Monday, April 9, 2018

MODAL PELABURAN SAHAM

KELAS SAHAM FY 117
MODAL PELABURAN SAHAM Part 2
Ramai yang bertanya FY akan isu ini. Maka ini jawapannya.

Analoginya kalau kita bawa RM1.00 ke pasar borong untuk membeli buah, buah apa yang akan dapat kita beli?
Bagaimana pula kalau kita bawa RM5.00?
Kalau RM100.00?

Jadi pastinya lagi banyak modal yang kita bawa lagi banyaklah pilihan yang kita ada dan lagi banyaklah buah-buahan yang boleh kita beli. Kita boleh cari buah yang baik dan berkualiti.

Buah yang baik ini juga kita boleh bawa balik dan jual dengan harga yang lebih tinggi. Ye tak?

Begitu jugalah dengan pasaran saham. Modal yang kecil menyebabkan pilihan kita terhad dan silap haribulan kita terbeli saham cap ayam atau saham murah yang tak bagus! Sama seperti kita terpaksa membeli buah yang tak elok yang hendak dibuang peniaga kerana buah masam, mengkal, terlebih ranum dan sebagainya di pasar borong kerana kita tak punya cukup modal.

Oleh sebab brokerage standard ialah pada RM40 atau 0.7% jadi pelaburan optima ialah pada kira-kira RM5000.00. Secara kasarnya pelaburan RM1000 pada harga saham RM1.00 atau 1000 unit saham ditambah dengan brokerage RM40 akan menyebabkan kos pembelian kita pada RM1040 atau RM1.04 sesaham. Saham itu kena naik dari RM1.00 ke RM1.08 atau 8 sen hanya untuk breakeven iaitu 8% kenaikan! Susah tu.

Begitu juga kasarnya pelaburan RM5000 pada harga saham RM1.00 atau 5000 unit saham ditambah dengan brokerage RM40 akan menyebabkan kos pembelian kita pada RM5040 atau RM1.008 sesaham. Saham itu hanya perlu naik dari harga RM1.008 ke RM1.02 atau RM5100 untuk breakeven. Itulah sebabnya optima pembelian saham ialah pada modal pelaburan RM5000.00 dan ke atas.

Melabur saham ialah bagi mendapatkan pendapatan secara pasif iaitu dengan menggunakan elemen duit untuk buat duit. Duit adalah umpannya. Lagi besar umpan lagi besarlah ikannya.

Harap catatan ini memberikan penjelasan yang jitu kepada anda semua.

Jangan lupa like dan share dan jadikan FY sebagai status see first dalam FB anda untuk mendapat catatan catatan pelaburan anda.

SC - Securities Commission
Seminar InvestSmart anjuran SC dimana FY adalah speakernya.

FZTH - Seminar lengkap, Basic Super Investors + Seminar TA Supertrader dan Advance. Modul Personal Coaching juga dimasukkan ke dalam seminar ini.

Sekian dulu
FY