PINTU MASUK PELABUR DAN PEDAGANG
INVESTORS AND TRADERS ENTRY POINT
Assalamualaikum...
Pasaran saham Bursa Malaysia
nampaknya bertahan dua tiga hari ini selepas margin call tempohari. Support
1500 mata nampaknya masih utuh dan belum diuji. Apapun pada FY ia akan
bergantung kepada kedudukan RM. Andai ia terus menurun maka Bursa akan ikut
turun.
Apapun dalam tahun-tahun
kebelakangan ini dengan ekonomi yang menekan, ramai yang keluar dari kebiasaan
untuk cuba mencari pendapatan sampingan dan ini termasuklah memasuki pasaran
saham Bursa Malaysia. Dewasa ini nampaknya tedapat peningkatan yang ketara
dalam penyertaan pelabur runcit lebih-lebih lagi melalui online.
Dari mana mereka belajar,
bagaimana mereka belajar, berapakah jumlah modal, adakah mereka trader jangkamasa
pendek atau adakah mereka pelabur jangkamasa panjang, apakah strategi pelaburan
mereka dan pelbagai persoalan lagi bermain di minda dan yang paling penting
adakah mereka untung dan berjaya menjana keuntungan?
Melihatkan kepada carta harian
KLCI ini secara kasarnya FY pasti dalam jangkamasa 3 bulan ini amatlah sukar
untuk menjana keuntungan dari Bursa Malaysia kerana trend pasaran yang menurun.
Dalam Bursa Malaysia keuntungan hanya boleh dijana bilamana KLCI berada dalam
trend yang menaik. Oleh itu pastinya sukar untuk intraday trader, scalpers,
contra players, position traders yang dagangannya hanya untuk jangkamasa pendek
menjana keuntungan dalam pasaran saham yang merudum ini.
Lain ceritanya pula bagi
pelabur jangka masa panjang yang memegang saham sejak tahun 2009 hingg ke 2011.
Pada masa ini pada kedudukan KLCI 1570 mata FY pasti mereka masih lagi untung.
Siapakah yang untung dan
siapakah yang rugi dalam pasaran saham ini? Siapakah mereka dan bagaimana
mereka memasuki pasaran dan apakah pula strategi pelaburan mereka?
Sebenarnya terdapat banyak
pintu masuk dalam Bursa Malaysia ini antaranya;
·
Ada yang masuk terus tanpa ilmu dengan membuka akaun saham
dan terus sahaja membeli saham. Kita bole belajar as we go katanya.
·
Ada yang mengikut kawan, pergi seminar, baca blog dan
terus membuka akaun saham dan terus membeli saham.
·
Ada yang bermula kerana mendapat Pink Form kerana syarikat
tempat kerja mereka bakal disenaraikan mahupun dengan ESOS yang ditawarkan
pihak syarikat kepada mereka.
·
Ada yang mula dengan berjinak-jinak dengan pembelian IPO
dan IPO di MITI kerana membaca blog dan ebook FY pada awalnya.
·
Ada juga yang lebih advance yang terus sahaja belajar
Analisa Teknikal menganalisa carta pergerakan harga dalam seminar-seminar
lantas memulakan dagangan saham sebagai trader.
·
Ada juga yang lebih prudent yang menggunakan Analisa
Fundamnetal dan Financial untuk membeli saham-saham di Bursa Malaysia.
·
Ada juga yang bermula dengan menggunakan Analisa
Fundamental, Financial dan Technical dalam strategi pelaburan saham mereka dan
·
Ada juga yang masuk sebagai salah seorang business owner yang
mana saham syarikat mereka disenaraikan di Bursa Malaysia.
Anda salah seorang dari
kategori yang FY nyatakan itu? Persoalannya adakah anda mengalami kerugian atau
menjana keuntungan dalam strategi yang digunapakai?
Dalam hal ini sekiranya anda
masuk ke dalam pasaran Saham Bursa Malaysia tanpa ilmu maka sudah pasti
kerugian yang bakal menanti anda. Jadi anda pasti perlukan ilmu, perlu didikan,
perlu mentor untuk mengajar anda bagaimana untuk melabur dan menjana keuntungan
darinya. Buka akaun CDS dan terus terjun ke dalam pasaran saham bukanlah satu
langkah yang bijak.
Kalau anda masuk dengan
belajar Analisa Teknikal menganalisa carta mahupun menggunakan software menjadi
short term trader dengan tujuan untuk menjana keuntungan setiap hari, dalam
keadaan pasaran begini FY yakin kebarangkalian untuk menjana keuntungan amatlah
tipis. Menjadi trader memerlukan modal yang besar, memerlukan komitmen, anda
perlu berada di depan skrin komputer setiap masa. Risiko kerugian amat tinggi
bila trend pasaran tidak memihak kepada kita. Dalam pasaran yang sebegini apa
jurus, apa software pun tak membantu untuk kita buat duit dalam pasaran.
Kemasukan sebagai trader yang belajar menggunakan kaedah Analisa Teknikal ini
dikira advance level, kerana terus
memasuki pasaran terbuka, tidak memasuki pasaran IPO atau pasaran Primary
terlebih dahulu. Namun ramai yang berbuat demikian kerana kebanyakan seminar
yang ada mengajak mereka memasuki pasaran dengan cara yang demikian. Lagipun
kebanyakan yang masuk dengan cara ini punya latar belakang pelaburan forex,
komoditi dan derivatif yang lebih sophisticated.
