Wednesday, September 24, 2014

STRATEGI MEMBAIK PULIH PORTFOLIO SAHAM

PERIHAL MEMBAIK PULIH PORTFOLIO PELABURAN

Ramai juga pelabur yang datang menemui FY meminta FY membaik pulih portfolio mereka. Lazimnya bila FY lihat portfolio tersebut kebanyakan saham-saham tersebut terdiri dari kaunter-kaunter cap ayam. Kaunter penny stocks yang murah dan syarikatnya mengalami kerugian. Senario kedua terdiri daripada saham-saham IPO yang mengalami kerugian dan masih tidak dijual hingga kini seperti FGV, AAX dll lagi, senario ketiga pula saham-saham Warrant dan Call Warrant.

Bagi senario portfolio saham-saham Penny Stocks atau saham cap ayam, ia saham yang sesuai untuk trader, jadi bila membeli kita mesti menjualnya dengan cepat dan kalau ia tidak naik, strategi cut loss mesti digunapakai.

Bagi senario saham-saham IPO pula, selalunya pelabur akan dapat menjual dan mendapat keuntungan sekiranya ia dijual pada hari pertama penyenaraian namun atas sebab-sebab yang tertentu ia tidak dijual oleh pelabur tersebut. Jadi bagi saham yang menaik seperti UMWOG, DSONIC dan sebagainya tak mengapalah tetapi bagi saham yang turun, Long term Investmentlah jadinya. 

Bagi senario saham-saham warrant pula pelabur membeli pada harga premium yang mana bila dicampur dengan harga Exercise Price ia jauh lebih tinggi dari harga harga Mother Sharenya. (Tak faham? Jangan tanya, jemput ke Seminar FY yer... )

Terus terang, dalam hal ini selalunya FY akan menyarankan saham-saham ini dijual dan digantikan dengan saham-saham yang bagus. Ini kerana dalam pelaburan kita tak mahu terjebak atau tersangkut dengan saham-saham yang tak bagus yang berkemungkinan terus lupus memandangkan secara asasnya syarikat tersebut terus-terusan mengalami kerugian.

Akhirnya anda menjadi Long Term Investor tetapi memegang saham-saham Trader. Saham yang yang tak bagus yang sepatutnya hanya untuk trade masuk dan keluar dengan cepat tersangkut menjadi saham Long Term yang semakin hari semakin layu.

Pemilihan saham, strategi pelaburan, risk reward ratio, stop loss, memahami trend, momentum, volume dan banyak lagi perlu anda tahu sebelum melabur.

Kalau nak belajar semua ini datanglah ke seminar Super Investor FY atau add diri anda dalam FY Super Investor Club di dalam Facebook.

Sekian dulu.

FY

Sunday, September 14, 2014

KELAB PELABURAN SAHAM FY DILANCARKAN!

FY SUPER INVESTORS CLUB DILANCARKAN!

Assalamualaikum.

Perhatian kepada pelabur saham baru dan lama juga kepada yang berhasrat ingin memulakan portfolio pelaburan saham sebagai alternatif pelaburan, anda dijemput untuk menganggotai FY Super Investor Club di Facebook.

Di sini, pelbagai pengisian terkini berkenaan pelaburan saham akan diutarakan. Ia bakal mendidik pelabur untuk menjadi pelabur yang bijak dan berhemah, dan yang paling penting dapat menjana keuntungan melalui pelaburan di Bursa Malaysia.

Di sini juga terdapat artikel, research, infomasi dan video terkini pelaburan saham, kelab dimana forum perbincangan terbuka kepada ahli-ahlinya, admin pula terdiri dari mereka-mereka yang expert, berkelayakan dan berpengalaman, tip-tip serta strategi pelaburan saham juga akan dikongsikan, informasi mengenai seminar, kursus dan personal coaching saham dari yang basic kepada yang advance. IPO terkini, IPO di MITI juga kepada pelabur High Networth yang berminat dengan Private Placement.

Kelab yang bakal menjadi pusat sehenti rujukan saham di Bursa Malaysia. Dikendalikan oleh FY sendiri.

