Saturday, May 25, 2013

Seminar Saham Paling Hot Di Malaysia


Assalamualaikum semua. 

Semoga ceria dan sejahtera selalu hendaknya.


Ini adalah jemputan ke Seminar Saham Super Investor bersama FY pada Sabtu 15 Jun 2013 bermula jam 8:30 pagi hingga jam 5:00 petang di Conference Hall, Tingkat 1, Bangunan Lembaga Getah Asli berdepan KLCC.

Sedikit info mengenai seminar ini...

Seminar ini sesuai untuk pelabur baru juga pelabur yang telah berpengalaman dalam pasaran tetapi masih menghadapi masalah menjana keuntungan dalam pasaran saham. InsyaAllah FY akan mulakan seminar dari pengisian yang paling asas.

Seminar ini bakal ;
  • Memperkenalkan pasaran saham sebagai salah satu alternatif meningkatkan ekonomi keluarga.
  • Perkongsian mengenai rahsia menjana keuntungan melalui kaedah Analisa Fundamental, Financial dan Technical.
  • Perkongsian Analisa Teknikal akan dijalankan oleh Saudara Zuhri Zain yang memiliki kelayakan MSTA dari United Kingdom.
  • Perkongsian mengenai zon-zon saham di Bursa Malaysia.
  • Perkongsian rahsia menjana keuntungan melalui permohonan IPO Awam, IPO MITI serta Private Placement.
  • Perkongsian tentang sistem signal berkesan pelaburan saham di Bursa Malaysia.
  • Perkongsian sistem network, jaringan perkongsian maklumat di media sosial, WhatsApp dan lain-lain.
  • Perkongsian Kaedah CSI pergerakan saham,
  • Perkongsian rahsia menjana keuntungan melalui pasaran sedia.
  • Seminar ini menjawab pelbagai persoalan yang bermain di minda anda.
  • Dan banyak lagi.
Selain itu anda juga akan menerima ;
- Akaun CDS dan Trading boleh dibuka secara percuma bagi setiap peserta. Anda hanya perlu membawa 5 salinan photocopy IC serta 2 salinan muka depan buku / penyata bank.
- Khidmat nasihat saham oleh sifu-sifu saham yang berpengalaman.
- Percuma Sistem Signal Trading Made Easy berharga RM230.00 selama sebulan.
- Program Kit yang informatif.
- Perkongsian maklumat dan info saham yang berterusan melalui blog, emel, SMS, FB, Twitter, WhatsApp dan lain-lain.
- Kami juga boleh membantu dalam portfolio management transaksi saham-saham anda.

InsyaAllah dalam Seminar ini ada beberapa rahsia baru menjana keuntungan di Bursa Malaysia yang bakal FY bongkarkan...

Apa tunggu lagi?

Inilah seminar yang paling menguntungkan hanya dengan pelaburan sebanyak RM350.00 sahaja.

Bak kata pujangga Inggeris - 

"WHEN OPPORTUNITY KNOCKS DON'T KNOCK THE OPPORTUNITY AWAY".

FY bukan ALONG, FY cuma nak TOLONG...

Layari - 


untuk mendaftar dan dapatkan semua ini.

InsyaAllah. Kita jumpa di sana yer.

Sekian. Wassalam.

FY
016 666 7430 
www.faizalyusup.net
greng70@yahoo.com


Catatan Pasaran Saham Terkini FY... Mei 2013


Assalamualaikum...

Kita bertemu lagi. Hidup seorang remisier sebenarnya berkadar langsung dengan pasaran saham. Jadi kenaikan Bursa Malaysia kebelakangan ini menyebabkan FY agak sibuk dan tak punya banyak masa untuk menulis dalam blog ini.

Apapun hari ini di hujung minggu begini dapatlah FY mencuri sedikit masa untuk berbuat demikian  bagi menceritakan serba sedikit perkembangan terkini pasaran saham Malaysia dari sudut kacamata FY.

Pasaran Saham nampaknya amat sihat dan memberansangkan kebelakangan ini. Selalu FY sebut dalam seminar Super Investor, bilamana volume pasaran melebihi 1.5 billion maka Bursa Malaysia berada dalam keadaan yang sihat. Maka dalam pasaran yang sihat menjana keuntungan dalam pasaran menjadi lebih mudah sebenarnya. Kalau anda masih rugi dalam pasaran yang sebegini maka adalah yang tak kena. Hubungi FY no hp - 016 666 7430 kalau berhasrat menjadikan FY remisier anda. InsyaAllah FY boleh membantu memberikan garis panduan pelaburan.

Namun demikian haruslah diingat pasaran saham telah naik ke paras yang agak tinggi dan ia perlu bernafas. Technical Correction dijangkakan sebelum ia mengorak langkah naik lebih tinggi lagi. Kenaikan itu disebabkan oleh faktor-faktor yang pernah FY tulis dalam artikel sebelum ini.

