RISIKO MELABUR SAHAM
Melabur saham adalah salah satu
cara untuk meningkatkan pendapatan dan kekayaan anda. Namun, sebelum anda
melabur saham, anda perlu mengetahui apa risiko yang terlibat dan bagaimana
anda boleh mengurangkannya.
Risiko melabur saham adalah
kemungkinan anda akan mengalami kerugian daripada pelaburan anda. Kerugian ini
boleh berlaku kerana beberapa faktor, sepertimana berikut ini ;
Risiko Pasaran
Risiko ini berkaitan dengan
pergerakan harga saham di pasaran. Harga saham boleh berubah-ubah kerana
permintaan dan penawaran, sentimen pelabur, berita korporat, isu politik,
ekonomi dan sosial, dan sebagainya. Sekiranya harga saham jatuh di bawah harga
belian anda, anda akan mengalami kerugian. Dalam ertikata lain modal anda akan
merosot.
Risiko Syarikat
Risiko ini berkaitan dengan
prestasi kewangan dan operasi syarikat yang anda laburkan. Jika syarikat
mengalami masalah seperti keuntungan yang menurun, hutang meningkat, persaingan
sengit, skandal korporat atau kegagalan pengurusan, harga sahamnya mungkin akan
menurun dan anda akan mengalami kerugian.
Risiko Kecairan
Risiko ini berkaitan dengan
kemudahan untuk menjual atau membeli saham di pasaran. Jika saham yang anda
laburkan kurang cair, tiada volum atau kurang diminati oleh pelabur lain, anda
mungkin akan menghadapi kesukaran untuk menjualnya pada harga yang sesuai. Ini
boleh menyebabkan anda terpaksa menjual pada harga yang lebih rendah daripada
harga belian anda lantas menanggung kerugian.
Risiko inflasi
Risiko ini berkaitan dengan
penurunan nilai wang seiring dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
Jika kadar inflasi melebihi pulangan pelaburan saham anda, nilai sebenar
pelaburan anda akan berkurangan dan daya beli anda akan menurun.
Ini adalah beberapa risiko yang
perlu kita ambil perhatian sebelum memulakan pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Bagaimana kita boleh mengurangkan
risiko ini?
FY akan huraikannya dalam artikel yang akan datang. Tungguuu...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.