Thursday, April 26, 2012

Membeli saham IPO MITI FGVH


IPO MITI FELDA GLOBAL VENTURES HOLDINGS BERHAD TELAH KELUAR

Salam Sejahtera, akhirnya IPO FGVH sudah boleh dipohon di MITI.

LAYARI WESITE INI UNTUK MENGISI BORANG PERMOHONAN ;


Jumlah Saham Khas Yang diperuntukkan: 419,537,400 unit

Harga Par : RM 1.00 seunit

Hubungi FY di 012-6540130 atau emel greng70@yahoo.com untuk mendapatkan harga tawarannya.

Aktiviti Syarikat ;
FGVH is a global agricultural and agricommodities business company based in Malaysia, with operations across 10 countries. Its primary business activities are classified into three business segments: plantations business, downstream business and sugar business.

Akan disenaraikan di Pasaran Utama, Bursa Malaysia Securities Berhad
Bank Penasihat : CIMB Investment Bank Berhad dan Maybank Investment Bank Berhad

Tarikh Tutup Permohonan

04 Mei 2012 (Jumaat) Pengisian dan cetakan borang melalui atas talian (on-line) selewat-lewatnya jam 12.30 tengahari Penghantaran dokumen permohonan selewat-lewatnya jam 5.00 petang

FY rekomen stok ini. 

Wednesday, April 25, 2012

FAQ IPO di MITI


Soalan Lazim Mengenai Permohonan IPO MITI

1. SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON SAHAM KHAS BUMIPUTERA?

Pemohon mesti memenuhi syarat-syarat berikut:

Individu

• warganegara Malaysia;
• berstatus Bumiputera;
• berumur 18 tahun ke atas; dan
• mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

Nota:  Pelajar adalah tidak layak memohon.

Syarikat

• Syarikat Sendirian Berhad sahaja;
• Modal Berbayar melebihi RM100,000;
• Pemegang saham adalah 100% Bumiputera;
• Ahli Lembaga Pengarah adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
• Kakitangan sokongan adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera;
• Minimum jumlah pekerja adalah seramai dua (2) orang tidak termasuk pemegang saham/ahli lembaga pengarah; dan
• mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

Koperasi

• Pemegang saham/ahli koperasi adalah sekurang-kurangnya 95% Bumiputera; dan
• mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

Nota: Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) adalah tidak layak memohon.

2. APAKAH DOKUMEN-DOKUMEN BERKAITAN UNTUK MEMOHON SAHAM KHAS BUMIPUTERA?

Individu

• mengisi borang IND/SP-QP07-L05 secara atas talian (online);
• salinan kad pengenalan/surat pengesahan status Bumiputera yang jelas;
• salinan akaun sistem depositori pusat (CDS) atas nama sendiri ;
• salinan penyata bank 3 bulan TERKINI ( transaksi berserta baki) dan disahkan
oleh pegawai bank (nama & nombor staf) berserta cop bank ; dan
• salinan penyata buku ASB/Tabung Haji TERKINI (transaksi) dan disahkan oleh
pegawai bank (nama & nombor staf ) berserta tarikh dan cop bank .
• surat sokongan pembiayaan kewangan (jika ada);

Nota: bagi pegawai Kerajaan , sila dapatkan surat kebenaran daripada Ketua Jabatan untuk melanggan saham khas ini.

Syarikat

• mengisi borang IND/SP-QP07-L03;
• salinan akaun sistem depositori pusat (CDS) atas nama syarikat ;
• salinan penyata bank 3 bulan TERKINI ( transaksi berserta baki) dan disahkan oleh pegawai bank (nama & nombor staf) berserta cop bank ;
• surat sokongan pembiayaan kewangan (jika ada);
• penyata caruman KWSP (majikan & pekerja) disahkan oleh Setiausaha Syarikat yang bertauliah .
• cetakan terkini ( terdapat 6 mukasurat ) maklumat syarikat daripada SSM;
• Laporan Kewangan Tahunan/ Audited Account yang TERKINI disahkan oleh Juru Audit Bertauliah ; dan
• keputusan resolusi Ahli-ahli Lembaga Pengarah bagi melanggan saham ;

