPUTERA DIJEMPUT HADIR.

HARAP MAKLUM.

SEKIAN. TERIMA KASIH.

FY
Naib Presiden PRIBUMI

Tuesday, February 12, 2013

IPO MITI LEON FATT DAN RANHILL


Terkini Terdapat Dua Tawaran Peruntukan Saham Khas Bumiputera di MITI iaitu ;

1.   LEON FUAT BERHAD

Jumlah Saham Khas :31,000,000 unit saham

Harga Par : RM 0.50 seunit

Harga Tawaran : RM 0.60 seunit

Aktiviti Utama Syarikat: Trading and processing of steel products specialising in rolled long and flat products.

Bakal Disenaraikan di Pasaran Utama

Bank Penasihat : Alliance Investment Bank Berhad

Tarikh Tutup Permohonan :
Penghantaran Borang Permohonan Saham bagi Individu, Syarikat, Koperasi & Yayasan bersama dengan dokumen-dokumen berkaitan adalah selewat-lewatnya pada 20 Februari 2013 (Rabu) jam 1:00 petang.


2.   RANHILL ENERGY AND RESOURCES
BERHAD

Jumlah Saham Khas : 100,000,000 - 150,000,000 unit

Harga Par : RM1.00 seunit

Harga Tawaran : Akan dimaklumkan kemudian

Aktiviti Utama Syarikat :

Ranhill is a Malaysian conglomerate with interests in 2 main sectors:
-      Energy :
Provide oil & gas engineering and related services, and power generation
-      Environments :
Provide water supply services, operate water and wastewater treatment plants, specialized services in the management and optimization of water utility assets Ranhill condusts operations and provide services primarily in Malaysia, and its international operations are centered in Asian markets such as China, Thailand and South East Asia

Bakal Disenaraikan di Pasaran Utama

Bank Penasihat : Maybank Investment Bank Berhad

Tarikh Tutup Permohonan :
Penghantaran Borang Permohonan Saham bagi Individu, Syarikat, Koperasi & Yayasan bersama dengan dokumen-dokumen berkaitan adalah selewat-lewatnya pada 20 Februari 2013 (Rabu) jam 1:00 petang.

Catatan FY ;

Assalamualaikum...

Pertamanya maaf kerana lambat menulis post tawaran saham ini memandangkan keadaan tidak mengizinkan FY untuk berbuat demikian kebelakangan ini.

Nampaknya terdapat dua tawaran saham khas bumiputera di MITI ini sepertimana yang di atas sana namun FY masih belum sempat bertanya akan harga tawarannya memandangkan cuti menyambut Tahun Baru Cina belum lagi berakhir. Inn Shaa Allah FY akan cuba mendapatkan maklumatnya seberapa segera.

Seperti biasa ianya amat sukar untuk mengetahui akan kedudukan kewangan syarikat-syarikat ini memandangkan pada fasa ini prospektusnya masih belum keluar lagi. Begitu juga FY tak tahu samaada syarikat-syarikat yang tersebut di atas patuh syariah atau sebaliknya.

Kali ini kaedah permohonannya adalah secara manual iaitu dengan cara menulis cover letter, mencetak dan mengisi orang permohonan, melampirkan semua dokumen sokongan sebelum menghantarkannya kepada pihak MITI sebelum jam 1 petang hari Rabu 20 Februari 2013.

Borang permohonan bagi memohon saham-saham ini boleh didapati dari laman web www.miti.gov.my dan anda boleh menghubungi FY dengan menghantar emel di greng70@yahoo.com bagi mendapatkan contoh cover letter andainya anda berminat untuk memohonnya.

Bagi yang ingin menggunakan perkhidmatan FY serta PRIBUMI, pastikan dokumen anda sampai kepada FY sebelum atau pada hari Selasa 19 Februari 2013 ini.

Kepada yang menghantar melalui pos hantarkan kepada ;

Faizal Yusup
Kenanga Investment Bank Berhad, 240, Tingkat 2, Mutiara Damansara, The Curve, Petaling Jaya. 

Memandangkan ianya wajib bagi pelabur untuk mempunyai akaun CDS sebelum memohon saham-saham ini dan anda masih belum punyai akaun CDS ini maka anda boleh menghubungi FY bagi tujuan membuka akaun tersebut.

Sekian dulu,

FY Al Haj

SERTAI GROUP WHATSAPP SAHAM FY SECARA PERCUMA HUBUNGI 0166667430 SEKARANG!

Hubungi FY di Wasap!


KHIDMAT NASIHAT SAHAM TERKINI PERCUMA SEPANJANG MASA.

Faizal Yusup @ FY Al Haj
0166667430
DIIA UITM Shah Alam
BBA Finance University Of Nebraska Lincoln
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad
Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker Bertauliah InvestSmart
Suruhanjaya Sekuriti
Seminar Saham FZTH kami diiktiraf Bursa Malaysia
Blog saham FY telah melebihi 3.5 juta pengunjung
Penulis 11 buah buku
Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

TEAM FY

Ingin tahu lebih lanjut tentang trading secara online dan mendapatkan tip saham berdasarkan Technical Analysis?

Hubungi Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements.

Ingin subscribe screener Algoritm AQ VAR bagi memudahcara pelaburan saham anda?
Hubungi Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 

Ingin buka platform online untuk trading Saham?
Hubungi Ramzie | 0173730513 

Ingin buka akaun CDS dan Trading secara pos? 

Hubungi Cik Anna l 011 2139 5718 dengan memberikan nama serta alamat penuh atau datang sendiri ke pejabat kami di Kenanga Investment Bank Berhad, 240, Tingkat 2, Mutiara Damansara, The Curve, Petaling Jaya. Berdekatan IKEA.

Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50
WhatsApp Puan Azila 0166641755.

Ingin menghadiri Seminar Saham lengkap From Zero To Hero 2 hari bagi pelabur Newbie bersama FY?

Hubungi Hajah Azila 0166641755 untuk mengetahui tarikh seminar seterusnya.

Kelas Live Trading Personal Coaching bersama FY di The Curve, Mutiara Damansara diadakan setiap minggu hari bekerja untuk menjadikan anda trader yang bijak dan pelabur yang berhemah.

Hubungi Ramzie 0173730513 untuk menempah tempat anda. Ia diadakan pada hari bekerja setiap minggu.

FREE UNTUK PELABUR NEWBIES

*BLOG*

Baca blog dengan input saham percuma di http://www.faizalyusup.net 
Ada lebih 1000 artikel saham di laman web tersebut.

*EBOOK*

Download Ebook Investlah percuma di

134 mukasurat yang penuh artikel pelaburan saham untuk anda baca. InshaAllah FY dalam proses untuk menerbitkan EBOOK yang baru yang juga akan diberikan secara percuma.

*GROUP WHATSAPP*

Masuk group pelaburan saham FY percuma di WhatsApp.
Bagi nama penuh anda kepada 0166667430
Ada ramai pelabur untuk anda bertukar-tukar fikiran disamping beberapa sifu saham hebat berada dalam tu. Selain FY, Zuhri Zain MSTA(UK) yang pernah menjadi hos Nadi Ekuiti di Bernama TV channel 502 serta Firdaus Majid MSTA(UK), CMT yang mencipta software AQ Var juga ada dalam group FY tu.

Di situ kami berkongsi tip serta artikel saham untuk anda pelajari. Lagipun anda boleh terus berhubung dengan FY secara direct akan perihal pelaburan saham. Tanya jer kemusykilan anda InshaAllah akan FY jawab.

Hubungi FY di Wasap!


*YOUTUBE*

Seterusnya bagi yang malas membaca pergi je kat Youtube dan cari channel Faizal Yusup. Banyak video saham yang telah FY muatnaik di sana. Plihlah topik apa yang hendak anda tonton. Layari - https://youtu.be/eopx9GvrrkU untuk menontonnya.

*FB dan INSTAGRAM*

Add jer Faizal Yusup di Facebook atau Instagram. Boleh dikatakan setiap hari pasti ada sahaja input saham yang FY kongsikan. Jangan lupa like, share, see first, follow dan subscribe yer kalau input yang FY kongsikan itu bermanfaat.

*DATANG PEJABAT*

Sekiranya anda ingin khidmat nasihat secara bersemuka 4 mata atau ingin membuka akaun CDS pula hubungi En Yasin 0193346570. Sediakan salinan IC dan Penyata Bank untuk tujuan tersebut.

Pejabat FY pula letaknya di Kenanga Investment Bank Berhad, Lot 240, Tkt 2. The Curve, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor. Berdekatan IKEA Damansara.
No Tel Pejabat - 03 77270804. 

Jangan risau anda berada di tempat yang betul!

Harap like, share dan subscribe andai anda mendapat manfaat dari perkongsian FY ini... Terima Kasih!

Monday, February 4, 2013

Itulah Hakikat Kehidupan

Assalamualaikum semua...  

Tanggal 1 Februari 2013, Nenek FY sebelah bapa telah pergi kembali ke Rahmatullah. Nenek Kidah binti Md Amin ini merupakan nenek yang menjaga FY semasa dilahirkan di Rumah Sakit Daerah Batu Pahat, Johor pada 2 Mei tahun 1970. Pada masa itu ibu FY berpantang di rumah yang terletak di Kamping Istana, Batu Pahat. Beliau menjaga kami umpama menatang minyak yang penuh pada ketika itu.

Namun Allah lebih menyayangi beliau dan ada hari tersebut beliau kembali ke Rahmatullah. FY doakan semoga roh Allahyarhammah dicucuri rahmat dan diletakkan bersama orang-orang yang dikasihi Allah Taala. Berikut ini adalah nukilan Pak Anjang FY - Dr Ismail bin Haji Jamal teristimewa buat nenek yang FY kasihi itu.


FY sepatutnya berada di sini, bersama untuk upacara pengkebumiannya namun susunan Allah Taala tidak mengizinkan kerana FY terpaksa menjalankan seminar saham yang telah dirancangkan jauh lebih awal. Kepada Pakcik Makcik serta saudara mara yang lain, kemaafan yang FY pohon kerana tidak dapat hadir bersama.

Majlis Pengkebumian nenek FY di Presint 20 Putrajaya pada tengahari hari Sabtu 2 Februari 2012...
Inilah hakikat kehidupan, kita manusia hanya bisa merancang namun Tuhan yang Maha berkuasa untuk menentukan. Kita tak boleh berada di 2 tempat pada satu masa. Yang pergi kan tetap pergi kerana itu hukumNya. Yang hidup pasti bertemu dengan dengan kematian namun yang hidup perlu meneruskam perjuangan.

FY dalam Seminar Super Investor hari yang sama Sabtu 2 Februari 2013...

Terus terang andai diberi pilihan pasti FY ingin bersama untuk Solat Jenazah berjemaah, mengusung jenazah, sama-sama dalam majlis pengkebumian sebagai penghormatan terakhir buat nenak FY itu namun FY ada amanah dan tanggungjawab yang lebih besar demi pembangunan ummah atas susunan Allah Taala.

Dengan rasa sedih dan terkilan FY ucapkan selamat tinggal kepada Arwah Nenek FY itu dan pastinya FY akan menyusul satu hari nanti. Semoga Allah memelihara kita semua dan memberkati kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat...

Sekian.

Wassalam.

FY