Wednesday, July 29, 2015

LORONG-LORONG MENJANA KEUNTUNGAN DALAM PELABURAN SAHAM

Assalamualaikum...

Dalam artikel kali ini FY ingin menceritakan secara ringkas tentang beberapa lorong yang ada dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia serta risiko-risiko yang berkaitan dengannya. Artikel ini penting kerana sebenarnya ramai yang telah memasuki pasaran saham tanpa ilmu yang betul bakal mengalami kerugian darinya. Melabur tanpa ilmu yang betul pasti akan merugikan. Dalam sesetengah kes ada pelabur yang telah membelanjakan beribu ringgit untuk membeli buku dan menyertai seminar tetapi masih mengalami masalah yang sama. Kerugian.

Tak apalah. Di sini FY akan terangkan serba sedikit mengenai lorong-lorong yang ada yang boleh digunapakai bagi menjana keuntungan darinya bermula dengan risiko yang rendah kepada risiko yang tertinggi.

RISIKO RENDAH
Melabur dalam Saham Terbitan Awam baru atau Initial Public Offer (IPO)
Saham ini ialah saham yang syarikat Sdn Bhd yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia setelah mendapat kelulusan dan pihak berwajib. Dalam hal ini kita boleh memohon bagi mendapatkan peruntukan saham-saham ini baik dalam bentuk ;
·         Private Placement
·         Dari pihak MITI khas buat pelabur Bumiputera
·         Peruntukan Awam dengan memohonnya dengan mengisi borang, melalui mesin ATM atau Online Banking
·         Blue Form kalau ada
Strategi pelaburan saham IPO ini ialah umpama kita membeli barang dari kilang dan menjualnya terus kepada kepada orang ramai dan kita menjana keuntungan darinya. Namun demikian harus diingat bukan semua barang yang keluar dari kilang menguntungkan malah ada juga barang yang keluar itu merugikan kerana tidak mendapat sambutan dari orang ramai. Jadi dalam hal ini kita kenalah bijak memilih barang mana yang bagus dan barang mana yang tidak baik samalah seperti kita memilih saham-saham IPO ini. Ada saham yang bakal membenamkan modal pelaburan kita untuk satu jangkamasa yang lama dan pastinya ini bakal membebankan. FY telahpun menerangkan mengenai strategi pelaburan IPO ini dalam artikel yang FY tulis sebelum ini.

Namun demikian untuk memilih saham IPO mana yang baik dan saham IPO mana yang kurang memberansangkan maka jemputlah datang seminar atau Personal Coaching yang FY jalankan dari masa ke semasa. Persoalan kenapa SEDANIA, BIOALPHA, XIN HWA dan IKHMAS JAYA naik pada hari penyenaraiannya tetapi saham MALAKOFF dan SUNCON tidak pula memberansangkan akan FY terangkan dalam program tersebut selain melihat kepada faktor keadaan pasaran pada masa ia disenaraikan secara keseluruhan.

RISIKO SEDERHANA
Menjadi Pelabur dalam saham-saham berpotensi di Bursa Malaysia

Menjadi pelabur dengan pelaburan 6 bulan dan ke atas membawa kepada risiko yang sederhana dan bakal menguntungkan. Dalam hal ini apa yang penting ialah pemilihan saham. Saham yang dipilih mestilah dari saham-saham syarikat yang kukuh, menguntungkan, berpotensi untuk maju, memberikan pulangan dividen yang baik dan sebagainya. Menjana keuntungan dengan membesarnya satu-satu syarikat yang kita laburkan itu.

Inilah strategi pelaburan yang digunakan oleh Warren Buffet malah Remisier King Singapore Peter Lim yang menjadi salah seorang manusia terkaya di Singapura dengan kaedah pelaburan nilai dalam jangkamasa panjang. Kisah Warren Buffet tak perlulah FY panjangkan di sini kerana FY rasa anda sudah serba maklum mengenai kejayaan beliau sebagai seorang pelabur yang terkaya di dunia.

