Monday, January 6, 2014

Mencari Mentor Saham


Assalamualaikum...

Dewasa ini seminar saham tumbuh bagai cendawan di negara ini, malah mentor-mentor saham juga semakin lama semakin ramai kelihatan di sana sini. Ia merupakan satu perkembangan yang baik kerana ia meramaikan jumlah pelabur runcit dalam pasaran disamping meningkatkan aktiviti pelaburan saham di negara ini dengan peningkatan yang ketara dalam jumlah dagangan harian.

Pada FY peningkatan ini merupakan satu perkara yang penting dalam lonjakan tamadun kerana ia secara tak langsung membuka mata dan menyedarkan ramai orang akan kelebihan melabur saham. Ini lambat laun akan secara tak langsung akan meningkatkan ekonomi keluarga juga bakal membawa kebaikan kepada pasaran Saham Bursa Malaysia.

Namun demikian semua ini perlu kita lihat dari sudut yang lebih objektif.

Tidak seperti negara yang maju, dalam tamadun kita yang masih muda lagi mentah ini, maka akan wujud banyak mentor-mentor saham mahupun seminar penipu yang bakal mengambil peluang dalam ruang yang semakin luas ini. Objektif mereka hanya satu – Untuk mendapatkan keuntungan kewangan dari orang ramai yang tidak tahu.

Antara petanda mentor penipu ini adalah ;

Kebanyakan mentor penipu ini tidak menunjukkan rupa dan nama mereka yang sebenar. Mereka mahu menjual seminar, ebook dan sebagainya dengan cara memanipulasi.

Ada yang setahun jagung dalam pasaran sudah menjadi mentor saham, ada yang bukan merupakan remisier mahupun dealer yang punya lesen yang sah dengan Suruhanjaya Sekuriti pun boleh menjadi mentor saham. Ada Internet Marketeer juga menjadi sifu saham.

Masalahnya mudah. Umpama ibu ketam mengajar anaknya berjalan makan anak muridnya juga akan berjalan senget. Sebenarnya ini akan membawa kepada kerugian demi kerugian buat pelabur-pelabur semua sekiranya mereka memasuki pasaran terbuka tanpa ilmu yang jitu. Bukan ekonomi ummah berkembang tetapi menguncup kerana ditipu oleh mentor serta seminar-seminar saham yang mahal. Kemudian bertambahlah rungutan mereka dengan kenaikan harga barang dewasa ini.

Untuk mengenali mentor –mentor saham penipu ini mudah sahaja. Cuba tanya mereka soalan-soalan begini ;

·         Apa IPO
·         Apa itu IPO di MITI dan bagaimana mendapatkannya
·         Apa itu Pink Form
·         Apa Itu Blue Form
·         Apa itu ESOS
·         Apa itu syarikat PN17
·         Apa itu UMA
·         Apa itu PDT
·         Apa itu SPAC
·         Apa itu RIETS
·         Apa itu Call Warrants
·         Apa itu ADX
·         Apa itu RSI
·         Apa itu Bollinger Band serta Indikator Teknikal yang lain.
·         Apa beza Trader vs Investor
·         Apa beza Income Stocks vs Growth Stocks
·         Apa maksud tema pasaran semasa
·         Apa itu strategi Switching
·         Apa itu strategi Chanelling
·         Apa itu strategi Dollar Cost Averaging
·         Apa itu strategi Scalping
·         Apa itu Value Investing
·         Apa itu PE Ratio dan bagaimana mengiranya
·         Bagaimana Exercise Split dan Bonus diijalankan
·         Serta banyak lagi soalan-soalan yang lain

Cetak senarai ini dan berikan kepada mereka kemudian minta mereka jawab di situ juga tanpa mengooglenya. Kalau dapat jawab kesemuanya maka mereka layak menjadi  mentor saham anda!

Ketahuilah ia mengambil masa yang lama untuk menguasai pelaburan saham. Ilmu sahaja tak mencukupi tanpa pengalaman. Setahun dua juga belum cukup untuk memahami dan menguasainya.

PERCAYALAH ANDAI ANDA BERTEMU DENGAN MENTOR SERTA SEMINAR YANG SALAH MAKA ANDA AKAN BERTEMU DENGAN KERUGIAN DEMI KERUGIAN.

Mungkin anda akan berkata yang FY umpama biawak, menabur pasir ke dalam periuk nasi orang lain, itu terpulang kepada anda. Terus terang niat FY di sini tak lain hanya untuk membantu menyelamatkan anda dari terjebak yang mana hasilnya akan hanya mengecewakan anda. FY yang tahu sebenarnya punya amanah dan tanggungkawab untuk menyampaikan kepada yang tidak tahu.

Apapun ia terpulang kepada anda. Adakalanya manusia terpaksa melalui jalan yang salah terlebih dahulu sebelum melalui jalan yang betul.

Apapun good luck FY ucapkan kepada anda semua.

Sekian dulu.

Ikhlas demi kebaikan ummah.

FY
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
016 6667430


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.