Wednesday, June 26, 2013

Terkini Saham Terbitan Awam Air Asia X

Assalam...

Tahniah kepada pelabur Bumiputera Saham Terbitan Awam Air Asia X kerana ada pastinya berjaya mendapat saham-saham tersebut memandangkan 100% permohonan yang diterima diperuntukkan saham-saham tersebut. Tak kiralah samaada anda memohon dengan borang, melalui ATM atau Online Banking.

Apapun FY cuma nak ingatkan perkiraan saham tersebut ialah pada harga RM1.25 dan bukannya RM1.45. Jadi apa yang perlu anda lakukan ialah untuk membahagikan duit yang dikredit dengan RM1.25 untuk mengetahui jumlah saham yang telah berjaya anda terima itu.

InsyaAllah saham Air Asia X ini bagus dan FY yakin anda akan mendapat pulangan yang baik darinya kelak. Kalau tak pada hari penyenaraian InsyaAllah dalam jangkamasa 6 bulan hingga setahun ia akan mendatangkan hasil. Itu FY yakin. Seperkara lagi saham ini Syariah Compliance.

Saham-saham ini akan dimasukkan ke dalam akaun CDS tuan-tuan dan puan-puan pada 9 Julai 2013 sehari sebelum penyenaraian dan pada masa itu tuan-tuan dan puan-puan bolehlah cek dengan remisier tuan-tuan dan puan-puan. Kalau anda bukan pelanggan FY janganlah call FY pulak yer sebab nak tanya saham AAX tu dah masuk ke belum.

Anda semua akan menerima notification yang dihantar ke alamat anda nanti dari registrar juga refund yang juga akan dihantar kemudian. Kepada pemohon online banking anda pastinya sudah menerima refund tersebut.

Tahniah! Anda merupakan seorang pelabur yang bakal memangkinkan industri pasaran modal Malaysia. 

Untuk pengetahuan permohonan bukan bumiputera hanya mendapat 60% peluang bagi saham AAX ini.

Jemputlah ke Seminar Saham Super Investor bersama FY pada 6 Julai ini di Bangunan Lembaga Getah Asli kalau ingin tahu rahsia-rahsia pelaburan saham di Bursa Malaysia. Hubungi Puan Azila 012 2511755 untuk tujuan pendaftaran.

Kepada High Networth Clients yang berminat untuk mendapatkan blok saham RM250k untuk Ranhill atau blok saham RM375K untuk TerraGali boleh menghubungi FY. 

Sekian dulu buat kali ini.

FY
016 666 7430

Sunday, June 23, 2013

IPO MITI - Ranhill Energy and Resources

Ranhill Energy and Resources Berhad

Dimaklumkan bahawa keputusan peruntukkan saham bagi syarikat Ranhill Energy and Resources Berhad boleh disemak bermula 24/06/2013 dari jam 9.00 pagi – 5.00 petang di talian seperti berikut:
  • 03-8880 5063/5073/5068/5042/5090
Surat peruntukkan telah dihantar melalui pos kepada pelabur yang berjaya.
Walau bagaimanapun, salinan surat peruntukkan boleh diperolehi di MITI Putrajaya bermula 24/06/2013 dari jam 11.00 pagi – 5.00 petang.
Dokumen pembayaran dan Surat Akuterima boleh dimuat turun di website MITI () di bahagian Bumiputera Special Shares.
FY
012 654 0130
www.faizalyusup.net

Monday, June 17, 2013

Kursus Pelaburan Saham Terbaik!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah Seminar Saham Super Investor pada 15 Jun 2013 berjalan dengan lancar padat dengan pengisian-pengisian ilmu pelaburan saham di Bursa Malaysia. Semakin lama seminar ini bergerak maju dan setiap kali ia diadakan maka akan ada input baru yang bakal disampaikan. Dalam seminar kali ini pula, input mengenai Private Placement, SPAC, Testimoni Trader dan Investor Jutawan, Zakat Pendapatan serta input membongkar rahsia menjana keuntungan di pasaran saham telah didedahkan.

Terus terang walaupun FY agak letih namun FY berpuas hati kerana feedback peserta seminar amat memberansangkan dan mereka berpuas hati dengan pelaburan RM350.00 yang mereka rasakan begitu murah.

