Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat
semua.
FY harap artikel-artikel dalam blog ini
serba sedikit membantu anda dalam pelaburan di Bursa Malaysia. InsyaAllah
banyak lagi yang ingin FY kongsikan dengan anda, semoga ia secara tak langsung
membawa manfaat dan berguna kepada pihak anda dalam manjalankan urusniaga pelaburan
di Bursa Malaysia.
Baiklah, memandangkan kebelakangan ini
begitu banyak bengkel, woksyop, kursus dan seminar saham dijalankan jadi FY
mengambil keputusan untuk menulis sebuah artikel yang bertajuk Langkah Susulan Selepas Menghadiri Seminar Saham tak kiralah samaada anda pulang dari
Seminar Super Investor FY atau yang lainnya.
Dari pemerhatian FY ramai juga yang
balik dari seminar hanya mendapatkan ilmu pelaburan saham namun tidak melakukan
apa-apa tindakan susulan atas sebab-sebab tertentu.
Jadi di sini FY akan terangkan
langkah-langkah yang perlu anda ambil sekembalinya dari sebuah seminar saham
kepada mereka yang telah punya modal dan bersedia untuk terjun dalam arena
pelaburan saham ini.
BUKA AKAUN CDS
Sesetengah seminar menyediakan
perkhidmatan membuka akaun CDS, jadi bukalah akaun CDS kerana inilah akaun yang
wajib bagi semua pelabur saham di negara ini. FY ada menulis garispanduan
membukanya dalam artikel yang lalu. Setelah menghantar borang untuk diproses
tunggu sehingga pihak Bursa menghantar surat penyata untuk mengesahkannya.
Nota – Akaun CDS tidak boleh dibuka oleh
pelabur yang Bankrap, tetapi bagi pelabur yang blacklist punya masalah CTOS dan
CCRIS ia tidak menjadi masalah.
BUKA AKAUN TRADING / ONLINE
Kemudian FY buka Akaun Trading dengan
pihak Broker dan pastikan siapakah Remisier atau Dealer anda. Ini penting
kerana sekiranya anda ada apa-apa urusan dan pertanyaan anda boleh bertanya
dengan mereka. Akaun Trading digunakan untuk menggunakan perkhidmatan Remisier
atau Dealer tersebut dalam menjalankan urusniaga saham. Akaun ini juga
merupakan akaun yang wajib anda buka sekiranya anda ingin memulakan pelaburan
saham.
Akaun CDS adalah tempat saham disimpan
dan Akaun Trading ialah akaun dimana transaksi jual beli saham dijalankan.
Anda juga boleh membuka akaun Trading
Secara Online selepas membuka akaun Trading ini. Akaun online ini membolehkan
anda melihat papan Bursa melalui platform yang disediakan oleh syarikat broker
saham.
Langkah-langkah membukanya juga pernah
FY tulis dalam blog ini.
Kemudian anda akan menerima penyata dari
syarikat broker tentang pembukaan Akaun Trading ini. Selepas akaun-akaun ini siap
anda telah sedia untuk memulakan pembelian saham yang pertama anda.
MASUKKAN MODAL PELABURAN
Langkah seterusnya ialah untuk
memasukkan modal saham dalam akaun Bank Syarikat Broker. Contohnya akaun
Maybank atas nama Kenanga Investment Bank Berhad. Langkahnya telah FY tulis
dalam aritikel dalam blog sebelum ini.
PEMILIHAN SAHAM
Ini adalah langkah yang paling sukar.
Anda perlu membuat Analisis Makro dan Mikro, Analisis Asas, Analisis Kewangan,
Analisis Teknikal dan pelbagai lagi sebelum terjun dan membeli saham pertama
anda atau anda boleh bertanya Remisier anda untuk bantuan. Ini kerana Remisier
yang berpengalaman dan berkelayakan akan pastinya dapat membantu anda
memandangkan mereka kenal kebanyakan saham-saham yang didagangkan di Bursa
Malaysia ini.
Sebenarnya seorang remisier yang hebat
boleh memberi garispanduan akan saham-saham yang baik untuk dibeli, bila masa
yang paling sesuai untuk membeli saham tersebut serta pada harga yang baik.
Setelah mengenalpasti saham mana yang
ingin dibeli maka bolehlah anda terjun dan membelinya. Jangan takut kerana
tiada apa yang perlu ditakutkan bila anda telah membuat persiapan yang rapi.
Melabur saham buat kali yang pertama
sama sahaja seperti terjun Bungee Jumping. Anda takut akan jatuh menyembah bumi
dan luka parah namun sekiranya persediaan rapi telah dibuat, faktor
keselamatan, faktor cuaca dan sebagainya telah diambil kira maka InsyaAllah
anda akan terjun dengan jayanya. FY percaya selepas 100 kali terjun maka
terjunan anda akan menjadi lebih baik dan disusuli dengan aksi-aksi menarik.