Matrix Concept Berhad sebuah syarikat Property Developer akan disenaraikan minggu akan datang ini dan FY jangkakan ia akan naik dan punya premium. Permohonan IPO Awam Leon Fuat sebuah syarikat Steel Manufacturer juga sudah ditutup pada 23 Mei minggu lepas juga FY jangkakan bakal punya premium bila ia disenaraikan kelak pada 6 Jun nanti. Untuk pengetahuan anda IPO Malakoff sebuah syarikat penjanaan kuasa elektrik telah ditunda ke tahun hadapan.

Kepada yang bertanya mengenai bagaimana untuk memohon saham IPO ini baik bagi peruntukan Awam mahupun peruntukan MITI sekali lagi FY telah menulis akan kaedahnya di dalam blog ini. Apa yang perlu anda buat ialah untuk mencarinya. Kalau takpun datanglah ke Seminar Super Investor bersama FY yang diadakan 2 bulan sekali di Bangunan Getah Asli, Berdekatan dengan KLCC, Kuala Lumpur. Dalam seminar ini semua akan diterangkan.

Memandang ke hadapan kita ada penyenaraian Sona Petroleum sebuah syarikat SPAC atau Special Purpose Aquisition Company sama seperti Hibiscus dan CLIQ yang membawa pulangan yang baik setelah disenaraikan. Apapun dalam hal SPAC ini ia terpulanglah kepada para pelabur untuk membelinya atau tidak. Ini kerana agak sukar untuk membuat analisis terhadap syarikat yang belum punya perniagaan.

Kemudian kita ada Air Asia X yang berkemungkinan akan disenaraikan pada bulan Julai nanti. Pelabur saham IPO Air Asia X yang memegang sahamnya untuk satu jangkamasa yang tertentu akan mendapat tiket kapalterbang ke luar negara. Harap bukanlah hanya ke Indonesia tetapi ke Jepun contohnya maka pastinya ia akan berbaloi.

Langkah Air Asia X untuk tidak memperuntukkan saham IPOnya kepada Cornerstone Investor tetapi kepada Retail Investor pada FY merupakan satu langkah yang baik. Ini pernah dilakukan oleh syarikat gergasi Google kalau tak silap FY satu ketika dahulu.

Sebenarnya FY pernah mencadangkan perihal ini kepada pihak tertinggi Suruhanjaya Sekuriti memandangkan ramai pelabur yang memohon saham IPO Awam dewasa ini tidak mendapat saham-saham itu kerana lebihan langganan yang ketara. Pelaburnya banyak tetapi saham yang diperuntukannya sedikit.

Langkah ini hakikatnya akan dapat meningkatkan penglibatan pelabur runcit dalam pasaran saham Malaysia dan secara tak langsung mengubah landscape pelaburan saham dari apa yang ada sekarang. Inilah yang berlaku dalam tahun 1990 an dahulu bilamana kebanyakan saham-saham IPO ini diperuntukan kepada pelabur runcit dan bilamana ia disenaraikan berlumba-lumbalah pelabur institusi mengejarnya lantas menyebabkan saham-saham tersebut naik dengan tingginya.

Kita ambil contoh saham IPO Bumi Armada. Bayangkanlah kalau ada 300 juta saham yang dibahagikan kepada 300,000 pelabur runcit seorang 1000 units maka setiap seorang dari 300,000 pelabur itu akan mendapat RM800.00 bila ia disenaraikan kerana saham itu naik dengan premium sebanyak lebih kurang 80 sen pada hari penyenaraiannya. Duit RM800 ini pula bolehlah dibelanjakan dan secara tak langsung akan meningkatkan aktiviti ekonomi dan meningkatkan consumer spending dan seterusnya meningkatkan ekonomi negara. Bukankah ini lebih baik dari BRIM kerana ia boleh dilakukan setiap kali ada penyenaraian IPO yang baru.

Masalahnya buat masa ini kebanyakan peruntukan saham IPO baru ini diperuntukkan kepada pelabur Institusi jadi pelabur runcit hanya ternganga kerana permohonan mereka ditolak bilamana mereka membuat permohonan IPO Awam melalui ATM dan Online Banking.

Kemudian hanya terdapat lebih kurang 20,000 pelabur Bumiputera dan 60,000 pelabur Bukan Bumiputera yang memohon IPO-IPO ini. Di sini FY ingin menyeru, bangkitlah wahai pelabur Bumiputera kali ini Air Asia X memberi peluang pelaburan saham kepada anda jadi janganlah lepaskan peluang ini. Buka akaun saham CDS anda dan buatlah permohonan saham tersebut. Ia merupakan satu pelajaran dan pengalaman yang baik dan InsyaAllah keuntungan bakal menanti anda.

Seterusnya FY harap banyak syarikat-syarikat yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia mengambil langkah yang sama demi pembangunan ekonomi pelabur runcit yang ramai di luar sana. Ia pasti merancakkan pelaburan di Bursa Malaysia dan seterusnya akan merancakkan ekonomi negara yang kita cintai ini.

Lagipun dewasa ini Pelabur Cornerstone terdiri daripada Hedge Funds yang mahukan keuntungan jangkamasa pendek melalui IPO-IPO ini memandangkan Malaysia merupakan negara yang panas dengan IPO sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Setakat ini sahaja buat kali ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut hadirilah Seminar Super Investor bersama FY pada hari Sabtu 15 Jun ini di Bangunan Lembaga Getah Asli, Kuala Lumpur dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Layari www.seminarsaham.com.my untuk tujuan pendaftaran.

