ADAKAH BURSA MALAYSIA AKAN JATUH SEPERTIMANA TAHUN 1998 DAHULU?
Inilah satu persoalan yang sedang
berlegar-legar dalam minda para pelabur saham di Bursa Malaysia ketika ini
memandangkan kejatuhan nilai RM yang berterusan dan ditambah pula dengan
kejatuhan KLCI dari paras tertinggi 1890 mata hingga ketika ini 1570 mata atau
kejatuhan sebanyak 16% mengukuhkan kepercayaan ini. Adakah ini akan berlaku?
Tak apalah, biar FY jelaskan serba sedikit dari
sudut kacamata FY persoalan besar mengenai Bursa Malaysia pada ketika ini. Dari
sudut yang mudah difahami.
Bursa Malaysia yang pada ketika itu pada tahun
1998 dikenali sebagai Bursa Malaysia Kuala Lumpur atau BSKL mengalami kenaikan
yang mendadak atau apa yang dinamakan sebagai Super Bull Run pada tahun-tahun
90 an sesuai dengan kenaikan GDP yang melebihi 10 tahun lamanya. KLCI naik
sehingga melebihi 1300 mata sebelum jatuh mendadak sehingga mendekati 250 mata
disebabkan oleh Asean Financial Crisis yang bermula dengan kejatuhan nilai RM
dan kemudiannya diikuti dengan kejatuhan pasaran saham.
Beginilah. FY akan menerangkan situasi sekarang
dibandingkan dengan situasi dahulu bagi memudahkan kefahaman.
Selain kejatuhan RM dari sekitar RM2.50 kepada
USD kepada nilai terendah RM4.88 disebabkan oleh spekulasi mata wang yang
dilakukan oleh George Soros yakni kejatuhan sebanyak 95 peratus. Ini selari
dengan kejatuhan Pasaran Saham pada ketika itu. Sekarang RM jatuh dari RM3.30
kepada RM4.16 bagi setiap USD1 atau kejatuhan sebanyak 26% sedangkan pasaran
saham baru turun sekadar 20%.
Sebenarnya kejatuhan nilai RM akan berkadar
langsung dengan kejatuhan pasaran saham. Ini kerana pelabur asing akan
mengeluarkan pegangan saham dan menukar RM kepada USD bagi menyelamatkan
kerugian dua kali iaitu kerugian disebabkan oleh kejatuhan nilai RM juga
kejatuhan harga saham di Bursa. Buat masa ini ia tidak sekata kerana spekulasi
matawang yang terjadi sedangkan dari segi Fundamental ekonomi Malaysia RM
sepatutnya berada pada sekitar RM3.50.
Bursa Malaysia sebenarnya memberi petunjuk
kepada ekonomi negara keseluruhannya. Adakah ekonomi negara menguncup sebanyak
50% untuk pasaran jatuh sebanyak 50% juga? Kalau benar maka pasaran saham boleh
jatuh kepada 950 mata. Pastinya tidak kerana
data GDP masih menunjukkan kenaikan antara 4.5 hinga 5.5 peratus bagi
tahun ini. Lagipun harus diketahui Sistem kewangan Malaysia menduduki tempat ke
4 terbaik di dunia malah mengalahkan sistem US di tempat ke 9.
Malaysia masih menunjukkan trade surplus
sehingga kini dan penurunan nilai RM membawa kepada trade surplus yang lebih
besar kerana jumlah keseluruhan eksport melebihi jumlah keseluruhan import dan
ini baik untuk ekonomi negara ini. Banyak negara contohnya Jepun, malah
baru-baru ini China menurunkan nilai matawang mereka bagi tujuan meningkatkan
persaingan dan mengukuhkan ekonomi negara mereka. Mungkin atas sebab itu BNM
tidak mengambil langkah mengekang kejatuhan RM sehingga kini sepertimana yang
berlaku ada tahun 1998 dahulu. Interest rates juga masih kekal dan tidak
dinaikkan sehingga melebihi 10 peratus pada tahun 1998 dahulu dan ini juga
vital sign yang menunjukkan ekonomi Malaysia masih berada di tahap yang baik.
