Wednesday, January 29, 2014

PERIHAL PERMOHONAN IPO DI MITI




Assalamualaikum. Semoga anda semua ceria hendaknya.

Kebelakangan ini FY banyak menerima aduan dari pelabur malah terbaca di blog dan media sosial mengenai kenyataan yang sebegini ;
  • -       Kita hanya perlukan 10% duit untuk mendapatkan saham-saham IPO di MITI.
  • -   Kita boleh dapat loan / pinjaman dari pihak MITI untuk bagi mendapatkan saham-saham IPO di MITI.
  • -      Atau yang lebih kurang dengan kenyataan-kenyataan ini. 

Bagi mengelakkan kesalahfahaman kepada pelabur maka dalam isu ini biarlah FY membuat penjelasan mengenainya bagi mengelakkan kekeliruan.

Sebenarnya sama seperti memohon IPO Awam anda perlukan ada duitnya terlebih dahulu sebelum anda memohonnya. Kalau memohon IPO Awam Bank Draf atau duit tersebut akan terus di debit daripada akaun anda tetapi dalam permohonan IPO di MITI anda perlu tunjukkan kedudukan kewangan berdasarkan permohonan yang anda buat.

Ini bermana sekiranya anda memohon sejumlah saham bernilai RM100,000.00 maka anda perlu tunjukkan kedudukan duit dalam akaun sebanyak itu baik dalam Akaun Bank, ASB, Tabung Haji dan sebagainya.

Pihak MITI juga akan menawarkan saham berdasarkan kedudukan kewangannya anda itu.

Sekiranya anda memohon saham bernilai RM100,000.00 sedangkan anda hanya punya duit sekadar 10% atau RM10,000.00 maka jumlah saham yang diperuntukkan hanyalah sekadar RM10,000.00 sahaja. Ini berdasarkan pengalaman para pelanggan FY juga pelanggan Persatuan remisier Bumiputera yang memohon dari pihak MITI selama ini.

Dalam ertikata lain TIADA DUIT TIADA SAHAM yang akan diperuntukkan.

Namun demikian terdapat pengecualian di sini. Bilamana penawaran saham tersebut melebihi permintaannya sebagai contoh saham PETRONAS CHEMICAL dahulu dengan tawaran melebihi 900 juta saham pada harga melebihi RM6 maka ramai pelabur bakal mendapat saham melebihi dari apa yang mereka pohon. Namun ini jarang-jarang berlaku.

Kemudian, bila anda telah menerima tawaran dari pihak MITI katalah saham ABC BERHAD bernilai RM100,000.00 dan anda tidak mahu mengeluarkan duit RM100,000.00 itu dari akaun bank/ ASB/ Tabung Haji anda, maka anda bolehlah buat pinjaman share financing dari bank-bank pelaburan.

Bawa surat tawaran dan pergilah ke Investment Bank, dan InsyaAllah mereka akan memberikan pinjaman antara 60 hingga 90% bergantung kepada saham yang ditawarkan kepada pihak anda. Dalam hal ini anda perlukan modal antara 10 hingga 40% bagi mencukupkan pembayaran tawaran saham IPO MITI anda.

Setakat yang FY tahun hanya pada masa penyenaraian Felda Global Ventures sahaja para pelabur mendapat pinjaman 100% dari beberapa Bank Pelaburan yang terlibat dengan penyenaraiannya.

Ada juga Syarikat Broker yang boleh memberi pinjaman 100% untuk IPO di MITI ini tetapi mereka akan meminta profit sharing 50:50, 60:40, 70:30 antara pelabur dan syarikat dengan syarat-syarat lain antaranya saham itu mesti dijual pada hari pertama disenaraikan dan sebagainya.

Sebagai tambahan ada pula persoalan yang begini ;

  • -  Individu perlu ada modal sebanyak RM3 juta sebelum boleh memohon peruntukan saham di MITI.


Jawapan FY, pastikan tidak! Anda boleh memohon paling minima 1000 units tanpa jumlah permohonan maksima asalkan anda boleh membuktikan kedudukan kewangan semasa.

  • -  Kemudian timbul pula persoalan samaada seorang pelabur individu boleh mendapat saham sehingga sejuta unit atau lebih dari pihak MITI.


Setakat yang FY tahu, pihak MITI memperuntukkan saham yang sama rata kepada semua pelabur individu yang memohon dan layak. Semasa IPO MSM, FGV contohnya para pelabur cuma mendapat maksima 30,000 unit setiap seorang, Semasa IPO Bumi Armada sebanyak 90,000 unit saham diperuntukkan. Gas Malaysia pula sebanyak 16500 diperuntukkan. Paling kurang ialah 1000 unit dan paling banyakpun sekitar 300,000 unit kerana permohonan yang diterima lebih kecil kalau dibandingkan dengan jumlah saham yang bakal ditawarkan.

Namun demikian terdapat sedikit pengecualian dalam hal ini. Oleh sebab adakalanya peruntukan saham tersebut tidak dilanggan sepenuhnya atau ditolak oleh para pelabur walaupun selepas mendapat surat tawaran dari MITI maka akan terdapat excess atau lebihan, jadi dalam hal ini selalunya pihak MITI akan memperuntukkan jumlah saham yang banyak kepada High Networth Clients yang layak.

  • -   Bagi persoalan adakah pelabur akan di blacklist oleh pihak MITI sekiranya menolak tawaran peruntukan saham ini?
Jawapannya TIDAK. Pelabur boleh menolak atau menerima sebahagian dari saham yang ditawarkan. Itu tak menjadi masalah. Namun demikian nasihat FY pilihlah saham yang betul ingin anda buat pelaburan sebelum memohonnya di MITI. Pastinya dengan keadaan ini ia takkan menyusahkan mana-mana pihak.


FY harap huraian ini cukup jelas bagi menerangkan isu-isu ini.

Sekian dulu buat kali ini.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Follow FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
Add FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.