Wednesday, October 30, 2013

Seminar Saham Yang Berbaloi

Assalamualaikum serta salam sejahtera...

Kebelakangan in FY sering mendapat aduan tentang peserta seminar saham yang membayar ribuan ringgit tetapi pengisiannya tidak berbaloi dengan pelaburan yang dibuat.

Sukar untuk menilaikan ilmu sebenarnya tapi pada FY prinsipnya mudah sahaja. Berilah lebih dari apa yang kita ambil. Janganlah ambil yang bukan hak. Itu sahaja. 

Apapun berikut ini adalah seminar-seminar saham yang power untuk menjadikan anda Investor yang bijak mahupun Trader yang power!

- Seminar Super Investor bersama FY

FY memiliki Diploma In Investment Analysis UITM, BBS Investment dari University of Nebraska Lincoln dan punya 17 tahun pengalaman dalam Bursa Malaysia. Penulis blog ini. 

Seminar ini adalah seminar pintu gerbang kemasukan anda ke dalam pasaran saham. Ia memberikan pengisian yang menyeluruh mengenai pasaran saham serta merungkai rahsia-rahsia menjana keuntungan dalam Bursa Malaysia.

Yurannya cuma RM490.00

Seminar Super Investor yang seterusnya adalah pada hari Sabtu ini 2 November 2013. Layari www.seminarsaham.com.my untuk mendaftar.



- Seminar SuperTech Investor bersama Sifu Zuhri Zain MSTA dan Sifu Nabil Fikri MSTA

Sifu Zuhri Zain dan Nabil Fikri punya kelayakan Member Society of Technical Analysis (UK) yang layak untuk mengajar anda dalam aspek Analisa Teknikal. Sifu Nabil Fikri juga adalah merupakan Research Analyst di CIMB Investment Bank.

Seminar ini seminar untuk Intermediate Investor / Trader. Ia berkongsi rahsia menjana keuntungan dalam pasaran saham melalui kaedah Analisa Teknikal iaitu dengan cara menganalisa carta-carta saham.

Yurannya cuma RM700.00

Seminar SuperTech seterusnya ialah pada hari Sabtu 23 November 2013. Hubungi Zuhri Zain di talian 012 629 0407 untuk tujuan pendaftaran.

- Seminar SuperTrader bersama Sifu Mustapha Kamal

Sifu Mustapha Kamal merupakan pencipta Software Supertrader setelah melakukan R&D selama 6 tahun. Beliau memasuki pasaran saham pada tahun 1999 dan punya pengalaman yang luas dalam Bursa Malaysia.

Seminar ini pula adalah untuk Advance Trader. Mereka yang ingin menjadi trader dan duduk di rumah menjana pendapatan melalui trading di Bursa Saham, inilah seminarnya. Namun harus diingat anda wajib menyertai 2 seminar yang terdahulu kerana sistem ini sukar difahami tanpa asas pelaburan saham.

Yurannya cuma RM900.00

Dengan modal RM490.00 anda sudah boleh menjadi Investor yang bijak. Dengan modal keseluruhan sebanyak RM2000.00 anda boleh menjadi Trader yang power. Percayalah.

Berikut inilah antara keuntungan yang mungkin menjadi milik anda bilamana anda menyertai seminar-seminar yang dipaparkan tadi.

Keuntungan yang dijana dari Pelaburan IPO di MITI melalui pembelajaran dalam Seminar Super Investor


Keutungan yang dijana melalui Seminar Supertech Investor.

Keuntungan sebanyak RM72,000 yang dijana melalui pembelajaran dalam Seminar SuperTrader.
Satu lagi seminar yang FY sarankan ialah ;

- Seminar TAVA bersama Sifu Abdul Rahim Abdul Aziz

Pilihan di tangan anda! Tepuk dada tanya selera. 


Sekian dulu...

FY

Tuesday, October 29, 2013

Untung Melabur di Bursa Malaysia

Assalam...

Kalau main candy crush ni kira divine profit... Ini contoh investor FY.. Untung lebih RM70, 000.00 dalam masa sebulan. Nak ambil profit ke tak yer... Inilah kelebihan menjadi pelanggan FY dan Zuhri Zain... Jemput datang seminar dan belajar tekniknya... Apalah sangat yuran RM490.00 kalau dibandingkan dengan keuntungan yang bakal dikecapi. 

Seminar saham ada banyak di pasaran tapi melaburlah dalam seminar saham yang boleh membawa keuntungan kepada anda.

Daftar di www.seminarsaham.com.my.


