SERTAI GROUP WHATSAPP SAHAM FY SECARA PERCUMA http://groupsahamFY.wasap.my/
Wednesday, May 18, 2022
IPO AWAM TERBARU - LGMS BERHAD
SERTAI GROUP WHATSAPP SAHAM FY SECARA PERCUMA http://groupsahamFY.wasap.my/
Tuesday, May 17, 2022
NEW IPO- YEW LEE PACIFIC GROUP BHD (SUMMARY)
KLIK DISINI UNTUK INFO LEBIH LANJUT - INFO SAHAM YEW LEE
SERTAI GROUP WHATSAPP SAHAM FY SECARA PERCUMA http://groupsahamFY.wasap.my/
Monday, May 16, 2022
IPO BARU PERMOHONAN MITI - UNIQUE FIRE HOLDINGS BERHAD
SERTAI GROUP WHATSAPP SAHAM FY SECARA PERCUMA http://groupsahamFY.wasap.my/
IPO AWAM TERBARU- YEW LEE PACIFIC BERHAD
ALL THE BEST
SERTAI GROUP WHATSAPP SAHAM FY SECARA PERCUMA http://groupsahamFY.wasap.my/
POSITION SIZING APABILA MEMBELI SAHAM
POSITION SIZING APABILA MEMBELI SAHAM
ULANGSIAR
Soalan : FY kalau kita nak beli saham nak beli berapa units yer?
Jawapan FY : Keupayaan belian individu adalah berbeza mengikut kedalaman poket masing-masing. Namun FY sarankan jika kita plan untuk trading dalam jangkamasa pendek/sederhana units yang ideal adalah minimun 10,000 units ke 30,000 units. Ia juga bergantung kepada harga sesuatu kaunter.
Lazimnya kaunter bawah RM1.00 volumenya agak banyak dan momentum kenaikan selalunya berjajaran 3% ker 15% waktu trading berbanding kaunter atas RM1.00 boleh bergerak lebih. FY sarankan minimum belian 10,000 units kerana memudahkan kira untung rugi secara kasar 1 sen naik atau turun bernilai RM100.
Apapun tidak menjadi kesalahan jika ada yang mahu beli di bawah 10,000 units cuma 'breakeven' point menjadi lebih tinggilah.
Like dan share catatan ini jika ia bermanfaat sebagai sokongan kepada FY.
Thanksss...
FY Al Haj
Pemenang 5 Anugerah Bursa Malaysia
SERTAI GROUP WHATSAPP SAHAM FY SECARA PERCUMA http://groupsahamFY.wasap.my/
Monday, April 25, 2022
PERHATIAN - 2 LAGI IPO BAKAL DITAWARKAN KEPADA PELABUR AWAM!
Thursday, April 21, 2022
BAGAIMANA TARGET PRICE ATAU FAIR VALUE SESUATU IPO DIKIRA?
BAGAIMANA TARGET PRICE ATAU FAIR VALUE SESUATU IPO DIKIRA?
Inilah persoalan yang sering ditanya pelabur newbie kepada FY.
Jawapan FY : Bila prospektus sesuatu IPO keluar maka para analyst dari Research House akan membuat penilaian dan penyelidikan berdasarkan fakta-fakta yang terdapat dalam prospektus tersebut.
Para researcher ini adalah mereka mereka yang hebat dan punya kelayakan tinggi dalam bidang kewangan. Punya Diploma, Degree Kewangan dan Akauntansi, ACCA, CFA dan sebagainya.
Ada researcher yang optimistik dan ada juga yang persimistik berdasarkan penilaian mereka. Pada yang optimis maka mereka akan memberikan nilai TP atau FV yang lebih tinggi kalau dibandingkan dengan mereka yang persimis.
Kemudian BUKAN semua research house yang akan buat research bagi setiap IPO itu. Kenanga pun sekali sekala ada buat research write up terhadap IPO ini.
Kebiasaannya researcher bagi bank penasihat IPO tersebut yang akan membuat penilaian dan memberikan TP IPO yang mereka usahakan itu. Mereka akan melihat apa aktiviti syt, siapa pengarah, siapa pesaing, mengira jumlah aset, liabiliti, hutang, future earnings, growth, goodwill dan sebagainya secara menyeluruh bagi mendapatkan nilai intrinsik atau nilai sebenar syt IPO tersebut tatkala ia disenaraikan.
TP ini diterbitkan sebagai saranan beli kepada pelanggan Investment Bank tersebut khususnya dan kepada semua pelabur amnya.
Sebagai contoh IPO MN Holdings Berhad. Harga tawarannya ialah 21 sen dan TP nya ialah antara 28-31 sen. Kalau TP nya 21 sen jugak pasti tiada siapa yang berminat untuk memohon IPO ini. Dengan TP 28-31 sen ini kita dapati permohonan IPOnya terlebih langganan sebanyak 118 kali!
