Friday, August 26, 2016

BAGAIMANA SYT SDN BHD DISENARAIKAN? KELAS SAHAM SIRI 9-11

KELAS SAHAM FY 109

SYT SDN BHD KE BERHAD

Secara automatik, sekarang pegangan saham syt ZZFY telah berubah bila 30 juta saham baru diterbitkan dan ditawarkan pada harga RM2.00.

Saham ini dinamakan saham terbitan awam atau Initial public offer yang lebih dikenali sebagai (IPO),

Sebagai contoh,

FY memegang 42 juta saham atau 42% dari syt sekarang bernilai RM84 juta ringgit.
ZZ memegang 14 juta saham atau 14% dari syt sekarang bernilai 28 juta ringgit.
XX memegang 14 juta saham atau 14% dari syt sekarang bernilai 28 juta ringgit.

Lagi 30% atau 30 juta saham bakal diperuntukkan kepada para pelabur awam pada harga tawaran RM2.00.

Dalam hal ini para pengarah pengarah syarikat masih lagi memegang 70% syarikat. Mereka masih menguasai syt ZZFY dan boleh menentukan hala tuju syt tanpa masalah.

Untuk pengetahuan anda ;

Minima 25% dan maksima 49% saham boleh diapungkan di Bursa Malaysia. Walau apapun keadaanya 51% atau major shareholding mestilah dipegang oleh pemilik syt.

Jadi kepada siapakah 30 juta saham dengan harga tawaran RM2.00 ini akan dijual atau diperuntukkan?

FY akan sambung dalam kelas yang lain okay!

Itu sahaja kali ini. Setakat ini faham tak? Ada yang tak faham?

Like dan share andai bermanfaat.

Kalau anda ketinggalan dan inginkan kelas perkongsian pelaburan saham ini dari mula anda boleh layari blog www.faizalyusup.net. FY ada memaparkannya di situ.

Anda nubis dan ingin belajar melabur saham dari zero di Wasap bersama FY? WASAP NAMA PENUH anda ke 0166667430.

Sekian buat kali ini.

FY

KELAS SAHAM FY 110
SYT SDN BHD KE BERHAD

Okay kita sambung pembelajaran kita...

Pemilikan saham syt ZZFY telah berubah bila 30 juta saham baru diterbitkan dan ditawarkan pada harga RM2.00.

Sebagai contoh,

FY memegang 42 juta saham atau 42% dari syt sekarang bernilai RM84 juta ringgit.
ZZ memegang 14 juta saham atau 14% dari syt sekarang bernilai 28 juta ringgit.
XX memegang 14 juta saham atau 14% dari syt sekarang bernilai 28 juta ringgit.

Lagi 30% atau 30 juta saham bakal diperuntukkan kepada para pelabur awam pada harga tawaran RM2.00.

Jadi kepada siapakah 30 juta saham dengan harga tawaran RM2.00 ini akan dijual atau diperuntukkan?

Ia boleh diperuntukkan kepada maksima 5 tempat iaitu ;
⁃ Private Placement untuk institusi dan pelabur terpilih dengan minima pelaburan RM250k per block.
⁃ Peruntukan saham khas Bumiputera di MITI
⁃ Peruntukan melalui Borang Biru kepada vendor atau sesiapa sahaja yang membantu dalam memajukan syt.
⁃ Peruntukan melalui Borang Pink kepada kakitangan syt ZZFY
⁃ Peruntukan kepada Pelabur Awam dimana mereka boleh memohonnya samaada di ATM, menggunakan borang putih atau secara Online Banking.

Setelah lengkap semua peruntukan ini dibeli dan dibayar serta saham saham mereka dimasukkan ke dalam akaun CDS dalam broker masing masing saham ZZFY BERHAD akan disenaraikan di Bursa Malaysia bersama lebih 1000 syt dan instrumen kewangan yang tersenarai di dalamnya. Di sini harga saham ZZFY yang sebelum ini tetap sudah mula naik dan turun kerana saham tersebut telahpun diapungkan...

FY akan sambung dalam kelas yang lain okay!

Itu sahaja kali ini. Setakat ini faham tak? Ada yang tak faham?

Like dan share andai bermanfaat.

Kalau anda ketinggalan dan inginkan kelas perkongsian pelaburan saham ini dari mula anda boleh layari blog www.faizalyusup.net. FY ada memaparkannya di situ.

Anda nubis dan ingin belajar melabur saham dari zero di Wasap bersama FY? WASAP NAMA PENUH anda ke 0166667430.

Sekian buat kali ini.

KELAS SAHAM FY 111
SYT KE BURSA MALAYSIA

Baiklah selepas selesai proses peruntukan saham Syt ZZFY kepada semua pelabur awam maka ia akan disenaraikan di Bursa Malaysia.

Di Bursa Malaysia terdapat banyak saham saham syt yang tersenarai dalam 2 papan penyenaraian. Syt yang kecil di papan ACE dan papan MAIN atau papan UTAMA untuk syt yang besar dan kukuh.