FY
www.faizalyusup.net

Thursday, October 24, 2013

NOVEL PERCUMA DARI FAIZAL YUSUP

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM CERIA...

FY ADA HADIAH PERCUMA UNTUK SEMUA - NOVEL PALING BEST PERNAH DIBACA - NOVEL TRILOGI MAN REMPIT 1 - KARYA FAIZAL YUSUP. LAYARI - 



PERIHAL SEMINAR / KURSUS PELABURAN SAHAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua.

Buat masa ini pasaran saham masih lagi panas dan menarik buat palabur juga trader di parasan. Alhamdulillah ramai pelanggan FY yang dapat menjana keuntungan kebelakangan ini. Kenaikan saham seperti MALTON, INARI, LBS, PRTASCO dan beberapa saham yang IPO seperti SOLID dan WESTPORT cukup menggembirakan para pelanggan FY. Kenapa tiada saham SERSOL, TMS, INSBIO, TMS dan SUMATEC? Oh! Saham-saham tu saham saham cap ayam, saham yang mengalami kerugian yang tidak termasuk dalam portfolio FY. Biarlah harganya nak naik ke langit sekalipun, tidaklah akan FY hiraukan. Ini kerana saham-saham sedemikian digoreng oleh sindiket-sindiket saham dimana harganya dimanupulasikan. FY ada SOP (Standard Operation Procedure) dalam pemilihan saham bagi memastikan risiko portfolio saham para pelanggan FY rendah bersesuaian dengan pulangannya.

Kebelakangan ini ada ramai yang mengadu kepada FY tentang banyak perkara antaranya (mungkin kerana bila google pasal saham nama FY yang keluar ) ;

·         Ada yang mengadu pergi seminar saham, bayar beribu ringgit tapi tak berbaloi dengan yuran yang dibayar. Seminar tak ada isi, seminar basic, seminar tak ada modul dan sebagainya.
·         Ada yang mengadu dah belanja RM13,000 dalam seminar saham dari Basic ke Advance tapi tak tahu bagaimana nak mula dan tak tahu apa yang perlu dilakukan. Dalam ertikata lain sesat.
·         Ada yang mengadu penganjur seminar menyampaikan isi yang yang tak betul isi kandungannya.
·         Ada yang mengatakan yang penganjur seminar tak punya kelayakan tapi mengaku punya kelayakan.
·         Ada penganjur seminar yang memberi tips untuk membeli PATIMAS, INSBIO, TMS dan sebagainya yang akhirnya membawa kerugian kepada mereka.
·         Ada yang mengadu buka akaun CDS di Maybank tapi tak boleh beli saham IPO.
·         Ada yang mengadu membeli saham IPO Astro, Felda dan AAX namun merugikan. Apa nak buat?
·         Dan macam-macam aduan lagi…

Alamak! FY ni dah jadi macam biro pertanyaan dan pengaduan pulak dah. Susah jugak nak jawab memandangkan FY juga menganjurkan seminar saham.

Apapun ini saranan FY.

·         Pertamanya pastikan adakah orang yang menganjurkan seminar itu orang yang berkelayakan.
Orang yang berkelayakan di sini pada FY samaada dia punya lesen CMSRL serta pengalaman dalam pelaburan saham atau punya sijil-sijil professional yang lain seperti CFA, MSTA, CMT dan sebagainya yang berkenaan dengan bidang saham. Mereka ini adalah orang yang directly involve dalam Bursa Malaysia dan FY yakin mereka tahu selok belok operasinya berdasarkan pengalaman yang mereka ada. Anda boleh cek dengan Suruhanjaya Sekuriti untuk memastikan semua kelayakan ini.

Namun demikian dewasa ini ramai yang setahun jagung dalam industri ini sudah menjalankan seminar saham. Pada FY mereka ini akan hanya menguncupkan ekonomi ummah dan bukan akan mengembangkannya. Ini akan membawa kepada kerosakan dan kemeruduman yang lebih teruk kalau dibiarkan berleluasa.

·         Keduanya kalau nak tahu samaada penganjur seminar itu bagus atau tidak minta mereka berikan beberapa stock highlights, berapa harga nak beli dan bila nak beli. FY ulangi bukan stock recommendation tapi stock highlights, stock yang mereka rasakan akan naik. Kemudian anda sendiri boleh buat analisa Fundamental, Financial dan Technical disamping melihat samaada benar stok itu naik atau tidak. Hanya Sifu saham yang bagus sahaja yang berani memberi stock highlights kerana mereka punya ilmu saham yang mendalam mengenai saham-saham yang mereka nyatakan itu. Kalau saham yang dihighlightskan itu merudum maka FY rasa anda perlulah fikir semula. Ketahuilah saham yang bagus akan terus-terusan naik dan saham yang berdarah dan bernanah akan terus merudum. Oleh itu pastikan saham yang anda pilih itu adalah saham yang sasa umpama Rambo dan Arnord Susahnakeja.

