Monday, March 3, 2014

ELAKKAN MEMBELI SAHAM SYARIKAT YANG RUGI


“Elakkan membeli saham syarikat yang rugi kerana ada banyak lagi syarikat yang untung untuk kita buat pelaburan…”

Faizal Yusup



Assalamualaikum, Salam Sejahtera buat semua pengunjung blog FY ini.

Alhamdullillah Seminar Super Investor Sabtu lalu berjalan dengan lancar dan semoga ia membawa manfaat kepada para pesertanya. Seterusnya kepada mereka yang ingin menjadi Trader, ingin belajar indikator-indikator analisa teknikal mahupun ingin belajar mendapat signal beli dan jual dengan cara menganalisa carta pergerakan harga saham maka jemputlah datang ke Seminar SuperTech Investor pula. Seminar bersama Sifu Zuhri Zain MSTA dan Nabil Fiikri MSTA pastinya akan membawa manfaat yang banyak kepada anda.

Ia akan diadakan pada hari Sabtu 15 Mac 2014. Hubungi Sifu Zuhri Zain di talian 012 6290407 untuk tujuan pendaftaran.

Apapun ramai pelabur baru malah pelabur lama yang membeli saham dengan sangkaan yang semua saham itu sama sahaja dan bagi kebanyakan, mereka suka membeli saham-saham murah dibawah harga RM0.50. Katanya leverage kerana beli saham murah dapat beli banyak dan kalau beli banyak kalau harga saham itu naik maka banyaklah keuntungannya.

Di sini biarlah FY terangkan mengenai saham-saham di bawah 50 sen ini. Saham-saham ini juga dikenali sebagai saham 3rd liner, saham penny, saham berjajaran kecil atau pada FY saham Cap Ayam.

Kenapa harga saham penny ini murah?

Ia murah sebab kemungkinan besar saham ini tidak bagus, saham syarikat yang mengalami kerugian, sebab itulah harganya murah. Silap-silap ia jatuh dan terus jatuh dan akhirnya mendapat status Practice Note 17 atau PN17 atau status G3 yang mana ia akan dinyahsenaraikan atau delisted. Maka dalam hal ini pelaburan modal anda akan menjadi 0!

Siapakah pelabur-pelabur yang terlibat melabur dan ber”main”dalam saham-saham Penny ini?

Saham seperti ini tidak disertai oleh para pelabur jangkamasa panjang atau Investor, tidak disertai oleh Institusi Asing mahupun Tempatan. Pembelinya terdiri dari golongan PDT, Day Trader, Trader, Kontra Players, Sindiket Saham dan Newbie. Keuntungan hanya akan dijana kepada Sindiket dan Trader-Trader yang berpengalaman, yang hilang duit ialah Trader yang tidak berpengalaman juga para Newbie. FY pernah terangkan mengenai PDT dan Sindiket dalam artikel-artikel sebelum ini.

Bagaimana nak tahu saham Penny ini ada sidiket yang menjaganya?

Ia mudah sahaja. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menganalisa carta sepanjang sejarah pergerakan harga syarikat tersebut. Kalau terdapat “spike” iaitu kenaikan harga saham yang berkali ganda dan kemudian ia turun umpama terjunan bungee jumping maka elakkanlah saham-saham sebegini. Harga saham ini boleh naik dari harga 20 sen hingga ke RM2.00 dan kemudian jatuh balik ke harga asalnya. Mereka yang terbeli pada harga yang tinggi itu pastinya akan mengalami kerugian yang nyata.




Begitupun ada di kalangan saham-saham penny ini yang baik yang mana syarikatnya menjana keuntungan. Kita hanya perlu membuat sedikit penyelidikan bagi menentukan senarai saham-saham penny yang baik ini. Kalau tidak, kalau andamasih berdegil ingin membeli saham-sahamcap ayam ini, saranan FY belajarlah analisa CSI iaitu dengan membuat siasatan yang menyeluruh tentang saham yang bakal anda beli itu. Maknanya carilah siapa yang menjaga dan memelihara harga saham-saham tersebut atau belajarlah Analisa Teknikal supaya anda masuk dan keluar pada masa yang baik dan menguntungkan.

Oleh sebab yang sama, bagi mendapatkan pelaburan dari para pelabur runcit maka syarikat mengeluarkan saham-saham warrant yang lebih murah dari harga saham ibunya untuk kita buat pelaburan. Bilamana harga saham ibunya naik maka saham warrant ini akan naik juga. Leveraga dalam saham-saham sebegini pastinya membawa kepada keuntungan yang berlipat kali ganda.

Saham Warrant yang FY maksudkan di sini ialah saham Warrant yang diterbitkan oleh syarikat saham tersebut dan bukannya Call Warrant yang diterbitkan oleh pihak ketiga. Call Warrant hendaklah dielakkan melainkan anda faham propektusnya.