Seminar Super Investor seterusnya akan diadakan pada hari Sabtu 6 Julai 2013 dengan pengisian yang lagi padat dan mampan dengan harga promosi yang sama iaitu RM350.00. Terus terang ini adalah harga promosi yang terakhir kerana selepas Hari Raya nanti yuran penyertaannya akan dinaikkan kepada RM490.00 memandangkan pengisiannya yang amat padat apatah lagi berbaloi. Jadi jangan tunggu lagi. Ambillah peluang untuk mendaftar Seminar Saham Super Investor ini pada harga promosi ini.

Layari www.seminarsaham.com.my untuk tujuan pendaftaran.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar Seminar Super Investor yang baru lalu. Terima kasih FY ucapkan kepada semua peserta yang begitu sporting. Semoga anda semua dapat mempelajari sesuatu dan menjadi seorang pelabur yang bijak. InsyaAllah.

SEMINAR SAHAM SUPER INVESTOR 15 JUN 2013

Urusetia yang telah bersedia menunggu kehadiran peserta Seminar...
FY memulakan seminar...

Add caption

Dewan yang penuh!


Makan time...

Sesi bersama En Khalid Mohamed dari PPZWP...
Testimoni Super Investor...

Sesi membuka akaun saham... Sebanyak 55 akaun saham baru telah diterima untuk diproses...
Sesi Technical Analysis bersama Nabil Fikri MSTA
Dari kiri En Shamsul dari Sungai Petani, Lim dari Alor Setar dan En Ghaffar dari Melaka yang sanggup turun demi menimba ilmu pasaran saham...
Sesi penyampaian sijil penghargaan...
Sesi photography...

Sekian dulu buat kali ini. InsyaAllah kita jumpa dalam seminar-seminar yang akan datang!

FY
www.faizalyusup.net
www.seminarsaham.com.my



Tuesday, June 11, 2013

IPO Air Asia X dan Tony Fernandes


IPO Baru: AirAsia X Berhad

Tarikh Penting :

Pembukaan Terbitan Awam (10 Jun 2013)
Penutupan penawaran runcit (19 Jun 2013)
Pengundian (24 Jun 2013)
Penyenaraian (10 Julai 2013)

Kaedah Permohonan :

Borang putih, Permohonan melalui ATM atau Permohonan melalui Online Banking.

Pelabur-pelabur di MITI juga telah mendapat tawaran saham mereka dan mereka perlu menandatangani surat akuterima pada 14 Jun serta membuat pembayaran pada 19 Jun ini.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan blok saham melalui kaedah Book Building atau Private Placement Air Asia X dengan nilai RM250 ribu ke atas bolehlah menghubungi FY – 016 666 7430

Harga tawaran : RM1.45 sesaham

Manfaat :

Pelabur 10000 saham IPO = 1 percuma tiket AirAsia X pergi balik ke mana-mana destinasi diterbangkan oleh AirAsia X

Pelabur 100000 saham IPO = 3 percuma AirAsia X Pulangan tiket ke mana-mana destinasi diterbangkan oleh AirAsia X

Nota FY ;

Semalam FY berkesempatan untuk menyertai preview IPO Air Asia X ini yang disampaikan oleh Tan Sri Tony Fernandes sendiri dan apa yang FY boleh katakan secara keseluruhannya ialah ini adalah saham yang baik unutuk pelabur jangkamasa sederhana dan panjang. Ia merupakan growth stock memandangkan ia tidak memberikan pulangan dividen dalam jangkamasa yang terdekat.

Tony Fernandes membeli Air Asia pada harga RM1 dan sekarang ia bernilai lebih RM10 Billion! Mereka membeli Tune Insurance pada harga RM100 juta dan sekarang ia bernilai lebih RM1 billion. Perkara yang sama juga berlaku kepada Thai Air Asia.

Ia menunjukkan yang dia mempunyai track record yang baik.

Selain itu mereka juga mengatakan yang syarikat ini syariah compliance mengikut kriteria yang ditetapkan oleh SC.

Kalau kebanyakan IPO baru memperuntukkan sebahagian besar sahamnya kepada Pelabur Institusi lantas menyebabkan begitu sukar untuk pelabur individu untuk mendapatkan saham-saham IPO ini dengan lebih langganan yang begitu banyak, kali ini peluang telah tersedia bilamana Air Asia X membuat keputusan untuk memperuntukkan sebahagian besar saham IPO mereka kepada pelabur runcit.

Jadi FY rekomen saham Air Asia X untuk pelabur jangkamasa sederhana dan panjang.

