Thursday, July 9, 2015

PASARAN SAHAM YANG SEMAKIN MENURUN?


Assalamualaikum...

Pasaran saham dan trend menurun dewasa ini oleh sebab sentimen pasaran yang negatif. Penurunan harga minyak, penurunan nilai ringgit Malaysia, permasalahan Eurozone lebih-lebih lagi di Greece yang gagal membayar hutang IMF, permasalahan kejatuhan pasaran saham serantau seperti Hong Kong dan China dan sentimen yang palng teruk ialah mengenai permasalahan politik dalaman negara ini.

Nilai ringgit yang merosot menyebabkan pelabur asing keluar meninggalkan pasaran Bursa Malaysia hari demi hari. Ini kerana kejatuhan nilai ringgit akan menyebabkan mereka rugi dua kali, rugi dalam pelaburan saham dan rugi kerana kemerosotan nilai ringgit. Mereka hanya akan kembali bilamana terdapat reversal kepada nilai ringgit tersebut.

Kejatuhan ringgit pastinya merugikan para pengimpot tetapi akan menguntungkan pada pengeksport. Ini kerana mereka yang menerima USD akan mendapat jumlah ringgit yang lebih banyak. Pada masa yang sama ia juga akan menaikkan beberapa sektor negara antaranya sektor pelancongan kerana melancong ke dalam negara ini akan menjadi lebih murah.

Semalam, pasaran Hong Kong dan China jatuh teruk tetapi apa yang pelik pada FY ialah pasaran Bursa Malaysia tidak jatuh malah menaik. Hari ini 10 Julai 2015 semasa FY menulis artikel ini Bursa Malaysia masih mengukuh 14 mata lagi 1715.94.

Pada FY mungkin pasaran Bursa Malaysia sudahpun berada pada fasa oversold dan pengeluaran pelabur asing dalam pasaran sudah semakin kering. Apa yang tinggal dalam pasaran hanyalah modal-modal tempatan. Lagipun lebih 50% dari jumlah pasaran modal negara ini terdiri dari modal dalam negeri. Kejatuhan ini pastinya akan membolehkan EPF contohnya untuk terus membeli saham-saham kukuh pada harga diskaun. Pada FY sekiranya institusi tempatan mula menjual beramai-ramai maka barulah pasaran saham akan jatuh lebih teruk.

Ketahanan pasaran saham ini jelas menunjukkan kukuhnya ekonomi negara ini dan atas sebab inilah Fitch Ratings memberikan credit rating stable terhadap negara ini. Polisi fiskal kerajaan untuk memperkenalkan lebih banyak cukai, mengurangkan subsidi, meningkatkan consumer spending nampaknya membantu dalam hal ini walaupun pada FY ia membebankan rakyat negara ini. Negara ini kukuh fundamentalnya kerana ia negara yang punya banyak sumber bahan mentah. Sumber yang boleh dijual kepada orang lain lantas membawa hasil ke dalam negara ini. Banyak syarikat yang peladangan dan syarikat pengekspot yang membawa keuntungan demi keuntungan ke dalam negara ini sebenarnya. Namun demikian anda kena faham, keuntungan dan kekayaan ini berada di tangan private sector dan bukannya di tangan kerajaan. Kerajaan hanya mengenakan cukai terhadap syarikat-syarikat ini. Dan duit inilah antara sumber yang akan digunakan oleh kerajaan untuk mentadbir negara. Alkisah pentadbiran perbelanjaan kerajaan FY tak nak komen di sini.

Tentang situasi Bursa Malaysia nampaknya terkawal. Tidak seperti tahun 97 dan 2007 keadaannya nampak jauh berbeza. Lagipun pelaburan mengambil masa. Ketahuilah lagi pendek masa pelaburan kita maka lagi tinggilah risikonya. Warren Buffet dengan strategi pelaburan nilai mengambil masa yang lama untuk menimbunkan saham-saham pegangannya. Baru-baru ini FY membaca tentang kisah Remisier King Peter Lim dari Singapura yang memegang sahamnya antara 3 hingga 15 tahun. Saham Wilmar dengan pelaburan USD10 juta akhirnya dijual dangan nilai USD1.5 billion sedekad kemudian. Pelaburan perlukan kesabaran dan bukan hanya melihat saham tersebut untuk satu jangkamasa yang singkat. Syarikat perlu masa untuk membesar dan kemajuan syarikat ini akan dicerminkan dengan kenaikan harga saham-sahamnya.

Apa yang penting ialah untuk kita tahu syarikat mana yang kukuh dan berpotensi untuk kita laburkan duit kita itu. Tersilap percaturan dalam hal ini maka kerugianlah yang bakal mengundang.

Senario politik yang tidak tentu dewasa ini merupakan sentimen yang paling penting untuk kita lihat dalam masa 6 bulan akan datang ini. Ia akan mengambalikan keyakinan pelabur untuk kembali ke negara ini. Andai ia dapat diselesaikan maka FY yakin pasaran saham akan kembali sihat memandangkan Malaysia punya asas ekonomi yang utuh.

Selamat melabur dan jadilah pelabur yang bijak dan berhemah!

FY

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.