Jadi, apa tunggu lagi? Layari link berikut untuk menyertai FY Super Investors Club!

atau carilah
FY Super Investors Club di Facebook.

Add dan InsyaAllah FY akan approvekan.

Sekian dulu

FY

0166667430

Wednesday, September 10, 2014

FAKTOR KEGAGALAN PELABUR DI BURSA MALAYSIA


Kita sering membaca artikel untuk seorang pelabur menguasai kemahiran berdagang atau trading skill melalui kaedah analisa teknikal dengan membuat penganalisaan melalui carta pergerakan harga juga seorang pelabur perlu mendalami ilmu pelaburan saham sebelum memulakan pelaburan saham dan sebagainya. Persoalannya adakah ini mencukupi untuk kita menjana keuntungan bila melabur dalam Bursa Malaysia nanti?

Dari pemerhatian FY latar belakang kebanyakan pelabur adalah terdiri dari mereka yang makan gaji dan inilah yang membawa kepada kegagalan bilamana mereka menjadi pelabur.

Sebenarnya salah satu faktor penting bagi seorang pelabur untuk berjaya dalam pelaburan saham ini ialah dia mesti tahu ilmu asas pengurusan perniagaan. Ini kerana dalam hal ini kita mesti tahu akan kedudukan syarikat yang kita labur itu. Kita mesti tahu mengenai perolehan syarikat, keuntungan syarikat, Earning Per Share, PE Ratio, Gearing, Share Issue, Market Capitalization, bagaimana keadaan Cash Flow syarikat tersebut samaada ia sihat atau tidak, berapakah market share yang syarikat pegang, SWOT Analysis, siapakah pesaing mereka, apakah faktor yang boleh menjejaskan mereka? Siapa pengarah syarikat, apakah aktiviti syarikat, dalam sektor dan industri yang mana serta banyak lagi.

Ini kerana dari pemerhatian FY, mereka yang punya Financial Literacy ini contohnya para Akauntan, Financial Controller, CEO Syarikat dan ahli perniagaan punya peluang yang lebih cerah untung dalam pelaburan saham ini kalau dibandingkan dengan pelabur-pelabur yang makan gaji.

Jadi carilah dan dalami ilmu pengurusan perniagaan ini kerana ia pastinya akan membantu dalam membuat keputusan pelaburan yang baik. Ingatlah modal yang banyak sahaja tidak mencukupi untuk kita berjaya dalam aspek pelaburan saham ini.

FY akan mengadakan Seminar Super Investor FY pada hari Sabtu, 13 Sept ini. Layari www.seminarsaham.com.my sekiranya anda berminat untuk menyertainya.

Sekian dahulu buat kali ini.

Wasalam...

FY
016 6667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


HUBUNGI TEAM FY ;

Persoalan mengenai memulakan portfolio saham dan membuka akaun CDS ;
Hubungi : En. Yasin Yunus - 019 3346570
Emel : yasinyunus2714@gmail.com

Persoalan mengenai seminar saham ;
Hubungi : Puan Azila Ismail - 012 2511755
Emel : azilasmile@yahoo.com

Persoalan mengenai online trading dan menjadi seorang trader ;
Hubungi : Sifu Zuhri Zain MSTA - 012 6290407
Emel : muhammadzuhri@gmail.com

Persoalan asas pelaburan saham ;
Hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

LINK PERKHIDMATAN KAMI ;

