Monday, April 6, 2015

KISAH MARKET CRASH 1993, 2003 ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Malam ini FY meninjau-ninjau dalam FB, blog dan website pelaburan saham untuk membaca dan mencari ilmu-ilmu baru yang mungkin boleh menambah pengetahuan FY dan menjadikan FY lebih baik lagi.

Namun FY tertarik melihat sebuah website bertemakan saham yang mengatakan betapa mudahnya melabur saham, boleh menjana keuntungan dengan mudah, boleh guna duit untung saham untuk melancong, boleh melabur tanpa modal, boleh buat duit tiap hari, boleh menjana keuntungan ratusan malah ribuan percent dalam masa yang singkat dan pelbagai lagi manisan pada FY dengan satu tujuan. Untuk memperdaya para newbie datang ke seminar saham anjuran mereka.

Seminar pula bermula dengan percuma atau dengan bayaran yang sedikit untuk mengumpan anda datang, tapi kemudiannya teknik upsale digunakan untuk menarik minat peserta untuk memasuki seminar-seminar yang kononnya lebih advance dengan yuran beribu-ribu ringgit. Di penghujung cerita selepas melaburkan duit beribu ringgit demi mencari ilmu teknik saham yang mudah untuk menjana keuntungan di Bursa Malaysia namun ia tidak ditemui. Kerugianlah yang bakal datang membelenggu.

Adoiyai...

Di sini FY tak mahu bagi saranan atau nasihat. Pandai-pandailah anda memilih. Allah Taala mengurniakan manusia akal fikiran untuk memilih jadi buatlah pilihan yang baik. Cuba buat search di Google “melabur saham di Bursa Malaysia” atau “seminar saham”, agak-agak website mana yang akan berada di tempat yang teratas? Persoalannya kenapa website tu berada di atas kalau bukan Allah Taala yang meletakkannya di sana? Maka tidaklah sesuatu itu terjadi dengan sebab yang sia-sia.

FY telah melihat ramai yang datang dan pergi dalam pasaran saham ini. Boleh dikatakan 95% akan mengalah bila kerugian demi kerugian membelenggu mereka. Di awal pembabitan terasa begitu bangga dan hebat dengan kepercayaan kekayaan akan menjadi milik mereka tak berapa lama lagi tetapi masa akan menjadi penentu. Dan percayalah InsyaAllah ketika anda masuk dan keluar dari pasaran saham ini, FY akan masih berada di sini. Nak tahu sebabnya? Kerana FY dah masak dengannya dan tahu akan selok beloknya. Sudah lebih 18 tahun perhubungan FY dengan Bursa Malaysia ini terjalin. FY dan kenal kerenahnya.

Kemudian FY meninjau-ninjau pula di FB. Maka ternampak pulak satu kenyataan mengatakan pasaran saham crash pada tahun 1993 dan 2003-2004 yang dipaparkan oleh seseorang yang bukan dari dalam industri tetapi agak berpengaruh dalam kumpulannya. Alamak! Janganlah bagi fakta yang tak betul yang boleh mempengaruhi para pelabur di luar sana.

Bak kata orang tua-tua masuk kandang kambing mengembik, ini masuk kandang harimau mengembik, jadi mangsalah nanti. Namun inilah terjadi dewasa ini. Begitu ramai yang bukan orang dalam industri dengan pengalaman setahun jagung menjual seminar, kursus, woksyop, dvd, ebook saham bagi mencari rezeki. Tak! FY tak marah tapi sampaikanlah ilmu yang baik, yang benar dengan harga yang tidak berpatutan.

Sebagai Naib Presiden Remisier Bumiputera FY rasa bertanggungjawab untuk memastikan ekologi pelaburan saham ini jauh dari manipulasi dan tipudaya segelintir golongan-golongan yang tidak bertanggung jawab dan tamak. Kita mahukan persekitaran yang bersih dan kondusif dengan persaingan yang sihat hanya untuk satu tujuan yang sama iaitu untuk membangunkan ekonomi ummah dan bukan untuk menguncupkannya.

Harap sesiapa yang dijodohkan dengan artikel FY kali ini akan dapat berfikir mengenainya dan mendapat kefahaman darinya. InsyaAllah.

Sekian dulu.

FY


*Dapatkan Ebook percuma hasil karya FY di http://faizalyusup.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.