Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Keadaan ekonomi dan suasana politik yang tidak menentu dewasa ini menyebabkan kegusaran baik kepada peniaga mahupun kepada yang makan gaji dalam menjalani tahun 2016 ini. Adakah perniagaan akan baik seperti tahun-tahun yang sebelumnya? Adakah kita akan dapat terus bekerja tanpa keraguan. Apakah yang akan terjadi kepada kepimpinan negara selepas ini? Semua persoalan ini bermain di fikiran kebanyak rakyat di negara ini. Dari segi makronya pula kejatuhan nilai RM yang disebabkan oleh kejatuhan harga komoditi, kelembapan ekonomi China semuanya secara tak langsung sedikit sebanyak akan menjejaskan kita.
Maka ramailah yang mengambil langkah untuk berjimat cermat, mengurangkan kos sara hidup atau memulakan perniagaan bagi tujuan meningkatkan pendapatan. Yelah, antara perkara yang kita boleh buat demi kelangsungan kehidupan ialah untuk mengurangkan kos atau meningkatkan pendapatan atau kedua-duanya sekali. Nak mulakan perniagaan pun agak sukar dewasa ini memandangkan persaingan yang hebat di luar sana. Nak cari kerja lain pun sukar kerana kebanyakan majikan tidak mengambil pekerja dan dikhabarkan lebih 400,000 orang menganggur tatkala ini. Bank-bank, kilang-kilang, syarikat minyak dan sebagainya memberhentikan ramai pekerja dewasa ini.
Jadi, dalam pada masa ini FY sarankan anda datang dan belajar mengenai pelaburan saham sebagai salah satu cara meningkatkan ekonomi keluarga.
PERTAMA
Pelaburan saham di Bursa Malaysia membolehkan secara tak langsung kita memilih untuk memasuki mana-mana industri perniagaan yang berpotensi di kala ini dengan membeli dan memiliki sebahagian dari syarikat mereka.
Maksudnya di kala kenaikan harga minyak mentah dahulu kita boleh membeli saham-saham syarikat berkaitan minyak, di kala berlaku kenaikan harga kelapa sawit pula kita boleh membeli saham-saham syarikat mereka bagi mengikuti trend pasaran dan mendapatkan keuntungan. Dewasa ini pula terdapat kenaikan kepada saham-saham berkaitan eksport yang menjual produk dan perkhidmatan mereka dalam USD yang menguntungkan mereka maka kita boleh membeli saham-saham ini.
Inilah kelebihan melabur saham. Kita boleh membeli, memilih dan menukar ke dalam mana-mana Industri dalam masa yang singkat dengan kos yang minimal.
KEDUA
Tidak seperti pelaburan dalam hartanah yang memerlukan modal yang tinggi pelaburan saham boleh dimulakan dengan modal yang kecil. Ini kerana kita boleh membeli 100 unit saham yang berharga 10 sen dengan modal tak sampai RM200 walaupun begitu ia bukanlah strategi pelaburan yang optimum.
Pelaburan hartanah akan terus-terusan menyaksikan kenaikan harga, sedangkan dalam pelaburan saham kita boleh menunggu harga saham itu jatuh dan dengan itu kita boleh membelinya pada harga yang murah.
KETIGA
Pelaburan saham membolehkan kita menjana pendapatan yang berlipat kali ganda. Pelaburan dalam syarikat seperti MYEG, TAKAFUL, INARI, MITRA antaranya membawa pulangan melebihi 100% setahun dengan kenaikan harga saham-saham mereka sedangkan dari segi realitinya, operasi syarikat tidaklah membawa pulangan yang begitu tinggi. Gandaan harga saham adalah jauh berlipat kali ganda kalau dibandingkan dengan pulangan melalui perniagaan syarikat tersebut keseluruhannya.
KEEMPAT
Disamping pelaburan saham-saham sedia tersenarai di Bursa Malaysia kita juga mempunyai pilihan untuk membeli saham-saham IPO iaitu saham-saham yang bakal tersenarai di Bursa Malaysia dan kelebihannya untuk Bumputera kita boleh membelinya di MITI. Contohnya pada masa ini ada tawaran peruntukkan saham PECCA GROUP BERHAD dan LKL INTERNATIONAL BERHAD yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia tak lama lagi di MITI. Berdasarkan kebarangkalian semenjak 3 tahun lalu anda punya 90% peluang untuk menjana keuntungan dalam pelaburan saham-saham IPO ini andai ia dijual pada hari pertama penyenaraiannya. Bagaimana untuk memohon dan mendapatkannya? Akan FY terangkan nanti.
Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan pelaburan saham ini. Tapi ia akan FY terangkan dalam seminar Super Investor yang FY jalankan pada 20 Februari nanti. Kaedah dan strategi menjana keuntungan melabur dalam Bursa Malaysia dan palbagai lagi akan FY kongsikan di sana nanti. FY juga akan berikan Ebook pelaburan saham secara percuma!
Untuk pengetahuan anda FY adalah speaker untuk Suruhanjaya Sekuriti bagi tujuan mendidik pelabur dengan cara yang betul melabur saham di Bursa Malaysia dalam program Smart Invest yang dijalankan di seluruh pelusuk tanah air. FY juga adalah Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia.
Tak cukup dengan itu FY juga menjemput dua orang pakar trading iaitu Zuhri Zain MSTA dan seorang analyst CIMB Investment iaitu Nabil Fikri MSTA yang handal dalam Analisa Teknikal pergerakan harga saham untuk berkongsi ilmu kepada para peserta.
Jadi dengan ini FY ingin menjemput anda ke Seminar Saham Super Investor yang FY jalankan pada hari Sabtu 20 Februari 2016 di Bangunan Lembaga Getah Asli, Kuala Lumpur.
Layari www.seminarsaham.com.my untuk keterangan lanjut mahupun untuk tujuan pendaftaran. Seminar yang pasti berbaloi untuk wang anda!
Sekian dulu buat kali ini.
FY
016 6667430
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.