Koperasi

• mengisi borang IND/SP-QP07-L04;
• Sijil Pendaftaran & senarai keahlian disahkan oleh Setiausaha Koperasi ;
• Undang-undang Kecil Koperasi disahkan oleh Setiausaha Koperasi ;
• salinan akaun sistem depositori pusat (CDS) atas nama koperasi ;
• salinan penyata bank 3 bulan TERKINI ( transaksi berserta baki) dan disahkan
oleh pegawai bank (nama & nombor staf) berserta cop bank ;
• surat sokongan pembiayaan kewangan (jika ada);
• Laporan Kewangan Tahunan/ Audited Account yang TERKINI disahkan oleh Juru
Audit Bertauliah ; dan
• keputusan resolusi Ahli-ahli Lembaga bagi melanggan saham ;

3. ADAKAH PEMOHON PERLU MENDAFTAR SEBAGAI PELABUR BUMIPUTERA DI MITI?

Pendaftaran hanya terbuka kepada Syarikat Sendirian Berhad dan Koperasi sahaja dengan
mengisi borang ID/(SB/B/K).

4. ADAKAH PELABUR (SYARIKAT/KOPERASI) BUMIPUTERA YANG BERDAFTAR SAHAJA AKAN DIBERI PERUNTUKAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA?

Tidak perlu daftar. Tetapi keutamaan akan diberikan kepada yang berdaftar.

5. BAGAIMANAKAH CARA PEMOHON UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI PELABUR BUMIPUTERA?

Borang pendaftaran boleh diperolehi melalui laman web MITI (http://saham.miti.gov.my).

6. APAKAH PROSEDUR-PROSEDUR UNTUK MELANGGAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA?

Individu

• mengisi borang IND/SP-QP07-L05 secara atas talian (online);
• mencetak borang permohonan;
• menghantar borang permohonan bersama-sama dokumen-dokumen berkaitan secara pos atau tangan kepada:

Pengarah Seksyen Pembangunan Perniagaan Bumiputera Bahagian Pembangunan Keusahawanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri Aras 7, Blok Menara, Menara Usahawan No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2 62652 Putrajaya

Syarikat/Koperasi

• surat permohonan/ cover letter dengan menyatakan nama syarikat yang menawarkan
saham dan bilangan unit saham yang dipohon ;
• mengisi borang IND/SP-QP07-L03 (syarikat) atau borang IND/SP-QP07-L04 (koperasi);
• mencetak borang permohonan;
• menghantar borang permohonan bersama-sama dokumen-dokumen berkaitan secara pos atau tangan kepada:

Pengarah Seksyen Pembangunan Perniagaan Bumiputera Bahagian Pembangunan Keusahawanan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri
Aras 7, Blok Menara,
Menara Usahawan
No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya

Nota: permohonan melalui emel atau faks tidak akan diterima (ditolak).

7. BAGAIMANAKAH PEMOHON BOLEH MELANGGAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA?

Makluman mengenai peruntukan saham khas Bumiputera akan dipaparkan
dalam web MITI (http://saham.miti.gov.my) dari semasa ke semasa. Borang
permohonan atas talian (online) bagi individu hanya akan dibuka sekiranya ada tawaran peruntukan saham khas Bumiputera.

8. BAGAIMANAKAH PEMOHON BOLEH MENGETAHUI KEPUTUSAN PERUNTUKAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA YANG DILULUSKAN OLEH MITI?

Sila layari laman web miti ( http://saham.miti.gov.my) dari semasa ke semasa selepas dua (2) minggu tarikh tutup permohonan. Keputusan adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan diterima .

9. ADAKAH ANAK SYARIKAT MILIK KERAJAAN NEGERI BOLEH MEMOHON PERUNTUKAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA?

Boleh. Walau bagaimanapun, keputusan muktamad adalah tertakluk kepada
kelulusan pihak MITI.

10. BERAPAKAH UNIT SAHAM YANG BOLEH DIPOHON? ADA HAD MAKSIMA DAN MINIMA?

Minima unit saham yang boleh dipohon ialah sebanyak 1,000 unit sahaja, manakala tiada had maksima ditetapkan. Keputusan muktamad adalah tertakluk kepada kelulusan pihak MITI.

11. KENAPA PENYATA KEWANGAN PENTING? KALAU TIADA DUIT DALAM AKAUN, ADAKAH PERMOHONAN AKAN DITOLAK?

Permohonan akan ditolak sekiranya pemohon tidak dapat membuktikan penyata / sumber kewangan yang mencukupi untuk melanggan saham yang dipohon.

