Thursday, August 14, 2014

CADANGAN-CADANGAN KEPADA SURUHANJAYA SEKURITI

Assalamualaikum...

Kita bertemu lagi.

Beberapa Persatuan Remisier termasuklah Persatuan Remisier Bumiputera telah dijemput untuk menghadiri SC Industry Dialogue pada 18 Ogos ini. Dalam sesi dialog ini kami diminta untuk mencadangkan usul-usul yang boleh membantu membangunkan industri pasaran modal ini.

Antara usul penambahbaikkan yang bakal kami bawa adalah seperti berikut ;

  • Usul agar peruntukan saham IPO kepada pelabur awam ditambah sepertimana yang sudah FY panjangkan dalam surat terbuka kepada PM tempohari.
  • Usul agar lesen DR diperbaharui setiap 2 tahun.
  • Usul mengenai floor brokerage dan polisi brokerage yang standard dibentuk.
  • Usul agar Transfer Fees untuk DR dimansuhkan.
  • Usul agar satu Suruhanjaya DR dibentuk bagi memelihara kepentingan DR yang menghadapi tuduhan atas kesalahan dalam urusan dagangan.
  • Usul agar Bursa mengembalikan “Defaulter List”.
  • Usul agar garispanduan mobiliti remisier dihuraikan dengan jelas.
  • Usul agar isu GST terhadap transaksi saham dihuraikan. 
  • Usul agar minimum bid saham di bawah harga 20 sen diturunkan dari 0.05 kepada 0.001.
  • Usul agar satu Agensi Penasihat Bebas dibentuk yang bertujuan untuk memberi saranan Fair Value bagi sesuatu IPO 

Serta beberapa usul yang lain.

Harapan kami semoga ia diterima, dianalisa dan tindakan diambil ke atasnya lantas secara tak langsung dapat menambahbaik Industri Pasaran Modal.

Sekiranya anda seorang pemerhati industri dan punya cadangan yang bernas untuk dikemukakan sila tuliskan ia dalam kotak komen dibawah atau email FY di greng70@yahoo.com.

Dalam jangkamasa terdekat ini FY akan menjalankan ;

  • ·  Woksyop BTX Online Trader dengan harga promosi RM50.00 sahaja akan dijalankan pada hari Sabtu 30 Ogos bertempat di ThotBox, Damansara Intan. Hubungi Zuhri Zain 012 6290407 untuk tujuan pendaftaran.
  • ·   Kursus SuperTech akan dijalankan pada hari Sabtu 16 Ogos bertempat di Shah Alam. Hubungi Zuhri Zain 012 6290407 untuk tujuan pendaftaran.
  • ·  Seminar SuperTrader pada 23 Ogos 2014 di Grand Blue Wave Hotel Johor Bahru. Hubungi Mustapha Kamal 019 7775527 untuk mendaftar.
  • ·   Seminar Super Investor bersama FY September nanti tapi kalau tak sabar boleh buat temujanji personal coaching di pejabat FY. Terhad kepada 5 orang sahaja setiap sessi.


Disamping itu juga FY sedang menyiapkan buku-buku Ebook Pelaburan Saham untuk kemudahan anda semua tak berapa lama lagi. InsyaAllah.

Sekian dahulu buat kali ini.

Wasalam...

FY
016 6667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Woksyop BTX - Online Trader
  • http://www.faizalyusup.net/2014/07/woksyop-trading-made-easy.html
  • Personal Coaching
  • Hubungi FY 016 6667430 untuk temujanji
  • Seminar Super Investor
  • http://www.faizalyusup.net/2014/02/kelebihan-seminar-saham-super-investor.html
  • Seminar SuperTech Investor
  • http://www.faizalyusup.net/2014/02/jemputan-ke-kursus-supertech-investor.html
  • Seminar SuperTrader
  • http://www.faizalyusup.net/2014/01/jemputan-ke-seminar-supertrader.html
  • Membuka akaun CDS
  • http://www.faizalyusup.net/2014/01/garis-panduan-membuka-akaun-cds-dan.html
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • http://www.faizalyusup.net/2014/08/keuntungan-konsisten-di-bursa-malaysia.html
  • Membaik pulih portfolio saham
  • http://www.faizalyusup.net/2014/05/perkhidmatan-membaik-pulih-portfolio.html
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
  • http://www.faizalyusup.net/2012/12/ebook-super-investor-ipo-miti-tulisan-fy.html
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii

SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.