Saturday, May 8, 2021

5 ASET YANG KITA WAJIB ADA

FY BERCERITA

Untuk berjaya di dunia di zaman moden ini kita perlu ada 5 aset ini...

ASET PERTAMA
PERNIAGAAN

Kita sering dengar sembilan dari 10 rezeki datangnya dari perniagaan. Ini kerana rezeki berniaga bersifat infiniti. Jadi kita semua mesti mencari jalan untuk memulakan perniagaan. Sebenarnya ia sukar untuk kita menjadi seorang jutawan dengan kerja makan gaji. Hanya dengan berniaga kita boleh jadi jutawan. Kalau kita lihat semua bilionair di dunia merupakan orang-orang yang berniaga. 

Dalam hal ini di mana saja anda berada, dalam apa juga bidang yang anda lakukan, cuba lihat di atas di dalam Hiraki pekerjaan kita, cuba jawab soalan ini, adakah terdapat seorang jutawan di atas sana? Kalau tiada maka kita tahu kalau kita masih duduk di situ apakah yang bakal jadi kepada diri kita di masa depan. Jadi ambillah langkah untuk mula berniaga.

ASET KEDUA
HARTANAH

Dari perniagaan tersebut, kita akan ada duit lebihan. Modal lebihan ini bolehlah kita gunakan untuk membeli hartanah, baik tanah, bangunan, rumah dan sebagainya. Ini kerana kategori asset ini akan menambah nilai dari tahun ke tahun. Peningkatan populasi dan kekurangan tanah akan menyebabkan harga hartanah akan tetap naik dan naik lagi di masa-masa yang mendatang. Jadi mulakan langkah untuk membeli hartanah.

ASET KETIGA
PAPER ASSET

Dalam hal ini, kita perlu melabur dalam unit saham amanah, saham, saham global, Forex, Derivatif, Cryptocurrency, Komoditi, Emas dan sebagainya kerana semua ini merupakan paper asset yang boleh membawa pulangan pasif kepada kita. Duit buat duit yang lebih banyak lagi.

Dahulu di zaman nenek moyang kita semua instrumen ini belum lagi wujud jadi mereka tidak berpeluang untuk melabur sepertimana sekarang. Pada ketika itu juga duit belum lagi banyak dicetak tidak seperti sekarang. Jadi kita semua mesti mengambil langkah untuk melabur dalam ini paper asset ini. Sekali lagi kerana ia akan bawa pulangan kewangan secara pasif tanpa kita perlu bersusah payah bekerja. 

Untuk pelaburan saham cari FY jer. InshaAllah FY boleh membantu anda memulakan portfolio saham yang menguntungkan.

ASET KEEMPAT
INTERNET ASSET

Zaman moden ini juga telah membawa kepada asset yang keempat ini iaitu internet asset yang tak wujud dahulu. Internet boleh diakses diseluruh dunia dan menjadikan penduduk di seluruh dunia sebagai satu pasaran yang amat besar. 

Sekarang manusia boleh buat duit di social media seperti Instagram, FB, Blog, WhatsApp, YouTube, Tik Tok dsbnya. Menjalankan bisnes secara online, menjadi YouTuber, menjadi Instafamous, menjadi streamer hanya dengan bermain game. Semuanya boleh membawa pulangan yang lumayan. Jadi mulakanlah langkah untuk mendedahkan diri mahupun perniagaan anda di internet.

ASET KELIMA
ILMU PENGETAHUAN

Inilah asset yang paling penting yang perlu ada dalam diri kita. Ilmu pengetahuan. Ini kerana tanpa ilmu perniagaan kita tidak boleh mulakan perniagaan. Tanpa ilmu hartanah kita akan rugi kerana membeli hartanah di lokasi yang salah. Tanpa ilmu saham kita akan hilang duit kerana membeli saham yang merugikan. Dalam semua hal kita perlu mendapatkan ilmunya terlebih dahulu. Ilmu pengurusan perniagaan, ilmu pentadbiran, ilmu kepimpinan, ilmu pengurusan kewangan, kreativiti, berfikir di luar tempurung dan sebagainya.