RISIKO TINGGI
Menjadi Pedagang atau Trader di Bursa Malaysia.

Menjadi Trader, Scalper, Swing Trader, Intraday Trader, Contra Players bakal membawa kepada risiko kerugian yang tinggi. Lagi pendek jangkamasa pegangan saham itu maka lagi tinggilah risikonya. Kalau ia semudah itu FY yakin akan bersepah jutawan Trader di Malaysia ini. Pastikan anda punya ilmu, pengalaman, tahu menguruskan risiko, memahami carta pergerakan harga, stock behavior dan sebagainya bagi mengurangkan risiko kerugian dan pada masa yang sama meningkatkan kebarangkalian keuntungan.

Kerugian ini berlaku bilamana para trader bergantung penuh kepada Carta pergerakan harga tanpa menganalisa kedudukan perniagaan syarikat secara keseluruhannya.  

Jemputlah datang ke Seminar Saham Super Investor dan Personal Coaching yang FY jalankan kerana semua lorong-lorong ini akan FY terangkan dengan lebih teliti dan mendalam lagi bagi membantu anda menjadi pelabur yang berhemah dan pedagang yang bijak lantas menjana keuntungan darinya.

Download Ebook Investlah karya FY setebal 134 mukasurat dari bagi mendapatkan ilmu permulaan pelaburan saham anda secara percuma dengan melayari ;

http://faizalyusup.my


Sekian dulu.

FY
016 6667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Sesi Personal Coaching Train The SuperTrader bersama FY diadakan pada ;

HARI BEKERJA
Jam 9:30 pagi hingga 5:30 petang

Kenanga Investment Bank Berhad, 
Lot 240, Tkt 2. 
The Curve, 
Mutiara Damansara, 
47800 Petaling Jaya, 
Selangor. 
Berdekatan IKEA Damansara.
No Tel Pejabat - 03 77270804.

Untuk Semua Investor dan Trader di Bursa Malaysia Newbie mahupun yang berpengalaman.

Lunch disediakan.

Yuran RM900.00 seorang untuk sesi sehari.

Untuk membuat tempahan hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

Jemputlah datang! Ia pasti berbaloi dan bakal menjadikan anda seorang pelabur yang bijak dan berhemah.

HUBUNGI TEAM FY ;

Persoalan Mengenai Memulakan Portfolio Saham Dan Membuka Akaun CDS ;
Hubungi : En. Yasin Yunus - 019 3346570
Emel : yasinyunus2714@gmail.com

Persoalan Mengenai Seminar Saham ;
Hubungi : Puan Azila Ismail - 016 6641755
Emel : azilasmile@yahoo.com

Persoalan Mengenai Online Trading Dan Menjadi Seorang Trader ;
Hubungi : Sifu Zuhri Zain MSTA - 012 6290407
Emel : muhammadzuhri@gmail.com

Persoalan Asas Pelaburan Saham Serta Tempahan Personal Coaching ;
Hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

LINK PERKHIDMATAN KAMI ;

Biodata Sifu Faizal Yusup
Apa Itu Saham?
Pelaburan Saham Di Bursa Malaysia
Saya Nak Melabur Saham Tapi…
Pakar Rujuk Pelaburan Saham
Kaedah Momohon Pink Form, IPO Awam, IPO MITI dan Private Placement
Perbezaan IPO Awam Dan IPO MITI
Ebook Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Cover Letter Permohonan Saham IPO di MITI
Soalan Lazim Mengenai Permohonan IPO di MITI
Apa Itu Akaun CDS
Membuka Akaun CDS
Perkhidmatan Membuka Akaun CDS
Panduan Membuka Akaun Online
Panduan Mencari Mentor Saham
Modal Permulaan Melabur Saham
Pulangan Keuntungan Melabur Saham
Memulakan portfolio pelaburan saham
Onlne VS Khidmat Remisier
Trader VS Investor
Menentukan Status Syariah Saham 
Strategi Pelaburan Saham
Bermain Saham Secara Kontra
Menjana Keuntungan Konsisten Dalam Bursa Malaysia
Panduan Pemilihan Saham 
Panduan Membeli Saham Penny Stocks
Kejatuhan Mendadak Harga Saham
Membaikpulih Portfolio saham
Mencari Ilmu Pelaburan Saham
Woksyop BTX - Online Trader
Personal Coaching
Seminar Saham Super Investor
Testimoni Peserta Seminar Super Investor
Seminar SuperTech Investor
Seminar SuperTrader