Sekian dulu buat kali ini.

FY
greng70@yahoo.com

PS – Jemput ke Seminar Super Investor pada hari Sabtu 6 Julai 2013 di Bangunan Lembaga Getah Asli Kuala Lumpur bersama FY untuk mengetahui rahsia-rahsia pelaburan saham di Bursa Malaysia!


PSS – Alhamdulillah. Blog FY sudah melebihi 1,000,000 pengunjung!

Monday, June 10, 2013

KEPUTUSAN IPO MITI AIRASIA X BERHAD

IPO MITI AIRASIA X BERHAD

Dimaklumkan bahawa keputusan peruntukkan saham bagi syarikat AirAsia X Berhad boleh disemak bermula 11/06/2013 dari jam 11.00 pagi – 5.00 petang di talian seperti berikut:
 
03-8880 5025/5063/5077/5185/5180/5042
 
Surat peruntukkan boleh diambil di MITI Putrajaya pada 11/06/2013 bermula jam 2.00 petang – 5.00 petang.
Surat peruntukkan yang tidak diambil, akan dihantar melalui pos.
 
Dokumen pembayaran dan Surat Akuterima boleh dimuat turun di website MITI, di bahagian Bumiputera Special Shares.

    BORANG PEMBAYARAN (AAX1)
    DOKUMEN ARAHAN PEMBAYARAN (AAX2)
    SURAT AKUTERIMA (SURAT AKUTERIMA)

Friday, June 7, 2013

Kursus Pelaburan Saham bersama Faizal Yusup Julai 2013

Assalamualaikum...

Kepada yang tidak dapat menyertai seminar Super Investor pada 16 Jun ini disebabkan tiada lagi kekosongan. Pihak kami akan menganjurkan Seminar Saham Super Investor yang seterusnya iaitu pada hari Sabtu 6 Julai 2013 di Bangunan Lembaga Getah Asli, Kuala Lumpur. Pendaftaran akan dibuka minggu depan. Harap maklum.

FY
www.faizalyusup.net
016 666 7430

Seminar Saham Super Investor 15 Jun 2013 telahpun penuh...

Assalamualaikum...

Penyertaan Seminar Super Investor bersama FY pada 15 Jun ini telah ditutup kerana ia telahpun penuh. Harap bersabar InsyaAllah kami akan adakan satu lagi seminar yang sama sebelum bulan puasa nanti... Pihak kami akan memaklumkan tarikhnya nanti... Harap maklum dan harap maaf...

FY
012 666 7430

Sunday, June 2, 2013

Keputusan Undian IPO Leon Fuat Berhad

Assalamualaikum...

Berikut ini ialah keputusan undian IPO Awam Leon Fuat yang bakal disenaraikan pada 5 Jun nanti. Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang tidak berjaya jangan putus asa. Cuba lagi yer...


Kredit - www.mih.com.my

Kalau kita lihat kepad pelabur yang memohon 6000 unit saham mereka akan mendapar keseluruhan 6000 unit tersebut, kepada yang memohon 11000 unit mereka akan mendapat 9000 units saham, kepada yang memohon 20000 unit mereka sekadar mendapat 12000 unit saham dan kepada yang memohon 50000 unit saham mereka cuma mendapat 15000 unit saham tersebut.

Ini jelas menunjukkan yang tak bannyak saham Leon Fuat yang diperuntukkan kepada para pelabur. Pelabur yang memohon di MITI juga cuma mendapat 15000 unit tak kiralah berapa banyak yang mereka pohon.

Ia terlebih langganan sebanyak 23 kali dan ini jelas menujukkan yang saham ini kemungkinan besar akan naik pada hari penyenaraiannya kelak.

Buat masa ini belum ada FV atau harga sasaran yang dapat FY kongsikan bersama anda semua begitu juga dengan kedudukan syariahnya memandangkan inilah dua soalan yang sering ditanya kepada FY acapkali sesuatu IPO dibuka untuk penyenaraiaian.

Sekian dulu. Nantikan IPO Sona Petroleum dan Air Asia X yang akan keluar tak berapa lagi.

FY

PS - Jangan lupa datang ke Seminar Super Investor yang akan FY kendalikan pada 15 Jun ini. Pada harga RM350.00 ia memang berbaloi dan banyak yang akan FY kongsikan kepada anda semua. Layari www.seminarsaham.com.my untuk tujuan pendaftaran. Terima kasih.