Selain itu terdapat juga syt SPAC atau Special Purpose Acqquisition Company seperti Red Sena, Cliq, Sona dll.

Produk kewangan yang lain seperti REITS, Call Warrants, Bond dan Sukuk, Loan Stocks, ETF, Warrant syt dll.

Jadi dari detik ini semua 70% pegangan saham syt ZZFY BHD oleh XX, ZZ, FY dicampur 30% saham di tangan pelabur awam, MITI dan lain lain akan diapungkan di Bursa Malaysia dan ia mula bergerak naik dan turun berdasarkan permintaan dan penawaran para pelabur.

Selalunya pihak Pengarah syarikat tidak akan menjual saham saham pegangan mereka kerana mereka mahu memastikan pemilikan syt tidak bertukar tangan kepada orang lain. Kalau ada pembelian kembali atau penjualan mereka mesti memberitahu pihak Bursa mengenainya.

Bagaimana harga saham boleh naik turun? Apa itu KLCI? Apakah peraturan yang perlu kita tahu di Bursa Malaysia? Boleh ke beli saham macam beli pisang goreng panas jer?

Kita sambung nanti yer..

Itu sahaja kali ini. Setakat ini faham tak? Ada yang tak faham?

Like dan share andai bermanfaat.

Kalau anda ketinggalan dan inginkan kelas perkongsian pelaburan saham ini dari mula anda boleh layari blog www.faizalyusup.net. FY ada memaparkannya di situ.

Anda nubis dan ingin belajar melabur saham dari zero di Wasap bersama FY? WASAP NAMA PENUH anda ke 0166667430.

Sekian buat kali ini.

Sunday, August 7, 2016

BELAJAR MELABUR SAHAM SIRI 2

Kelas Saham 102 Percuma
MEMEGANG EKUITI SYARIKAT
Melabur saham dalam sesebuah perniagaan sebenarnya mudah jer.
Bila anda membeli saham sebenarnya anda membeli hakmilik sebahagian dari syarikat tersebut.
10000 dalam jumlah saham sebanyak 100000 akan menjadikan anda memegang 10% dari ekuiti syarikat.
10000 dalam jumlah saham sebanyak 1000000 akan menjadikan anda memegang 1% dari ekuiti syarikat.
10000 dalam jumlah saham sebanyak 10000000 akan menjadikan anda memegang 0.01% dari ekuiti syarikat.
Dan begitulah seterusnya.
Dalam senario berikut saham syarikat mana yang akan anda pilih bilamana melabur di Bursa Malaysia?
⁃ Syarikat yang rugi tapi saham banyak?
⁃ Syarikat rugi sahamnya sedikit?
⁃ Syarikat blue chips contohnya sebuah bank yang untung tapi syarikatnya begitu besar dan bila anda membeli saham mereka anda cuma dapat jumlah pegangan yang begitu kecil memandangkan modal anda juga kecil.
⁃ Syarikat untung yang jumlah sahamnya sedikit?
Syarikat untung dan saham sedikit adalah antara kriteria IMANTAP yang FY kongsikan dalam Sesi Personal Coaching ZZFY yang kami jalankan.
Itu sahaja dalam kesempatan ini.

FY
www.faizalyusup.net

Jangan lupa FY akan adakan seminar saham lengkap From Zero to Hero 13 dan 14 Ogos 2016 di Grand Blue Wave Hotel Johor Bahru.

BELAJAR MELABUR SAHAM SIRI 1

KELAS SAHAM 101 PERCUMA

Assalamualaikum 

Belajar melabur saham.

ZZ dan FY memulakan sebuah syarikat ZZFY SDN BHD berniaga runcit.
FY meletakkan modal RM60,000 dan ZZ meletakkan sebanyak RM40,000 menjadikan modal berbayar sebanyak RM100k.

                    FY        ZZ
Modal         RM60k  RM40k
Saham         60k      40k
Pegangan    60%     40%

Oleh itu par value adalah RM1.00 | 100000 unit saham | RM100000 modal berbayar. Sijil-sijil saham pula akan dicetak dan disimpan di tangan Regitrar of Companies. Dalam sijil itu akan tertera nama syarikat, jumlah pegangan saham dan nama pemilik sijil tersebut. Namun demikian harga saham TIDAK ADA dalam sijil tersebut.

Di belakangnya pula ada borang 32B bagi tujuan menukar nama kepada pemilik yang baru andai saham tersebut dijual.

Memiliki saham bermakna anda memilik sebahagian dari syarikat tersebut.

Pada ketika ini saham syt ZZFY tidak didagangkan. Oleh sebab saham syt ini tidak didagangkan maka harga saham tersebut bersifat tetap pada harga RM1.00. Sebarang pembelian dan penjualan saham juga adalah pada harga RM1.00.

Katalah ZZ menjual 20% pegangannya kepada XX maka XX akan membeli 20000 unit saham pada harga RM1.00 dengan jumlah bayaran sebanyak RM20,000.

