Assalamualaikum...
Dalam artikel kali ini FY akan tulis
mengenai Market Participants atau golongan-golongan pelabur yang menyertai
pasaran saham. Semoga ia membawa sedikit sebanyak kefahaman dan manfaat kepada
anda pembaca budiman.
Kalau kita lihat statistik di atas kita
akan dapati dewasa ini kurang lebih 50% daripada pasaran adalah terdiri daripada
Institusi Tempatan, lagi 30% merupakan penyertaan Institusi Asing dan
selebihnya iaitu lagi 20% terdiri dari penyertaan pelabur runcit.
PELABUR INSTITUSI TEMPATAN 50%
Pelabur Institusi tempatan terdiri dari
EPF, Khazanah, LTAT, PNB, Koperasi-Koperasi, Syarikat Insuran, Syarikat Saham Amanah,
Fund Management Company dan banyak lagi.
Selalunya pelabur Institusi Tempatan
akan mencari saham-saham yang baik, berpotensi tinggi dan kukuh kedudukan
kewangannya. Earning Per Share (EPS) yang tinggi, Price over Earnings (PE) dan
Gearing yang rendah, Growth yang baik serta Yield dividen yang tinggi. Kaedah
analisa ini dipendekkan dan dinamakan PEGGY Method.
Institusi selalunya membeli saham pada
ketika saham itu berada pada tahap Support iaitu pada masa harganya rendah bilamana
penawarannya lebih banyak dari permintaannya. Lebih ramai yang ingin menjual
dari membeli lantas menyebabkan harganya turun. Kebanyakan mereka menggunakan
kaedah Dollar Cost Averaging dalam pembelian saham-saham ke dalam portfolio
pelaburan mereka kerana cara ini lebih selamat dan menguntungkan.
PELABUR INSTITUSI ASING 30%
Pemilihan saham-saham pelabur Institusi
Asing lebih kurang sama dengan Institusi Tempatan. Selalunya mereka memilih
saham-saham yang baik, berpotensi dan punya kedudukan kewangan yang kukuh. Oleh
sebab mereka punya modal pelaburan yang sangat besar. Selalunya mereka memilih
saham-saham berjajaran tinggi, saham-saham Blue Chips juga saham-saham 2nd
Liner yang baik. Untuk pengetahuan anda mereka menganggap Bursa Malaysia
sebagai Bursa yang Defensive. Ini
kerana negara ini mempunyai banyak sumber-sumber bahan mentah juga kekuatan
sektor industri dan pertanian yang boleh menyumbang kepada pendapatan negara
sekaligus membawa kepada pertumbuhan dan keuntungan syarikat. Keuntungan inilah
yang bakal menaikkan harga saham-saham serta digunakan untuk membayar dividen
kepada pelaburnya. Tidak seperti Hong Kong, Singapura dan Taiwan yang mana
negaranya tidak punya bahan mentah seperti yang ada di negara ini. Seterusnya
mereka juga mengganggap Bursa Malaysia lebih selamat kerana senario politiknya
yang jauh lebih stabil dari negara-negara di rantau ini.
Seperkara lagi, kelebihan pelabur asing
ini ialah mereka boleh boleh mendapat pulangan berganda berdasarkan kadar
pertukaran matawang asing. Kemasukan pelaburan mereka ke dalam negara ini juga pastinya
akan meningkatkan nilai RM. Apapun FY tak mahu menceritakan dengan panjang
lebar mengenainya di sini.
Kemudian mereka juga boleh menggunakan
kaedah Carry Trade dalam strategi pelaburan mereka tidak seperti Institusi
Tempatan. Bagaimanakah Carry Trade ini dijalankan? Tahukah misalannya kita
menyimpan di Bank di Jepun kita tak akan dapat apa-apa interest darinya. BLRnya juga berada pada kadar yang sangat rendah
antara 0% hingga 0.5% sahaja. Oleh itu meminjam dari bank Jepun dengan kadar
yang begitu rendah dan melaburkan dalam saham-saham di negara ini dengan kadar
dividen 4% setahun sudah memadai untuk Institusi Asing ini menjana keuntungan
darinya. (Dengan andaian nilai kadar pertukaran matawang tidak berubah.)
Oleh itu dalam keadaan boleh dikatakan
seluruh dunia sedang mengecop duit dengan banyaknya baik sebagai stimulus bagi membantu
kemeruduman ekonomi mahupun mengecop duit kerana kenaikan GDP, ini membawa
kepada kecairan dalam pasaran, keadaan ini pula bakal membawa kepada kenaikan
harga-harga saham di Bursa-Bursa utama termasuklah Bursa Malaysia. FY yakin
keadaan ini akan berterusan dalam jangkamasa setahun dua ini. Oh! Ya... Lupa
nak sebut, kecairan ini juga membawa kepada kenaikan harga barang.
PELABUR RUNCIT 20%
Seterusnya Pelabur Runcit. Peratusannya jah
lebih kecil iaitu hanya sekitar 20% daripada keseluruhan modal pasaran. Pelabur
Runcit ini terdiri dari pelbagai kategori. Di sini FY bahagikan kepada beberapa
kategori.
Proprietary Day Trader (PDT)
Golongan ini berlesen seperti remisier
dan dealer juga tetapi mereka tidak dibenarkan untuk mengambil pelanggan.
Mereka beroperasi samaada berseorangan atau berkumpulan. Mereka mesti membeli
dan menjual saham pada hari yang sama. Katahulai yang mereka ini merupakan
golongan expert dalam pasaran saham. Brokerage
mereka juga rendah. Golongan ini sebenarnya dibentuk untuk merancakkan pasaran saham
bagi meningkatkan volume pasaran.