Monday, July 27, 2015

PUTUS ASA MELABUR SAHAM IPO?

Assalamualaikum. Kita bertemu lagi.

Hari ini merupakan hari yang baik buat pelabur saham IPO kerana saham IPO IKHMAS JAYA dibuka dengan premium yang tinggi. Saham yang ditawarkan pada harga RM0.57 naik sehingga setinggi RM0.82 sen iaitu pelaburan melebihi 40% dalam masa sebulan kalau didarabkan dengan 12 ia akan menjadikan pulangannya sebanyak 480% setahun dan pastinya ia merupakan pelaburan yang baik dan menguntungkan. Tak kiralah samaada saham IPO ini dibeli dari peruntukan IPO Awam secara online, melalui ATM atau dengan mengisi borang atau mendapatkan peruntukannya di MITI atau Private Placement, apa yang penting ialah ia menguntungkan.

Hari ini FY ingin bercerita tentang strategi pelaburan IPO yang sebenarnya menguntungkan. Sebenarnya ramai yang FY lihat memasuki atau memohon saham IPO ini yang punya satu masalah. Mereka tahu membeli tapi tak tahu menjual. Bila ini terjadi maka ramailah yang tersangkut dalam saham-saham IPO ini contohnya saham ASTRO, AAX, ICON, CARIMIN, REACH, FGV, MALAKOFF, BPLANT dan sebagainya. Banyak duit para pelabur ini terbenam di sini. Saham ASTRO contohnya mengambil masa 2 tahun untuk ia naik kembali. FGV dan ICON terus-terusan merudum. Hope Analysis mengambil tempat.

Keadaan ini menyebabkan ramai pelabur PUTUS ASA kerana rancangan untuk menjana keuntungan akhirnya membawa kepada kerugian. Jadi mereka berhenti dan tak berani lagi membeli saham-saham IPO ini.

Apapun hari ini FY terpanggil untuk membantu anda mendapatan keuntungan dari pelaburan saham-saham IPO ini. Kalau anda ingin belajar cara mendapatkannya datanglah ke Seminar Super Investor yang FY jalankan. Di sini kaedah dan cara permohonannya ada diterangkan secara mendalam.

Baiklah biar FY terangkan strategi pelaburan IPO ini. Pertamanya kalau diperhatikan semua saham di atas itu baik ASTRO, AAX, ICON, CARIMIN, REACH, FGV, MALAKOFF dan BPLANT dibuka pada hari penyenaraiannya dengan keuntungan. FGV yang itawarkan pada harga RM4.55 dibuka pada RM5.30, ICON yang ditawarkan pada RM1.90 naik setinggi RM2.19 pada pagi penyenaraiannya. Persoalannya kenapa ia disimpan dan tidak dijual? Bila ia disimpan dan ia jatuh maka duit akan terbenam dan di sini kita akan kehilangan peluang untuk membeli IPO-IPO yang akan datang.


Kalau kita ambil contoh di atas. Katalah kita memohon saham MALAKOFF dan rugi sebanyak 6.67% berdasarkan harga penutup hari ini tetapi cuba lihat saham DOLPHIN, SEDANIA, XINHWA dan IKHMAS JAYA telah membawa keuntungan yang berlipat kali ganda tetapi kalau kita masih menyimpan MALAKOFF maka kita akan hilang peluang untuk memohon saham-saham IPO yang seterusnya sepertimana yang tertera di atas sana. Untuk pengetahuan anda andai anda menjual saham IPO MALAKOFF ini pada hari pertama penyenaraiannya maka ada akan mendapat keuntungan sebanayk maksiam 4 sen kerana harga tertingginya ialah RM1.84 pada hari tersebut lebih tinggi dari harga tawarannya sebanyak RM1.80.