12. SEKIRANYA PEMOHONAN ADALAH INDIVIDU, BOLEHKAH SUAMI/ISTERI DAN ANAK-ANAK MEMOHON?

Boleh memohon. Keputusan muktamad adalah tertakluk kepada kelulusan pihak MITI.

Dipetik dari Laman Web MITI


NOTA :

Hubungi FY sekiranya anda ingin FY bantu dalam hal permohonan saham di MITI ini dengan syarat tuan puan membuka akaun saham CDS dengan FY.

Mempunyai Akaun CDS ini adalah wajib bagi permohonan saham di MITI ini oleh itu untuk membuka akaun CDS begini caranya ;

Sekiranya anda ingin membuka akaun saham CDS ini, maka berikut adalah langkahnya ;

1. Berikan nama dan alamat penuh berserta dengan nombor telefon untuk dihubungi.

2. Pihak kami akan menghantarkan borang-borang tersebut dengan pos laju.

3. Di dalamnya kami serta cara mengisi borang-borang tersebut.

4. Sertakan 6 salinan kad pengenalan dan 2 salinan muka depan buku bank atau penyata akaun semasa beserta RM20.00. RM10.00 yuran CDS dan RM10.00 lagi kos pos laju pihak kami. 

5. Kembalikan kepada alamat berikut ; 

Haji Faizal Yusup
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad, 
Lot 240, Tkt 2. 
The Curve, 
Mutiara Damansara, 
47800 Petaling Jaya, 
Selangor. 
Berdekatan IKEA Damansara.
No Tel Pejabat - 03 77270804.

atau

Anda boleh datang sendiri ke alamat di atas.

Pihak kami akan membuka akaun CDS itu dengan seberapa segera dan anda akan mendapat surat pengesahan dari Bursa Malaysia selepas itu.

Akaun Trading dan Akaun Trading Online akan diberikan juga secara PERCUMA.

Sekiranya anda perlukan khidmat FY sebagai perunding portfolio pelaburan anda, perlukan khidmat nasihat saham dan sebagainya bukalah akaun saham dengan FY. Membuka akaun CDS cuma RM10 sahaja. Terus terang tip saham dan kemasukan ke dalam Kelab Pelaburan hanya FY berikan kepada pelanggan FY sahaja.

Hubungi saya Faizal Yusup remisier di Kenanga Investment Bank Berhad di talian 012 654 0130 atau Emel kepada greng70@yahoo.com. InsyaAllah FY sedia membantu.

Sekian.


PS – FY akan menjalankan SEMINAR SEHARI BIJAK MELABUR  yang mana salah satu pengisiannya ialah mengenai pelaburan saham melalui IPO MITI ini. Ia akan dijalankan dalam bulan Jun nanti. Kepada yang berminat sila hubungi FY melalui emel atau no HP di atas. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!Top of Form

Monday, April 23, 2012

Tanya Soalan Saham Pada FY


Salam Sejahtera...

Sebenarnya ramai yang bertanya pada FY tentang itu ini mengenai pasaran saham. Kekadang soalan yang ditanya itu pula sudah FY tulis dalam blog tapi ramai orang kita yang begitu malas untuk mencari apatah lagi membacanya. Oleh yang demikian acapkali soalan yang ditanya itu adalah soalan-soalan lazim yang terpaksa FY jelaskan berkali-kali.

Pada FY semua ini membuang masa dan tenaga yang jitu kerana banyak perkara lain yang boleh FY buat daripada menaip dan menerangkannya berkali-kali kepada orang yang berbeza. Kekadang ada yang menyangka FY tak mahu menolong tapi anda di tempat FY, FY rasa lambat laun anda juga akan jemu dan tertekan agaknya.

Memang hakikatnya FY ingin membantu meningkatkan ekonomi ummah tapi kalau sehari dekat 50 panggilan telefon, sms, email dan msg di Facebook yang perlu dijawab, penat juga rasanya. Kalau yang bertanya itu merupakan pelanggan FY tak mengapalah, persoalannya kekadang mereka yang bertanya itu sudah ada remiser di tempat lain. Persoalannya kenapa tak ditanya pada remisier mereka masing-masing? Semua ini sebenarnya termasuklah dalam perkhidmatan yang perlu remisier mereka jalankan. Kenapa buka akaun dengan remisier yang tak boleh jawab pelbagai soalan yang anda ingin ketahui itu.

