Assalamualaikum...
Cerita bergambar - Bagaimana seorang Investor yang berhemah dan Trader yang bijak dilahirkan atau perjalanan seorang pelabur zero menjadi pelabur hero!
|
Langkah 1 - Datang ke Seminar Saham Super Investor dimana tinjauan akan peluang-peluang dan rahsia menjana keuntungan dalam pelaburan saham akan dihuraikan. Pelaburan dalam IPO Awam, IPO di MITI, Analisa Asas, Analisa Kewangan dan Analisa Teknikal akan dibentangkan. Disamping itu strategi-strategi pelaburan dalam pasaran terbuka di Bursa Malaysia juga akan diperjelaskan. |
|
Pembukaan akaun CDS, Akaun Trading, Akaun Online dan Akaun Global akan diberikan secara percuma. Produk-produk yang ada dalam Bursa Malaysia, Kategori Saham dan Pelabur akan diberi pencerahan. Cara jual beli saham baik mengunakan khidmat Remisier mahupun secara online juga akan dihuraikan dengan teliti dan lengkap. |
|
Inilah antara ribuan peserta yang telah hadir dari jauh dan dekat mengambil langkah pertama memasuki gerbang pelaburan saham di Bursa Malaysia. |
|
Langkah 2 - Peserta seterusnya perlu melangkah ke Woksyop Analisa Teknikal iaitu pembelajaran menganalisa pergerakan harga saham bagi mendapatkan signal Buy atau Sell pada masa yang tepat. Huraian mengenai indikator-indikator pasaran, Trend Pasaran, Psikologi pelabur, Asset Allocation, Risk Reward Ratio dan banyak lagi akan dijelaskan. |
|
Langkah 3 - Pelabur seterusnya perlu melangkah ke Sesi Personal Coaching. Ia adalah langkah terakhir sebelum pelabur terjun dalam pasaran saham. Terjun dengan mata yang terbuka dan dengan ilmu penuh di dada penuh keyakinan. Di sini kaedah pemilihan Stok IMANTAP akan diutarakan. Kaedah pemilihan ini akan menapis saham-saham yang berpotensi dan bakal menguntungkan juga berkongsi tentang kaedah mengelakkan kerugian. |
|
Dalam sesi Personal Coaching itu juga perihal TIMING untuk membeli dan menjual saham baik pada Support atau Resistance, perbandingan antara satu satu kategori saham daripada yang lain akan disampaikan. |
|
Seterusnya sesi-sesi ulangkaji dan menajamkan transaksi pelaburan anda serta khidmat nasihat yang berterusan akan dijalankan sehingga anda menjadi pelabur yang bijak, boleh berdikari dan berjaya menjana keuntungan dalam pasaran saham Bursa Malaysia. Bantuan khidmat nasihat ini juga dijalankan dalam Facebook juga WhatsApp saban hari. |
Begitulah langkah-langkah dari permulaan perjalanan anda untuk menjadi pelabur yang berjaya di Bursa Malaysia ini. Jadi, jangan tunggu lagi, jangan paku punggung anda di atas kerusi. Jangan jadi silent reader bertahun-tahun dalam blog FY ini. Ingatlah tindakan anda hari ini mungkin akan mengubah kehidupan anda di masa depan. Bertindaklah sekarang! Mulakan langkah pertama dengan menghadiri Seminar Saham Super Investor yang akan diadakan pada hari Sabtu 30 Mei di Bangunan Lembaga Getah Asli, Kuala Lumpur, bersebelahan KLCC.
Sekian dulu.
FY
0166667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker
Investsmart anjuran Suruhanjaya Sekuriti.
Layari website FY yang terbaru http://faizalyusup.my dan dapatkan ebook Investlah karya FY setebal 134 mukasurat di sana. Apa tunggu lagi?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.