Friday, September 30, 2011

SAHAM PERUNTUKAN KHAS BUMIPUTERA DI MITI – SIRIJAYA HOLDINGS BERHAD




SIRIJAYA HOLDINGS BERHAD  

·         Jumlah peruntukan saham khas Bumiputera : 20,000,000 unit
·         Harga par : RM 0.50 seunit
·         Harga indikatif : Sila rujuk pada FY.
·         Aktiviti utama syarikat  :  Secara principal merupakan pengeluar sistem pencahayaan dengan brand sendiri dengan tumpuan kepada lampu fluorescent. Pengeluar pelbagai sistem pencahayaan , alatan  serta komponen lampu.
·         Bakal disenaraikan di di  Pasaran  Utama, Bursa  Malaysia Securities Berhad
·         Bank penasihat  :  RHB Investment Bank Berhad
·         TARIKH TUTUP PERMOHONAN  :  4 Oktober 2011 (SELASA)

Berminat dengan saham ini hantarkan borang permohonan anda kepada FY seberapa segera.

Layari www.sirijaya.com untuk mengetahui akan aktiviti syarikat lebih lanjut lagi.

Sekian.

FY.

Tuesday, September 27, 2011

Meningkatkan ekonomi Bumiputera melalui IPO MITI


Alhamdulillah.. semalam FY sudah hantarkan surat-surat permohonan para pelabur Gas Malaysia di MITI bagi mereka yang memohon melalui Persatuan Remisier Bumiputera atau PRIBUMI yang berjumlah seribu lebih semuanya.

Nampaknya kali ini lebih ramai yang tahu  dan sedar akan pelaburan melalui IPO MITI dan ini bagi FY adalah satu perkembangan yang memberansangkan bagi tujuan meningkatkan ekuiti Bumiputera. Ini kerana buat pertama kalinya FY nampak ramai yang datang dan menghantar permohonan mereka di sana. 

Terus terang ramai pelabur IPO MITI ini yang mendapat manfaat keuntungan darinya semenjak penghujung tahun lalu. FY berkata demikian kerana FY melihat sendiri pelabur-pelabur pelanggan FY yang untung beribu hingga beratus ringgit melalui pelaburan dalam IPO MITI ini. Harapan FY semoga mereka menggunakan duit keuntungan ini dengan penuh berhemah dan untuk tujuan yang baik. InsyaAllah.

Kalau terdapat lebih 5000 permohonan untuk Bumi Armada namun kali ini FY rasakan mungkin lebih 7000 permohonan yang mereka terima. Ia jelas menunjukkan yang Gas Malaysia ini merupakan satu syarikat yang kukuh dan meyakinkan. Setakat ini sambutan satu lagi syarikat SIRIJAYA Holdings masih perlahan. Dalam hal ini kita kenalah tahu membuat penilaian akan kaunter mana yang baik dan mana yang tidak. Itu amat penting.

Cuma FY kasihan pada pihak MITI khususnya Seksyen Pembangunan Bumiputera yang terpaksa memproses permohonan yang sebanyak itu sedangkan mereka cuma ada jumlah kakitangan yang terhad. Tabik FY buat mereka. Ini kerana mereka bukanlah Malaysian Issuing House mahupun MIDF yang mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk tujuan pengagihan saham-saham ini. FY yakin banyak ganjaran dari Allah Taala buat kakitangan MITI atas ibadah mereka membantu dalam pembangunan ekonomi ummah ini.

Sesungguhnya Allah suka kepada mereka yang memberi manfaat kepada yang ramai. Itu FY pasti. Ganjarannya pula tak semestinya berbentuk kewangan namun ia boleh datang dari banyak segi. Taufik dan hidayah, keimanan, ketenangan, kebahagiaan, anak yang soleh dan sebagainya juga termasuk dalam ganjaran dari Allah Taala ini.

Apapun surat tawaran MITI akan keluar antara 2 hingga 3 minggu lagi. Sebelum ini tawaran saham tidak diberikan secara pro rata berdasarkan jumlah permohonan tetapi secara pukul rata. Mungkin dapatlah seorang sedikit bagi permohonan yang berjaya walaupun kepada mereka memohon dengan banyak. 

