FY dan Dr Nazri Khan bersantai makan nasi Arab
di Wadi Hadramawt, Jalan Ampang.
|
Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah,
kita bertemu lagi. Artikel yang akan FY sampaikan kali ini sebenarnya
amat penting dan amat bermakna. Ini kerana buat pertama kalinya FY dan
Dr Nazri Khan MSTA, CFTe akan bekerjasama bagi memantapkan ilmu
pengetahuan para pelabur di luar sana. Beliau telah bersetuju
membenarkan FY mengambil mana-mana artikel beliau yang bermanfaat untuk
dimuatkan dalam blog FY. Dengan itu ia akan secara tak langsung
memantapkan blog FY serta pada masa yang sama membawa manfaat yang lebih
baik kepada para pelabur di luar sana. Selain itu sekali sekala beliau
akan menjadi penulis jemputan dalam blog-blog FY ini serta penceramah
jemputan dalam seminar-seminar yang bakal FY jalankan.
Pada
masa yang sama beliau juga merupakan penasihat atau advisor kepada
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia atau PRIBUMI dimana FY merupakan
Naib Presidennya.
Dr
Nazri Khan sebenarnya tidak asing dan dikenali di kalangan pelabur
dalam negara ini malah di luar negara. Namun demikian bagi mereka yang
tidak mengenali beliau, Izinkan FY perkenalkan serba sedikit latar
belakang beliau.
Dr Mohd Nazri Khan bin Adam.
Beliau
memiliki kelulusan Ijazah Sarjana dari University of Manchester dan
telah menjalanlan lebih 500 kursus dan seminar saham di Malaysia,
Singapura, Indonesia, Sudan dan Egypt. Merupakan penulis tetap ruang
perniagaan di Utusan Malaysia dan Berita Harian juga merupakan komentar
jemputan di Astro Awani, Bloomberg, TV3, The Edge dan Bernama. Beliau
juga memiliki PhD dari Multimedia University dan merupakan Certified
Financial Technician dengan International Federation of Technical
Analysis.
Pada
FY beliau merupakan salah seorang malay mallenium profesional yang
terbaik di negara ini dan penggabungan ini In Shaa Allah akan membawa
kepada kebaikan yang banyak kepada kita semua.
Sekian dulu, nantikan artikel-artikel beliau dalam blog-blog kelolaan FY.
FY mengundur dulu dengan rasa riang gembira.
FY
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.