Assalamualaikum...
Malam ini FY ingin berkongsi tentang 9 garis panduan pelaburan saham yang
boleh dipetik dari buku Buffetology Workbook karya Mary Buffet. Ia adalah seperti
berikut ;
1.
Adakah syarikat tersebut punya kuasa monopoli pengguna?
2.
Adakah kita faham operasi syarikat tersebut?
3.
Adakah syarikat tersebut akan bankrap dan digantikan dengan syarikat yang
lain dalam jangkamana 20 tahun?
4.
Apakah sejarah Earning Per Shares syarikat tersebut?
5.
Adakah syarikat membawa pulangan yang tinggi berasaskan ekuiti pemegang
saham.
6.
Adakah syarikat tersebut dibiayai secara konservatif?
7.
Adakah syarikat membeli balik saham-saham mereka secara aktif?
8.
Adakah syarikat boleh menaikkan harga jualan mengikut kenaikan inflasi
dengan mudah?
9.
Adakah perniagaan tersebut mudah difahami?
Baiklah biar FY terangkan lebih lanjut akan
semua garispanduan ini untuk memudahkan kefahaman semua.
1.
Adakah syarikat tersebut punya kuasa
monopoli pengguna?
Dalam hal ini syarikat MYEG yang
memegang monopoli pengguna dalam operasi perniagaan pembaharuan cukai jalan
mahupun TAKAFUL yang memegang monopoli yang nyata dalam perlindungan insuran
syariah merupakan contoh yang jelas.
2.
Adakah kita faham operasi syarikat
tersebut?
Apakah produk dan perkhidmatan yang
dijual, apakah kos dan keuntungan yang bakal syarikat terima, siapakah
pembelinya dan sebagainya perlulah kita fahami. Contohnya mudah kita ambil
syarikat KFC. Secara mudahnya mereka menjual ayam goreng dan mendapat
keuntungan dari penjualan ayam-ayam tersebut di restoran-restoran francise
milik mereka.
3.
Adakah syarikat tersebut akan bankrap
dan digantikan dengan syarikat yang lain dalam jangkamana 20 tahun?
Syarikat yang sedang kita analisa itu
mestilah syarikat yang kukuh. Contohnya syarikat F&N mahupun syarikat
NESTLE, syarikat yang mengeluarkan produk pengguna yang telah bertahan bertahun
lamanya, maka kemungkinan ia akan bertahan untuk satu jangkamasa yang lebih
lama lagi. Inilah sebabnya Warren Buffet tidak melabur dalam saham-saham industri
Teknologi memandangkan perubahan trend perniagaannya yang begitu cepat.
4.
Apakah sejarah Earning Per Shares
syarikat tersebut?
Earnings Per Shares atau EPS ini dikira
dengan membahagikan jumlah keuntungan yang tahunan bersih syarikat dengan
jumlah terbitan saham syarikat tersebut. Katalah ianya membawa kepada 20 sen dan
dengan andaian yang saham tersebut adalah pada harga RM1.00 sesaham, maka ini
bermakna yang syarikat tersebut mampu menjana 20 sen atau 20% pulangan terhadap
saham yang kita pegang itu dan ini hakikatnya adalah satu jumlah yang baik bagi
sesebuah syarikat tersenarai.
5.
Adakah syarikat membawa pulangan yang
tinggi berasaskan ekuiti pemegang saham.
Sekiranya dari tahun ke tahun terdapat
peningkatan dalam EPS syarikat yang dianalisa itu maka itu adalah bukti yang menunjukkan
syarikat tersebut diuruskan dengan baik juga mencerminkan pertumbuhan dalam
perniagaan dan keuntungan. EPS ini perlu diterjemahkan kepada pulangan dalam
bentuk dividen kepada pemegang sahamnya. Pulangan dalam bentuk dividen ini adalah
satu faktor penting yang perlu dititikberatkan dalam analisa pemilihan saham
syarikat yang akan kita laburkan.
6.
Adakah syarikat tersebut dibiayai secara
konservatif?
Dalam aspek ini pula apa yang perlu kita
lihat ialah adakah syarikat ini merupakan cash
cows yang punya banyak lebihan tunai dan aset yang boleh membiayai operasi
dan perkembangan syarikat. Syarikat yang banyak hutang mahupun banyak meminjam
pastinya bukanlah syarikat yang baik.
7.
Adakah syarikat membeli balik
saham-saham mereka secara aktif?
Pembelian balik saham-saham mereka atau
dinamakan saham perbendaharaan akan secara tidak langsung mengurangkan jumlah
apungan saham tersebut. Ini adalah satu perkara yang baik kerana jumlah apungan
yang rendah akan memudahkan peningkatan harga saham tersebut disamping
menstabilkan harganya dalam jangkamasa panjang.
8.
Adakah syarikat boleh menaikkan harga
jualan mengikut kenaikan kadar inflasi dengan mudah?
Syarikat yang boleh menaikkan harga
jualan produk dengan mudah dengan kenaikan kadar inflasi, ia petanda yang baik
kerana perniagaan syarikat tersebut akan dapat beroperasi dengan keuntungan
dari tahu ke tahun tanpa masalah. Selalunya syarikat berciri monopoli sahaja
yang boleh berbuat demikian. Syarikat yang punya persaingan yang tinggi akan
menghadapi kesukaran untuk meningkatkan harga produk dan memindahkan kenaikan
kos kepada pengguna.
9.
Adakah perniagaan tersebut mudah
difahami?
Warren Buffet cukup suka kepada syarikat
yang menjual produk fizikal dengan model perniagaan yang mudah difahami dan mudah
dianalisa. Dewasa ini terdapat banyak banyak
syarikat yang punya model perniagaan yang kompleks dengan diversification yang pelbagai. Disamping itu terdapat banyak juga
syarikat teknologi dan perkhidmatan yang mana sukar untuk dibuat analisa dan
penilaian.
Warren Buffet mengatakan yang sekiranya
ianya boleh dihuraikan kepada seorang kanak-kanak dalam masa 5 minit maka ia
boleh dipertimbangkan.
Demikianlah strategi pelaburan nilai
yang dijalankan oleh Warren Buffet pelabur terkaya dunia yang mengembangkan modal
permulaan sebanyak USD100k meningkat menjadi lebih USD50 Billion.
Untuk belajar lebih lanjut akan aplikasi
semua ini dalam pasaran Bursa Malaysia maka FY menjemput anda semua untuk
datang ke kursus-kursus yang FY jalankan baik seminar, woksyop mahpun personal
coaching dari masa ke semasa.
Yang terkini Sabtu ini 20 Februari 2016
di Bangunan Lembaga Getah Asli, Kuala Lumpur. Layari www.seminarsaham.com.my untuk tujuan
pendaftaran atau hubungi Puan Azila di talian 016 664 1755 untuk menempah
tempat anda.
Untuk sesi personal coaching pula anda cuma
perlu menghubungi En Ramzie di talian 017 3730513 untuk tujuan tempahan tempat
duduk. Ia diadakan pada hari bekerja.
Sekian dulu buat kali ini.
FY
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.