Biodata Sifu Faizal Yusup
Apa Itu Saham?
Pelaburan Saham Di Bursa Malaysia
Saya Nak Melabur Saham Tapi…
Pakar Rujuk Pelaburan Saham
Kaedah Momohon Pink Form, IPO Awam, IPO MITI dan Private Placement
Perbezaan IPO Awam Dan IPO MITI
Ebook Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Cover Letter Permohonan Saham IPO di MITI
Soalan Lazim Mengenai Permohonan IPO di MITI
Apa Itu Akaun CDS
Membuka Akaun CDS
Perkhidmatan Membuka Akaun CDS        
Panduan Membuka Akaun Online
Panduan Mencari Mentor Saham
Modal Permulaan Melabur Saham
Pulangan Keuntungan Melabur Saham
Memulakan portfolio pelaburan saham
Onlne VS Khidmat Remisier
Trader VS Investor
Menentukan Status Syariah Saham
Strategi Pelaburan Saham
Bermain Saham Secara Kontra
Menjana Keuntungan Konsisten Dalam Bursa Malaysia
Panduan Pemilihan Saham
Panduan Membeli Saham Penny Stocks
Kejatuhan Mendadak Harga Saham
Membaikpulih Portfolio saham
Mencari Ilmu Pelaburan Saham
Woksyop BTX - Online Trader
Personal Coaching
Seminar Saham Super Investor
Testimoni Peserta Seminar Super Investor
Seminar SuperTech Investor
Seminar SuperTrader

Tuesday, September 2, 2014

DIRECT AND INDIRECT INVESTMENT IN BURSA MALAYSIA

DIRECT AND INDIRECT INVESTMENT

Dalam artikel kali ini pula FY akan terangkan mengenai Direct and Indirect Investment ke dalam Bursa Malaysia atau dalam Bahasa Melayu Pelaburan Saham Secara Langsung dan Pelaburan Saham Secara Tak Langsung serta apakah kelemahan dan kelebihannya.

Sebenarnya bagi kebanyakan kita yang modal tetapi tak punya masa, pengalaman mahupun ilmu pelaburan saham, adalah lebih baik untuk kita serahkan dana pelaburan tersebut kepada konsultan yang profesional untuk mengendalikannya dengan meletakkannya dalam saham–saham amanah seperti ASB, ASW, CIMB Wealth Advisors, Saham-Saham Amanah di Public Bank, Philips Capital, Pelaburan MARA, Amanah Saham yang diterbitkan oleh boleh dikatakan semua bank komersial dan banyak lagi.

Namun demikian, kita boleh juga pergi terus secara langsung (direct) ke dalam Bursa Malaysia samaada dengan menggunakan khidmat Remisier mahupun secara terus dengan kaedah online.

Apapun di sini FY huraikan akan kelebihan dan kelemahannya ;

INDIRECT INVESTMENT
Investors - Unit Trust Companies via Profesional Consultants – Bursa Malaysia
Investors – Fund Management Companies via Profesional Fund Managers– Bursa Malaysia

KEBAIKAN

Punya pool modal pelaburan yang banyak memandangkan ia mengumpulkan duit dari pelabur yang ramai.
Consultant Professional yang berkelayakan dan bertauliah
Mereka boleh menggunakan pelbagai strategi pelaburan termasuk Dollar Cost Averaging yang menguntungkan dalam jangkamasa panjang.    

KEBURUKAN

Yuran permulaan sehingga setinggi 5% dikenakan ke atas modal.
Yuran pemprosesan, yuran tahunan, yuran pentadbiran dan pelbagai lagi yuran yang akan dikenakan. Jadi Fund tersebut mestilah menjana pendapatan yang jauh lebih tinggi memandangkan kos mereka sejak awal-awal lagi berada di paras yang tinggi.

DIRECT INVESTMENT
Investor – Brokers via Online Facility – Bursa Malaysia

KEBAIKAN

Brokerage yang rendah.

KEBURUKAN

Tanpa ilmu dan pengalaman pelaburan saham, risiko kerugian menjadi amat tinggi.
Tiada Remisier dan Dealer yang boleh membantu,

Pada FY kaedah ini hanya sesuai digunakan oleh Expert Trader dan Expert Investor yang punya Financial Literacy yang tinggi. Namun bagi kebanyakan pelabur baru mahupun yang lama tetapi tiada ilmu yang dinyatakan tadi maka urusniaga saham secara online tidak disarankan sama sekali.

Investor – Brokers via Remisiers – Bursa Malaysia

KEBAIKAN

Brokerage yang dikenakan masih murah kalau dibandingkan dengan Konsultant Profesional mahupun Syarikat Saham Amanah memandangkan kita melabur secara Direct ke dalam Bursa Malaysia.

