Thursday, December 6, 2012

Nukilan Faizal Yusup Dis 2012

Assalamualaikum... 

Salam sejahtera FY ucapkan kepada semua pengunjung blog FY ini baik untuk mendapatkan input Pasaran saham mahupun input motivasi pengisian diri. Terima kasih kerana sudi melayari blog ini dan FY amat berbesar hati dengan kehadiran tuan puan dan saudari saudari sekelian.

FY tahu ramai di luar sana yang membaca blog ini tapi tak pernahpun bertemu dengan FY di alam nyata namun sudi untuk menjadi pelayar setia di sini.

Contohnya dua hari lepas semasa FY ke MIDF, FY bertemu dengan En Nizam yang mengenali FY walaupun hanya kenal FY di alam maya. Terima kasih menegur kalau Nizam membaca artikel kali ini.

Pertamanya maafkan FY kerana lama tak menulis artikel Saham. Ini kerana pasaran memang kurang memberansangkan kebelakangan ini. Ia jatuh 18 hari berturut-turut tempohari dan ini merupakan satu keadaan yang kurang baik dan menyukarkan para pelabur untuk menjana keuntungan darinya. FY yakin kebarangkalian kerugian jauh lebih tinggi dalam pasaran yang sebegini walaupun kita menggunakan sistem yang terbaik sekalipun. Seperti yang pernah FY katakan pasaran mesti mempunyai volume melebihi 1.5 Billion untuk ia sihat. Pasaran tanpa sentimen dewasa inj tak banyak membantu, ini ditambah pula dengan penantian kepada pengumuman pilihanraya yang hanya PM yang tahu akan tarikhnya.

Lagi lama lagilah pasaran akan terus-terusan begini kerana para pelabur mengambil langkah tunggu dan lihat semata-mata. Harapan FY hujung tahun ini adalah sedikit window dressing, yang bakal menaikkan harga saham-saham blue chips seterusnya menaikkan indeks FBM KLCI. FY juga menyarankan pelabur untuk  tunggu dan lihat dalam pasaran yang demam sebegini.

Seterusnya baru-baru ini seramai 10 daripada 12 orang Dealer dan Remisier yang menduduki peperiksaan Diploma Teknikal Analisis MSTA(UK) telah lulus. Ini setelah sekian lama hanya terdapat beberapa orang sahaja yang pernah melepasinya. Ia sebenarnya petanda yang baik dimana anak-anak muda generasi baru ini bakal membawa perubahan kepada landscape industri pelaburan di negara ini khususnya untuk kaum Bumiputera. FY yakin ramai lagi anak-anak muda generasi baru yang berkemampuan untuk melakukan perkara yang sama.

Kepada para pemimpin dan OTAI generasi yang lalu bimbinglah mereka ini dan berilah ruang dan peluang untuk mereka berbakti pula. Evolusi manusia menunjukkan yang baru akan menggantikan yang lama dan mereka pula menyumbang kepada perkembangan tamadun dengan idea yang segar lagi dinamik. Ini kerana mereka mempunyai akal yang lebih cerdas tidak seperti kita orang lama. Pun begitu ia perlu datang dengan kebijaksanaan.

Dalam isu lain, blog ini seakan telah menjadi blog paparan video pulak. Untuk pengetahuan semua sebenarnya FY sedang buat satu projek Video Motivasi FY yang FY upload di Youtube. Ia seumpama bab-bab dalam buku untuk tujuan peningkatan jati diri dan kemungkinan besar ia memerlukan lebih kurang 100 videos sebelum ia siap. Jadi harap bersabar, tontonlah video-video itu kerana FY yakin ada manfaat yang berada di dalamnya. Lebih baik lagi kalau dapat subscribe, like, komen dan sharekan video-video Youtube FY yang anda rasakan bermanfaat.

Tujuan FY tidak lain, untuk menyampaikan ilmu pengetahuan yang bermanfaat yang dikurniakan Allah kepada FY demi pembangunan Ummah. Ia percuma dan percayalah ada bab-bab dalam video itu yang boleh membawa manfaat kepada anda andai anda menontonnya dengan hati yang terbuka.

Video ini sama seperti penulisan mahupun menanam pokok. Kita hanya perlu menanamnya sekali. Tetapi hasilnya berkali-kali dan berterusan selagi ia bersiaran dan disampaikan...

Kalau kebanyakan orang kita masih malu mahupun tidak berani untuk menghasilkan video di Youtube, pengalaman FY di USA mengajar FY untuk menjadi lebih berani dan berkeyakinan. FY rasa ia para ulama dan pendakwah juga perlu melakukan juga perkara yang sama bagi menyampaikan pengisian dakwah melalui alam maya ini terus ke dalam rumah pendengar serta penontonnya selain daripada dakwah di  alam nyata. Demi menyebarkan syiar Islam.

Dalam aspek yang lain pula, FY berjaya mendapat Anugerah Dana Penulis dan Kementerian Penerangan dan Multimedia melalui buku Bukan Maksum dan Man Rempit 1. Alhamdulillah. Ia secara tak langsung mengesahkan yang FY merupakan antara salah seorang penulis yang terbaik dalam negara ini.

Novel Bukan Maksum


Novel Man Rempit 1

Kemudian dua hari lepas FY mendapat anugerah dari Kenanga Investment Bank tempat FY menjalankan operasi perniagaan atas prestasi 3 bulan lepas dan ia juga merupakan satu pengesahan yang kita juga boleh bersaing walaupun berada dalam industri kewangan yang dikuasai oleh Bangsa Cina.

Lebih hebat lagi, FY berjaya mendapat anugerah ini dalam dua industri yang berbeza, Industri Penulisan dan Pasaran Modal. Alhamdulillah atas susunan Allah ini. Pada FY tiada apa yang mustahil, dengan kegigihan, usaha yang istiqomah / berterusan tanpa mengira penat dan lelah, doa serta tawakkal maka segalanya berkemungkinan. Kita hanya perlu melakukannya dengan niat untuk menjadi yang terbaik dalam apa juga yang kita lakukan.

Blog FY yang FY tulis mulai tahun 2008 ini juga telah mula dikenali ramai. Pada FY tiada apa yang mustahil kalau diizinkan Allah Taala.

FY harap catatan ini memberi semangat untuk ada bangkit dan jadi yang terbaik walau dalam apa juga bidang yang anda ceburi.

Sekian dulu. Wasallam.

Jaga diri dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang tidak terhitung yang Allah Taala kurniakan pada kita saban hari.

FY mengundur diri buat kali ini.

FY

PS – FY ada menjalankan Seminar Supertech Investor Sabtu 8 Disember ini di Bangunan Getah Asli berhadapan KLCC, Seminar yang amat baik bagi mereka yang menceburi bidang Saham, Derivatif, Futures, Commodity, Forex dan sebagainya yang melibatkan carta pergerakan harga untuk dianalisa. Ia akan disampaikan oleh 2 orang penceramah yang pada FY telah dikurniakan Allah dengan kunci membuka rahsia kaedah Analisa Teknikal ini.

Layari – www.seminarsaham.com.my untuk keterangan lanjut.  



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.