Jadi, kesimpulannya di sini ialah, strategi terbaik IPO ialah dengan menjual saham tersebut di hari penyenaraiannya. Lagipun mengikut kajian yang FY jalankan ia akan membawa kepada Return of Investment (ROI) yang tertinggi. Banyak atau sedikit untungnya tak jadi masalah langsung kerana apa yang penting ialah kita bakal mempunyai peluang untuk menjana keuntungan dalam saham-saham IPO yang seterusnya. Ini kerana poket orang kita belum cukup dalam untuk menyimpan sesuatu saham itu untuk satu jangkamasa panjang jadi strategi hit n run ini pastinya lebih baik buat masa ini. Duit keuntungan ini pula boleh digunakan untuk membeli lebih banyak saham-saham IPO yang bakal mendatang.

Kemudian cuba kaji carta perbandingan IPO yang seterusnya ini.


Apakah kesimpulan ketara yang boleh kita buat? Jawapannya mudah sahaja. Kalau saham-saham tu saham syarikat Bumiputera maka kemungkinan saham-saham tersebut akan merudum sedangkan kalau saham-saham syarikat Bukan Bumiputera lebih-lebih lagi saham syarikat yang pemiliknya berbangsa Cina maka ia akan naik dan membawa keuntungan. Ini kerana dari pemerhatian FY mereka faham dan lebih arif dalam permainan Capital Game dalam pasaran saham ini kalau dibandingkan dengan orang kita. Orang kita kebanyakannya hanya mahu mendapatkan keuntungan yang singkat bilamana syarikat mereka disenaraikan. Saham syarikat Cina yang makin lama makin membesar dan semakin lama semakin naik tinggi harga sahamnya. 

Cukuplah penjelasan buat kali ini. InsyaAllah lain kali kita bertemu lagi. InsyaAllah besok SUNCON akan membawa keuntungan kepada para pelabur yang memilikinya bilamana ia disenaraikan.

Untuk pengetahuan anda kaedah ini telah diguna pakai oleh ramai pelabur IPO dan keuntungan mereka mencecah ratusan ribu ringgit malah ada yang mendapat keuntungan jutaan ringgit.

Datanglah ke seminar Super Investor FY, Personal Coaching Saham dan sebagainya bagi mendapatkan penjelasan yang terbaik mengenai pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Buat masa ini anda boleh memuat turun Ebook saham percuma karya FY di laman web http://faizalyusup.my

Sekian dulu buat kali ni.
FY

IPO SUNWAY CONSTRUCTION DAN IPO IKHMAS JAYA

Assalamualaikum...
 
 
 
Nampaknya IPO IKHMAS JAYA menguntungkan para pelabur yang mendapat saham tersebut. Dibuka dengan premium sebanyak 11 sen pada harga 68 sen dan naik setinggi 80 atau melebihi 40% pada hari penyenaraiannya. Keuntungan 40% dalam masa sebulan adalah satu pulangan yang amat tinggi sebenarnya.
 
Dalam hal ini FY yakin keuntungan IKHMAS JAYA ini dicampur pula dengan keuntungan SEDANIA dan XIN HWA pasti akan meng"cover" kerugian IPO MALAKOFF. Itupun kalau pelabur IPO itu bijak untuk menjual Malakoff dan memohon saham-saham IPO yang lain. Bagi yang masih memegang Malakoff dan tidak punya modal lagi maka strategi ini tidak boleh digunapakai.
 
Besok bagi yang berjaya mendapatkan saham IPO SUNCON baik melalui IPO Awam, IPO MITI dan sebagainya maka InsyaAllah, keuntungan akan menjadi milik anda juga.
 
