Wednesday, August 29, 2012

Syarikat Patuh Syariah atau Tidak?


Syariah atau Non Syariah?

Syarikat tersenarai di Bursa Malaysia diklasifikasikan sebagai sekuriti yang tidak patuh Syariah sekiranya syarikat tersebut menjalankan aktiviti teras yang tidak selaras dengan Syariah sepertimana kriteria  yang berikut :

(a) Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah);
(b) Perjudian dan pertaruhan;
(c) Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau barangan yang berkaitan;
(d) Insurans konvensional;
(e) Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan Syariah;
(f) Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau barangan yang berkaitan
(g) Pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuh Syariah; dan
(h) Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan Syariah

Sunday, August 26, 2012

SEMINAR SAHAM SUPER INVESTOR, KUCHING, SARAWAK



Seminar Saham Super Investor ini sesuai untuk ;


  • Anda yang baru hendak mula melabur saham dimana pengisian pengenalan akan dihuraikan,
  • Anda yang ingin tahu kaedah pelaburan IPO dan IPO di MITI yang menguntungkan
  • Anda yang ingin mempelajari sistem terkini urusniaga saham bagi menjana keuntungan juga
  • Anda yang selalu rugi di pasaran saham dimana kaedah mengelakkan kerugian juga akan dikongsikan serta banyak lagi.
Seminar ini juga bakal menghuraikan lebih terperinci ; 
  • Rahsia mendapatkan saham IPO Awam dan IPO di MITI.
  • Rahsia memilih saham menguntungkan dengan kaedah Fundamental
  • Rahsia memilih saham menguntungkan dengan kaedah Teknikal
  • Rahsia memilih saham menguntungkan dengan kaedah CSI
  • Rahsia memilih saham menguntungkan dengan kaedah MK Experience
  • Rahsia memilih saham menguntungkan dengan kaedah Networking





Pelaburan anda pasti berbaloi!

Ilmu yang anda dapat adalah dari 16 tahun pengalaman FY dalam pasaran saham dan ditambah pula dengan 5 tahun kelayakan Diploma Analisa Pelaburan serta Ijazah Analisa Pelaburan di University of Nebraska Lincoln di USA. Semua ini dikumpulkan untuk disampaikan dalam seminar Super Investor ini.

Apa lagi yang ditunggu? 

Untuk tahu lebih lanjut serta cara pendaftaran ; Layari -




Sokongan anda amat FY hargai.

FY



Thursday, August 16, 2012

Salam Aidilfitri Dari FY Sekeluarga



Sempena Hari Lebaran kali ini FY ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri buat semua pengunjung blog FY yang tak jemu-jemu bertamu di sini.

Kemaafan jugalah yang FY pinta kalau ada pengisian dan penyampaian di sini yang menyinggung perasaan anda. Pastinya ia bukan FY sengajakan.

 Terima kasih atas sokongan yang tak berbelah bahagi selama hari ini dan InsyaAllah FY akan cuba yang lebih baik di masa-masa mendatang.

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah Taala dan segala kelemahan adalah dari kekhilafan FY sendiri.

Selamat Berhari Raya dan Berhati-hati di jalan raya yer... 

Salam Ceria,

Faizal Yusup 

www.faizalyusup.net

Wednesday, August 8, 2012

PERUNTUKAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA DI MITI - ASTRO MALAYSIA HOLDINGS BERHAD


IPO MITI ASTRO MALAYSIA HOLDINGS BERHAD TELAH KELUAR

Sebanyak 597,690,000 unit Saham Peruntukan Khas Bumiputera ditawarkan.
Harga Par - RM 0.10 seunit
Astro memberi perkhidmatan televisyen dan radio, penciptaan, pengumpulan dan pengedaran kandungan, penerbitan dan pengedaran majalah dan perkhidmatan multimedia interaktif dan akan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia

Bank Penasihat ;
i.                           CIMB Investment Bank Berhad
ii.                          Maybank Investment Bank Berhad
iii. RHB Investment Bank Berhad

Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 15 Ogos 2012 (Rabu)

Harga indikatif dan status syariahnya setakat ini masih belum diketahui lagi.