Kalau Remisier anda bagus contohnya punya kelayakan Profesional, pernah menjadi Fund Managers, punya Financial Literacy, punya ilmu dan pengalaman yang meluas mengenai pasaran saham maka ia bakal menguntungkan anda kerana mereka boleh membantu memberikan garis panduan yang baik mengenai pelaburan saham kepada anda. Mendapat khidmat nasihat yang baik tetapi pada kadar yang lebih murah kalau dibandingkan sekiranya anda menggunakan khidmat konsultan profesional.

KEBURUKAN

Ia bergantung kepada kepakaran Remisier anda. Kalau remisier anda hanya tahu menekan butang jual dan beli sahaja maka fikir-fikirkanlah kembali kerana pastinya ia tak berbaloi.

Sekian titipan pelaburan buat kali ini. Tunggu Ebook FY tak lama lagi yer.

FY
www.faizalyusup.net

PS – Untuk pengetahuan anda sebagai remisier, FY punya Diploma In Investment Analysis dari UITM, BSc Business Admin (Finance) dari University of Nebraska-Lincoln. Berpengalaman lebih 18 tahun dalam pasaran saham Bursa Malaysia. Partner FY yang pertama, Zuhri Zain pula punya Diploma in Technical Analysis MSTA(UK) juga merupakan seorang Expert Trader. Partner FY yang kedua ialah Abdullah Ramzi yang juga punya pengalaman lebih lebih kurang sama dengan FY. Memiliki lesen Dealer’s Representative sejak tahun 1997. InsyaAllah anda berada dalam dalam keadaan selamat sekiranya anda menjadi pelanggan FY.


FY
016 6667430
greng70@yahoo.com
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

www.seminarsaham.com.my

HUBUNGI TEAM FY ;

Persoalan mengenai memulakan portfolio saham dan membuka akaun CDS ;
Hubungi : En. Yasin Yunus - 019 3346570
Emel : yasinyunus2714@gmail.com

Persoalan mengenai seminar saham ;
Hubungi : Puan Azila Ismail - 012 2511755
Emel : azilasmile@yahoo.com

Persoalan mengenai online trading dan menjadi seorang trader ;
Hubungi : Sifu Zuhri Zain MSTA - 012 6290407
Emel : muhammadzuhri@gmail.com

Persoalan asas pelaburan saham ;
Hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com


LINK PERKHIDMATAN KAMI ;

Biodata Sifu Faizal Yusup
Apa Itu Saham?
Pelaburan Saham Di Bursa Malaysia
Saya Nak Melabur Saham Tapi…
Pakar Rujuk Pelaburan Saham
Kaedah Momohon Pink Form, IPO Awam, IPO MITI dan Private Placement
Perbezaan IPO Awam Dan IPO MITI
Ebook Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Cover Letter Permohonan Saham IPO di MITI
Soalan Lazim Mengenai Permohonan IPO di MITI
Apa Itu Akaun CDS
Membuka Akaun CDS
Perkhidmatan Membuka Akaun CDS        
Panduan Membuka Akaun Online
Panduan Mencari Mentor Saham
Modal Permulaan Melabur Saham
Pulangan Keuntungan Melabur Saham
Memulakan portfolio pelaburan saham
Onlne VS Khidmat Remisier
Trader VS Investor
Menentukan Status Syariah Saham
Strategi Pelaburan Saham
Bermain Saham Secara Kontra
Menjana Keuntungan Konsisten Dalam Bursa Malaysia
Panduan Pemilihan Saham
Panduan Membeli Saham Penny Stocks
Kejatuhan Mendadak Harga Saham
Membaikpulih Portfolio saham
Mencari Ilmu Pelaburan Saham
Woksyop BTX - Online Trader
Personal Coaching
Seminar Saham Super Investor
Testimoni Peserta Seminar Super Investor
Seminar SuperTech Investor
Seminar SuperTrader

    FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
    ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
    SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.