Setakat ini Fair value yang diletakkan oleh Research House untuk saham IPO SUNCON ini adalah antara RM1.25 hingga RM1.40.
 
Pelabur yang untuk IKHMAS tu boleh menyumbang kepada kempen Gerakkan RM1.00 anda kepada saudara Mohd Reza Samsuddin tu yer. Kita bantu apa yang boleh. Kali kita cari orang lain pula untuk kita bantu. InsyaAllah
 
Good Luck!
 
FY

Friday, July 24, 2015

GERAKKAN RM1.00 ANDA KEPADA AHMAD REZA SHAMSUDDIN

Assalamualaikum... Salam Sejahtera dan Salam Lebaran.

Artikel kali ini bukan mengenai pelaburan saham tetapi ia berkenaan kisah yang menjadi viral dua minggu lalu. Kisah Ahmad Reza Samsuddin yang balik beraya dari Seoang ke Pulau Pinang dengan bersama 3 orang anaknya yang berumur 3 hingga 8 tahun membonceng motosikal kapcai. Entah kenapa FY terpanggil untuk menulis dan melakukan apa yang terdaya demi membantu mereka. Ikuti kisahnya.

Kisah ini bermula dua minggu yang lalu bila gambar di bawah ini tersiar di laman sosial dan dengan kehendak Allah Taala ia menjadi viral.


Dari situ, rakyat Malaysia yang prihatin mula datang dan menghulurkan bantuan. Menghulur duit raya, menjalankan kutipan derma dan yang terbaru seorang ahli perniagaan menghadiahkan sebuah kereta kepada beliau.



Begitu juga luahan dari Reza atau nama sebenarnya Ahmad Reza Samsuddin, 38. Pada beliau, sesiapa sahaja akan melakukan perkara yang sama jika bergelar seorang bapa.
“Sesiapa sahaja yang mempunyai naluri seorang bapa pasti akan melakukan tindakan sama seperti saya tetapi tidak sangka pula ia mendapat perhatian.”
Menceritakan tindakannya itu, Ahmad Reza yang juga duda, berkata dia sendiri tidak sangka mampu menempuhi perjalanan kira-kira 16 jam dengan jarak 392 kilometer dari rumah keluarganya di Salak Tinggi, Sepang, ke rumah sewanya di Permatang Damar Laut, Batu Maung, Pulau Pinang.
“Awal Ramadan lalu, saya dan anak kedua, Rafique, yang menetap bersama saya di Pulau Pinang, menaiki motosikal ke Sepang untuk menyambut Ramadan bersama dua lagi anak bersama ibu bapa saya di sana (Sepang) selepas bercerai dua tahun lalu. Selepas beberapa hari di Sepang, dua lagi anak tiba-tiba merengek mahu ikut kami pulang ke Pulau Pinang. Ketika itu dalam poket saya cuma ada RM50,” katanya.
Menurutnya, dalam keadaan terdesak, dia akhirnya nekad membawa bersama dua anaknya itu dan menyerahkan segalanya-galanya kepada kuasa Allah SWT untuk melindungi perjalanannya empat beranak.
“Kami bertolak selepas sahur dan sepanjang perjalanan, kira-kira 10 kenderaan berhenti melahirkan simpati termasuk ada yang menawarkan untuk menumpangkan tiga anak saya itu. Namun, saya menolaknya dengan baik dengan mengatakan ini semua adalah ujian Allah SWT buat saya. Mereka akhirya memberikan duit raya kepada saya dan anak-anak. Alhamdulillah perjalanan kami dipelihara Allah SWT dan kami selamat tiba di Pulau Pinan, kira-kira 10 malam,” katanya.
Menurutnya, dia tahu ramai begitu bersimpati sehinggakan ada yang bercadang kumpul duit untuk membeli kereta buat dia sekeluarga.

Beliau sudah bercerai dua tahun yang lalu dan dia sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anaknya.