Sekian dahulu.

FY
016 666 7430


Tuesday, May 14, 2013

FY REKOMEN SAHAM IPO AWAM MATRIX CONCEPT DAN LEON FUAT BERHAD

ASSALAMU'ALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...


KEPADA MEREKA YANG BERTANYA ; FY REKOMEN IPO AWAM MATRIX CONCEPT @ RM2.20 YANG AKAN DITUTUP PADA 15 MEI 2013. DIJANGKA DISENARAIKAN PADA 28 MEI 2013. BELI JANGAN TAK BELI. FV KENANGA RM2.75, HDBS RM2.85.


FY JUGA REKOMEN SAHAM IPO AWAM LEON FUAT @ RM0.60 YANG AKAN DITUTUP PADA 23 MEI INI. BAKAL DISENARAIKAN PADA 6 JUN 2013. ANDA BOLEH MEMOHONNYA MELALUI PENGHANTARAN BORANG, ATM DAN ONLINE BANKING!
 

FY
www.faizalyusup.net

JEMPUT KE SEMINAR SAHAM SUPER INVESTOR BERSAMA FY UNTUK MEMPELAJARI KAEDAH BUAT DUIT PASIF MELALUI PELABURAN IPO INI PADA HARI SABTU 15 JUN 2013 DI BANGUNAN LEMBAGA GETAH ASLI KUALA LUMPUR.

UNTUK MENDAFTAR SILA LAYARI ;




Tuesday, May 7, 2013

Terkini Bursa Malaysia Selepas Pilihanraya GE13

Assalamualaikum...

Sentimen terbesar pasaran saham Bursa Malaysia iaitu Pilihanraya telah berakhir setelah sekian lama dinantikan. Kerajaan telah dapat dibentuk. Pasaran saham yang menunggu sekian lama akhirnya meletop dan naik setinggi 130 mata melepasi 1820 mata pagi selepas hari pilihanraya tersebut berakhir sebelum ditutup  dengan kenaikan sebanyak 57 mata.

Apa yang ditakuti berlaku pada tahun 2008 dimana pasaran merudum begitu teruk selepas hari pilhanraya hingga Circuit Breaker terpaksa digunakan dimana Bursa Malaysia digantung selama sejam tidak berlaku. Sebaliknya Bursa Saham naik dengan volum dan kecairan yang begitu tinggi.

Adakah ini satu mainan atau adakah ini satu realiti?

Jawapan FY - Ia satu realiti. Keputusan pilihanraya adalah seperti yang dijangka para penganalisa dan pasaran boleh bergerak dengan baik kerana sentimen ini telah diambilkira terlebih dahulu.

Kenapa pasaran naik?

Seperti yang telah FY katakan sebelum ini terdapat banyak kecairan dalam pasaran. Dana asing memasuki pasaran saham Malaysia kerana Bursa Malaysia ketinggalan kalau dibandingkan dengan Bursa-Bursa Serantau jadi ia sedang mengejar Bursa-Bursa yang lain. Dana Institusi Tempatan yang menjual sebelum pilihanraya hinggakan dalam portfolio mereka mempunyai lebihan tunai yang jauh lebih banyak dari kebiasaannya. Semua ini membawa kepada kenaikan tersebut. Saban hari pada saat ini nilai dagangan melebihi RM2 billion sehari dan pada bulan April yang lepas nilai keseluruhan dagangan ialah RM40.6  Billion. Antara nilai bulanan yang tertinggi pernah dicapai Bursa Malaysia.

FY masih trading kaunter-kaunter fundamental yang undervalued dan berdividen kerana inilah kaunter-kaunter yang dikejar oleh para Fund Manager dan Institusi. Kaunter-kaunter berjajaran kecil untuk peruncit dijauhi kerana kebelakangan ini peratusan pelabur kecil yang memasuki pasaran adalah amat kecil. Jadi untuk menjana keuntungan dari kaunter-kaunter sebegini adalah sukar. 

Apapun berhati-hati kerana pasaran berada dalam jajaran yang tinggi dan ia perlu bernafas turun. Biarpun begitu sebarang kelemahan pasaran pada ketika ini sebenarnya ialah peluang untuk kita memasuki pasaran dan membeli saham-saham yang kukuh dan baik.

Hubungi FY di talian 016 666 7430 sekiranya anda perlukan bantuan untuk mengendalikan portfolio saham anda di Bursa Malaysia. FY sedia membantu.

Sekian dulu buat kali ini. Wassalam.

FY

PS 1 - Saham IPO Sona Petroleum di MITI dilanjutkan permohonannya kepada 9 Mei 2013 jam 5 petang.
PS 2 - Seminar Super Investor bersama FY yang seterusnya ialah pada hari Sabtu 15 Jun 2013 di Bangunan Gatah Asli Kuala Lumpur. Layari www.seminarsaham.com.my untuk mendaftar.
PS 3 - Stock Highlights FY hari ini - Alam Maritim at RM1.02.