·         Ketiganya kalau penganjur itu buat seminar saham pada hari bekerja lantas mengatakan ia lebih mudah demi untuk mengajar pada hari trading sedarilah yang sebenarnya ia menunjukkan penganjur itu tak sibuk dan tak fokus pada pasaran. Orang yang sibuk buat duit di pasaran saham sebenarnya tak ada masa untuk buat seminar pada hari bekerja tapi akan melakukannya pada hari cuti. Mereka ini buat seminar bukan untuk buat duit dalam seminar tapi hanya dengan niat untuk berkongsi ilmu kepada ummah demi membangunkan ekonomi pesertanya. Pendapatan utama mereka adalah dalam trading di Bursa Malaysia dan bukannya dengan mengendalikan seminar.

Maaflah kalau ada sesiapa yang terasa namun inilah hakikatnya. Hakikat yang perlu FY sebut kerana tak mahu orang ramai yang tak tahu apa-apa di luar sana dimanipulasikan hingga membawa kepada kerugian kepada mereka.

Kepada mereka yang merasakan diri mereka ditipu FY sarankan hubungilah bahagian Hal Ehwal Pelabur di Securities Commision bagi mengelakkan lebih ramai lagi ditipu.

Apapun, semua ini berada dalam susunan dan ketentuan Allah Taala. Pelaburan saham sebenarnya kompleks. Ia perlukan ilmu dan pengalaman yang jitu. Kalau tidak Bursa Malaysia akan hanya menjadi tempat anda meleburkan duit anda.

Tak mengapalah, kalau anda sudah mengalami kerugian dan tak ada tempat mengadu hubungi FY 016 666 7430, InsyaAllah FY akan cuba bantu apa yang terdaya.

Mengenai aduan ;

·         Ada yang mengadu buka akaun CDS di Maybank tapi tak boleh beli saham IPO.

Anda sebenarnya membuka akaun nominee dan akaun ini bukan akaun personal yang membolehkan anda membeli saham IPO, IPO MITI, PINK FORM, BLUE FORM mahupun PRIVATE PLACEMENT. Dalam hal ini hubungi Admin Asst FY En Yasin di talian 019 334 6570 untuk membuka akaun CDS personal di Kenanga Invertment Bank Berhad tempat FY bekerja supaya anda dapat memohon saham-saham IPO ini.

Mengenai aduan ;

·         Ada yang mengadu membeli saham IPO Astro, Felda dan AAX namun merugikan. Apa nak buat?
Dalam hal saham Felda FY dah pernah tulis artikel pada bulan Julai tahun lepas menyarankan saham ini dijual sebelum atau pada hari Felda yang mana pada masa itu menguntungkan pelaburnya. Namun selepas itu penurunan harga kelapa sawit secara langsung menyebabkan harga Felda ini turun lantas merugikan. Kemudian Saham Astro dan AAX yang merugikan pada hari penyenaraiannya di Bursa Malaysia. Dalam ertikata lain kita tak dapat buat duit melalui IPO. Dalam hal ini FY sarankan pertukaran saham atau switching kepada saham lain. Saham ASTRO FY sarankan ditukarkan kepada GAS MALAYSIA mahupun MATRIX dan saham AAX pula FY sarankan ditukarkan kepada PRTASCO memandangkan pulangan dividend an potensinya yang lebih baik kalau dibandingkan kalau kita memegang saham ASTRO mahupun AAX itu. Pelanggan FY yang menjual saham AAX pada harga 1.25 itu digantikan dengan PRTASCO pada harga RM1.19 la ni telah mendapat pulangan dan keuntungan dari pelaburan mereka itu memandangkan harga PRTASCO ditutup pada harga RM1.43 tadi. Anda juga pelu berbuat demikan dengan saham Felda yang anda masih pegang itu. Mereka yang punya ilmu dan pengalaman dalam bidang saham tak akan TAKUT dengan pasaran saham.

Sebagai penutup FY ingin kongsikan satu analogi. Bagi pelabur Cina kalau diberikan pilihan antara duit seguni dengan seorang budak kecil, mereka akan mengambil budak kecil itu. Itu kerana duit semakin HILANG nilainya kerana dewasa ini duit umpama duit daun pisang di zaman Jepun yang dicop saban hari di seluruh dunia. Budak kecil itu lebih berharga kerana dia akan membesar dan berkemungkinan akan membawa keuntungan kepada mereka.