Gambar Ahmad Reza bersama tiga anaknya, Rafael Haikal, 8, Rafique Danial, 5, dan Danish Bunyameen, 3, yang menaiki Honda EX5 menjadi viral awal Ramadan lalu ketika empat beranak itu dalam perjalanan dari Sepang ke Pulau Pinang.
Allahuakbar. Alhamdulillah Allah temukan aku dengan family ni tadi otw balik kerja. Family ni yang viral di FB sebab balik 4 beranak balik kampung dari Sepang ke Penang. Ini aku jumpa dorang otw balik ke Sepang. Aku dah perasan family ni dari USJ lagi tapi tak sempat nak tahan dorang sebab kereta banyak. Aku teruskan perjalanan sampai exit Putra Heights dan aku berenti bawah flyover dan tahan motor dia dengan niat nak kasi duit raya dekat budak budak ni. 

Tapi ayat pertama keluar dari mulut brother buat aku sebak..

        "Motor abis minyak ke bang? Saya ada minyak lebih." 

Dalam keadaan kita tgk dia bersusah payah balik kampung dengan 3 orang anak dan barang penuh motor pun dia boleh keluar ayat nak tolong orang. Semoga anak anak abang ni jadi anak soleh sebab ada ayah yang hebat. Insyaallah sama sama kita jadi orang yang ringan tangan bantu orang. 

Dipetik dari FB Abdullah Firdaus Baharuddin


“Saya bukan tolak rezeki. Tapi, tak perlulah bersusah payah sampai begitu. Bukan niat saya untuk meraih simpati orang ramai dengan cara menunjukkan kesusahan hidup kami empat beranak,” katanya dipetik laporan myMetro.

Terima kasih rakyat Malaysia

Sepang: "Saya menganggap kereta ini sebagai pinjaman dan berjanji kepada pemiliknya akan menggunakannya sebaik mungkin.
“Jika saya temui insan lain yang lebih susah, mungkin ketika itu tiba pula giliran saya menyerahkan kereta ini kepadanya," kata Ahmad Reza Samsuddin, 38.
Bapa tiga anak itu ditemui Harian Metro selepas wartawan mengaturkan pertemuan dengan seorang peniaga yang menyumbang kereta Proton Iswara selepas tersentuh dengan kisah kepayahan hidup Ahmad Reza yang tersebar di laman sosial baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu, wartawan dan peniaga yang enggan dikenali terpaksa mengambil masa selama hampir dua jam untuk memujuk Ahmad Reza supaya menerima kereta terbabit.

GERAKAN RM1.00 AHMAD REZA SHAMSUDDIN

Kisah Ahmad Reza ini juga mengerakkan FY untuk membantu aa yang terdaya. Jadi dengan blog yang FY yang dikunjungi ramai pelabur-pelabur saham yang pastinya punya lebihkan kewangan, marilah kita sama-sama membantu meringankan beban bukan hanya kepada saudara Ahmad Reza tetapi juga kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Ini kerana dalam zaman moden yang serba mencabar ini. Ahmad Reza adalah Gerakkan RM1.00 yang pertama, InsyaAllah FY akan menjalankan kempen yang serupa bagi membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan di masa-masa yang mendatang.

 Apa yang anda perlu lakukan ialah untuk memasukkan minima RM1.00 atau lebih ia terpulang kepada keikhlasan anda ke akaun berikut ;

CIMB Ahmad Reza Samsuddin
0714 0143 8265 28 

RM1.00 dari 1,000 orang akan menjadi RM1,000.00
RM1.00 dari 10,000 orang akan menjadi RM10,000.00
RM1.00 dari 100,000 orang akan menjadi RM100,000.00

Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Lagi ramai yang menderma lagi banyaklah yang bakal dikumpul dan InsyaAllah sumbangan ini akan dapat meringankan beban sesiapa sahaja yang memerlukan. Hanya dengan SATU RINGGIT sahaja.

Izinkan FY mulakan dengan sumbangan tersebut sebagai permulaan kepada kempen gerakan RM1.00 ini. 