Kepada mereka yang ingin melanggan mereka bolehlah berbuat demikian atau hubungi FY sekiranya anda inginkan perkhidmatan FY dalam membuat permohonan tersebut.

FY bagi pihak Persatuan Remisier Bumiputera hanya mengenakan caj 1 sen sesaham bagi membantu anda memohon saham ini. Caj ini hanya perlu dibayar tatkala anda mendapat tawaran kelak.

Di sini FY menyediakan perkhidmatan untuk permohonan IPO MITI ini.

Perkhidmatan ini merangkumi ;

  1. Permohonan online secara terus di MITI serta mendapatkan salinan borang untuk di hantar ke MITI.
  2. Perkhidmatan membuka akaun CDS. Ini kerana anda WAJIB mempunyai akaun CDS untuk membuat permohonan.
(Anda perlu membawa IC dan buku atau penyata bank bagi membuka akaun CDS.)

Untuk permohonan ke MITI, apa yang perlu anda lakukan ialah menyiapkan ;
  • Salinan kad pengenalan.
  • Salinan penyata bank selama 3 bulan yang disahkan oleh pegawai bank atau, dan
  • Salinan muka surat depan dan 3 mukasurat terakhir buku ASB, ASW yang disahkan pegawai ASB, ASW dll atau serta
  • Salinan muka surat depan dan 3 mukasurat terakhir buku Tabung Haji atau lain-lain penyata kewangan yang disahkan.

Andainya semua duit anda berada dalam ASB maka salinan ASB yang disahkan itu sudah memadai.

Setelah semua lampiran itu siap, FY akan menghantarnya ke MITI nanti sebelum tarikh tutupnya.

Semua ini akan mengambil masa lebih kurang satu jam.

Kepada mereka yang berminat untuk memulakan pelaburan dalam IPO MITI ini maka jemputlah datang ke pejabat FY di ;

Kenanga Investment Bank berhad
G Floor, Quattro West
Lorong Persiaran Barat
46200 Petaling Jaya
Selangor.

Bangunan tersebut terletak berdekatan dengan pintu belakang PJ Hilton berdekatan dengan Hotel Singgahsana.

Hubungi FY terlebih dahulu sebelum datang ok.

Sekian harap maklum.

FY

012 654 0130
Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera
AJK Biro Penerangan
greng70@yahoo.com


PS – FY akan menjalankan SEMINAR SEHARI SUPER INVESTOR yang penuh dengan pengisian pelaburan termasuklah pengisian mengenai IPO MITI ini. Ia akan dijalankan pada 15 hb September nanti. Kepada yang berminat layari laman web berikut –

Tuesday, August 7, 2012

Perjalanan Hidup FY


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, entah kenapa FY seakan tak punya kesempatan untuk menulis blog ini. Mungkin efek bulan Ramadhan menjadikan keadaan demikian. Apapun malam ini FY ingin menitip sesuatu buat tatapan anda. Mungkin ada pengisian yang disampaikan membawa manfaat kepada siapa sahaja yang membacanya.

Dari tak punya apa-apa FY bermula dengan menulis buku iaitu pada tahun 2001, kemudian pada tahun 2005 pula FY mula menulis blog. Pada masa itu di laman web multiply sebelum pindah ke laman blogspot. Dari satu buku ke satu buku hingga sekarang 11 buah buku telah ditulis dan diterbitkan, kemudian sebagai blogger juga FY mula mengorak langkah hingga dikenali ramai dalam bidang saham.

Semua yang bermula hanya dengan niat membantu ummah lama kelamaan menjadi lebih besar dan lebih menyeluruh. Kemudian dengan izin Allah FY mengorak langkah lebih jauh dengan menjalankan seminar motivasi mahupun seminar saham. Benar semua ini berlaku atas susunan Allah Taala. Mungkin FY dipilih sebagai perantara yang ditugaskan untuk menyampaikan semua ini dan InsyaAllah FY akan cuba yang terbaik selagi daya.