Ia umpama memilih untuk membeli saham AAX. Saham yang punya potensi untuk membesar dan membawa keuntungan kepada mereka sepertimana yang telah dipamerkan oleh Air Asia sebelum ini. Tahukah anda Air Asia bermula dengan hutang sebanyak RM20 juta dan dalam masa 10 tahun mempunyai Modal pasaran melebihi 10 Billion hingga dapat mengalahkan MAS malah Singapore Airlines? Tahukah anda ia mengambil masa 7 tahun sebelum Air Asia dapat member dividen kepada pelaburnya? Fikir-fikirkanlah. Sekali lagi dapatkan ilmu pelaburan yang betul dari sifu yang betul agar anda menjadi pelabur yang betul. Bukan pelabur yang ikut ajaran si ibu ketam.

Apapun nilai sesuatu ilmu subjektif sifatnya. Ada yang rasa mahal dan ada yang rasa murah kepada seminar yang sama. Pada FY apa yang penting ialah untuk memberi lebih dari apa yang kita ambil kerana dengan itu kita tidak mengambil apa yang bukan hak atau dalam ertikata lain mencuri hak orang lain. Keadaan ini bakal membawa kepada kemudaratan kepada kita sendiri di kemudian hari tanpa kita sedari. 

Sekian dulu semoga artikel ini membawa manfaat, membuka hati dan minda anda, semoga ada taufiq dan hidayah di dalamnya, InsyaAllah.

Sekian dulu.
FY

PS – Saranan seterusnya cuba google seminar saham. Seminar siapakah yang berada di atas. Mungkin itulah seminar yang terbaik yang perlu anda hadiri. Mungkin atas sebab itulah dengan izin Allah ia berada di situ. Kekadang sudah terang pun kita kena suluh juga kalau masih tak nampak. Hehe… Jangan marah yer. Nanti cepat tua!


PSS – Jemput ke Seminar Saham Super Investor FY untuk mengetahui lebih lanjut. Layari www.seminarsaham.com.my

Wednesday, October 16, 2013

Harga Sasaran IPO UMW Oil and Gas

FAIR VALUE UMW OIL AND GAS OLEH RESEARCH HOUSE

Harga Tawaran IPO RM2.80
Dijangka disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada 1 November 2013

Harga Sasaran

SJ Securities                               RM3.10
JF Apex Securities                       RM3.15
HwangDBS Vickers Research         RM3.20
Kenanga                                    RM3.33
TA Securities                              RM3.36

FY

Kepada yang berhasrat untuk belajar dan memulakan portfolio pelaburan saham di Bursa Malaysia jemputlah ke Seminar Saham Super Investor bersama FY yang akan diadakan pada hari Sabtu 2 November 2013 di UEM LEARNING CENTRE, No 5A, Jalan 51/217 off Jalan Templer, 46050 Petaling Jaya. Selangor DE.

Layari ;




Harga Sasaran Westport

FAIR VALUE WESTPORT OLEH RESEARCH HOUSE

Harga Tawaran IPO RM2.50
Disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada 18 Oktober 2013

Harga Sasaran ;

HwangDBS Vickers Research         - RM2.75.
Alliance Research                        - RM2.84
JF Apex Securities                       - RM2.97.

FY

Kepada yang berhasrat untuk belajar dan memulakan portfolio pelaburan saham di Bursa Malaysia jemputlah ke Seminar Saham Super Investor bersama FY yang akan diadakan pada hari Sabtu 2 November 2013 di UEM LEARNING CENTRE, No 5A, Jalan 51/217 off Jalan Templer, 46050 Petaling Jaya. Selangor DE.

Layari ;




Kursus Pelaburan Saham Super Investor pada 2 November 2013

Assalamualaikum semua. 
Semoga ceria dan sejahtera selalu hendaknya.




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Di kesempatan ini FY ingin menjemput anda semua pelabur di luar sana ke Seminar Saham Super Investor bersama FY pada hari Sabtu 2 November 2013 bermula jam 9:00 pagi hingga jam 5:30 petang di UEM LEARNING CENTRE, No 5A, Jalan 51/217, Off Jalan Templer 46050, Petaling Jaya. Berhadapan Bangunan Honda.