Jadi kepada sesiapa yang memohon, semoga anda berjaya mendapatkannya dan satu lagi doalah agar pasaran baik bila ia disenaraikan kelak. Amin.

Sekian dulu.

FY

Thursday, September 15, 2011

Bagaimana melabur dalam IPO MITI Gas Malaysia


1.       Bagaimana nak memohon IPO dari MITI?
Hantarkan borang permohonan dengan dokumen sokongan yang telah FY lampirkan dahulu.

2.       Untuk permohonan individu, borang individu tidak mempunyai ruang untuk memilih IPO, jadi macam mana Miti nak tahu IPO yang kita ingin melabur?
Kita perlu hantarkan cover letter yang mengatakan berapa banyak yang ingin dipohon dan saham mana yang dipohon.

3.       Adakah borang permohonan yang di download diakui terima oleh MITI?
Borang permohonan yang di download mahupun di photocopy juga diakui dan boleh diterima.

4.       Di peringkat mana yang akan diberitahu berjaya atau tidak oleh MITI?
Dalam masa 2 atau 3 minggu selepas mereka akan proses dan akan memberitahu melalui email, fax dan kepada pihak PRIBUMI akan permohonan yang berjaya.

5.       Kalau dah buat permohonan individu MITI, masihkah boleh buat permohonan melalui form biasa / IPO Public?
Boleh. Itu tak menjadi masalah.

6.       Bagaimanakah MITI membuat pengagihan saham, adakah melalui balloting?
Tidak. Ia berdasarkan kedudukan kewangan dan beberapa kriteria lain yang mereka tetapkan. Selalunya andaikata pemohon punya kedudukan kewangan yang kukuh kebarangkalian untuk berjaya amat tinggi.

7.       Adakah permohonan melalui MITI ni sama macam mohon melalui bank lain seperti Maybank, Ambank etc?
Tidak. Itu untuk IPO Public. Kita perlu hantar surat permohonan untuk dipertimbangkan oleh pihak MITI.

8.       Untuk bukti penyata, dapatkah saya guna statement ASB wife saya?
Kalau guna penyata Isteri, kenalah apply pakai nama dia.

9.       Perlukah saya register dengan MITI untuk apply IPO nie?
Tak perlu.

10.   Bagaimana prospek saham ni sewaktu hari pertama penyenaraian, adakah sama seperti Armada dan MSM?
Menurut OSK harga sasarannya ialah 3.58 dan FY ada juga dengar Maybank menyasarkan RM3.20. Apapun FY yakin ada premium walaupun dalam pasaran yang lembab dewasa ini memandangkan Gas Malaysia adalah satu syarikat yang kukuh.

11.   Saya ada CDS account dari CIMB, boleh ke apply menggunakan CDS ni dan monitor online?
Boleh. Tapi kalau boleh bukalah akaun dengan FY di Kenanga. Kenanga pun ada online facilities. Lagipun FY boleh ajarkan kaedah bagaimana mendapat keuntungan melabur di pasaran terbuka nanti.

12.   Bagaimana dengan loan?
Sebenarnya pihak MITI tidak menggalakkanya kerana ia akan menggagalkan motif meningkatkan ekuiti Bumiputera namun ia boleh dilakukan selepas surat tawaran diterima. Pihak PRIBUMI juga boleh membantu dalam hal ini. Loan selalunya antara 70 hingga 85%.

13.   Bagaimanakah PRIBUMI membantu?
PRIBUMI akan membantu dari proses mula dokumentasi hingga akhir iaitu sampai ke tahap pembayaran saham tersebut kepada pihak Bank Penasihat mahupun penjualannya nanti.

14.   Macam dalam blog saudara, kalau saya pakai PRIBUMI punya broker. Adakah saya dapat buat transaksi/monitor online?
PRIBUMI adalah satu persatuan tuan. FY attached dengan Kenanga Investment Bank Berhad. Kenanga ada online facilities.

15.   Betul ke caj yang dikenakan PRIBUMI hanya 1 sen seunit? Saya dengar ada yang mengenakan 3 sen, 6 sen malah 10 sen seunit. Ada caj lain selain dari itu dan bilakah saya perlu membayarnya?
Itu betul. 1 sen seunit bersih tertakluk kepada minima RM100.00. Pembayaran perlu dibuat semasa surat tawaran MITI diterima pihak tuan.

