Monday, June 4, 2012

Cara Memohon Saham IPO AWAM melalui Online Banking


Salam ceria!

Di sini FY kongsikan cara bagaimana para pelabur memohon IPO Awam melalui online.

IPO Felda Global Venture Berhad ini sedang dibuka untuk langganan melalui Maybank2u. Anda boleh memohon untuk saham Tawaran Permulaan (IPO) Awam dan menyemak status permohonan anda dengan mudah dalam talian, di mana-mana jua anda berada.

Bil Terbitan Saham : 528
Nama Saham: Felda Global Ventures Holdings Berhad
Tarikh: 31 Mei 2012
Masa dibuka: 10:00 a.m
Tarikh Tutup: 12 Jun 2012
Masa ditutup : 5:00 petang hari
Harga Seunit : RM4.55

Nota: IPO hanya tersedia untuk langganan Internet disenaraikan di Maybank2u. Anda juga boleh memohon untuk saham pada ATM Maybank atau menyerahkan borang bercetak.

Ikuti langkah-langkah ini untuk melanggan :

Nota : Sebelum itu anda kena pastikan anda punya dana yang mencukupi kerana duit anda akan didebit keluar terus tanpa memerlukan permohonan “tag number”.

1. Login to Maybank2u and choose "Investment".
2. Next, select "eShare". This shows you the IPO (Initial Public Offering) list.
3. Select the IPO that you want and click "Apply".
4. Read the Terms and Conditions of the Application and Declaration eShare. You are advised to read and understand the prospectus and Important Notices BEFORE proceeding.
5. Select "I agree" to accept the terms and conditions of the Declaration. 
6. Fill in the application form.
Disini anda perlu masukkan bangsa, jumlah saham yang ingin anda pohon beserta no akaun CDS anda. Bagi mereka yang belum punya akaun CDS, Hubungi FY!
7. Confirm your details and submit your application.
8. Print the transaction receipt for your reference.

Tahniah! Anda telah berjaya memohon saham IPO Awam melalui permohonan online.

Saranan FY belilah masa dekat dengan tarikh tutup IPO tersebut kerana taklah duit anda tersangkut lama nanti. Sebagai contoh untuk IPO Felda ini ;

Tarikh tutup        : 12 Jun 2012
Tarikh undian      : 15 Jun 2012

Maka bagi Maybank2U seandainya anda tidak berjaya maka duit anda akan dipulangkan lebih kurang pada 17 Jun 2012 nanti. Dalam ertikata lain sekiranya anda memohon pada 12 Jun duit anda cuma tersangkut selama 5 hari.

Bagi mereka yang mahu memohon 10,000 unit saham, FY sarankan anda memohon 11,000 unit saham kerana kebarangkalian untuk berjaya mendapatkan saham tersebut adalah lebih tinggi memandangkan ia bakal berada dalam bracket yang lain.

Sekian harap maklum.

FY

012 654 0130
Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera
AJK Biro Penerangan
greng70@yahoo.com


PS – FY akan menjalankan SEMINAR SEHARI SUPER INVESTOR yang penuh dengan pengisian pelaburan. Ia sangat baik untuk beginner dalam pelaburan saham ini. InsyaAllah ia akan dijalankan dalam bulan Jun nanti. Kepada yang berminat sila layari ;





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.