TP ini juga boleh didapati dengan bertanyakan En Google beberapa hari setelah Prospektus IPO itu keluar. Harus diingat selagi Porspektus belum keluar maka Fair Value atau TP ini belum boleh dikira.
Faham tak ni? Simpan nota ini dan kalau ada orang yang bertanya. Paparkan sahaja catatan FY ini okay!
Satu rahsia. Selalunya suratkhabar Cina ada bagi Fair Value bagi setiap saham IPO yang bakal disenaraikan dan lazimnya saham IPO itu tak naik melebihi apa yang disarankan suratkhabar mereka itu kerana semua pelabur Cina tahu mengenainya. Suratkhabar melayu cerita gossip nenek tua 74 tahun dinoda adalah... hawhawhaw...
Andai anda ingin memulakan portfolio pelaburan saham ini jemputlah ke seminar yang FY jalankan.
Like dan share catatan FY ini andai anda mendapat kefahaman dan manfaat darinya. Like sebagai tanda sokongan anda kepada usaha FY ini okay!
Jadikan FY sebagai see first dalam fesbuk anda untuk mendapatkan banyak lagi ilmu-ilmu menjana keuntungan dalam pasaran saham ini.
Sekian.
FY Al Haj
PS - Status syariah juga selalu diberikan pihak ketiga setelah prospektus IPO itu keluar. Status sebenar hanya akan diketahui setelah Committee Syariah SC bersidang pada bulan Mei dan Nov nanti.
Download ebook Investlah karya FY setebal 134 ms secara percuma di www.faizalyusup.my
SEMINAR SAHAM FZTH DIIKTIRAF BURSA MALAYSIA. JOM DAFTAR!
SEMAKAN IPO CNERGENZ di MITI TELAH DIBUKA!
Wednesday, April 20, 2022
NEW IPO Shariah / Non Shariah Compliant Status
NEW IPO Shariah / Non Shariah Compliant Status
1. Orgabio Holdings - Shariah
2. YX Precious Metals - Non compliant ❌
3. Cnergenz - Shariah
4. Yew Lee Pacific - Shariah
5. Unitrade Industries - Non compliant ❌
6. SFP Tech Holdings - Shariah
7. LGMS - Shariah
8. Seng Fong Holdings - Shariah
9. Ecoscience International - Shariah
OVERSUBSCRIBE? APA MAKNANYA?
OVERSUBSCRIBE? APA MAKNANYA?
Saham IPO MN Holdings contohnya oversubscribe lebih 118 kali. Maknanya setiap 1000 unit saham yang ditawarkan ada 118000 lagi yang memohon tapi tak dapat saham tu. Ia juga bermakna yang saham ini kebarangkalian besar akan naik pada hari penyenaraiannya. IPO Cengild contohnya terlebih langganan sebanyak 44.58 kali dan ia naik melebihi 50% pada hari penyenaraiannya!
Dewasa ini permintaan untuk saham-saham IPO ini begitu tinggi dibandingkan dengan penawarannya yang sedikit.
Apapun pelabur bukan Bumiputera dah lama faham akan keuntungan yang bakal mereka jana memohon dan membeli saham-saham IPO ini malangnya apa kata orang kita?
- FY boleh ke beli saham ni?
- Boleh ke untung?
- Berapa untung boleh dapat?
- Nanti nak jual ada ke buyer?
- Macamana saham tu boleh naik?
- Alah! susahlah nak dapat harapan tipis! Saya dah cuba 3 kali tapi masih gagal.
- Apa makna par value?
- Macamana nak kira FV?
- Remisier saya kata jangan apply sbb tak tahu prestasi syarikat.
- Ada netizen kata saham ni nak cuci duit!
- Itu ini begitu begini.
Jawab FY nak apply! apply! tak nak sudah! Kalau tak apply memang tak dapat! Hawhawhaw…
Kalau kaum Bukan Bumi makin kaya jangan jeles dan jangan sakit hati! Kalau mereka menjangka yang saham itu akan rugi takkanlah mereka beramai ramai memohonnya hingga terlebih langganan sampai 118 kali??? Yang kita pulak banyak soal!!! Adoiyaiiii...
Walhal FY dah kata yang 85% dari saham IPO ini menguntungkan pada hari pertama penyenaraiannya sejak bertahun lamanya FY dalam stock market ini.
Kalau saham tu tak bagus FY akan bagitahu anda. Tapi kalau FY sarankan balun tu balun jer jangan banyak soal. Lupakan segala kepayahan kerana dipenghujungnya kita akan dapat meningkatkan ekonomi kita! Itu yang penting!
Ok tu jer buat kali ini.
Jangan lupa like dan share catatan FY di WA dan FB sebagai menyokong perjuangan FY untuk mengkayakan anda semua! InsyaAllah.
FY Al Haj
0166667430
Kalau ada kawan yang nak masuk grp whatsapp FY nie...