Hakikatnya untuk berjaya di dunia kita perlukan ilmu dan untuk berjaya di akhirat juga kita perlukan ilmu. Jadi carilah ilmu pengetahuan juga pohonlah kepada Allah semoga kita mendapat ilmu hikmah, taufik dan hidayah yang bakal membawa kejayaan kepada kita di dunia dan di akhirat. Mulakan langkah secepat mungkin dan masukkanlah dalam diri kita ilmu pengetahuan yang sebanyak mungkin. Jadikan diri seorang yang rajin membaca. Percayalah ia akan membawa kejayaan kepada anda kelak. InshaAllah.
Nukilan,

FY Al Haj
www.faizalyusup.net
0166667430

PS - Anda suka dengan pengisian ini? Kalau suka InshaAllah FY akan menulis lagi...

PSS - Like dan share tanda sokongan. FY amat menghargainya...

Thursday, May 6, 2021

SEMINAR FY MEMANG LENGKAP


SERTAI GROUP WHATSAPP SAHAM FY SECARA PERCUMA HUBUNGI 0166667430 Hubungi FY di Wasap! http://personalcoachingsaham.wasap.my/
http://ebooksaham.wasap.my/
http://seminarsaham.wasap.my/
http://videosaham.wasap.my/
KHIDMAT NASIHAT SAHAM TERKINI PERCUMA SEPANJANG MASA. Faizal Yusup @ FY Al Haj www.faizalyusup.net 0166667430 DIIA UITM Shah Alam BBA Finance University Of Nebraska Lincoln Top Performing Remisier Kenanga Investment Bank Berhad Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia Speaker Bertauliah InvestSmart Suruhanjaya Sekuriti Seminar Saham FZTH kami diiktiraf Bursa Malaysia Blog saham FY telah melebihi 3.5 juta pengunjung Penulis 11 buah buku Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia. *FY Team* Ingin tahu lebih lanjut tentang trading secara online dan mendapatkan tip saham berdasarkan Technical Analysis? Hubungi Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements. Ingin subscribe screener Algoritm AQ VAR bagi memudahcara pelaburan saham anda? Hubungi Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 Ingin buka platform online untuk trading Saham? Hubungi Ramzie | 0173730513 Ingin buka akaun CDS dan Trading secara pos? Hubungi Cik Anna l 011 2139 5718 dengan memberikan nama serta alamat penuh atau datang sendiri ke pejabat kami di Kenanga Investment Bank Berhad, 240, Tingkat 2, Mutiara Damansara, The Curve, Petaling Jaya. Berdekatan IKEA. Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net Download Ebook Investlah percuma di www.faizalyusup.my Beli Ebook Rahsia IPO RM60 dan Rahsia IPO di MITI RM50 WhatsApp Puan Azila 0166641755. Ingin menghadiri Seminar Saham lengkap From Zero To Hero 2 hari bagi pelabur Newbie bersama FY? Hubungi Hajah Azila 0166641755 untuk mengetahui tarikh seminar seterusnya. Kelas Live Trading Personal Coaching bersama FY di The Curve, Mutiara Damansara diadakan setiap minggu hari bekerja untuk menjadikan anda trader yang bijak dan pelabur yang berhemah. Kelas Live Trading Crash Course Technical Analysis untuk menjadikan anda penembak tepat trading di Bursa Malaysia. Hubungi Ramzie 0173730513 untuk menempah tempat anda. Ia diadakan pada hari bekerja setiap minggu. Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma? WhatsApp kan nama penuh anda kepada 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari! Jangan risau anda berada di tempat yang betul! Harap like, share dan subscribe andai anda mendapat manfaat dari perkongsian FY ini... Thanksss!