Hanya Allah Taala yang dapat membalas jasa dan budi anda semua.

Sekian.

FY
www.faizalyusup.net

Wednesday, July 22, 2015

CATATAN AIDILFITRI 2015 FY

Assalamualaikum...

Dalam kesempatan ini FY ingin mengucapkan Salam Lebaran buat semua yang beragama Islam dan memohon seribu keampunan dan kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki zahir dan batin andai FY ada melakukan apa-apa kesalahan sepanjang perkenalan, sepanjang anda membaca blog yang tak seberapa ini. Sesungguhnya yang baik hanya dari Allah Taala dan segala kelemahan adalah dari FY sendiri. Jadi maafkanlah FY yer. FY tak pernah berniat untuk menyinggung sesiapapun. 

Salam AidilFitri dengan ingatan tulus ikhlas Maaf Zahir dan Batin
dari
FY, Azila Ismail, Nurul Aina, NurNadia, Ammar Faris, Nur Danisha, Nurul Huda dan Dini Zarra.
Sepanjang cuti hari raya ini FY banyak menghabiskan masa menulis buku yang baru. Nampaknya kali ini FY digerakkan untuk menulis buku Rahsia Menjemput Rezeki memandangkan ramai di luar sana yang FY nampak mempunyai masalah untuk mencari rezeki kewangan dalam kehidupan moden yang sangat mencabar ini. Semoga ia dapat disiapkan dan sedikit sebanyak akan membawa manfaat dan kefahaman kepada mereka yang dijodohkan untuk membacanya kelak. 

FY telah berehat dari menjalankan seminar dan Personal Coaching sepanjang bulan Ramadhan, lagipun pasaran saham Bursa Malaysia agak tidak menentu kebelakangan ini. Namun demikian FY rasa ia telah berada dalam keadaan oversold yang mana sudah tak ramai penjual dalam pasaran jadi pasaran nampak bertahan dan mengukuh sepanjang cuti Hari Raya ini.

Ikhmas Jaya dan Sunway Construction dua buah syarikat pembinaan akan disenaraikan di Bursa Malaysia minggu depan dan FY percaya ia akan membawa keuntungan kepada para pelabur yang mendapat saham-saham IPO ini.

APAPUN PERSONAL COACHING TRAIN THE SUPERTRADER KEMBALI BERSIARAN SEPERTI BIASA. HUBUNGI ABDULLAH RAMZI 0173730513 UNTUK MENEMPAH SLOT ANDA. JADILAH INVESTOR BURSA SAHAM YANG BIJAK DAN TRADER YANG BERHEMAH!

SEMINAR SAHAM SUPER INVESTOR PULA AKAN DIBERITAHU TARIKHNYA KELAK. 


Sekian dulu buat kali ini.

FY
Catatan 
Aidilfitri 2015

Thursday, July 9, 2015

PASARAN SAHAM YANG SEMAKIN MENURUN?


Assalamualaikum...

Pasaran saham dan trend menurun dewasa ini oleh sebab sentimen pasaran yang negatif. Penurunan harga minyak, penurunan nilai ringgit Malaysia, permasalahan Eurozone lebih-lebih lagi di Greece yang gagal membayar hutang IMF, permasalahan kejatuhan pasaran saham serantau seperti Hong Kong dan China dan sentimen yang palng teruk ialah mengenai permasalahan politik dalaman negara ini.

Nilai ringgit yang merosot menyebabkan pelabur asing keluar meninggalkan pasaran Bursa Malaysia hari demi hari. Ini kerana kejatuhan nilai ringgit akan menyebabkan mereka rugi dua kali, rugi dalam pelaburan saham dan rugi kerana kemerosotan nilai ringgit. Mereka hanya akan kembali bilamana terdapat reversal kepada nilai ringgit tersebut.

Kejatuhan ringgit pastinya merugikan para pengimpot tetapi akan menguntungkan pada pengeksport. Ini kerana mereka yang menerima USD akan mendapat jumlah ringgit yang lebih banyak. Pada masa yang sama ia juga akan menaikkan beberapa sektor negara antaranya sektor pelancongan kerana melancong ke dalam negara ini akan menjadi lebih murah.

