PANDUAN MEMOHON SAHAM IPO DI MITI SECARA MANUAL
Assalamualaikum...
Oleh sebab ramai yang bertanya kepada FY mengenai bagaimana untuk memohon saham IPO di MITI maka FY mengambil keputusan untuk menulis satu artikel langkah-langkah memohon saham IPO di MITI ini.
Buat masa ini saham IPO BOUSTEAD PLANTATION sedang ditawarkan di MITI khas untuk pelabur bumiputera.
Pergi ke www.miti.gov.my dan anda akan dibawa ke paparan berikut ini.
Pilih butang TRANSFORMING INDUSTRY DAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA.
Dengan menekan butang tersebut anda akan dibawa ke paparan ini. Di sini anda boleh lihat saham-saham IPO yang ditawarkan di MITI ini.
Turun atau scroll down pada paparan ini maka anda akan nampak butang untuk muat turun borang-borang permohonan saham MITI ini.
Dengan menekan butang BORANG PERMOHONAN INDIVIDU ia akan memuat turun borang-borang berikut.
Apa yang perlu anda lakukan ialah mencetak dan kemudiannya mengisi borang-borang tersebut dengan mengunakan pen hitam atau biru.
Sediakan dokumen lampiran sepertimana yang diminta dalam senarai semak ini bagi menunjukkan kemampuan kewangan anda bagi melanggan saham-saham yang berkenaan.
Kemudian sediakan satu COVER LETTER sepertimana contoh yang FY sediakan di bawah ini bagi menunjukkan anda berminat untuk melanggan saham-saham tersebut.
Kemudian lampirkanlah bersama dokumen-dokumen seperti Kad Pengenalan, penyata Bursa Malaysia serta dokumen-dokumen bukti kewangan yang lain. Anda telahpun siap! Selepas itu bolehlah anda menghantarnya kepada pihak MITI di Menara Usahawan di Putrajaya.
Apapun FY harap artikel ini membantu dan memudahkan anda untuk memohon saham-saham IPO di MITI ini.
Kalau takpun jemput datang pejabat FY di Kenanga Investment Bank Petaling Jaya atau hubungi En Yasin di talian 019 334 6570 bagi membantu anda memohon saham IPO di MITI ini mahupun untuk membuka akaun CDS. Adalah lebih baik anda punya akaun CDS dengan FY bagi kemudahan anda.
Pihak MITI juga sedang sibuk menjalankan kempen mendaftar pelabur Bumiputera secara online. Anda boleh melayari saham.online.miti.gov.my bagi tujuan tersebut. Pendaftaran ini akan memudahkan permohonan saham IPO di MITI ini di masa-masa mendatang.
Bagi memudahcara FY telahpun menulis panduan lengkap mendaftar secara online di MITI di link ini - http://www.faizalyusup.net/2014/01/kaedah-baru-mendaftar-dan-memohon-ipo.html
Oh Ya! Kalau jumpa FY di luar sana jangan lupa belanja minum teh tarik yer...
Thanks.
Wassalam...
Kita berjumpa lagi...
FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Perkhidmatan kami ;
- Seminar Super Investor
- Seminar SuperTech Investor
- Seminar SuperTrader
- Membuka akaun CDS
- Membuka akaun Trading
- Membuka akuan Trading Online
- Memulakan portfolio pelaburan saham
- Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.