Untuk pengetahuan anda pelbuar forex, komoditi dan derivatif jauh lebih advance
dari pasaran saham dan jauh lebih tinggi risikonya.
Ada juga yang berlatarkan
Financial Background memasuki pasaran dengan cara yang lebih prudent. Mereka
memasuki pasaran dengan membuat analisa asas dan analisa kewangan dengan
teliti. Selalunya mereka ini merupakan pelabur yang berhati-hati dalam
menjalankan urusniaga saham mereka. Mereka bukan pelabur high risk. Mereka akan
memilih saham-saham yang berpotensi tinggi, punya kedudukan kewangan yang
kukuh, memberi pulangan dividen dan yang peling penting undervalue. Terus terang dalam jangkamasa panjang pelabur sebegini
akan meraih keuntungan dalam pasaran saham.
Kemudian ada yang memasuki
pasaran dengan permohonan IPO, Pink Form atau ESOS. Bila ia berjaya menjana
keuntungan barulah mereka berani untuk mengambil langkah yang kedua untuk
membeli saham-saham dalam pasaran tersedia.
Company owner adalah mereka
yang memasuki pasaran terus dengan keuntungan. Mereka hanya membayar par value
harga saham tetapi pelabur lain perlu membayar harga tawaran bagi mendapatkan
saham-saham tersebut. Contohnya Owner saham Malakoff cuma membayar RM0.20 untuk
unit saham pegangan mereka tetapi kita perlu membayar RM1.80 bagi setiap unit
saham yang sama. Penyenaraian unlocks
nilai saham tersebut berlipat kali ganda.
Sebenarnya setakat ini dari
pengalaman FY dalam pasaran saham, hanya mereka yang melabur dalam pasaran IPO,
pelabur jangkamasa panjang, pelabur fundamental, business owner, mereka yang
terlibat dalam corporate money game sahaja yang FY nampak dapat menjana
keuntungan yang besar dalam pasaran saham. Kepada yang ingin mendapatkan
keuntungan yang cepat dengan modal yang kecil bakal menghadapi kesukaran
disebabkan risiko pasaran yang bearish sebegini. Risiko pasaran bearish
sebegini tidak melibatkan long term investor kerana pandangan mereka jauh dan
tindakan jual beli mereka bergantung kepada kedudukan syarikat yang mereka pegang
itu.
Atas sebab itulah saranan FY
sebagai pelabur baru, janganlah tergesa-gesa untuk memasuki pasaran, belajar
dahulu, ambil langkah-langkah ini.
Buka akaun CDS sebagai
persediaan awal kerana kita takkan dapat membeli saham tanpanya. Hubungi En Yasin
di talin 019 3346570 untk membuka akaun ini tak kira di mana anda berada.
Kosnya cuma RM10.60.
Langkah seterusnya belajar
melabur dengan cara yang betul secara keseluruhan, belajar pelaburan
saham-saham IPO datanglah ke seminar saham Super Investors yang FY jalankan
dari masa ke semasa dan yang terdekat pada 12 September ini. Hubungi Puan Azila
Ismail di talian 016 6641755 untuk mendaftar. Untuk pengetahuan anda FY
merupakan salah seorang speaker yang ditauliah pihak Suruhanjaya Sekuriti untuk
tujuan ini.
Kemudian barulah belajar
analisa teknikal bagi membantu mendapatkan signal jual beli melalui
penganalisaan carta pergerakan harga. Pengetahuan Analisa Teknikal ini amat
berharga untuk digunakan bila trend pasaran menaik nanti. Pihak kami juga ada
mengadakan woksyop Analisa Teknikal ini dari masa ke semasa. Hubungi Zuhri Zain
MSTA di talian 012 6290407 untuk mengetahui tarikh kursus yang terdekat.
Seterusnya belajarlah
pemilihan saham yang betul dengan pelbagai kaedah dan analisa supaya anda
melabur dalam saham yang kukuh dan berpotensi tinggi untuk naik harganya. Untuk
ini datanglah belajar personal coaching saham yang FY jalankan di pejabat FY.
Hubungi Ramzi di talian 017 3730513 untuk menempah slot anda.
Di sini anda telah equipped
dan bersedia untuk memasuki pasaran terbuka tanpa masalah. Terpulanglah samaada
anda ingin menjadi trader, investor, IPO Investor atau sebagainya kerana di
tahap ini anda akan punya pengetahuan khusus mengenai pasaran Bursa Malaysia.
Terus terang dari pemerhatian
FY pelabur yang untung bukan hanya melabur dalam pasaran terbuka dalam
jangkamasa panjang tetapi mereka juga melabur dalam pasaran IPO. Mereka
mengambil setiap peluang pelaburan yang tersedia dalam Bursa Malaysia ini
tetapi dengan cara yang berhemah dan penuh dengan kesabaran.
Sekiranya anda telah terlajak
ke depan tetapi masih mengalami kerugian, apakata anda undur kembali dan
mulakan kembali dengan langkah-langkah yang telah FY huraikan tadi. Mulakan
langkah anda dengan menyertai Seminar Super Investors 12 September ini.
Sekian dulu.
Faizal Yusup aka
FY
Remisier
Kenanga
Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan
Remisier Bumiputera Malaysia
016 6667430
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.