Kemudian, beberapa minggu yang lepas FY dijemput untuk menjayakan dokumentari bagi menjelaskan tentang penyenaraian Felda Global Ventures dan kali ini pintu yang baru terbuka dan entah apa pula kisah disebaliknya nanti. Apapun FY bersyukur dan akan cuba sebaiknya. 

Gambar-gambar di bawah ini menjelaskan apa yang telah berlaku pada hari tersebut ;


Waktu Pengambaran

Memasang Mikrofon

Macam pembaca berita pulak...

Bersama Farah Ishak di akhir penggambaran

Semasa penggambaran itu FY telah menghadiahkan pihak Production House itu dengan buku Inspirasi Trilogi Man Rempit yang FY tulis dan selang 3 hari kemudian mereka bersetuju untuk mengusahakannya untuk dijadikan sebuah filem.

Satu lagi pintu terbuka. Setiap kali pintu yang baru terbuka begini FY menjadi tak tentu hala dan nervous kerana merasakan diri seakan berada dalam alam baru yang aneh lagi ganjil kerana FY tak pernah berada di sini. Pintu yang FY tak tahu kemana arah tujunya. Banyak yang perlu diusahakan, banyak halangan dan dugaan yang perlu diatasi namun ia adalah Good Problem. Ini kerana andai ia membuahkan kejayaan maka pastinya ia merupakan satu lagi aras baru yang perlu FY biasakan juga merupakan satu nikmat yang datang bersama tugas dan amanah yang berat. 

Apapun kita tunggu dan lihat akan apakah kesudahanNya.

Sekian dulu...

FY

Senarai Syarikat Pelaburan Tidak Sah Di Malaysia - Sumber Dari BNM



Bank Negara Malaysia telah menyenaraikan 78 Syarikat Pelaburan dan Individu yang berdaftar dan tidak berdaftar di Malaysia dan juga Syarikat Pelaburan dari luar negara yang beroperasi secara online yang semuanya menjalankan operasi tidak mengikut peraturan kewangan di Malaysia.. Syarikat-syarikat ini tidak diberi kebenaran menjalankan pelaburan di Malaysia.

