Saturday, August 22, 2015

KENAPA MENTOR SAHAM SENYAP BILA BURSA MALAYSIA JATUH?

KENAPA SIFU SAHAM SENYAP BILA PASARAN SAHAM JATUH?


Assalamualaikum...

Inilah soalan cepumas yang sering ditanya pelabur bilamana pasaran merudum.

Jawapannya mudah.

Oleh sebab keuntungan dalam pasaran saham hanya boleh dilakukan sehala dengan membeli pada harga murah dan menjualnya pada harga tinggi jadi kepakaran para sifu saham ialah untuk memberikan garis panduan bilamana market bullish atau trending up iaitu bila pasaran ada momentum dan menuju ke atas. Dalam pasaran saham kita tak boleh short the market yang membawa maksud kita tak boleh jual pada harga yang tinggi dan menjualnya pada harga yang rendah. Hanya dalam pasaran Forex, Futures dan Derivative kita boleh berbuat demikian tetapi timbul pula persoalan status syariah dalam hal ini. Mana ada perniagaan yang kita boleh jual dahulu dan beli kemudian. Kita menjual barang yang kita tak ada yang mana ia salah di sisi ugama Islam.

Kalaupun para sifu saham ingin menyarankan pembelian instrumen Put seperti yang kita nampak dalam Bursa Malaysia yang bermula dengan FBMKLCI itu. Maka disini perkara yang sama menjadi persoalan. Tiada instrumen Put dalam Bursa Malaysia yang berstatus Syariah.

Pasaran pula bila dia menurun, dia menurun boleh dikatakan secara keseluruhan, jadi tidak banyak yang boleh dikatakan mahupun disarankan dalam hal ini. Sifu TA pastinya mengajar untuk cut loss tapi kalau pasaran terus-terusan merudum berapa kali yang kita boleh cut loss. Eventually, modal yang ada juga akan habis.

Sifu FA pula akan menyarankan kita buat averaging down, sekali lagi kalau pasaran terus-terusan merudum FY pasati modal kita sebagai pelabur runcit lambat laun ini akan kehausan juga.

Jadi apa yang boleh Sifu saham buat pada masa ini? Diam sahajalah, menanti pasaran kembali pulih sebelum memberikan saranan saham-saham secara selektif yang baik bila pasaran mula bergerak naik.

FY pula dalam masa pasaran beginilah FY punya banyak masa untuk menulis dan menerangkan itu ini mengenai pasaran saham kepada anda semua. Ini kerana bilamana pasaran panas maka masa FY juga menjadi terhad kerana terpaksa menumpu sepenuh perhatian kepada pasaran.
  
Harap artikel ini menjawab soalan anda yang bertanya. Buat masa ini apa kata kita luangkan masa menimba ilmu pelaburan untuk menjadikan kita pelabur yang lebih baik?

Kepada pelabur baru dan lama yang ingin belajar dengan FY tentang kaedah melabur saham yang betul jemput datang ke seminar saham Super Investor yang akan FY jalankan pada hari Sabtu 12 September di Bangunan Lembaga Getah Asli Kuala Lumpur. Hubungi Puan Azila Ismail di talian 016 664 1755 untuk tujuan pendaftaran. Cepat, kerana tempat duduk adalah terhad!   

Sekian dulu.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
016 6667430

Download Ebook Investlah karya FY setebal 134 mukasurat dari bagi mendapatkan ilmu permulaan pelaburan saham anda secara percuma dengan melayari ;


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.