Wednesday, August 6, 2014

YURAN MELABUR SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Assalamualaikum...

Oleh kerana ramai yang bertanya kepada FY tentang kos atau yuran yang dikenakan bila kita membeli atau menjual sesuatu saham itu jadi dalam artikel kali ini FY ingin berkongsikan cara mudah mengira kos pelaburan anda di Bursa Malaysia. Dalam hal ini FY menggunakan platform online Kentrade iaitu platform online bagi Kenanga Investment Bank berhad tempat FY beroperasi bagi menghuraikannya.

LANGKAH 1

Layari www.kentrade.com.my dan daftarkan diri anda sebagai free trial user. Anda akan dapat menggunakannya selama 3 bulan secara percuma. Sekiranya anda ingin menyambungnya makabukalah akaun dengan FY di Kenanga yer.


LANGKAH 2

Tekan pada button STOCKS dan anda akan dapat melihat satu window akan terbuka sepertimana gambar berikut. Pilih button CALCULATOR. 


LANGKAH 3

Dengan memilih button CALCULATOR tersebut maka satu lagi window bernama Profit/Loss Calculator akan terbuka dan di sini anda boleh membuat SETTING anda berdasarkan brokerage yang dikenakan Broker anda. Di sini sebagai contoh umum FY menggunakan caj standard Broker iaitu 0.70% bagi pelaburan kurang dari RM100,000.00 dan 0.3% bagi pelaburan melebihi RM100,000.00.

Sekiranya anda menggunakan fasiliti Online maka yuran yang dikenakan adalah jauh lebih murah. Ia berbeza di antara Broker kepada Broker yang lain. Di Kenanga caj yang dikenakan ialah 0.42%.


LANGKAH 4

Letakkan jumlah saham yang ingin anda beli dalam gandaa 100 unit. Dalam kes ini FY memilih untuk membeli 5000 unit saham MAS jadi jumlah yang perlu diletakkan ialah 50. Kemudian letakkan harga. Dalam kes ini FY meletakkan harga RM0.24 sen.  


LANGKAH 5

Selesai tekan butang NEXT.


LANGKAH 6

Maka keluarlah window yang menujukkan jumlah yang perlu anda bayar sekiranya anda berjaya membeli saham ini pada harga RM0.24 iaitu RM1,242.36 dan sekiranya anda menjualnya maka jumlah yang akan anda terima ialah RM1,157.64.

Sebenarnya ia semudah itu!

Dalam jangkamasa terdekat ini FY akan menjalankan ;

  • ·  Woksyop BTX Online Trader dengan harga promosi RM50.00 sahaja akan dijalankan pada hari Sabtu 30 Ogos bertempat di ThotBox, Damansara Intan. Hubungi Zuhri Zain 012 6290407 untuk tujuan pendaftaran.
  • ·   Kursus SuperTech akan dijalankan pada hari Sabtu 16 Ogos bertempat di Shah Alam. Hubungi Zuhri Zain 012 6290407 untuk tujuan pendaftaran.
  • ·  Seminar SuperTrader pada 23 Ogos 2014 di Grand Blue Wave Hotel Johor Bahru. Hubungi Mustapha Kamal 019 7775527 untuk mendaftar.
  • ·  Seminar Super Investor bersama FY September nanti tapi kalau tak sabar boleh buat temujanji personal coaching di pejabat FY. Terhad kepada 5 orang sahaja setiap sessi. Hubungi FY 016 6667430 untuk mendaftar.

Disamping itu juga FY sedang menyiapkan buku-buku Ebook Pelaburan Saham untuk kemudahan anda semua tak berapa lama lagi. InsyaAllah.

Sekian dahulu buat kali ini.

Wasalam...

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Link perkhidmatan kami ;
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.