Sekian dulu.

Monday, September 12, 2011

Maklumat Gas Malaysia

Gas Malaysia bakal bayar dividen besar
Oleh Ahmad Farizal Hajat

2011/09/12

MMC Corp jamin pelabur nikmati 75 peratus keuntungan tahun kedua penyenaraian

PEMEGANG saham Gas Malaysia Bhd bakal menikmati pulangan lumayan kerana pengedar dan peruncit gas asli terbesar Malaysia itu bakal mengagihkan 100 peratus keuntungan bersihnya sebagai dividen pada tahun pertama penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia yang dijadualkan Disember ini. 

Syarikat induknya, MMC Corp Bhd, turut memberi jaminan bahawa pada tahun kedua pula, dividen yang bakal diagihkan GAS Malaysia kepada pemegang sahamnya ialah 75 peratus daripada keuntungan bersihnya.
Pengarah Urusan MMC Corp, Datuk Hasni Harun, berkata penetapan kadar dividen dalam tempoh dua tahun itu bertujuan memberi ganjaran terhadap kesetiaan pemegang saham syarikat itu.
Penetapan kadar dividen untuk tempoh dua tahun pertama itu adalah bagi memberikan ganjaran pemegang saham yang setia selama bertahun-tahun dengan Gas Malaysia. 

Insya-Allah, ia akan diteruskan selepas tahun berikutnya (bergantung kepada prestasi syarikat), katanya kepada Berita Harian dan Business Times dalam temu bual bersempena dengan 100 tahun penubuhan MMC Corp di Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

MMC Corp Bhd, syarikat yang dikuasai usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pada 16 Ogos lalu, mengumumkan penyenaraian Gas Malaysia itu bakal membabitkan tawaran awal permulaan (IPO) 333.84 juta saham atau 26 peratus daripada modal saham berbayar dan terbitannya. 

Daripada 333.84 juta saham itu, 303.498 juta akan diperuntukkan untuk langganan pelabur institusi, dengan 147.678 juta untuk institusi terpilih Bumiputera dan pelabur terpilih yang diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI); dan 155.820 juta untuk pelabur institusi terpilih tempatan. 
Sebanyak 30.342 juta saham pula akan ditawarkan kepada pelabur runcit, dengan 12.84 juta adalah untuk langganan awam Bumiputera, manakala 12.84 juta lagi untuk bukan Bumiputera. 

Baki 4.662 juta lagi dikhususkan untuk langganan kakitangan dan pengarah syarikat itu yang layak. 

Berikutan Gas Malaysia tidak akan menerbitkan saham baru bagi IPO itu, MMC dan rakan kongsinya dalam syarikat itu akan menawarkan saham dalam beberapa bahagian bersandarkan kepada jumlah kepentingan masing-masing. 

Ketika ini, MMC menguasai 41.8 peratus kepentingan dalam Gas Malaysia dengan bakinya dipegang Petronas Gas Bhd (20 peratus), Tokyo Gas-Mitsui & Co (25 peratus) dan selebihnya oleh Shapadu Holdings. 

Mengenai kemajuan penyenaraian Gas Malaysia, Hasni berkata, kumpulan itu sudah mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Sekuriti bagi cadangan IPO itu, dan ia sedang menunggu kelulusan. 

Gas Malaysia kini berada dalam landasan untuk disenaraikan dan jika tiada masalah, ia akan dilakukan Disember ini. 

Penyenaraiannya adalah sebagai sebahagian daripada strategi untuk meningkatkan lagi nilai, selain membantu mengurangkan paras hutang kumpulan. 

Bersandarkan kepada kedudukan kewangan yang kukuh serta dengan kadar hutang sifar, selain prospek peningkatan penggunaan komoditi itu di kalangan pelbagai peringkat pengguna, khususnya pelanggan industri, MMC yakin IPO Gas Malaysia kelak akan mendapat sambutan baik, katanya. 

Difahamkan, Gas Malaysia, kini mempunyai 400 pelanggan industri baru dalam senarai menunggu untuk mengguna produknya. 

