Tuesday, December 6, 2022

SAHAM MANA NAK FOKUS

  SAHAM MANA NAK FOKUS?

Oleh FY Al Haj


CLIENT FY WAJIB BACA


Kalau tahun 2020 2021 saham-saham berkaitan Gloves dan Healthcare naik meletup-letup dan diselit dengan saham-saham cap ayam yang berjajaran murah itu, nampaknya tahun akan datang ini FY nampak tema baru pula muncul.


Tahun 2023 temanya ialah Digitalization. Saham-saham pembuatan microchip, semiconductor dan mainframe dll serta saham-saham IT solution serta Artificial Intelligence pula akan menjadi pilihan. Ini kerana saham-saham ini merupakan saham growth dan masih punya banyak ruang untuk berkembang maju. Ia juga membawa margin keuntungan yang besar. Dewasa ini terdapat permintaan tinggi dalam produk semicon dan perselisihan antara China dan Taiwan nampaknya akan menguntungkan Malaysia! Ini kerana Taiwan adalah pengeluar terbesar semicon dunia.


Syt dewasa ini semakin canggih dan syt construction, property, pertanian atau syt brick n mortar yang bersifat tradisional nampaknya membawa pulangan keuntungan yang rendah. Lagipun dewasa ini dalam bidang pembinaan, bahan mentah semakin tinggi, mega projek juga amat terhad dewasa ini. Dalam industri gloves pula harga jualannya telah turun oleh kerana begitu banyak kilang-kilang gloves yang dibuka disamping pandemik Covid 19 yang terkawal.


Jadi dalam hal ini, saham saham seperti SFPTECH, ATECH, ITMAX, LGMS, AGMO, INFOMINA, CORAZA, PENTA, INARI dan banyak lagi adalah antara saham-saham dalam tema Digitalization ini. FY yakin ia boleh naik lagi di masa-masa mendatang. Saham-saham Renewable Energy juga nampak bagus.


FY suka saham saham dalam industri ini yang baru disenaraikan dan masih belum naik banyak lagi. Saham sebegini ringan kerana bila ia naik penjualnya tak ramai, jadi ia mudah naik ke atas.


Apapun anda perlu menganalisa valuation syt-syt tersebut untuk pastikan ia undervalue dan masih punya kenaikan earnings dari tahun ke tahun. Tapi kena ingat saham-saham growth sebegini jarang ada dividen.


Saham-saham cap ayam pula nampaknya mula menampakkan volume dan FY rasa ia akan menyelit naik bila rally saham-saham Digital ini berjalan. Cuma hati-hati kerana saham-saham sebegini ada sindiket di belakangnya.


Bagi saham-saham berkaitan politik pula, ia lebih sesuai untuk trade sahaja dan bukan untuk pelaburan jangkamasa panjang.


Pada pendapat FY, kalau anda masih simpan saham-saham dalam Industri selain digital ini mungkin menukar saham-saham tersebut kepada saham-saham industri digital adalah satu langkah yang baik.


Jadi bagaimana nak tau saham mana yang jalan dulu? Okay, FY kasi tips nya.


Dalam sektor IT ni banyak subsectornya. Pilihlah saham yang LEADER untuk pelaburan jangka sederhana. Walaupun harganya mahal dari segi pergerakkan ROI nya lebih baik daripada saham LAGGARD yang berada pada hirarki dibawah. Contoh subsektor Semi Conductor, INARI mendahului diikuti oleh GREATEC, MPI, D&O dan seterusnya.


Jika ada saham IPO baru berkaitan sektor ini yang masuk dalam pasaran anda boleh pertimbangkan untuk melabur didalamnya kerana saham jenis sebegini mempunyai UPSIDE yang kita pun tidak tahu dimana. 


Baik, sahaja pesanan FY kali ini.


Teruskan menyokong Team FY dengan Trade di KENANGA. 


Terima kasih. 😄


FY Al Haj

Pemenang 5 Anugerah

Bursa Malaysia.


SERTAI GROUP WHATSAPP SAHAM FY SECARA PERCUMA http://groupsahamFY.wasap.my/

ATAU GROUP TELEGRAM FY https://t.me/FaizalYusup

atau
HUBUNGI FY TERUS DI TALIAN 0166667430 KHIDMAT NASIHAT SAHAM TERKINI PERCUMA SEPANJANG MASA. Faizal Yusup @ FY Al Haj www.faizalyusup.net 0166667430 DIIA UITM Shah Alam BBA Finance University Of Nebraska Lincoln Top Performing Remisier Kenanga Investment Bank Berhad Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia Speaker Bertauliah InvestSmart Suruhanjaya Sekuriti Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) diiktiraf Bursa Malaysia Pemenang 5 Anugerah Bursa Malaysia Blog saham FY telah melebihi 4 juta pengunjung Penulis 11 buah buku Lebih 20 tahun pengalaman dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia. *FY Team*
Ingin tahu lebih lanjut tentang trading secara online dan mendapatkan tip saham berdasarkan Technical Analysis? Hubungi Zuhri Zain MSTA | 0126290407 - TA Expert, Handles Private Placements. Ingin subscribe screener Algoritm AQ VAR bagi memudahcara pelaburan saham anda? Hubungi Firdaus Majid MSTA, CMT |0134229155 Ingin buka platform online untuk trading Saham? Hubungi Ramzie | 0173730513 atau Jehanshah | 0126673927 Ingin buka akaun CDS dan Trading secara pos? Hubungi Cik Anna l 011 2139 5718 dengan memberikan nama serta alamat penuh atau datang sendiri ke pejabat kami di Kenanga Investment Bank Berhad, 240, Tingkat 2, Mutiara Damansara, The Curve, Petaling Jaya. Berdekatan IKEA. Baca blog dengan input saham percuma di www.faizalyusup.net Download Ebook Investlah percuma di www.faizalyusup.my Ingin menghadiri Seminar Saham lengkap From Zero To Hero 2 hari bagi pelabur Newbie bersama FY?
Hubungi Hajah Azila 0166641755 untuk mengetahui tarikh seminar seterusnya. Ingin masuk group pelaburan saham FY di WhatsApp secara percuma?
http://groupsahamFY.wasap.my/ atau wasap nama penuh anda ke no talian 0166667430. Pelbagai tip dan pengisian saham disampai di sana setiap hari! Jangan risau anda berada di tempat yang betul! Harap like, share dan subscribe andai anda mendapat manfaat dari perkongsian FY ini... Terima kasih. FY Al Haj

Berikut adalah blog-blog dan link manfaat FY yang lain;

Untuk mendapatkan input pelaburan saham layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 1 secara percuma layari -

Novel paling best pernah anda baca Trilogi Man Rempit 2 secara percuma layari - 

Kisah anak Pak Gad bernama FY layari -

Ingin dapatkan pengisian motivasi bersama FY? Layari -

Ingin baiki diri ke arah Minda Akhirat? Layari -

Ikuti FY di Youtube 

Ikuti FY di Facebook

 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.