Ada juga yang buka akaun secara online bertujuan untuk mengurangkan caj komisyen yang perlu dibayar dan siapa yang jadi mangsa persoalan mereka? FY jugak... Tanya itu ini tapi akaun di tempat lain.

Suruh buka akaun saham dengan FY yang cuma memakan belanja RM10 tu taknak pulak. Lepas tu marah FY pulak kata tak nak tolong dan itu ini. FY sepatutnya membantu kerana FY Naib Presiden PRIBUMI dan sebagainya. FY naib Presiden Remisier bang. FY tolong remisier bolehlah. Agak-agaknya ramai ke yang bertanya Dato' Dr Fadilah Kamsah dan mendapat perkhidmatan motivasi dan kaunselingnya secara percuma? Mungkin tidak kot. 

Oleh itu, apa kata tuan puan buka akaun saham dengan FY, bagilah FY sedikit business dan pastinya FY akan jawab semua soalan yang ingin anda tahu itu memandangkan anda adalah pelanggan FY.

Maaflah yer kalau FY adakalanya tak dapat jawab soalan anda. FY harap anda faham atau kekadang FY jawab dalam keadaan angin sebab dah penat agaknya lagipun FY cuma manusia biasa yang tak lari dari salah dan silap.

Sekian dulu.

FY
012 654 0130
www.faizalyusup.net


Sekiranya anda perlukan khidmat saya sebagai perunding portfolio pelaburan anda, perlukan khidmat nasihat saham dan sebagainya bukalah akaun saham dengan FY. Membuka akaun CDS cuma RM10 sahaja. Terus terang tip saham dan kemasukan ke dalam Kelab Pelaburan hanya FY berikan kepada pelanggan FY sahaja.

Hubungi saya Faizal Yusup remisier di Kenanga Investment Bank Berhad di talian 012 654 0130 atau Emel kepada greng70@yahoo.com. InsyaAllah FY sedia membantu.

Friday, April 20, 2012

Saham Felda Global Ventures Berhad Di MITI


BERITA PENTING - FY DENGAR DARI SUMBER YANG BOLEH DIPERCAYAI PERUNTUKAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA DI MITI BAGI FELDA GLOBAL VENTURES DAN GAS MALAYSIA AKAN KELUAR SERENTAK MINGGU DEPAN. HARAP ANDA DAPAT MEMBUAT PERSIAPAN UNTUK MELANGGANINYA.

Bagi yang telah memohon saham Gas Malaysia dahulu mereka tak perlu memohonnya sekali lagi.

Berikut ini FY terakan kaedah terkini membeli saham peruntukan khas Bumiputera di MITI. Untuk pengetahuan anda buat masa ini borang permohonan tersebut perlu dilakukan secara online di Website MITI dan buat masa ini ia masih belum keluar lagi. Andai ia telah keluar maka inilah yang perlu anda lakukan ;


1. Pergi ke website MITI, isi borang permohonan untuk membeli saham tersebut. (Pastikan anda telah mempunyai akaun CDS)

2. Print borang tersebut.
3. Lampirkan bersama salinan IC yang disahkan.
4. Lampirkan salinan penyata kewangan samaada penyata Bank selama 3 bulan, salinan buku ASB atau Akaun Amanah Saham yang lain mahupun Akaun Tabung Haji.
5. Hantarkan terus ke MITI sebelum tarikh tutupnya.
atau
6. Hantarkan pada FY sekiranya ingin FY membantu memastikan semua dokumen lengkap dan menghantarnya ke MITI. (Kalau hantar pada FY kena caj 1 sen untuk Persatuan Remisier Bumiputera.)

UNTUK MEMBUKA AKAUN CDS


Untuk membeli dan menjual saham tak kiralah sekiranya anda mendapat saham tersebut melalui Blue Form, Pink Form, IPO, ESOS dan lain-lain anda perlu membuka akaun saham. Akaun saham ini dinamakan akaun CDS. Berikut adalah cara membukanya ;

Bagi warganegara Malaysia ;

1.   Kita perlukan salinan kad pengenalan
2.   Kita perlukan RM10.00 untuk membuka akaun CDS ( Central Depository System ) dengan MCD ( Malaysian Central Depository Sdn Bhd )(- bertujuan untuk menyimpan saham tersebut.)
3.   Buka akaun trading dengan broker / remisier yang terlibat.
4.   Salinan muka depan buku akaun bank bagi tujuan E Dividen.