1
1globalcash
Unlicensed activities


2
1Gold.com.my
www.1gold.com.my
Gold investment

3
Al-Saliha Worlwide Sdn. Bhd.
Unlicensed activities

4
Amsyiq Gold Enterprise
Gold investment

5
Arowana Ventures
Unlicensed activities

6
AU Niaga Sdn. Bhd.
Gold investment

7
AU79 International
Gold investment

8
Bumi Klasik Warisan Enterprise
Unlicensed activities

9
Caesar Gold Sdn Bhd
Gold investment

10
Cakera Ringgit Sdn. Bhd
Unlicensed activities

11
Dana Haji Jasman
Unlicensed activities

12
Degold Empire S/B
Gold investment

13
DNA Profile Sdn. Bhd
Unlicensed activities

14
East Cape Mining Corp
Gold investment

15
Extra Capital Programme
http://extracapitalprogram.com
Forex trading

16
Ezey Marketing
Unlicensed activities

17
FE Brands (M) S/B
Unlicensed activities

18
Flexsy Enterprise & Barrilorne Corp
Gold investment

19
FNZ Capital Limited
www.intelfx.com
Forex trading

20
FX Primus
Forex trading

21
Gain FX Capital S/B
www.gainfxcapital.org
Forex trading

22
Gan Patt Services
Unlicensed activities

23
Genneva Malaysia Sdn Bhd
Gold investment

24
GGF Golden House Sdn Bhd
Gold investment

25
Global Creation Trading
Unlicensed activities

26
Global Venture Financing
http://globalventurefinancing.com
Forex trading

27
Gorgeous Chain Sdn. Bhd.
Forex trading

28
Great Access Sdn. Bhd.
Unlicensed activities

29
Hexa Commerce Sdn Bhd
Forex trading

30
Honest Group Ltd
Unlicensed activities

31
Iconhill Holding Sdn Bhd
Unlicensed activities

32
IGC Diamond
Gold investment

33
Instaforex
Forex trading

34
Isothree Gold Sdn. Bhd.
Gold investment

35
Jalatama Management Sdn Bhd
jalatama.com
Gold investment

36
Jazlaan Enterprise
Unlicensed activities

37
JM Communications & Technology Sdn Bhd
Unlicensed activities

38
JMI Global
Unlicensed activities

39
JTGold
Gold investment

40
Kris Plus Enterprise
Unlicensed activities

41
Lestari2U
www.lestari2u.com
Unlicensed activities

42
Liberty Reserve
www.libertyreserve.com
Forex trading

43
Life Time Holidays Sdn. Bhd.
Unlicensed activities

44
LocalAdClick
http://localadclick.net
Unlicensed activities

45
Mari Wholesale (M) S/B
Unlicensed activities

46
Mega Dynasty S/B
Gold investment

47
Megaherbs Bioextreme
Unlicensed activities

48
One AutoCash
www.clubautocash.com www.1autocash.com
Unlicensed activities

49
Pageantry Gold Berhad
Gold Investment

50
Pancar Mayang Sdn Bhd
Unlicensed activities

51
Pars Pay Sdn. Bhd.
Unlicensed activities

52
Prestige Dairy Farm
Unlicensed activities

53
Program 10 Bulan Forex Trading
Forex trading

54
Program I-Rich
Unlicensed activities

55
Projek Duit 2012
Forex trading

Based on information received by BNM, below is the list of known companies and websites which are not authorised nor approved under the relevant laws and regulations administered by BNM:
No
Name of unauthorised entities/individual
Website
Type
Date Added to Alert List
56
Provisio Multimedia
Forex trading

57
Real Ingenious S/B
www.worldfocus.co
Forex trading

58
RGCX Trading Corp
http://www.goldrgcx.com/richman8 www.rapidgcx.com
Forex trading

59
RMMUDAH.COM
Unlicensed activities

60
Rowther Technologies MSC Sdn Bhd
Unlicensed activities

61
RS Capital Holdings Bhd
Unlicensed activities

62
Slimberry Extreme Team
zatslimberry.blogspot.com slimberryxtreme.com
Unlicensed activities

63
Speedline
www.speedline-inc.com
Forex trading

64
Sri Perkasa Emas Trading
Gold investment

65
Suliz Pearl Mines
Unlicensed activities

66
Swiss Capital Venture
Gold investment

67
Syarikat GECS Ltd
Forex trading

68
Syarikat OLTA Capital Management Inc
Forex trading

69
Syarikat Sri Alam
Unlicensed activities

70
Tabung Dana Ehsan
Unlicensed activities

71
Titan Group Sdn. Bhd
Unlicensed activities

72
TukarGold.net
www.tukargold.net
Gold investment

73
VC Gold Sdn. Bhd.
Gold investment

74
Vertical Dragon Sdn. Bhd.
Unlicensed activities

75
Virgin Gold Mining Corporation
Gold investment

76
Worldwide Far East Berhad
Gold investment

77
XOC7
Unlicensed activities

78
Zeta Capital Management
Unlicensed activities

Thursday, August 2, 2012

SEMINAR SAHAM SUPER INVESTOR, KUCHING, SARAWAK


Assalam semua, 

Seminar Saham Super Investor anjuran Advance Forward Training and Consultants akan ke Kuching, Sarawak bulan September ini buat julung kalinya. Kepada warga Sarawak yang berminat untuk membongkar rahsia menjana keuntungan melalui pelaburan saham di Bursa Malaysia, jemputlah datang. Pasti berbaloi-baloi!


Layari :


untuk keterangan lanjut...

Harap Maklum.

FY