KONSPIRASI YANG MENJATUHKAN
PASARAN SAHAM
SALAH SIAPA PASARAN SAHAM
JATUH?
1998 – Bermula dengan serangan
penyangak matawang menjatuhkan nilai RM hingga paras RM4.88 bagi setiap USD1 secara
langsung menyebabkan kejatuhan pasaran saham melebihi 95% dari paras
tertingginya dengan alasan risiko ekonomi dan risiko politik membawa keuntungan
yang berlipat kali ganda kepada mereka. Adakah sejarah ini akan berulang lagi?
Pada FY semua ini adalah
Konspirasi Barat dengan niat jahat dengan satu tujuan – untuk mendapat
keuntungan kewangan yang besar. Sifat tamak haloba mereka menguasai hingga
tidak mempedulikan nilai-nilai kemanusiaan.
Mereka mengspekulasi matawang
dan menurunkannya, penurunan yang tidak wajar kalau dibandingkan dengan asas
kekuatan ekonomi sebenar sesebuah negara, dalam hal ini mereka memiskinkan kita
dari luar. Mereka tak peduli, pada mereka, mereka akan lakukan apa sahaja asal
ia membawa keuntungan kepada mereka. Russia yang boleh mencabar mereka juga
terkena tempiasnya dengan spekulasi matawang hingga ia jatuh menjunam dengan
begitu teruk sekali.
Kalau difikirkan mereka
mencetak duit dengan banyaknya untuk tujuan stimulus, lambakan duit tersebut
membolehkan mereka punya kekuatan untuk membeli itu ini di dunia. Malaysia pula tidak berbuat
demikian. Secara logiknya lambakan duit USD tersebut sepatutnya menjadikan duit
mereka duit pokok pisang yang tak berharga tapi sebaliknya penyangak matawang
boleh mempermain, menjatuhkan nilai matawang lain dan secara tak langsung
memperkukuhkan matawang USD. Malaysia yang tidak mencetak duit secara
besar-besaran dengan jumlah duit yang terhad pula yang semakin lama semakin
kurang nilainya. Bukankah ini sesuatu yang pelik?
Mereka tahu bahawa harga minyak
mentah yang tinggi akan membawa keuntungan dan kekayaan kepada negara-negara
yang punya bahan mentah ini terutamanya negara-negara Islam jadi menjatuhkan
harga minyak mentah ini pasti akan menyusahkan. Secara kasarnya harga breakeven
pengeluaran minyak mentah di negara ini adalah sekitar USD60. Pada harga bawah
USD50 ini semua segmen dan dalam industri minyak mentah ini terjejas hingga
Petronas pun terpaksa menutup beberapa rig pengeluaran minyak mentahnya.
Saham-saham bersasaskan minyak menjunam. Sehingga kini mana-mana portfolio
saham yang memegang saham-saham berkaitan minyak pasti akan merugikan dan boleh
dikatakan semua portfolio saham ada menyimpan saham-saham minyak ini. Selagi
harga minyak mentah tidak melepasi USD60 maka ia akan menjadi sukar buat
industri ini.
Mereka menjatuhkan harga
komoditi Kelapa Sawit kerana kenaikannya akan hanya membawa kekayaan kepada
rantau ini, rantau yang merupakan lubuk penanaman kelapa sawit. Keadaan ini
menyebabkan harga saham-saham perladangan kelapa sawit merudum. Semasa ia naik
dahulu boleh dikatakan semua orang mahu membeli tanah-tanah perladangan untuk
mengusahakan penanaman kelapa sawit, kisah penciptaan Bio Diesel dari kelapa
sawit sibuk diperkatakan. Namun sekarang dengan keadaan harga komoditi kelapa
sawit sekarang ianya ternyata sukar bagi peladang-peladang kelapa sawit ini.
Saham-saham kelapa sawit juga ke laut harganya. Pemegang saham FGV contohnya
hanya mengeleng kepala.
Komoditi yang lain juga
mengalami nasib yang sama. Mana logiknya pada masa populasi dunia bertambah
setiap hari, harga barang semakin naik kerana permintaan yang bertambah serta penawaran
yang semakin berkurang, harga komoditi boleh turun? Lebih-lebih lagi komoditi
minyak mentah yang bersifat terhad dan no renewable. Mana logiknya?
Pasaran saham yang jatuh
bersifat makro dan di luar kawalan kita. Mereka menjatuhkan nilai matawang
dengan memberikan pelbagai pandangan negatif tentang keadaan ekonomi dan
politik negara bagi menyokong tindakan mereka itu. Keadaan ini secara selarinya
menyebabkan kejatuhan pasaran saham secara keseluruhannya. Kalau boleh mereka
mahu pasaran saham jatuh sehingga di bawah 300 mata sepertimana yang berlaku di
tahun 1998 dahulu kerana dengan itu mereka boleh membeli dan menjana keuntungan
yang banyak. Mereka mahu nilai matawang jatuh dengan teruk supaya bila mereka
cover short position mereka, mereka akan mendapat keuntungan berlipat kali
ganda.
FY harap para pelabur
Institusi tempatan tidak panik dan menjual pegangan mereka dalam pasaran yang
boleh menyebabkan harga saham merudum dengan teruknya. Siapakah yang akan
menjaga kedaulatan negara ini kalau kita mengalah dan menyerah kepada mereka?
Agreement TPPA juga memihak
kepada mereka, mereka ingin menguasai dunia dari segi ekonomi dengan perjanjian-perjanian
yang berat sebelah ini. IMF, PBB malah NATO dan semua badan-badan induk ini
boleh dikatakan dibawah telunjuk mereka yang boleh digunakan untuk kepentingan
mereka.
Andai diberi kekuasaan itu di
tangan FY pastinya FY akan mengawal semua ini upaya semua orang mendapat
manfaat. Pasti FY mahu pasaran saham yang baik, berintegriti, dinamik dan
menguntungkan semua pelabur. Tapi inilah dunia dimana ketamakan, gila kuasa, harta,
pangkat, nama dan sebagainya menguasai. Semua ini di luar kawalan kita kerana
kita terlalu kerdil. Apa yang kita ada hanya doa, doa semoga Allah Taala
memelihara kita dari segala malapetaka.
Kepada pelabur baru dan lama
yang ingin belajar dengan FY tentang kaedah melabur saham yang betul jemput
datang ke seminar saham Super Investor yang akan FY jalankan pada hari Sabtu 12
September di Bangunan Lembaga Getah Asli Kuala Lumpur. Hubungi Puan Azila
Ismail di talian 016 664 1755 untuk tujuan pendaftaran. Cepat, kerana tempat
duduk adalah terhad!
Sekian dulu.
Faizal Yusup aka
FY
Remisier
Kenanga
Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan
Remisier Bumiputera Malaysia
016 6667430
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.