Kesimpulannya kita kena tahu apa yang kita buat, kita kena tahu apa yang kita laburkan. Tanpa ilmu ia pastinya kan merugikan pihak anda.

Sekian dulu,

FY
016 6667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker
Smart Invest Roadshow anjuran Securities Commission

PS – InsyaAllah FY akan ke menjalankan seminar lengkap basic dan advance di Kota Bahru, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Pulau Pinang dalam tahun 2016 ini supaya pelabur di luar sana tak perlu datang belajar personal coaching bersama FY di Kuala Lumpur.

PERKHIDMATAN KAMI

Buka Akaun CDS dan Trading

Sediakan photocopy IC dan Penyata Bank boleh datang ke pejabat atau melalui pos. Berikan nama penuh, alamat dan no hp ke talian 019 3346570 untuk urusan melalui pos.

Khidmat Nasihat Pelaburan Saham

Remisier dan dealer kami sentiasa berada di pejabat bersedia untuk membantu anda baik untuk menjalankan urusniaga pelaburan mahupun bagi tujuan mendapatkan khidmat nasihat pelaburan saham.

Personal Coaching Pelaburan Saham

Personal Coaching live bersama FY, kelas FY dibuka SETIAP HARI waktu bekerja di The Curve, Mutiara Damansara. Dalam seminar ini pemilihan saham kaedah terkini IMANTAP serta TIMING yang betul akan dikongsikan. Inilah satu-satunya kelas personal coaching saham yang dibuka setiap hari waktu bekerja di negara ini.

Selepas kelas ini kami JAMIN anda akan boleh menjalankan urusniaga jual beli saham dengan penuh keyakinan tanpa keraguan lagi.

Untuk Semua Investor dan Trader di Bursa Malaysia Newbie mahupun yang berpengalaman.

Lunch disediakan.

Yuran RM900.00 seorang untuk sesi sehari.

Untuk membuat tempahan hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com



Jemputlah datang! Ia pasti berbaloi dan bakal menjadikan anda seorang pelaburyang bijak dan berhemah.

Anda cuma perlu menghubungi pihak kami bagi menempah slot anda.

Woksyop Analisa Teknikal

Diadakan dari masa ke semasa. Nantikan pengumuman tarikhnya dalam blog ini.



Seminar Saham Super Investors
Layari www.seminarsaham.com.my untuk keterangan lanjut.


Ebook Investlah Percuma
Dapatkan ebook Investlah bernilai RM100.00 setebal 134 ms secara percuma bila anda menghubungi pihak kami.


Ebook – Rahsia Buat Duit dengan IPO Awam
Harga Promosi cuma RM60.00 sahaja.



Ebook – Rahsia Buat Duit dengan IPO di MITI
Harga Promosi cuma RM50.00 sahaja.


Hubungi kami ;
                                                                       
FY     – 016 6667430 / 012 6540130 / greng70@yahoo.com
Zuhri – 012 6290407 / muhammadzuhri@gmail.com
Yasin – 019 3346570 / yasinyunus2714@gmail.com
Ramzie - 017 3730513 /eizmar11@yahoo.
Azila  – 016 664 1755 / 012 2511755 / azilamile@yahoo.com

Pejabat kami ;

Kenanga Investment Bank Berhad
240 Tingkat 2, The Curve



Mutiara Damansara

LINK PERKHIDMATAN KAMI ;

Biodata Sifu Faizal Yusup
Apa Itu Saham?
Pelaburan Saham Di Bursa Malaysia
Saya Nak Melabur Saham Tapi…
Pakar Rujuk Pelaburan Saham
Kaedah Momohon Pink Form, IPO Awam, IPO MITI dan Private Placement
Perbezaan IPO Awam Dan IPO MITI
Ebook Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Cover Letter Permohonan Saham IPO di MITI
Soalan Lazim Mengenai Permohonan IPO di MITI
Apa Itu Akaun CDS
Membuka Akaun CDS
Perkhidmatan Membuka Akaun CDS
Panduan Membuka Akaun Online
Panduan Mencari Mentor Saham
Modal Permulaan Melabur Saham
Pulangan Keuntungan Melabur Saham
Memulakan portfolio pelaburan saham
Onlne VS Khidmat Remisier
Trader VS Investor
Menentukan Status Syariah Saham 
Strategi Pelaburan Saham
Bermain Saham Secara Kontra
Menjana Keuntungan Konsisten Dalam Bursa Malaysia
Panduan Pemilihan Saham 
Panduan Membeli Saham Penny Stocks
Kejatuhan Mendadak Harga Saham
Membaikpulih Portfolio saham
Mencari Ilmu Pelaburan Saham
Woksyop BTX - Online Trader
Personal Coaching
Seminar Saham Super Investor
Testimoni Peserta Seminar Super Investor
Seminar SuperTech Investor
Seminar SuperTrader

FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.