Wednesday, August 5, 2015

KELEBIHAN MELABUR SAHAM DI BURSA MALAYSIA


KELEBIHAN MELABUR SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Assalamualaikum...

Kali ini FY ingin menceritakan tentang peluang-peluang pelaburan dan pulangan yang bakal di terima andai dengan pelaburan yang kita buat.

1. SIMPANAN DI BAWAH BANTAL
Duit itu tidak akan berkembang jumlahnya malah menurun dari segi nilai kerana inflasi. Kecairan tinggi sebab boleh keluar pada bila-bila masa.

2. SIMPANAN DI BANK
Dapatlah lebih kurang 3% pulangan tahunan. Tolak kadar Inflasi pada lebih kurang 3% juga, kosong juga jadinya. 

3. UNIT SAHAM AMANAH ASB
Dapatlah lebih kurang 8% tahunan. 

4. SIMPANAN DI TEMPAT LAIN
15% kalau kita dapat beli saham Bank Rakyat tapi kenalah tunggu kekalau ada ahlinya yang nak menjual atau Lembaga Tabung Angkatan Tentera tapi kenalah jadi tentera mahupun simpanan di Koperasi Permodalan Felda tapi kenalah jadi salah seorang peneroka pulak.

5. UNIT SAHAM AMANAH YANG LAIN
Ini namanya Indirect Investment. Kita dan para pelabur yang lain memasukkan modal dan modal yang banyak yang terkumpul ini akan di kendalikan oleh para konsultan yang profesional dengan yuran-yuran yang tertentu. Kebanyakan duit ini dilaburkan dalam bentuk saham baik di Bursa Malaysia atau di Bursa-Bursa di seluruh dunia atau dalam bentuk Bon dan Sukuk. kalau yuran yang dikenakan setahun 5% maka mereka kenalah cari pendapatan yang lebih dari itu. Untunglah kalau Unit Amanah itu dilancarkan pada masa pasaran di tahap yang rendah tetapi bilamana pasaran di tahap yang tinggi sepertimana sekarang maka ia bukanlah satu tindakan yang bijak. Lagipun harus diingat pelaburan Saham Amanah ini telah bungkus di Amerika kerana ia telah digantikan dengan produk yang bernama Exchange Traded Fund yang jauh lebih murah yurannya.

6. PELABURAN HARTANAH
Kita beli dapat barang. Baik tanah atau hartanah, rumah, rumah kedai dan sebagainya. Barang yang makin lama makin naik harganya disebabkan penduduk dunia yang makin ramai tetapi tanah jumlahnya terhad. Diberi masa maka ia boleh membawa kepada keuntungan yang banyak melabihi 100%. Namun demikian masalah yang ada di sini ialah masalah kecairan. Ia mengambil masa yang lama untuk mendapat kembali pelaburan tersebut.

7. PERNIAGAAN
Memanglah perniagaan membawa 9 daripada 10 rezeki tapi ia bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih 70% perniagaan yang dimulakan akan rugi dalam jangkamasa 5 tahun sejak ia dimulakan. Namun demikian pulangan atau margin keuntungan bersih sekitar 30% setahun adalah dikira munasabah.

8. FOREX. KOMODITI, FUTURES, DERIVATIF
Tak ada yang FY boleh katakan melainkan dalam pelaburan ini kita tak dapat barang. Kebanyakannya high risk tapi high return andai kita dapat menguasainya. Namun bilangannya terlalu kecil. Seperkara lagi kita sebenarnya bersaing dengan terlalu ramai trader dari seluruh dunia. Trader yang jauh lebih canggih dari kita. Lagi satu dari segi hukum kebanyakannya tidak mematuhi status Syariah.

9. MLM dan SKIM CEPAT KAYA
FY tak nak komen. 

10. PELABURAN SAHAM
Capital Game ini menyebabkan ramai menjadi Bilionair. Owner Apple, Ali Baba, Facebook, Genting, IOI, Maxis, MMC semuanya bilionnair belaka. Kenapa? Sebabnya kalau berniaga kita boleh buat 30 peratus setahun dalam 5 tahun dengan kiraan mudah dapatlah 150%. Kalau Property dapatlah 100% dalam masa 5 ke 10 tahun. Tapi kalau dalam pelaburan saham katalah FY ambil contoh satu kaunter bernama MITRA. Kalau kita beli pada harga 39 sen pada tahun 2010 atau RM390.00 satu lot sekarang keuntungannya ialah RM9090.00 pada tahun 2015 ini. Dalam masa 5 tahun ia menokok 23 kali ganda. Itu FY tak campur dividen lagi.

Kalau modal RM3,900.00 maka untungnya 90,900.00 dalam masa 5 tahun.
Kalau modal RM39,000.00 maka untungnya ialah 900,900.00 dalam masa 5 tahun.
Begitulah seterusnya.

Itulah kelebihan melabur saham sebenarnya. Ia unlocks values lebih tinggi daripada kita menjalankan perniagaan mahupun dalam pelaburan yang lainnya.

Apa tunggu lagi? 
Hubungi En Yasin 019 3346570 dan buka akaun saham, akaun CDS anda hari ini. 
Download dan baca ebook saham percuma FY di http://faizalyusup.my
Baca artikel-artikel pelaburan saham dalam blog FY ini.
Datang Seminar Super Investors yang FY anjurkan.
Sertai Personal Coaching Saham yang FY jalankan.

dan akhir sekali mulakan pelaburan saham sebagai alternatif pelaburan yang bakal meningkatkan ekonomi anda di masa-masa mendatang.

Tanpa tindakan apa juga takkan terjadi. Rezek takkan datang bergolek.

Sekian buat kali ini.

FY 
016 6667430

  


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.