Begitu halnya dengan pelaburan saham. Anda takut kerugian dan sebagainya namun
sekiranya persediaan rapi telah dibuat InsyaAllah akan dapat membeli kaunter
yang selamat dan menguntungkan anda nanti.
Apapun FY akan menulis tip-tip pemilihan
saham ini nanti dalam artikel yang lain pula. InsyaAllah.
INVESTOR ATAU TRADER?
Dalam hal ini anda kenalah pastikan
samaada anda seorang Investor atau seorang Trader. Seorang Trader wajib ada
akaun online kerana mereka perlu melihat pergerakan harga saham setiap masa
namun ia tidak wajib bagi seorang Investor kerana mereka hanya perlu melihat
pergerakan harga saham sekali sekala.
Ini kerana seorang Trader menggunakan
strategi jangkamasa pendek sedangkan seorang Investor pula menggunakan strategi
jangkamasa panjang.
Artikel ini juga pernah ada tulis
sebelum ini.
GROUP SAHAM DI FB, WHATSAPP DLL
Sekiranya seminar tersebut berjanji akan memasukkan anda dalam Group
Saham dan sebagainya maka saranan FY hubungi mereka kerana kemungkinan besar
mereka ini sibuk dan tak sempat untuk berbuat demikian. Dengan menghubungi
mereka InsyaAllah mereka akan memasukkan anda ke dalam group-group yang
berkenaan. Bagi Alumni Seminar Super Investor anda boleh menghubungi FY sendiri
bagi tujuan ini.
TINDAKAN SETERUSNYA
Seminar Super Investor FY memberikan
pandangan Basic yang menyluruh tentang pelaburan di Bursa Malaysia ini dan ia
memadai untuk anda menjadi seorang INVESTOR saham tetapi ia tidak memadai untuk
anda menjadi seorang TRADER saham kerana anda perlu mendalami ilmu Analisa
Teknikal untuk menjadikan anda seorang Trader saham yang baik.
Dalam hal ini saranan FY bagi mereka
yang ingin melanjutkan pelajaran menjadi seorang TRADER saham maka datanglah ke
Seminar SuperTech Investor kerana di
sini anda boleh mempelajari selok belok menjadi seorang trader saham. Ia
dijalankan oleh dua orang Sifu yang punya kelayakan MSTA(UK) iaitu Sifu Zuhri
Zain dan Sifu Nabil Fikri. Untuk pengetahuan anda Sifu Nabil Fikri adalah salah
seorang Regional Technical Analyst di CIMB Investment Bank Berhad dan merupakan
satu-satunya Technical Research Analyst berbangsa melayu di situ.
Dalam hal ini sekali lagi FY nasihatkan,
pastikan siapa sifu anda dan pastikan mereka ini berlesen, berpengalaman dan
berkelayakan. Bukan apa FY takut anda belajar ilmu yang salah dan akhirnya akan
merugikan pihak anda.
Seterusnya sekiranya anda perlukan
software bantuan dalam menjalankan urusniaga trading anda maka datanglah ke Seminar SuperTrader yang mana di sini cara
menggunakan Software SuperTrader akan dihuraikan.
Seminar-seminar ini ada FY promosikan
dalam blog ini bilamana ia dijalankan.
Tujuan FY promosikan seminar-seminar ini
bukan untuk mendapatkan ganjaran kewangan darinya tetapi seminar-seminar ini
disusun sedemikian rupa dengan pengisian yang kukuh dan mendalam supaya anda
menjadi pelabur yang berhemah dan bijak dan InsyaAllah bakal menjadikan pelaburan
saham ini sebagai sumber meningkatkan ekonomi keluarga anda khususnya serta
ekonomi ummah secara amnya.
Seperkara lagi subscribelah blog FY ini
dengan masukkan email anda di dalam blog www.faizal yusup.net. Dengan cara itu
semua artikel yang FY tulis akan sampai terus ke dalam email tuan-tuan dan puan
dan InsyaAllah ia akan dapat membantu serba sedikit memberi pandangan mengenai
isu-isu semasa pelaburan saham.
FY rasa cukup setakat ini buat kali ini.
InsyaAllah kita akan bertemu lagi di lain paparan.
Sekian.
FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Perkhidmatan
kami ;
- Seminar Super Investor
- Seminar SuperTech Investor
- Seminar SuperTrader
- Membuka akaun CDS
- Memulakan portfolio pelaburan saham
- Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO
di MITI
Follow FY di Twitter –
twitter.com/afaizalyusup
Add FY di Facebook -
www.facebook.com/faizalyusupii
Like Page
FB FY – www.facebook.com/SeminarSuperInvestor
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.