Sunday, February 9, 2014

MODAL PELABURAN SAHAM

Assalamualaikum. Kita bertemu lagi.

Kali ini FY akan terangkan sedikit sebanyak tentang modal minima pelaburan saham serta dimana anda boleh melaburkannya. Apapun ini hanyalah pendapat FY semata-mata berdasarkan 17 tahun pengalaman FY dalam pasaran saham, berdasarkan apa yang FY lihat selama hari ini.

Antara pilihan yang pelaburan saham yang ada bagi pelabur di Bursa Malaysia ialah;

IPO
IPO di MITI
PRIVATE PLACEMENTS
READY MARKET ATAU PASARAN TERSEDIA

Modal antara RM0.00 hingga RM1000.00
Pada FY bagi mereka yang mempunyai modal atau tabung sebanyak ini maka adalah lebih baik anda mencuba pembelian IPO Awam melalui online, ATM atau penghantaran borang. Ini kerana ia terlalu kecil dan tidak memadai untuk kita buat pelaburan di pasaran terbuka dan ia juga pasti menyusahkan untuk menyiapkan dokumen bagi memohon IPO di MITI.

Dalam pasaran terbuka brokerage minima yang dikenakan ialah RM40.00 beli dan jual jadi pelaburan saham berharga RM1.00 terpaksa ditunggu sehingga paling minima RM1.08 hanya untuk kita breakeven. Pastinya anda terpaksa menunggu dalam masa yang panjang nanti untuk kembali mendapatkan modal apatah lagi keuntungan.
 
Modal antara RM1000.00 hingga RM5000.00
Di sini pilihan menjadi lebih besar. Anda boleh memohon IPO dan anda juga boleh membeli saham di pasaran terbuka. Namun demikian dalam pasaran terbuka pilihan menjadi terhad. Ini kerana pastinya anda tidak disarankan untuk membeli 5 jenis saham pada harga RM1.00. Ia bakal memberi efek yang sama seperti pihahan yang awal tadi. Di sini anda cuma boleh membeli satu jenis saham sahaja bagi mendapatkan leverage yang baik. RM5000.00 diperuntukan untuk satu jenis saham sahaja. Masalahnya bila kita punya modal yang kecil begini kebarangkalian untuk menjana keuntungan menjadi begitu kecil. Ini kerana kita hanya boleh memilih SATU saham sahaja daripada 1400 jenis saham yang ada.

Modal antara RM5,000.00 hingga RM50,000.00
Bagi mereka yang punya modal sebanyak ini maka ia menjadi lebih mudah. Ini kerana pilihan yang ada menjadi lebih terbuka. Namun demikian pembahagiannya pula menjadi terhad. Samaada anda ingin meletakkannya dalam pasaran terbuka, atau hanya IPO atau kedua-duanya sekali. Anda boleh memohon IPO, IPO di MITI atau melabur sahaja di pasaran terbuka. Dengan RM50.000.00 pilihan membeli saham dalam pasaran terbuka adalah lebih baik. Ini kerana anda boleh membeli lebih banyak saham dan membahagikan risiko atau dalam Bahasa Inggeris spread the risk. Anda juga boleh membeli satu jenis saham dan membahagikannya mengikut nilai pembelian yang sama dengan menggunakan kaedah Dollar Cost Averaging. Kaedah yang lazim digunakan oleh Syarikat Saham Amanah.
 
Modal antara RM50,000.00 hingga RM250,000.00
Sama seperti di atas namun dengan modal pelaburan sebanyak ini anda boleh membahagikannya untuk tujuan pelaburan dalam IPO serta dalam pasaran terbuka. Dengan modal sebanyak ini ada juga boleh membuka Akaun Trading Margin dengan syarikat broker bagi meningkatkan leverage pelaburan anda. Namun demikian dari apa yang FY tahu tiada Share Financing mahupun Margin Account yang berstatus Syariah.

Modal RM250,000.00 dan ke atas
Dengan modal sebanyak ini pula anda sudah mula boleh melabur sebagai High Networth Clients dalam pelaburan yang dinamakan Private Placements. Modal minima yang diperlukan ialah RM250,000.00 untuk satu blok saham. Bila banyak saham yang dapat kita beli dan bila saham itu naik maka kita bakal mendapat keuntungan yang berganda. Tetapi kalau semunya sudah diletakkan di sini maka tiadalah pilihan pelaburan yang lain.

Dibawah ini FY paparkan impak pembelian saham melalui kaedah Private Placements ini.


Sebenarnya Private Placements adalah salah satu kaedah pelaburan yang terbaik untuk mendapat pulangan pelaburan atau Return on Investment (ROI) terhadap pelaburan yang anda buat. Dalam contoh di atas anda boleh lihat yang pulangan bagi pelaburan ini melebihi 70% dalam jangkamasa sebulan.

Namun demikian kalau di Amerika Syarikat peruntukan saham ini dijalankan dalam bentuk bid and offer berdasarkan penawaran dan permintaan tetapi di negara ini ia tidak dijalankan sedemikian. Ini menyebabkan adakalanya saham Private Placement ini menjadi terlalu mahal kerana ia dijual oleh agen-agen saham yang mengenakan yuran-yuran tertentu.

Apapun bagi High Networth Clients FY sarankan untuk anda memasuki pasaran ini. Hubungi FY sekiranya anda berada dalam kelompok ini. InsyaAllah FY boleh membantu anda sekiranya ada Private Placements yang sesuai.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.