PERKHIDMATAN MEMBUKA AKAUN CDS

Kami ada menyediakan perkhidmatan untuk membuka akaun CDS ini bagi warga Malaysia. Apa yang perlu anda lakukan ialah ;


1. Berikan nama dan alamat penuh berserta dengan nombor telefon untuk dihubungi.

2. Pihak kami akan menghantarkan borang-borang tersebut dengan pos laju.

3. Di dalamnya kami serta cara mengisi borang-borang tersebut.

4. Sertakan 6 salinan kad pengenalan dan 2 salinan muka depan buku bank atau penyata akaun semasa beserta RM20.00. RM10.00 yuran CDS dan RM10.00 lagi kos pos laju pihak kami. 

5. Kembalikan kepada alamat berikut ; 

Haji Faizal Yusup
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad, 
Lot 240, Tkt 2. 
The Curve, 
Mutiara Damansara, 
47800 Petaling Jaya, 
Selangor. 
Berdekatan IKEA Damansara.
No Tel Pejabat - 03 77270804.

atau

Anda boleh datang sendiri ke alamat di atas.

Pihak kami akan membuka akaun CDS itu dengan seberapa segera dan anda akan mendapat surat pengesahan dari Bursa Malaysia selepas itu.

Akaun Trading dan Akaun Trading Online akan diberikan juga secara PERCUMA.


Sekiranya anda perlukan khidmat FY sebagai perunding portfolio pelaburan anda, perlukan khidmat nasihat saham dan sebagainya bukalah akaun saham dengan FY. Membuka akaun CDS cuma RM10 sahaja. Terus terang tip saham dan kemasukan ke dalam Kelab Pelaburan hanya FY berikan kepada pelanggan FY sahaja.

Hubungi saya Faizal Yusup remisier di Kenanga Investment Bank Berhad di talian 012 654 0130 atau Emel kepada greng70@yahoo.com. InsyaAllah FY sedia membantu.

Sekian harap maklum.

FY

012 654 0130
Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera
AJK Biro Penerangan
greng70@yahoo.com


Thursday, April 19, 2012

Pink Form Felda



Salam mesra... 

Oleh sebab terdapat pertanyaan yang banyak mengenai Borang Pink dalam penyenaraian Felda Global Ventures maka kali ini FY akan terangkan pula mengenai perihal Borang Pink ini.

Kita recall balik tulisan FY tempohari dalam artikel yang menjelaskan tentang Borang Biru.

Selalunya dalam sesuatu penyenaraian, peruntukan saham-saham dibahagikan kepada tiga atau segmen aatau lima segmen iaitu;

  1. Peruntukan Pink Form atau Borang Merah Jambu diberikan kepada kakitangan syarikat dan pengarah syarikat dan mereka perlu membayar penuh berdasarkan harga tawaran Saham Terbitan Awamnya.
  2. Kadang-kadang peruntukan Blue Form atau Borang Biru dikeluarkan khas untuk kakitangan mahupun orang-orang yang penting dalam membangunkan syarikat tersebut. Berbeza dengan Borang Merah Jambu, Borang Biru selalunya diberikan secara percuma.
  3. Green Form atau Borang Hijau pula diperuntukan kepada pelabur-pelabur institusi mahupun pelabur high networth dengan jumlah pelaburan minima RM 250,000.00.
  4. Seterusnya peruntukan saham di MITI untuk pelabur-pelabur yang dipilih oleh pihak MITI.
  5. Akhir sekali White Form atau Borang Putih untuk pelabur awam.

Dalam hal borang pink ini peruntukannya akan bergantung kepada pangkat dan berapa lama dia bekerja dengan syarikat yang bakal disenaraikan itu.

Katalah kakitangan itu mendapat penruntukan atau entitlement sebanyak 10,000 unit pada harga tawaran RM5.00 maka dia perlu membayar dengan sejumlah RM50,000.00 bagi mendapatkan saham tersebut.

Kaedah 1 – Bayar dengan duit sendiri.
Dalam kaedah ini maka kakitangan tadi perlu membuat bank draft sebanyak RM50,000 dan hantarkan bersama borang pink yang telah siap diisi ( Pastikan sudah ada akaun CDS) beserta salinan kad pengenalan kepada issuing house yang mana alamatnya tertera di belakang borang pink tersebut.

