Monday, February 22, 2016

ANALISA-ANALISA PELABURAN SAHAM

MAZHAB-MAZHAB DALAM PELABURAN SAHAM


Assalamualaikum...

Sepertimana dalam agama Islam, pelaburan saham di negara ini juga punya mazhab-mazhab serta cabang-cabang kepercayaannya. Malam ini FY ingin menghuraikan akan mazhab-mazhab ini serta hukum hakam kepercayaan serta prinsip-prinsip yang pengikutnya pegang.

MAZHAB FUNDAMENTAL

Mazhab ini ramai juga pengikutnya di negara ini. Mereka ini punya ilmu perniagaan dan apa yang mereka lihat dalam strategi pelaburan ialah untuk membeli saham syarikat-syarikat yang kukuh dan selagi boleh di bawah nilai pasaran untuk jangkamasa panjang. Strategi pelaburan nilai serta garispanduan yang disarankan oleh Warren Buffet adalah antara strategi yang menjadi kepercayaan pengikutnya. Kemudian strategi Dollar Cost Averaging yang digunakan oleh kebanyakan Fund Manager termasuklah dalam kepercayaan mazhab ini.

Kelebihannya ialah ia akan membawa keuntungan namun demikian ia memerlukan masa yang panjang. Mazhab ini senang dikenali bilamana pengikutnya akan memberikan ratio-ratio syarikat seperti EPS, PE, Dividend Yield, Gearing, Fair Value dan sebagainya.

MAZHAB TECHNICAL ANALYSIS (TA)

Mazhab TA ini juga punya ramai pengikut. Ini kerana mazhab ini mudah untuk dijual dan mudah untuk dicari pengikutnya kerana ia lebih senang untuk menunjukkan carta pergerakkan harga saham serta indikator-indikator yang ada. It’s a good marketing tool. Pun begitu keutamaan diberikan kepada pergerakan harga saham berdasarkan pelbagai indikator seperti volum, harga, momentum, trend, averages, stochastic dan sebagainya tetapi tidak melihat kepada Fundamental Syarikat sama sekali.

Dalam Mazhab TA pula ada banyak sub mazhab. Ada yang fokus kepada Elliot Wave, Gann, Awan Ichimoku, MACD dan sebagainya berdasarkan kekuatan sifu yang mengajarnya. Mereka dikenali dengan pertunjukkan carta pergerakkan harga berserta garisan serta indikator analisa masing-masing.

MAZHAB INTRADAY

Kemudian ada pula mazhab Intraday. Mazhab ini tidak percaya kepada pegangan saham. Mereka bebas untuk membeli mahupun menjual baik saham-saham dalam Bursa Malaysia, Derivatif, Forex dan sebagainya. Namun demikian agak sukar untuk menjadi pengikut mazhab ini kerana ia merupakan kerja yang berat kerana kita terpaksa berada di depan terminal komputer setiap masa. Pembelian dan penjualan mengambil masa yang begitu pantas dan sukar diikuti. Jadi sukar untuk mereka memberikan tip saham dan sebagainya.

MAZHAB RASIONAL

Mazhab ini pula menggabungkan semua kepercayaan mazhab yang ada secara rasional. Maknanya di sini ialah mereka memilh saham dengan menggunakan analisa mazhab Fundamental tetapi menggunakan kaedah mazhab Teknikal dan Intraday untuk membeli atau menjual sesuatu saham itu.

MAZHAB RAHSIA

Mazhab ini juga menggunakan strategi gabungan seperti mazhab rasional tetapi ada tambahan strategi rahsia yang tidak diketahui umum. FY menggunakan strategi ini. Ini  kerana partner FY, Zuhri Zain adalah pakar dalam aliran TA dengan diploma MSTAnya sedangkan FY pula lebih kepada aliran FA memandangkan FY punya Diploma serta Ijazah kewangan dan pelaburan saham. Pengalaman lebih 20 tahun ini telah membolehkan FY dengan izin Allah membentuk dan merekacipta gabungan serta strategi baru yang berkesan dalam pelaburan saham ini.

Kalau anda ingin belajar mengenainya jemputlah datang ke pejabat dan menyertai Sesi Personal Coaching yang FY jalankan. Hubungi En Ramzi di talian 017 373 0513 untuk menempah tempat anda. Ia diadakan setiap hari waktu bekerja secara real time dan interaktif.

AJARAN SESAT

Dalam mana-mana ajaranpun ada ajaran sesat. Dalam hal ini sifu yang mengajarnya pun dalam keadaan keliru. Main balun sahaja kejap guna TA, kejap guna FA, kejap dengan tips dari tempat yang tak tahu mana sumbernya, sekejap tiru sana, sekejap tiru sini. Hati-hatilah semoga anda tidak terpedaya.

Untuk menguasai sesuatu bidang itu kita perlu mendalami ilmunya secara mendalam. Kedalaman ilmu seterusnya akan membawa kebaikan dan kejayaan kepada pemilik ilmunya. Tiada jalan pintas untuk berjaya, ia memerlukan usaha yang gigih, pengalaman, passion serta kesabaran yang panjang sebelum ia membawa hasil.

Semoga artikel ini sedikit sebanyak memberi pemerhatian yang menyeluruh dan kefahaman yang jitu tentang pelaburan saham di negara ini kepada sidang pembaca yang FY muliakan sekelian.

Sekian dahulu catatan FY buat kali ini.

FY
016 6667430

PS – InsyaAllah FY akan ke menjalankan seminar bagi menerangkan teknik rahsia FY ini di Kota Bahru, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Pulau Pinang dalam tahun 2016 ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.