Penganalisis ketika dihubungi yakin, apabila disenaraikan kelak, saham Gas Malaysia mudah menarik minat pelabur institusi tempatan dan asing bersandarkan prospek kestabilan perniagaan syarikat itu, selain turut memiliki aliran tunai positif dan margin kukuh sentiasa terpelihara. 

"Boleh disifatkan permintaan terhadap gas tidak terjejas walaupun dalam persekitaran ekonomi tidak menentu atau kemelesetan," katanya. 

DIPETIK DARI BERITA HARIAN ONLINE

Friday, September 9, 2011

Kaedah memohon Saham Khas Bumiputera IPO MITI

Salam Sejahtera.

Disebabkan ramai yang bertanya pelbagai soalan jadi FY mengambil keputusan untuk menulis maklumat-maklumat penting berdasarkan soalan-soalan lazim yang ditanya kepada FY itu.

1.      Apakah Langkah-Langkah Permohonan Peruntukan Saham Khas Bumiputera di MITI.

·         Minta dokumen dari FY melalui Emel
·         Dokumen itu terdiri dari borang permohonan baik untuk Individu, Koperasi mahupun Syarikat, Surat Iringan dan Surat kepada PRIBUMI.
·         Print dan siapkan segala keperluannya.
·         Kalau dah siap nanti hantarkan kembali pada FY di alamat di bawah ini.
·         FY pastikan semuanya lengkap dan kemudian hantarkan ke MITI.
·         Surat Tawaran MITI akan keluar dalam 2 hingga 3 minggu.
·         Di dalamnya terdiri daripada – Surat Tawaran, Surat Akuterima, Borang Alottee dan Maklumat Pembayaran.
·         Buat pembayaran 1 sen setiap unit yang ditawarkan kepada PRIBUMI. ( Tertakluk kepada minima RM100.00). Tiada caj lain dikenakan.
·         Lengkapkan borang-borang tersebut, masukkan no CDS ( Kalau belum ada CDS boleh buka dengan FY), buat bank draf atau TT pembayaran kepada Bank penasihat tersebut. FY boleh membantu dalam hal ini.
·         Sehari sebelum syarikat itu disenaraikan saham akan dimasukkan ke dalam CDS.
·         Saham disenaraikan dan boleh dijual.

FY akan bantu semua langkah ini hingga saham itu dijual kelak.
Kalau borang itu sudah siap nanti hantarkan kembali pada FY di alamat di bawah kalau mahu membelinya melalui FY / Pribumi pada atau sebelum 26 September 2011.

Minima permohonan ialah 1000 unit dan berdasarkan gandaan 1000 units tersebut. Dalam hal Gas Malaysia 1000 unit ialah RM2,200.00.

Pembayaran saham dibuat samaada melalui Bank Draf atau TT kepada Bank Penasihat dan bukannya kepada pihak MITI.

2.      Bagaimanakah saham itu ditawarkan oleh pihak MITI
·         Permohonan akan ditimbang dan diluluskan oleh panel committee di MITI. ( Bukan melalui undian.)
·         Tawaran pihak MITI ini akan bergantung kepada kedudukan kewangan pemohon. Oleh itu tunjukkanlah bukti kewangan yang kukuh baik dalam akaun Bank, ASB, tabung Haji dan sebagainya. Oleh itu pohonlah jumlah saham di dalam lingkungan kemampuan kewangan anda.
·         Banyak mana tawaran juga bergantung kepada pihak MITI sebagai contoh
Maksima 17300 unit saham  ditawarkan kepada Inidividu bagi saham MSM, 90,000 unit saham untuk Bumi Armada. Ia akan bergantung kepada peruntukan yang ada dan diberikan sama rata tak kiralah walaupun individu itu memohon 5 juta saham sekalipun.
Oleh itu pastikan dokumen lengkap dan disahkan benar, Borang profil diisi dengan betul, bukti kewangan mencukupi dan disahkan agar tiada sebab permohonan anda ditolak.