Kaedah 2 – Memohon pinjaman Bank.
Dalam kaedah ini kakitangan yang mendapat borang pink tadi memohon pinjaman share financing dari pihak Bank dan pinjaman ini boleh diberikan antara 60% hingga 100% berdasarkan budibicara bank dan berdasarkan risiko saham yang bakal disenaraikan. Selalunya jangkamasa atau tenur pinjaman ini singkat antara 3 hingga 6 bulan sahaja. Dalam lain perkataan saham itu perlu dijual sebelum tempoh pinjaman itu tamat. Di sini pihak Bank akan menyediakan Bank Draft bagi tujuan pembayaran saham tersebut.

Pada masa yang sama Akaun CDS saham perlu dibuka untuk saham itu dimasukkan oleh pihak registar ke dalam akaun CDS kakitangan tadi beberapa hari sebelum penyenaraian.

Setelah semua ini selesai, hantarkan borang pink yang lengkap diisi dengan nama penuh, alamat, jumlah saham, no akaun CDS disertakan dengan Bank Draft dan satu salinan kad pengenalan kepada pihak Issuing house.

Setelah semuanya selesai maka tak lama kemudian Registrar syarikat akan memasukkan saham-saham itu ke dalam akaun-akaun CDS pihak-pihak yang diperuntukan saham tersebut.

Saham itu kemudiannya akan disenaraikan di Bursa Malaysia untuk didagangkan. Anda boleh menghubungi remisier atau dealer anda untuk menjual saham-saham tersebut. Kalau saham itu naik maka ia akan menguntungkan tapi sebaliknya kalau saham itu turun maka ia bakal merugikan. Kenaikan dan penurunan saham itu bergantung kepada pelbagai faktor baik dari keadaan pasaran semasa, jenis industri, jenis perniagaan, asas syarikat dan sebagainya. Mungkin juga saham itu telah overvalue lantas menyebabkan penurunan harganya.

Satu masalah bagi mereka yang mengambil pinjaman, andai saham itu tidak naik maka mereka akan kena apa yang dinamakan margin call yang mana mereka terpaksa menjual saham itu secara paksa dengan kerugian dan interest yang perlu dibayar kepada pihak bank atau mereka terpaksa menambah duit kepada pembiaya bagi mengelakkan saham-saham tersebut dari dijual. Dalam hal ini membeli saham itu dengan duit sendiri adalah jauh lebih selamat.

Apa akan jadi sekiranya saham borang pink ini tidak diambil?

Sekiranya ia tidak diambil kakitangan yang diperuntukkan saham tersebut maka ia akan disalurkan ke segmen yang lain. Selalunya kepada pihak Bank Penasihat yang merupakan underwriter kepada saham syarikat tersebut. Kalau saham itu naik maka merekalah yang beruntung dan sebaliknya sekiranya saham itu turun mereka akan menyimpannya untuk satu jangkamasa yang lebih panjang menanti kenaikan harganya dimasa-masa yang mendatang.

FY harap artikel ini cukup jelas untuk menerangkan akan perihal borang pink dalam sesuatu penyenaraian. Kalau anda mendapat borang pink ini dan mahu membuka akaun CDS saham hubungi FY, FY sedia membantu. Kalau anda mendapat borang pink ini dan tak tahu samaada harga sahamny aakan naik atau turun hubungi FY, mungkin FY boleh memberikan sedikit pandangan mengenainya.

Sekian.

FY mengundur diri dahulu.

FY
012 654 0130
www.faizalyusup.net


Sekiranya anda perlukan khidmat FY sebagai perunding portfolio pelaburan anda, perlukan khidmat nasihat saham dan sebagainya bukalah akaun saham dengan FY. Membuka akaun CDS cuma RM10 sahaja. Terus terang tip saham dan kemasukan ke dalam Kelab Pelaburan hanya FY berikan kepada pelanggan FY sahaja.

Hubungi saya Faizal Yusup remisier di Kenanga Investment Bank Berhad di talian 012 654 0130 atau Emel kepada greng70@yahoo.com. InsyaAllah FY sedia membantu.

Wednesday, April 18, 2012

Kursus Pelaburan Saham kendalian Faizal Yusup


Gambar diambil semasa seminar pertama yang FY jalankan di Hotel Vistana Julai 2010 dengan 
Shamsudin Yahaya CFA sebagai speaker jemputan.