Semalam, pasaran Hong Kong dan China jatuh teruk tetapi apa yang pelik pada FY ialah pasaran Bursa Malaysia tidak jatuh malah menaik. Hari ini 10 Julai 2015 semasa FY menulis artikel ini Bursa Malaysia masih mengukuh 14 mata lagi 1715.94.

Pada FY mungkin pasaran Bursa Malaysia sudahpun berada pada fasa oversold dan pengeluaran pelabur asing dalam pasaran sudah semakin kering. Apa yang tinggal dalam pasaran hanyalah modal-modal tempatan. Lagipun lebih 50% dari jumlah pasaran modal negara ini terdiri dari modal dalam negeri. Kejatuhan ini pastinya akan membolehkan EPF contohnya untuk terus membeli saham-saham kukuh pada harga diskaun. Pada FY sekiranya institusi tempatan mula menjual beramai-ramai maka barulah pasaran saham akan jatuh lebih teruk.

Ketahanan pasaran saham ini jelas menunjukkan kukuhnya ekonomi negara ini dan atas sebab inilah Fitch Ratings memberikan credit rating stable terhadap negara ini. Polisi fiskal kerajaan untuk memperkenalkan lebih banyak cukai, mengurangkan subsidi, meningkatkan consumer spending nampaknya membantu dalam hal ini walaupun pada FY ia membebankan rakyat negara ini. Negara ini kukuh fundamentalnya kerana ia negara yang punya banyak sumber bahan mentah. Sumber yang boleh dijual kepada orang lain lantas membawa hasil ke dalam negara ini. Banyak syarikat yang peladangan dan syarikat pengekspot yang membawa keuntungan demi keuntungan ke dalam negara ini sebenarnya. Namun demikian anda kena faham, keuntungan dan kekayaan ini berada di tangan private sector dan bukannya di tangan kerajaan. Kerajaan hanya mengenakan cukai terhadap syarikat-syarikat ini. Dan duit inilah antara sumber yang akan digunakan oleh kerajaan untuk mentadbir negara. Alkisah pentadbiran perbelanjaan kerajaan FY tak nak komen di sini.

Tentang situasi Bursa Malaysia nampaknya terkawal. Tidak seperti tahun 97 dan 2007 keadaannya nampak jauh berbeza. Lagipun pelaburan mengambil masa. Ketahuilah lagi pendek masa pelaburan kita maka lagi tinggilah risikonya. Warren Buffet dengan strategi pelaburan nilai mengambil masa yang lama untuk menimbunkan saham-saham pegangannya. Baru-baru ini FY membaca tentang kisah Remisier King Peter Lim dari Singapura yang memegang sahamnya antara 3 hingga 15 tahun. Saham Wilmar dengan pelaburan USD10 juta akhirnya dijual dangan nilai USD1.5 billion sedekad kemudian. Pelaburan perlukan kesabaran dan bukan hanya melihat saham tersebut untuk satu jangkamasa yang singkat. Syarikat perlu masa untuk membesar dan kemajuan syarikat ini akan dicerminkan dengan kenaikan harga saham-sahamnya.

Apa yang penting ialah untuk kita tahu syarikat mana yang kukuh dan berpotensi untuk kita laburkan duit kita itu. Tersilap percaturan dalam hal ini maka kerugianlah yang bakal mengundang.

Senario politik yang tidak tentu dewasa ini merupakan sentimen yang paling penting untuk kita lihat dalam masa 6 bulan akan datang ini. Ia akan mengambalikan keyakinan pelabur untuk kembali ke negara ini. Andai ia dapat diselesaikan maka FY yakin pasaran saham akan kembali sihat memandangkan Malaysia punya asas ekonomi yang utuh.

Selamat melabur dan jadilah pelabur yang bijak dan berhemah!

FY