Monday, February 17, 2014

KEUNTUNGAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA

Assalamualaikum...

Antara persoalan besar yang sering FY terima dan sukar FY dan para remisier yang lain jawab ialah mengenai pulangan atau keuntungan yang boleh diterima dari pasaran saham. Soalan yang ditanya adalah seperti berikut ;

  1. Berapakah pulangan bulanan yang boleh dapat melabur di Bursa Malaysia?
  2. Bolehkah dapat pulangan 10% sebulan melabur di Bursa Malaysia?
  3. Bolehkah kita dapat pulangan 100 peratus setahun?
  4. Berapakah pulangan selama 6 bulan, setahun dan sebagainya.


Jawapannya di sini, kalau PNB, EPF dan Tabung Haji yang melabur dalam Bursa dengan bantuan Fund Manager yang profesional pun hanya memberi pulangan dividen sekitar 5 hingga 8% sahaja bagaimana pula kita nak dapat 10% sebulan atau 120% setahun?

Namun demikian ada Asset Management Company atau Unit Trust Company yang boleh memberikan pulangan sebanyak 15 hingga 20 peratus setahun melabur di Bursa Malaysia tapi tak pernah FY dengar pulangan yang sampai 100%.

Untuk pengetahuan anda KLCI turun sebanyak 39% pada tahun 2009, pada tahun 2010 ia naik sebanyak 45%. Kenaikan yang tinggi ini ialah kerana ia baru bangkit dari crash yang disebabkan oleh Sub Prime Crisis yang berlaku setahun sebelum itu. Pada tahun 2011 KLCI naik sebanyak 19%, tahun lepas juga ia naik sekitar lebih kurang 19%. Kalau kita lihat carta sejak 5 tahun yang lalu kenaikannya ialah sekitar 125% dan kalau kita bahagi dengan 5 maka pulangan puratanya setahun ialah 25% sahaja.

Sebenarnya semakin pasaran saham naik maka kenaikan seterusnya akan menjadi semakin kurang. Pasaran saham Bursa Malaysia pada ketika ini berada pada paras 1800 mata iaitu antara paras tertinggi yang pernah dicapainya dan kepada yang Bullish mereka mengatakan yang pasaran akan naik hingga ketahap 2000 mata pada penghujung 2015 iaitu kenaikan sebanyak 11% lagi bagi 2 tahun yang akan datang atau kenaikan sebanyak 5.5 peratus sahaja setahun. Namun demikian bagi yang Bearish maka penurunanlah yang kelihatan dari perspektif mereka.

Katalah kita ambil yang optimisitik iaitu kenaikan tahunan sebanyak 25% jadi ;

  • Kalau sebulan kita bahagi dengan 12 = 2.083%
  • Kalau dua bulan kita bahagi dengan 6 = 4.16%
  • Kalau enam bulan kita bahagi dengan 2 = 12.5%


Dalam hal ini kalau kita boleh mendapatkan pulangan lebih dari ASB, atau lebih dari apa yang FY terakan di sini maka ia adalah pulangan yang baik dan pastinya menguntungkan. Apapun ketahuilah sebenarnya 95% pelabur yang masuk pasaran saham mengalami kerugian. Tak payah ceritalah pasal untung.

Ingatlah pelaburan selama sebulan hingga tiga bulan bukanlah satu jangkamasa yang sesuai, pelaburan sebanyak kurang dari RM5000.00 juga bukanlah jumlah modal yang sesuai untuk tujuan pelaburan di Bursa Malaysia ini sepertimana yang FY telah terangkan dalam artikel-artikel yang lepas. Ini kerana dalam masa sebulan dua mungkin Bursa Malaysia berada dalam fasa kesisi (sideways) atau menurun (bearish) yang mana harga-harga tidak banyak berubah atau menurun maka sukarlah untuk menjana keuntungan darinya. Pelaburan mengambil masa, paling kurangpun berilah jangkamasa 6 bulan untuk melihat akan hasilnya.  

Ini adalah pulangan bagi pelaburan dalam saham-saham yang sudajh tersenarai di Bursa Malaysia. Bagi pelabur yang inginkan pulangan yang jauh lebih tinggi maka pelaburan saham melalui kaedah permohonan IPO, IPO di MITI dan Private Placements mesti diceburi. Pelaburan dalam saham-saham yang belum dan akan disenaraikan. Untuk mengetahui kaedah dan rahsianya maka jangan lupa datang ke seminar Super Investor kalau sudi nak belajar lebih lanjut dengan FY pada 1 Mac ini. Bagi tahu kawan-kawan sekali ya. Kita belajar untuk jadi pelabur yang bijak dan berhemah. Layari www.seminarsaham.com.my untuk keterangan lanjut.

Sekian dulu buat kali ini,

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor akan diadakan pada 1 Mac 2014
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.