Salam sejahtera,

Oleh sebab ramai orang kita yang kurang pengetahuannya dalam pasaran saham dan oleh sebab banyaknya permintaan yang FY terima, FY bercadang untuk mengadakan seminar saham yang kedua dalam bulan Jun nanti dengan matlamat menjadikan anda pelabur yang celik dan tahu mengambil peluang-peluang menjana keuntungan di Bursa Malaysia dengan pelbagai kaedah yang bakal diterangkan seperti ;


  • Kaedah asas Fundamental, Financial dan Technical Analysis
  • Rahsia menjana keuntungan menggunakan kaedah MK Experience
  • Rahsia mendapatkan tawaran saham IPO
  • Rahsia mendapatkan peruntukan saham di MITI
  • Menjana keuntungan pelaburan saham Kaedah CSI - Kaedah yang diasaskan FY sendiri.


Mengetahui hakikat menjalankan pelaburan saham secara bersendirian adalah sesuatu yang sukar jadi peserta seminar ini akan secara automatik akan dijemput masuk ke dalam Kelab Pelaburan Saham di Facebook yang di dalam terdiri daripada ramai pakar-pakar pelaburan saham yang mana boleh membantu anda dalam apa juga perihal pelaburan saham. Penyertaan anda ke dalam kelab ini adalah secara PERCUMA bilamana anda menyertai seminar saham ini.

Anda juga boleh membuka akaun CDS, Trading dan Online secara PERCUMA bagi memulakan portfolio pelaburan saham anda. Program Kit juga akan diberikan secara PERCUMA.

Semua ini hanya dengan pelaburan sebanyak RM390.00. Penyertaan awal sebelum 31 Mei 2012 akan mendapat rebat diskaun sebanyak RM40.00.

Sekiranya anda berminat untuk menyertainya sila hantarkan emel ke greng70@yahoo.com atau dan maklumat selanjutnya mengenai seminar ini akan diberitahu kemudian.

Percayalah seminar sehari ini akan membuka mata anda tentang pelaburan saham di Bursa Malaysia dan dengan ini memudahkan anda menjana keuntungan melalui kaedah pelaburan saham!

Untuk mendaftar hubungi ;

FY - 012 654 0130
Zuhri Zain - 012 629 0407
Azila Ismail - 012 2511 755

Sekian dulu.

FY

Sunday, April 8, 2012

Apa Itu Remisier Dan Apa Fungsinya?

PERKHIDMATAN REMISIER SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selain menyimpan di Bank dan melabur dalam simpanan amanah, rumah dan tanah, anda sebenarnya juga boleh melabur saham di Bursa Malaysia. Melabur dalam syarikat-syarikat kukuh dalam negara yang disenaraikan. Pertumbuhan dan kemajuan syarikat-syarikat ini pula akan memberikan pulangan yang baik kepada pelaburan anda.

Di negara ini masih ramai orang kita yang belum mempunyai akaun CDS iaitu akaun pelaburan saham. Akaun yang perlu dibuka di syarikat-syarikat broker saham bagi menjalankan urusniaga jual beli saham-saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Sebenarnya dalam 28 juta penduduk Malaysia hanya 300,000 sahaja akaun CDS yang aktif. Oleh itu anda mungkin salah seorang daripada rakyat Malaysia yang belum melabur saham dan belum punya akaun CDS ini.

Ada mungkin punya akaun bank, punya akaun amanah saham, punya Insuran dan punya kad kredit tapi belum tentu ada punya akaun CDS. Akaun saham yang boleh dibuka dengan yuran sebanyak RM10.00 sahaja.

Ia sebenarnya amat berguna bila anda ingin memohon saham IPO atau saham terbitan awam, peruntukan saham Blue Form, Pink Form atau ESOS yang diberikan kepada kakitangan syarikat, memohon saham di MITI dan sebagainya. Dalam semua hal ini anda perlukan akaun saham CDS.

Mungkin anda tak punya langsung pengalaman dan pengetahuan mengenai bidang saham ini tapi tak mengapa kerana dalam hal ini Remisier iaitu wakil peniaga saham yang berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission boleh membantu anda. Saya Faizal Yusup @ FY juga seorang remisier dan boleh memberikan perkhidmatan seperti ;

  • Membantu membuka akaun CDS, Trading, Margin, Online mahupun Global.
  • Membantu dalam peruntukan saham ESOS.
  • Membantu dalam peruntukan saham Blue Form dan Pink Form.
  • Membantu dalam permohonan peruntukan khas saham bumiputera di MITI.
  • Membantu mendapatkan pinjaman saham-saham dimana perlu.
  • Membantu anda memahami produk-produk dalam pasaran saham di Bursa Malaysia.
  • Membantu memahami selok belok pasaran saham di Bursa Malaysia
  • Memberikan tutorial mengenai pasaran saham baik dengan kaedah Fundamental, Financial, Technical, Kaedah-kaedah yang lain dan
  • Banyak perkhidmatan yang lain lagi.

