Assalamulaikum dan salam sejahtera buat semua yang bertamu di blog Faizal Yusup ini.
Harapan FY semoga anda semua berada dalam keadaan sihat disamping orang-orang yang tersayang. Kalau anda rasakan tak ada sesiapa yang sayang pada anda tak mengapa. FY sayangkan anda dan lebih penting lagi Allah Taala sayangkan anda. Itulah sebabnya dia masih memberi pelbagai nikmat nyawa dan udara untuk kita terus menjalani kehidupan di muka bumi ini.
Sebenarnya banyak perkara yang berlaku dan ingin FY kongsikan kepada anda semua baik pelabur ataupun pembaca setia blog FY ini. Apapun Inn Shaa Allah akan FY kongsikannya satu persatu andai keadaan mengizinkan untuk FY berbuat demikian.
Baiklah kepada mereka yang bertanya apakah antara IPO atau saham awam terbitan baru yang akan diterbitkan dalam tahun 2013, maka inilah jawapannya.
1. AIR ASIA X
2. TUNE AIR
3. KLCC REITS
4. PETRONAS L&G
5. MALAKOFF
6. WESPORT
Jadi sediakanlah wang pelaburan anda untuk mendapatkan saham-saham ini baik melalui permohonan di MITI mahupun melalui permohonan IPO Awam.
Untuk tahun 2012, biarpun Astro dan Gabungan AQRS kurang memberansangkan tatkala disenaraikan namun demikian kebanyakan iaitu majoriti yang lain membawa keuntungan contohnya FGV, IHH, Gas Malaysia dan lain-lain lagi.
Dalam perniagaan untung dan rugi adalah satu lumrah, ia tak berbeza dengan pelaburan. Apa yang penting ialah secara keseluruhannya ia membawa keuntungan. 1 rugi 5 untung dan penghujungnya anda untung, itu yang penting.
Kepada anda yang belum pernah melabur dan tak tahu bagaimana untuk mendapatkan peruntukan saham-saham ini baik di MITI mahupun IPO Awam melalui Bank.
Anda boleh menyertai Seminar Super Investor bersama FY dari masa ke semasa atau menghubungi FY secara terus di talian 012 654 0130 untuk bertanya mahupun untuk membuka akaun saham.
Kepada anda yang tak tahu bagaimana untuk mendapatkan peruntukan saham di MITI anda boleh membeli buku Ebook Super Investor panduan lengkap Memohon IPO di MITI dengan harga promosi RM50 sahaja. Emel FY di greng70@yahoo.com untuk mendapatkannya.
Kepada High Networth Clients yang inginkan peruntukan saham IPO Air Asia X dengan blok RM250,000.00 satu blok saham, anda boleh menghubungi FY di talian 012 654 0130. In Shaa Allah FY boleh dapatkan peruntukan tersebut buat pihak anda.
Harap input ini membantu anda membuat perancangan awal untuk pelaburan IPO tahun hadapan.
Sekian dulu.
FY
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.