SEMINAR INI SESUAI UNTUK ;

Seminar ini sesuai untuk pelabur baru yang ingin memulakan portfolio pelaburan saham juga pelabur yang telah berpengalaman dalam pasaran tetapi masih menghadapi masalah menjana keuntungan dalam pasaran saham. InsyaAllah FY akan mulakan seminar dari pengisian yang paling asas.

PENGISIAN SEMINAR ;
  • Memperkenalkan pasaran saham sebagai salah satu alternatif meningkatkan ekonomi.
  • Perkongsian mengenai rahsia menjana keuntungan melalui kaedah Analisa Fundamental, Financial dan Technical.
  • Perkongsian Analisa Teknikal akan dijalankan oleh Saudara Nabil Fikri yang memiliki kelayakan MSTA dari United Kingdom.
  • Perkongsian mengenai zon-zon saham di Bursa Malaysia.
  • Perkongsian rahsia menjana keuntungan melalui permohonan IPO Awam, IPO MITI serta Private Placement.
  • Perkongsian tentang sistem signal berkesan pelaburan saham di Bursa Malaysia.
  • Perkongsian sistem network, jaringan perkongsian maklumat di media sosial, WhatsApp dan lain-lain.
  • Perkongsian Kaedah CSI pergerakan saham,
  • Perkongsian rahsia menjana keuntungan melalui pasaran sedia.
  • Seminar ini menjawab pelbagai persoalan yang bermain di minda anda.
  • Dan banyak lagi.
PESERTA AKAN MENERIMA ;

- Akaun CDS dan Trading boleh dibuka secara percuma bagi setiap peserta. Anda hanya perlu membawa 5 salinan photocopy IC serta 2 salinan muka depan buku / penyata bank.
- Khidmat nasihat saham oleh sifu-sifu saham yang berpengalaman.
- Percuma langganan kepada Software Supertrader berharga RM230.00 untuk 2 minggu.
- Program Kit yang informatif.
- Perkongsian maklumat dan info saham yang berterusan melalui blog, emel, SMS, FB, Twitter, WhatsApp dan lain-lain.
- Kami juga boleh membantu dalam portfolio management transaksi saham-saham anda.

TESTIMONI FY di FB;




KEUNTUNGAN YANG DIJANA PELANGGAN FY ;





InsyaAllah ada beberapa rahsia baru menjana keuntungan di Bursa Malaysia yang bakal FY bongkarkan...

Apa tunggu lagi?

Inilah seminar yang paling menguntungkan hanya dengan pelaburan sebanyak RM490.00 sahaja.

Bak kata pujangga Inggeris - 

"WHEN OPPORTUNITY KNOCKS DON'T KNOCK THE OPPORTUNITY AWAY".

Layari - 


untuk mendaftar dan dapatkan semua ini.

InsyaAllah. Kita jumpa di sana.

Sekian. Wassalam.

FY
016 666 7430 

Wednesday, October 2, 2013

TAWARAN IPO DI MITI - SEVEN CONVENIENCE BERHAD

TAWARAN IPO DI MITI - SEVEN CONVENIENCE BERHAD

a) Jumlah Saham Khas : 141,840,000 unit
b) Harga Par : RM 0.10 seunit
c) Harga Tawaran : Akan dimaklumkan kemudian
d) Aktiviti Utama Syarikat :
- Seven Convenience Berhad is an investment holding company whilst its wholly-owned subsidiary 7-Eleven Malaysia is principally involved in operating and franchising of convenience stores under the “7-Eleven” brand name and investment holding of shares in its wholly-owned subsidiaries. 7-Eleven Malaysia is largest convenience store operator in Malaysia in terms of number of stores, with a market share 82% of the standalone convenience store segment, as of July 2013.
e) Penyenaraian Saham : Disenaraikan di Pasaran Utama
f) Bank Penasihat : Maybank Investment Bank Berhad
g) Tarikh Tutup : Selewat -lewatnya pada 9 Oktober 2013 (Rabu) jam 5.00 petang.

Hubungi FY untuk membuka akaun CDS atau untuk mendapatkan borang bagi memohon saham ini di emel greng70@yahoo.com atau di talian HP 016 666 7430.

Untuk belajar bagaimana memohon saham IPO di MITI ini atau untuk membuka akaun CDS dan memulakan portfolio perlaburan saham, jemputlah datang ke Seminar saham Super Investor bersama FY pada 2 Julai ini. Pelbagai perkongsian yang menyeluruh akan disampaikan dalam seminar wajib bagi pelabur di Bursa Malaysia yang baru hendak bermula mahupun yang sudah berpengalaman. Layari www.seminarsaham.com.my untuk keterangan lanjut.


Sekian dulu.

Wassalam.

FY