Untuk mendapatkan semua perkhidmatan di atas maka anda disarankan membuka akaun CDS dan untuk membukanya anda boleh menghubungi FY di nombor talian 016 6667430 atau datang sendiri ke pejabat FY di 

Kenanga Investment Bank Berhad, 
Lot 240, Tkt 2. 
The Curve, 
Mutiara Damansara, 
47800 Petaling Jaya, 
Selangor. 
Berdekatan IKEA Damansara.
No Tel Pejabat - 03 77270804.

Memulakan pelaburan saham umpama bermain bungee jumping, ia menakutkan pada mulanya untuk terjun tetapi kalau kita dah terjun berkali-kali maka ia akan menjadi lebih mudah. Bagaimanapun FY akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda.

Apapun risiko pelaburan saham sama sahaja umpama risiko perniagaan, bukan semua pelaburan membawa keuntungan kerana adakalanya kerugian juga boleh berlaku.

Sekian dulu.

FY
No Lesen – CMSRL/A3951/2007
012-6540130

Thursday, April 5, 2012

Akaun CDS untuk ESOS, Pink Form, Blue Form, MITI, IPO dll


APA ITU AKAUN CDS?

Sekiranya anda mendapat peruntukan saham baik melalui Blue Form, Pink Form, ESOS, IPO atau anda ingin memohon peruntukan saham bumiputera di MITI maka anda WAJIB ada akaun CDS. Kalau tidak saham tersebut tidak berharga kerana ia tak boleh dijual.

Akaun CDS atau nama panjangnya Central Depository System adalah tempat dimana saham-saham tersebut bakal disimpan. Untuk pengetahuan semua, CDS ini sebenarnya telah bertukar nama kepada Bursa Malaysia Depository.

Untuk menjalankan urusniaga saham tersebut di Bursa Malaysia pula anda perlu membuka akaun Trading saham yang dikendalikan oleh seorang wakil peniaga yang dikenali sebagai Dealer’s Representative atau Remisier yang berlesen.

FY adalah salah seorang remisier yang berlesen dengan Suruhanjaya sekuriti. (SC)

Sekiranya anda ingin membuka akaun saham CDS ini, maka berikut adalah langkahnya ;

1. Berikan nama dan alamat penuh berserta dengan nombor telefon untuk dihubungi.

2. Pihak kami akan menghantarkan borang-borang tersebut dengan pos laju.

3. Di dalamnya kami serta cara mengisi borang-borang tersebut.

4. Sertakan 6 salinan kad pengenalan dan 2 salinan muka depan buku bank atau penyata akaun semasa beserta RM20.00. RM10.00 yuran CDS dan RM10.00 lagi kos pos laju pihak kami. 

5. Kembalikan kepada alamat berikut ; 

Haji Faizal Yusup
Top Performing Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad, 
Lot 240, Tkt 2. 
The Curve, 
Mutiara Damansara, 
47800 Petaling Jaya, 
Selangor. 
Berdekatan IKEA Damansara.
No Tel Pejabat - 03 77270804.

atau

Anda boleh datang sendiri ke alamat di atas. 

Pihak kami akan membuka akaun CDS itu dengan seberapa segera dan anda akan mendapat surat pengesahan dari Bursa Malaysia selepas itu.

Akaun Trading dan Akaun Trading Online akan diberikan juga secara PERCUMA.

Sekiranya anda perlukan khidmat FY sebagai perunding portfolio pelaburan anda, perlukan khidmat nasihat saham dan sebagainya bukalah akaun saham dengan FY. Membuka akaun CDS cuma RM10 sahaja. Terus terang tip saham dan kemasukan ke dalam Kelab Pelaburan hanya FY berikan kepada pelanggan FY sahaja.

Hubungi saya Faizal Yusup remisier di Kenanga Investment Bank Berhad di talian 012 654 0130 atau Emel kepada greng70@yahoo.com. InsyaAllah FY sedia membantu.

Sekian.