3.      Kalau nak apply loan bagaimana?
·         Walaupun ia tidak digalakkan oleh pihak MITI kerana ia akan mengagalkan objektif meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam Pasaran saham namun ia boleh dilakukan. Kita kena appy loan selepas tawaran MITI diberikan dan bukannya sebelum.
·         Kenanga mahupun broker lain memberikan Loan antara 70 hingga 85% berdasarkan analisa terhadap saham tersebut. Interest yang dikenakan sekitar 9% setahun.
·         Ini juga FY boleh bantu.

4.      Saya dah ada akaun CDS, bolehkah saya buka akaun CDS lagi dengan FY?
·         Kita sebenarnya boleh buka seberapa banyak akaun CDS asalkan dengan broker yang berbeza.

5.      Apa kelebihan buka akaun dengan FY.
·         FY boleh kemaskini info terkini mengenai saham MITI dan sebagainya.
·         FY boleh bagi tip saham yang baik untuk tujuan pelaburan di pasaran terbuka.
·         FY boleh bagi tutoring untuk anda menjadi pelabur yang bijak.
·         FY mudah dihubungi di alam maya baik melalui Facebook, Blog, Twitter, Carigold Forum dan sebagainya andai ada sebarang soalan mengenai pelaburan.
·         FY juga ada menjalankan seminar saham yang boleh diikuti.
·         Dan lain-lain lagi.
Terus terang melabur saham tanpa ilmu akan hanya merugikan anda. Percayalah.

6.      Cara untuk membuka akaun CDS,
·         Kita perlukan salinan kad pengenalan (Muka depan dan belakang.)
·         Kita perlukan RM10.00 untuk membuka akaun CDS ( Central Depository System ) dengan Bursa Malaysia.
·         Buka akaun trading dengan syarikat broker / remisier yang terlibat.
·         Salinan muka depan buku akaun bank.

Berikan nama penuh, alamat dan no HP, FY akan hantarkan dokumennya melalui courier atau datang sendiri ke pejabat FY seperti alamat di bawah.

7.      Pasaran global tak baik sekarang, adakah saham IPO MITI ini akan menguntungkan?
·         Ia akan bergantung kepada saham IPO tersebut. Saham yang baik seperti Gas Malaysia FY yakin akan menguntungkan. Ini kerana permintaannya yang lebih banyak daripada apa yang ditawarkan malah OSK Research House mensasarkan RM3.58 untuk saham tersebut.

FY harap maklumat ini membantu.

Sekian dulu,

Wassalam.

Haji Faizal Yusup
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad, 
Lot 240, Tkt 2. 
The Curve, 
Mutiara Damansara, 
47800 Petaling Jaya, 
Selangor. 
Berdekatan IKEA Damansara.
No Tel Pejabat - 03 77270804.
Email : greng70@yahoo.com
Facebook : Faizal Yusup
Twitter : afaizalyusup
BB Pin : 21326438

Berpengalaman dalam bidang saham sejak tahun 1996
Diploma In Investment Analysis UITM Shah Alam
BBS Finance (Investment) UNL, USA

Hubungi FY untuk keterangan lanjut mengenai pelaburan di Bursa Malaysia.

Tuesday, September 6, 2011

IPO MITI – GAS MALAYSIA BERHAD


TAWARAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA TERKINI DI MITI – GAS MALAYSIA BERHAD

Jumlah peruntukan saham - 147,678,000 unit
Harga par - RM0.50 seunit
Harga indikatif : Rujuk pada FY  
Aktiviti utama syarikat : Gas Malaysia dipertubuhkan untuk menjual, memasarkan dan
mengedarkan gas asli serta membina dan mengendalikan Sistem Pengagihan Gas Nasional di
Semenanjung Malaysia. Gas Malaysia juga telah mengembangkan
perniagaannya kepada gas petroleum cecair melalui sistem retikulasi
kepada sektor  industri, perdagangan dan kediaman di Semenanjung Malaysia.
Akan Disenaraikan di Pasaran Utama, Bursa Malaysia
Bank penasihat  :  Maybank Investment Bank Berhad

TARIKH  TUTUP PERMOHONAN - 27 September 2011 (Selasa)

Pelabur yang berminat untuk memohon hubungi FY, FY akan hantarkan segala dokumen yang diperlukan. InsyaAllah.