Sasaran saham pilihan mereka ialah “Penny
Stocks” iaitu saham berjajaran kecil atau FY panggil saham Cap Ayam. Oleh itu
adakalanya kita boleh nampak saham-saham yang naik di sebelah pagi dan turun
kembali di sebelah petangnya. Pergerakan harga setengah sen sudah memadai untuk
mereka ini menjana keuntungan kerana mereka membeli dengan volume yang banyak.
Day Traders
Day traders pula adalah golongan trader
saham yang tidak berlesen menggunakan kaedah scalping dengan jangkamasa maxima transaksi
masuk dan keluar hanya selama satu hari. Pilihan saham mereka juga adalah
saham-saham berjajaran kecil.
Contra Players
Contra Players pula punya jangkamasa selama
3 hari atau 4 hari, namun ada juga broker yang membelikan fasiliti kontra
sehingga 10 hari. Mereka akan mengambil untung atas angin atau membayar
kerugian dalam jangkamasa ini. Selalunya Day Traders dan Contra Players ini menggunakan
kaedah Breakout dan lebih kepada menggunakan Analisa Teknikal dalam keputusan
pelaburan mereka. Risiko kerugian menggunakan kaedah ini tinggi sebenarnya. FY sama
sekali tidak menyarankannya. Kenapa? FY akan terangkan di bawah ini.
Retail Investors
Retail Investor adalah Individu yang
membeli saham berdasarkan Analisa Fundamental. Seperti Institusi sasaran saham
mereka dari saham berjajaran kecil yang baik hinggalah kepada Blue Chips. Mereka
memastikan saham yang dibeli itu undervalue dan punya fair value yang jauh lebih tinggi
dari harga didagangkan pada masa itu. Mereka menyimpan saham-saham ini untuk
satu jangkamasa yang lama. Sebenarnya cara ini walaupun ia konservatif tetapi
ia lebih selamat dan menguntungkan.
Operator
Inilah golongan yang paling jahat dalam
pasaran saham. Mereka punya modal, mereka punya network dan ilmu pasaran saham
yang tinggi. Tujuannya hanya satu, untuk memanipulasi saham dan menjana
keuntungan darinya baik dari kenaikan harga hinggalah melalui kaedah Corporate
Exercise. Selalunya mereka bekerjasama dengan pengarah syarikat dan pasukan
mereka terdiri daripada dealer dan remisier dari pelbagai broker, acturial
scientist atau pakar matematik, chartist, press dan adakalanya menggunakan nama
ahli politik atau anak isteri ahli politik dan lain-lain lagi. Asalkan ia boleh
membawa kepada kenaikan harga kepada saham-saham yang mereka pegang.
Mereka ini boleh memanipulasi harga,
mengeluarkan berita-berita palsu pasaran dan sebagainya bagi menipu para
pelabur yang daif. Saham sasaran mereka juga selalunya saham cap ayam yang
punya modal pasaran yang rendah hingga ke saham 2nd liner yang telah mereka corner dan kuasai. Golongan yang selalu
terkena ialah golongan yang tak punya ilmu pasaran, newbie atau beginner, day
trader dan contra players. Inilah sebabnya mempunyai ilmu pasaran saham adalah
satu kewajiban bagi mereka yang ingin memulakan pelaburan di Bursa Malaysia.
Pelabur Newbie
FY nak tambah lagi satu kategori. Bak kata
orang putih, There’s a fool born everyday in the stockmarket. Maknanya ramai
orang yang tidak punya ilmu pasaran yang muncul dalam pasaran saham setiap
hari. Mereka tak tahu apa yang mereka lakukan, mereka tak tahu saham apa yang
patut mereka beli, bilamasa yang paling sesuai untuk membeli, mereka tak kira
syarikat itu untung atau rugi, mereka tak tahu Fair Value saham yang mereka
beli itu, mereka tak tahu samaada mereka investor atau trader dan sebagainya. Pada
FY ini bukan melabur tetapi berjudi. Semua ini akhirnya membawa kepada satu
objektif – KERUGIAN!
Dewasa ini nampaknya golongan ini bertambah
ramai dengan adanya seminar-seminar saham Cap Ayam di luar sana. Ini jelas
kelihatan dalam perubahan market behavior kebelakangan ini. Seminar Cap Ayam
akan mengeluarkan pelabur Cap Ayam juga.
Apapun FY ada menjalankan seminar saham
bagi menerangkan semua ini dengan lebih lanjut lagi. Seminar Saham Super
Investor bersama FY yang seterusnya ialah pada hari Sabtu 1 Mac 2014 bertempat
di Bangunan Lembaga Getah Asli, Kuala Lumpur. Layari www.seminarsaham.com.my untuk
keterangan lanjut. Yang ni bukan seminar Cap Ayam tapi seminar Blue Chips yang murah. Hehe...
Sekian dulu buat kali ini. InsyaAllah
kita bertemu lagi.
FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Perkhidmatan
kami ;
- Seminar Super Investor
- Seminar SuperTech Investor
- Seminar SuperTrader
- Membuka akaun CDS
- Memulakan portfolio pelaburan saham
- Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO
di MITI
FOLLOW FY di Twitter –
twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook -
www.facebook.com/faizalyusupii
LIKE Page FB FY – www.facebook.com/SeminarSuperInvestor
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan
saham.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.