Tuesday, February 11, 2014

REMISIER VS ONLINE TRADING


Assalamualaikum.

Kali ini FY mengambil keputusan untuk menulis artikel yang mengisahkan tentang perbezaan antara menggunakan perkhidmatan Remisier VS Online Trading.

PERBEZAAN BROKERAGE

REMISIER

Bila menggunakan perkhidmatan remisier standard brokerage yang dikenakan ialah pada kadar 0.7% dengan minima RM40.00. Bagi transaksi saham melebihi RM100,000.00 selalunya brokerage yang dikenakan ialah 0.3%.

ONLINE

Brokerage yang dikenakan ialah 0.42% dengan minima RM28.00. Namun demikian ada syarikat yang menurunkan brokerage ini serendah RM10.00 yang mana sebenarnya ia melanggar undang-undang yang ditetapkan pihak Bursa Malaysia namun demikian sebenarnya syarikat tersebut yang waived atau menanggung selebihnya bagi pihak pelanggannya.

Namun demikian dari segi Clearing Fees dan Stamp Duty ia tetap sama. Clearing Fees adalah 0.03% dan Stamp Duty Kerajaan ialah RM1 bagi setiap RM1,000.00 bagi setiap transaksi.

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN

REMISIER

Bila menggunakan perkhidmatan Remisier, kita bukan hanya boleh bertanya tentang banyak perkara yang mungkin tidak kita ketahui dalam pasaran, pada masa yang sama kita juga boleh meminta bantuan dengan mereka dalam permohonan IPO, permohonan IPO di MITI, Private Placement, Share Financing, Crossing Deals, Married Deals, Buying In dan pelbagai lagi. Ada sesetengah remisier yang berkelayakan boleh juga memberikan nasihat dan saranan saham-saham yang baik untuk dibuat pelaburan. Namun harus diingat bukan semua remisier boleh berbuat demikian.  

ONLINE

Bila menggunakan perkhidmatan online, kelebihan utamanya ialah kita bakal mendapat kadar brokerage yang rendah bagi setiap transaksi yang kita lakukan. Namun demikian selalunya kita tak tahu dan tak dapat nak bertanya tentang itu ini. sesetengah akaun CDS Online Trading ini pula merupakan akaun CDS Nominee yang tidak boleh digunakan untuk permohonan IPO dan sebagainya. Ia hanya dikhaskan untuk trading sahaja.

Dari pemerhatian FY banyak pelabur baru yang melakukan kesilapan bila menjual dan membeli saham secara online kerana mereka masih baru tak tak punya ilmu mengenainya. Contoh kesilapan yang pernah FY nampak ialah ;
Kesilapan lot pembelian samaada lot kecil 100 unit dengan lot besar 1000 unit.
Kesilapan kaunter pembelian, ingin beli kaunter A terbeli kaunter B.
Kesilapan hendak membeli tetapi terjual dan begitulah sebaliknya.
Kesilapan membeli saham OR dan saham Warrant yang bakal lupus mahupun saham-saham yang bakal dinyahsenaraikan.

Kesilapan-kesilapan ini sebenarnya hanya membawa kepada KERUGIAN.

Nota kecil ;
Oleh sebab tak punya Remisier mahupun Dealer untuk bertanya maka banyak persoalan itu akan sampai kepada FY. Buka akaun Online atau akaun Trading di tempat lain tapi tanya pada FY. Hehe. Saranan FY, buka sahaja akaun saham dengan FY, kalau tanyapun FY boleh jawab dengan senang hati. InsyaAllah.

SARANAN FY

Kepada pelabur baru anda umpama bayi yang baru lahir dan tak tahu apa-apa mengenai dunia. Jadi anda perlukan ibubapa untuk menjaga dan memelihara anda. Jadi di sini, FY tidak menyarankan anda menggunakan perkhidmatan Online melainkan anda bertatih dan meminta bantuan Remisier anda sehinggalah anda punya keyakinan untuk berjalan dan berlari. Dalam ertikata lain anda sesuai menjalankan urusniaga online bila anda telah punya ilmu trading di Bursa Malaysia ini.

Remisier yang hebat adalah remisier yang boleh mengajar dan mendidik anda sehingga ada boleh berdiri di atas kaki sendiri dalam menjalankan urusniaga Trading di Bursa Malaysia. Bagi mereka yang tidak punya masa untuk menjadi seorang trader maka menjadi seorang Investor adalah lebih baik. Minta bantuan Remisier anda untuk membantu dalam pemilihan kaunter yang baik untuk dibuat pelaburan.

Ingatlah kerjaya seorang Remisier ini adalah kerjaya professional jadi caj 0.7% yang dikenakan adalah caj yang patut bagi khidmat nasihat mereka. Pada FY menggunakan perkhidmatan Remisier yang membawa keuntungan adalah lebih baik dari menggunakan perkhidmatan Online yang murah tetapi merugikan.

Kesimpulannya tak kesahlah samaada anda ingin menggunakan perkhidmatan Remisier mahupun Online kerana di penghujung cerita keuntungan yang dijana dari pasaran merupakan perkara utama.

Sekian sahaja buat kali ini.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor akan diadakan pada 1 Mac 2014
  • Seminar SuperTech Investor akan diadakan pada 15 Feb 2014
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii

SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.