Kejatuhan harga minyak dan harga komoditi juga
menjejaskan negara ini tetapi Malaysia pada FY adalah a bless nation atau sebuah negara yang dirahmati kerana punya
pelbagai sumber bahan mentah dan perkhidmatan yang boleh mendatangkan hasil
kepada negara. Sektor getah, semiconductor, Sea Transportation dan lain-lain
yang transaksinya dalam USD pasti akan menguntungkan negara. Selain itu sektor
pelancongan dan hartanah juga akan meningkat kerana ia menjadikan barang-barang
dalam negara ini lebih murah kepada mereka. Dalam hal komoditi minyak mentah
contohnya FY yakin ia akan kembali naik kerana ia bersifat infinite dan terhad.
Diberikan masa ia penawarannya akan berkurang dibandingkan dengan permintaan
lantas pasti harganya akan naik. Emas hitam ini akan menjadi sebab peperangan
di masa mendatang sepertimana yang tercatat dalam Al Quran. Ia amat berharga
sebenarnya.
Cukai dari Industri Oil and Gas ini pastinya memberi kesan kepada perolehan kerajaan namun demikian FY percaya kutipan cukai GST bakal menjadi penampannya.
Cukai dari Industri Oil and Gas ini pastinya memberi kesan kepada perolehan kerajaan namun demikian FY percaya kutipan cukai GST bakal menjadi penampannya.
Seterusnya dewasa ini boleh dikatakan seluruh
dunia mencetak duit baru baik kerana stimulus, kenaikan GDP mahupun dengan
tujuan menurunkan nilai matawang mereka, duit menjadi begitu banyak dalam
pasaran. Ini boleh dilihat yang GDP Malaysia pada ketika ini ialah pada RM 877 Billion
dibandingkan dengan RM 182 Billion pada tahun 1998 dahulu. Kecairan ini
sebenarnya banyak membantu dalam mengukuhkan pasaran Bursa Malaysia. Ia menjadikan
Bursa Malaysia lebih resilient dan
kukuh kalau dibandingkan dahulu. Ini boleh dilihat dalam Bursa Malaysia di mana
walaupun pasaran turun tetapi masih terdapat pembeli pada setiap bid harga
saham-saham di Bursa Malaysia tidak seperti tahun 1998 dahulu. Semua ini menyebabkan Fitch Credit Ratings memberikan Ratings Stable kepada ekonomi Malaysia.
Kerisauan dalam negara yang ada hanyalah kepada risiko
politik dan Household debts. Nampaknya faktor kestabilan politik yang
dibanggakan negara ini agak terjejas pada pandangan foreigner pada ketika ini
namun demikian mereka juga tahu yang kalau ditukarkan seluruh kabinet
sekalipun, yang menggantikannya juga akan punya dasar yang liberal yang
mementingkan ekonomi dan perihal keduniaan. Perbezaan akan hanya berlaku andai
PAS yang memerintah. Household debts disebabkan oleh salah satunya kenaikan
pendapatan yang tak selari dengan kenaikan harga rumah dan barang-barang yang
lain. Dahulu dengan bajet RM1000.00 sebulan kita mampu membeli sebuah rumah
teres. Sekarang dengan bajet yang sama kita hanya boleh membeli rumah bernilai
RM220,000.00 sedangkan harga rumah teres ialah RM750,000.00 pada masa ini.
Apartmen yang tak sampai 800 kaki persegi juga berharga lebih RM300,000 pada
masa ini. Barang-barang juga naik disebabkan inflasi dan GDT ditambah pula
dengan Imported Inflation yang disebabkan oleh penurunan nilai RM menyumbang
kepada peningkatan Household debts ini...
Selebihnya ialah berkenaan dengan situasi di Greece, Devaluation of Yuan dan Kadar Interest di Amerika yang berkemungkinan dinaikkan pada bulan September nanti mungkin akan sedikit menjejaskan ekonomi negara kerana Amerika Syarikat merupakan antara rakan dagangan terbesar negara ini.
Bersambung... Kita solat zohor dulu...
Faizal Yusup aka FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera
Malaysia
016 6667430
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.