Oleh itu pegangan syt akan berubah kepada berikut ;

FY 60% atau 60000 unit saham
ZZ 20% atau 20000 unit saham
XX 20% atau 20000 unit saham

Jadi apabila syt menjalankan perniagaan dan di penghujung tahun mendapat untung sebanyak RM20000 maka pembayaran dividen keuntungan akan menurut ratio pegangan saham anda dalam syarikat tersebut.

Jadi pengagihan dividen

FY 12000 (60% X RM20000)
ZZ 4000 (20% X RM20000)
XX 4000 (20% X RM20000)

Jadi pulangan dividen atau dividen yield tahun itu ialah 20%
Dalam senario ini semua keuntungan atau 100% (dividend payout ratio) diagihkan kepada semua pemegang saham syarikat.

Dalam senario kedua adakalanya hanya separuh atau sebahagian sahaja keuntungan yang diagihkan sebagai dividend separuh lagi disimpan sebagai retained earning atau tabungan bagi tujuan mengembangkan syarikat atau tujuan tujuan yang lain.

Selalunya dewasa ini kebanyakan syarikat sudah ada polisi dividen dan pemberian dividen ini selalunya akan menarik minat pelabur untuk melabur di dalam syt tersebut. Kerana dalam jangka masa panjang modal permulaan kita akan terbayar kembali melalui pulangan dividen itu tadi.

Oleh itu syt yang memberikan dividen pastinya syt yang baik untuk kita laburkan duit kita.

Itu sahaja kali ini. Setakat ini faham tak? Ada yang tak faham?

Like dan share andai bermanfaat.

Anda nubis dan ingin belajar melabur saham dari zero di Wasap bersama FY? WASAP NAMA PENUH anda ke 0166667430.

Sekian buat kali ini.

FY

www.faizalyusup.net

Warga Johor!

Jangan lupa FY akan menjalankan seminar saham lengkap hujung minggu ini untuk menjadikan anda Investor yang hebat dan Trader yang bijak. Seminar From Zero to Hero itu akan diadakan pada 13 dan 14 Ogos ini di Grand Blue Wave Hotel, Johor Bahru.

Yurannya cuma RM1490.00 sahaja.
Tempat amat terhad!

Untuk mendaftar hubungi Puan Azila di talian 0166641755.

KELAS MELABUR SAHAM 101 PERCUMA BERSAMA FAIZAL YUSUP

Thursday, August 4, 2016

MENCARI TIPS SAHAM

PERIHAL TIP SAHAM

Kita sering dapat tip saham dari sini dan sana. Dari bermacam group wasap dan telegram, dari mulut orang, dari sosial media dan dari FY

Persoalannya apakah yang perlu kita buat dengan maklumat yang raw atau mentah itu?

Ada yang gamble jer... Terus beli untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tengoklah nasib. Untung tunjuk sana sini rugi diam jer...

Namun saranan FY buatlah analisis terlebih dahulu adakah ;

 Syt untung atau rugi
 Apalah aktiviti syarikat
 Adakah saham itu saham cap ayam
 Berapa PE nya
 Director pegang berapa peratus saham
 Ada bagi dividen ke tak?
 perbandingan antara syarikat
 Saham income ke growth
 Berapa nilai sebenar syarikat tersebut.
 Dari mana kita dapat tip tu.

Analisis dari segi timing;

 Dimana kedudukan harga saham ketika ini?
 Dah jalan ke belum?
 Di atas ke di bawah
 Nak buy on support atau on breakout?
 Volume ada ke tak?
 Apa strategi risk n return ratio kita?
 Berapa banyak boleh beli
 Berapa jauh boleh pergi?

Objektif pelaburan pula

 Jangkamasa pendek?
 Sehari? Contra? Sebulan? 3 bulan? Setahun?
 Jangkamasa panjang?
 Nak averaging?
 Asset Allocation?

Dan banyak lagi.

Sebab itulah FY adakan analisis IMANTAP dan Teknik TIMING dalam PC ZZFY bagi menjawab semua soalan ini agar anda menjadi pelabur dan trader yang lebih bijak!

Datanglah belajar! Pasti berbaloi! Call Ramzi 0173730513 untuk mendaftar masuk ke PC ZZFY.

Atau wasap Puan Azila 0166641755 untuk menyertai seminar FZTH samaada di JB, KB, Kuantan dan Pulau Pinang.

Oh Ya Sabtu ini 6 Ogos FY akan sampaikan seminar InvestSmart percuma di Sime Darby Convention Center berdekatan Bukit Kiara. Datanglah!

Jangan lupa like dan share!

Okay..

Sekian dulu!

FY
greng70@yahoo.com
www.faizalyusup.net

Seminar Super Investor l Personal Coaching Saham l Ebook Saham Percuma l
Buka akaun CDS l Trading l Online l Group Support di WhatsApp l FB l Tips

0166667430 l 0126290407 l 0166641755 l 0173730513 l 0193346570